BAB 19

Drama Completed 84621

Hari minggu yang mendamaikan. Tasneem ambil peluang bercuti di kampung. Daripada berada di restoran mak usu lebih baik dia jumpa ibunya. Hilangkan resah dengan memeluk abah dan berbual dengan adik-adik serta melihat wajah ibu yang menenangkan.

“Kak Neem, cepatlah,” ajak Wilda. Adik pertamanya yang berusia 20 tahun. Pelajar di Kolej Jururawat Masyarakat di Pasir Mas itu juga balik bercuti hari minggu. Nasib kolej dengan rumah dekat saja. Kalau tidak mereka hanya boleh bertemu di dalam panggilan video saja.

“Nak pergi mana sebenarnya ni?” soal Tasneem yang terkocoh-kocoh menuruni anak tangga sambil betulkan beg yang hampir melurut ke bawah. Gagau kunci kereta di dalam beg lalu serahkan kepada Wilda. Tiga orang lagi adiknya sudah menunggu di belakang kereta. Tak sabar hendak ikut sama.

“Hey waffle. Jangan nak buat kereta mak usu macam kereta mainan,” jerkah Tasneem pada Wafi yang berusia 10 tahun. Adik lelaki itunya itu amat aktif. Pukul cermin kereta macam pukul span. Wilda punya pasal lambat buka pintu terus dipukulnya kuat.

“Sabarlah waffle,” jerit Waseem pula yang tengah pakai kasut. Hanya Widya yang diam tak berkutik di sebelah pintu satu lagi. Tangan itu pegang picu pintu kuat. Diam itu ada makna. Nak berebut duduk tengah-tengahlah tu. Nak dekat dengan kakak di depan.

“Dah, masuk!” arah Wilda yang menjadi pemandu hari ini setelah membuka kunci pintu. Masing-masing berebut hendak masuk ke dalam dan Wilda menggeleng geram. Tasneem pun sama. Menggeleng sambil ketawa kecil. Lucu dengan gelagat adik-adiknya.

“Abah! Neem pergi dulu,” laung Tasneem dari bawah. Haji Borhan di atas jemuran angkat tangan tanda membenarkan. Pantas Tasneem masuk ke dalam. Baru saja kereta bergerak keluar dari laman rumah telefonnya nyaring bertempik dari dalam beg. Bunyi kambing mengembek di siang hari itu mengejutkan Wilda.

“Kak! Apa ni. Bunyi kambing dalam kereta. Mana dah lagu favourite akak?” soal Wilda hairan. Tasneem julingkan mata ke atas. Lagu ‘We can’t be friends’ nyanyian Ariana Grande sudah bertukar jadi suara haiwan. Haiwan tak mandi pula tu. Gara-gara makan hati dengan Zaim dia tukar lagu deringan. Menganggap lelaki itu macam haiwan tersebut. Ingatkan single rupanya mingle.

“Ini mesti patah hati kan?” teka Wilda sambil memandu. Kerling Tasneem yang memandang hairan pada nombor yang muncul di layar skrin.

“Siapa ni?” soal Tasneem pelik. Nombor itu tak pernah dia tengok.

“Scammer kut.” balas Wilda sambil tengok kakaknya sepintas lalu. Wajah ceria semalam sudah bertukar monyok. Macam tengah tunggu orang tersayang call.

Tiba-tiba nombor tadi muncul lagi. Suara kambing pun mengembek kuat.

“Angkat je lah. Kut-kut prince charming dari Apokalips,” suruh Wilda kuat. Sengaja menyakat. Tasneem masih lagi tilik nombor itu.

“Tak naklah. Kan tak pasal-pasal hilang duit dalam bank. Dahlah ada singgit je.”

Tak sangka tawa Wilda berhambur kuat.
“Kak, baik hilang singgit dari hilang sejuta. Apalah kak ni!” Wilda gelak sambil gelengkan kepala. Tasneem mencebik geram. Kalau cakap dengan Wilda dialah yang akan kalah. Lalu dia tak hiraukan kata-kata gadis itu. Wilda pula hentikan kereta di hadapan Pasar Tasek Raja sebaik sudah sampai.

