BAB 58

Drama Completed 84621

Semua orang sudah selesai bersarapan lantas mula beredar menyambung tugas masing-masing. Tasneem pula tak ke mana-mana. Hanya tetap di dapur mengemas apa yang patut. Walau ditegah Datin Hakimah dia masih tak berganjak. Bukan apa. Dia sebenarnya tak mahu bertemu muka dengan Zaim. Walhal tadi bukan main lagi lelaki itu menggenggam tangannya. Langsung tak dilepaskan. Siap makan pun dengan tangan kiri. Nasib baik guna sudu garfu.

Dia tahu semua orang memandang mereka pelik. Dia lagilah pelik dengan lelaki itu. Semalam tak jumpa. Alih-alih hari ini muncul dengan muka serius. Dia yang tak faham apa-apa pula yang gelisah. Apatah lagi Zaim asyik beradu pandang dengan Zufri bagaikan musuh lama. Wajah Zaim langsung tak senyum. Tetapi wajah Zufri banyak emosi dan masing-masing pandai menyembunyikan rasa apabila Dato’ Zakri bersuara.

Tasneem menilik hairan. Hati menyoal tak faham. Kenapa dengan dua beradik itu. Kenapa kedua-dua orang lelaki itu seperti sudah lama berperang. Seperti sedang berlumba di padang. Kepala Tasneem bekerja keras mencari jawapan namun hampa. Jawapan tak dijumpai sebaliknya dia yang terkejut pula.

“Lama betul basuh pinggan. Sampai tak ada masa nak kenal.”
Zufri menyapa lantas berdiri di sebelah Tasneem. Pantas Tasneem menjauh sedikit.

Cepat benar lelaki itu tunjuk mesra. Atau sememangnya lelaki itu sejenis yang mesra?
Atau buat-buat mesra? Hati mula takut. Apatah lagi pandangan terpelajar itu nampak berubah. Menilik Tasneem atas bawah. Terus nampak psiko.

"Macam mana boleh kahwin dengan Im? Seingat aku dia couple dengan Nel. Dan... tengok pada rupa kau... you are not his taste."

Gulp!
Tasneem telan liur.
Erk, jangan kata lelaki ini penyondol versi mat salleh. Hati Tasneem memberi amaran. Awas!

Lelaki itu tiba-tiba mendekat dan buat dada Tasneem bergoncang takut. Pinggan di tangan pantas ditiarapkan ke atas rak. Pandang Zufri sekilas. Mahu berlalu namun lelaki itu sekat dengan pertanyaan pula.

“How's life after marriage? Still tidur asing-asing?”

Dan... dahi Tasneem serta-merta berkerut. Siapa yang beritahu lelaki itu. Tak mungkin mentuanya. Mereka memang tahu dia tidur asing dengan Zaim tapi dia yakin pasangan suami isteri itu tak akan bawa mulut. Takkanlah dah diceritakan macam-macam dekat lelaki yang baru tiba itu. Tak mungkin.

Namun lelaki itu berikan senyum sinis. Nampak jahat. Dah macam badut dalam cerita It. Tasneem tersentak. Nak menjauh namun....

“That's him. Married you just to challenge me. And... no wonderlah, one day he will leave you like rubbish.”

Buntang mata Tasneem tak percaya. Lelaki itu merepek apa. Kalaupun dia nikah dengan Zaim bukan sebab cinta tapi dia tak mengharap untuk berpisah. Hati menyumpah lelaki itu. Rasa nak kerat bibir itu namun kemunculan Zaim dengan muka serius mengundang debar yang lain pula. Cukup kuat.

“Kau tak perlu nak takutkan dia macam kau takutkan Nel.” Keras suara Zaim terlontar keluar lantas mendekati Tasneem. Paut pinggang si isteri dan rapatkan ke tubuh.
Kelip-kelip Tasneem memandang.

“Ini isteri aku dan tahulah aku nak jaga dia. Kau baru sampai. Jangan berani nak tunjuk belang dan... jangan sesekali masuk campur rumah tangga aku,” pesan Zaim lalu tarik si isteri. Bawa ke bilik.
Tinggalkan Zufri yang tunjuk senyum jahat.

Masuk saja je dalam bilik tubuh Tasneem ditolak kasar sehingga merapat ke dinding.

“Jangan sesekali dekat dengan dia. Kalau dia muncul jauhkan diri,” pesan Zaim lantas tilil muka Tasneem. Berikan renungan tajam tanda amaran. Kemudian berpaling mahu keluar.

“Kenapa?” soal Tasneem keras. Hati mahu tahu.

Zaim pantas memandang. Wajah itu masih merah menahan rasa. Namun Tasneem melangkah ke depan. Tunjuk berani lantas tentang pandangan lelaki itu.

Zaim tercabar. Segera mendekat. Melihat wajah serius itu Tasneem cepat-cepat berundur sehingga menyentuh kembali dinding kamar. Tak sangka Zaim lekapkan kedua-dua belah tangan ke dinding dan tilil wajahnya begitu dalam. Hampir terbakar dengan panahan mata itu. Malah seakan rentung mukanya apabila tangan Zaim turun cuba mengusap pipinya.

Tasneem palingkan muka.
Dada berdebar kencang. Dia cuba menghalau ketakutannya setiap kali Zaim gerakkan tangan mahu mengusap pipinya. Namun, insiden dulu tetap singgah dan buat dadanya berdebar tak tentu arah.

Akhirnya,
“Ja….“ Tak sempat dia nak menghalang. Tangan Zaim sudah memaut dagunya. Lembut saja tetapi isi di dalam dada tetap nak meletup.

“Aku tak nak kau dijerat. Kau kena hati-hati,” pesan Zaim dan akhirnya tangan itu bergerak juga mengelus pipinya. Kemudian merenung wajahnya lama tetapi pandangan Zaim nampak sayu. Akhirnya lelaki itu menunduk ke bawah. Apabila tangan di jatuhkan ada keluhan ikut keluar.

Keluhan Zaim berhempas kuat. Kemudian palingkan tubuh mahu beredar namun Tasneem keluarkan suara. Kerana masih tak puas hati lalu dengan sengaka hendak membakar perasaan Zaim sekali lagi.

“Kalau awak tak nak saya dijerat kenapa awak jauh dari saya. Kenapa awak biarkan saya seorang diri. Kenapa hilang begitu saja lepas tu muncul tiba-tiba. Kenapa?” tekan Tasneem dan pertanyaan kenapa yang terlalu banyak itu mengundang amarah Zaim.

Dengan cepat Zaim tangkap lengan Tasneem yang mahu berlalu. Tarik tubuh itu rapat ke dadanya. Panah bola mata Tasneem setajamnya.

“Kau yang tak ingin kita dekat. Kau yang bina jurang antara kita. Aku dah bagi peluang supaya kita semakin dekat tapi kau yang tolak. Jadi… aku tak nak memaksa. Sekarang kau yang kena jaga diri kau sendiri.”

Tasneem terpukul. Pandang Zaim dengan mata yang berkaca-kaca. Lelaki itu sambung bicara.

“Aku jauhkan diri sebab aku tak nak kau menyesal dengan pernikahan kita. Kau yang pilih untuk menjaga air muka orang tua kita dari jaga air muka aku. Jadi, apa yang kau harap dengan bertanya begitu?” soal Zaim lantas lepaskan tubuh Tasneem.

“Kau nak apa sebenarnya? Kalau kau benci tunjukkan benci. Kalau kau marah tunjuk marah. Baru aku tahu apa yang kau rasa. Tapi kenapa kau perlu jaga makan minum aku. Kenapa kau nak tahu ke mana aku pergi kalau kau benci aku. Kenapa?” Kali ini Zaim pula yang bertanya dan air mata Tasneem jatuh tak terduga.

Dia sendiri tak tahu apa yang hatinya rasa. Dia benci lelaki itu tetapi dalam waktu yang sama dia tertunggu-tunggu. Dia marahkan lelaki itu tetapi bila Zaim tak muncul dia yang rasa bersalah.

Kepala tak mampu berfikir lantas,
“Maaf.” Tak disangka-sangka ucapan itu lahir dari bibirnya. “Saya hanya nak jalankan tanggungjawab saya saja,” ujarnya lantas pusingkan badan. Membelakangi lelaki itu.

“Lusa saya dah start kerja. Mc saya dah tamat. Jadi izinkan saya balik kampung hari ni sekejap. Saya nak jumpa ibu saya lepas tu saya akan balik Gambang. Saya akan duduk kat sana.”

Lain yang ingin diucap lain yang keluar. Dia amat berharap Zaim akan memberi jawapan namun lelaki itu diam sahaja. Sesaat dua mereka tak bereaksi dan akhirnya Zaim keluar.

Dia pula?
Tumpahkan air matanya tak terkira.

***

Zaim bergerak masuk ke dalam kereta. Hidupkan enjin dan segera keluar bawa hati yang lara.

Sambil memandu dia menyumpah diri sendiri. Tak tahu apa yang Tasneem hendak sebenarnya. Kalau dengan Neldhia dulu dia faham akan sikap gadis itu. Apa yang Neldhia mahu apa yang Neldhia tak ingin. Tetapi dengan Tasneem dia tak mampu baca isi hati gadis itu. Tasneem kata membenci tapi riak wajah itu tak menggambarkan isi hati.

Dia pun jadi keliru dengan diri sendiri. Tetapi dia tak boleh kalah macam dulu. Apatah lagi kemunculan Zufri yang tiba-tiba ini tentu bersebab. Padahal lelaki itu telah berjanji untuk menetap di luar negara buat selama-lamanya. Setiap bulan dia masukkan duit. Menanggung lelaki itu. Tapi nampaknya Zufri tak tepati janji.

Hati tak sedap rasa.
Dia kena lindungi apa yang dia ada sekarang ini. Sebelum Zufri bertindak dia yang kena mulakan.

Pertama, dia perlu pastikan Tasneem tak jauh daripadanya. Dalam waktu yang sama dia kena buang kebencian dalam hati Tasneem. Buang ketakutkan gadis itu juga. Kemudian, dia perlu ikat gadis itu seketat-ketatnya. Barulah Zufri tak ada peluang untuk meleraikan sebagaimana lelaki itu musnahkan perasaannya pada Neldhia.

Laku, dengan semangat membara dia memandu sehingga ke rumah Mak Usu Tini. Nasib baik sebelum jauh tadi dia sudah menghantar pesanan pada wanita itu. Dan wanita itu membalas cepat.

Hati berdoa. Mengharap segala tindakannya ini akan membuat semua orang bahagia.

Dalam melayan khayal dia akhirnya sampai juga ke rumah emak saudara Tasneem. Terus wanita itu membawanya ke bilik Tasneem.

“Ini sajalah pakaian yang Tas tainggalkan kat sini. Mak Usu dah masukkan dalam beg. Dalam storage box tu pulak barang-barang kerja dia. Mak Usu tak tahulah ada lagi ke tak barang yang lain? Kalau Im cakap awal bolehlah mak usu suruh Lia kemaskan. Dah dia pula pergi bercuti. Tak dapatlah nak tolong.”

Zaim mengangguk. “Maaf mak usu. Im suruh tergesa-gesa macam ni."

Mak Usu Tini menggeleng. "Tak apa Im. Tasneem dah jadi hak milik Im. Jadi Im aturlah sebaiknya. Tasneem tu baik orangnya. Tak ada masalah pun. Tapi... jangan sampai dia kecil hati. Tu susah nak pujuk," pesan mak usu dan Zaim balas dengan senyuman.

"Ini saja ke mak usu?” tanya Zaim lantas jatuhkan pandangan pada barang-barang Tasneem.

Muka wanita itu berkerut sedikit.

“Jap. Rasa macam ada lagi kat bawah katil. Im tolong tengok. Mak Usu tak boleh nak membongkok," suruh wanita itu.

Zaim tak berlengah. Pantas mengeyakan. Lantas jatuhkan lutut dan menghendap ke bawah. Dia lihat ada bekas menyimpan barang yang sederhana kecil lalu ditariknya keluar. Saat itulah sebuah planner turut terkeluar sama. Zaim jongketkan kening memandang planner tersebut. Ada logo kolej matrik.

Mata dipicingkan.

"Planner tu pun hak Tasneem. Bawa teruslah," suruh Mak Usu Tini dan Zaim letak planner atas bekas lalu dia meminta izin untuk bawa semuanya masuk ke dalam kereta.

“Mak usu jangan beritahu Tas yang Im dah ambil barang dia,” pesan Zaim lantas mengucapkan terima kasih dan berlalu ke kondonya.

Inilah langkah pertamanya. Memikat Tasneem dengan caranya sendiri. Dah Tasneem tak bergerak jadi dia yang akan mulakan.

Haaa tu dia. Datang dah musuh utama. So, kita tengok apa yang Zaim nak buat. Enjoy reading semua. Jangan lupa support GH.

Share this novel

Shaza Syarizta
2024-12-30 20:02:06 

haih.. tak sabar nak tunggu next chapter

Guzel Heart (NEW)
2024-12-27 16:11:00 

Tu baru sikit. Lepas ni banyak lagi. Apa benda lah yang buat dia dendam sangat tu

Norzilawati
2024-12-27 12:48:58 

mmg menguji kesabaran betul si zufri ni.. sabar jelah


NovelPlus Premium

The best ads free experience