“Kak… Wafi nak beli baju jersey. Nak yang logo MU.”
Wilda beri jelingan. Itulah kerja adik bongsunya.

“Wazif nak juga kak.” Yang umur 13 tahun pun sama. Jersey bola sepak sajalah yang adik lelakinya mahu. Kalau Widya pulak makanan sajalah yang gadis itu nampak.

“Keluarlah. Tunggu dekat pintu masuk tu,” arah Wilda. Adik-adiknya terus keluar dan Wilda pandang Tasneem yang tengah buka peti pesanan. Kerana panggilan tak berjawab pemanggil hantar mesej pula.
- Tas… ini Nel. Nel guna nombor abang.

Barulah Tasneem rasa lega. - Rupa-rupanya Neldhia yang hantar pesanan.
- Nel nak cakap dengan Tas.

Hati Tasneem walang. Tambah-tambah lagi ada emoji menangis bersama pesanan. Kenapa pula dengan gadis itu lalu tanpa berfikir panjang di dailnya nombor tersebut.
***

Kelip-kelip Ku Han pandang nombor yang muncul. Tak lama pandang Neldhia yang diam di atas buaian. Dia yang tinggalkan telefon sekejap untuk mengambil dokumen di dalam bilik memandang hairan.

Dengan perasaan ingin tahu dia jawab juga panggilan.
“Nel, awak okay ke? Awak tak apa-apa kan?”
Suara gemersik yang menyentuh gegendang telinga mengejutkan Ku Han. Suara itu kedengaran risau.

“Nel okay. Dia tengah layan perasaan atas buai.”

Kali ini Tasneem pula yang terkejut. Suara jantan di sebelah sana tiba-tiba saja membuat dadanya berdebar malu. Ku Han pula berfikir jauh.

“Macam mana boleh call nombor ni?” soal Ku Han ingin tahu. Tasneem berdehem.

“Erk, tadi Nel yang mesej. Saya risau sebab mesej dia tu pelik.”

“Oh, really? Kejap!”

Terus Ku Han buka pesanan. Hadam satu demi satu. Barulah dia faham.

“Lepas balik dari makan-makan dengan family Dato’ Zakri terus Nel nampak macam patah hati. Sampai ke hari ini. Mungkin awak boleh tenangkan dia.”

Tasneem mengeyakan lantas meminta lelaki itu serahkan telefon kepada Neldhia.

“Are you okay Nel?” soal Tasneem mahu tahu dan tiba-tiba Neldhia menangis.

“Thank you sooo much Tas. Tak sangka Tas akan call Nel. I need you. Please meet me!”

Hati Tasneem serba salah. Dia masih ada di kampung.

“Nel nak jumpa Tas. Boleh kan?

“Esok Nel. Boleh?” terpaksa juga dia berikan keputusan. Hati rasa tak sedap. Takkanlah Neldhia dah putus dengan Zaim. Baru beberapa hari lepas dia jumpa kedua-duanya saling menatap bahagia. Tak mungkin pula boleh putus sekelip mata.

“Nel tak tenang, Tas!” luah Neldhia dalam suara tangisan.

“Nanti… Nel berendam dalam air suam. Letak minyak aromaterapi. Lepas tu makan makanan yang Nel suka. Insya Allah, Nel akan tenang,” pesan Tasneem lantas meminta untuk putuskan talian kerana dia perlu melayan adiknya pula.

Neldhia mengangguk dalam kesedihan. Ku Han yang menyaksikan keadaan adiknya tertanya-tanya. Siapa gadis yang menghubungi adiknya tadi.

***

Neldhia kelihatan tenang. Bibir itu sudah tersenyum sambil mengunyah epal di atas beranda rumah. Mata pun melilau melayan pemandangan luar rumah.

“Macam mana boleh mesej pakai telefon abang tadi?” soal Ku Han sambil membawa sepinggan keropok losong. Keropok yang dikirimkan kawan kepadanya. Letakkan pinggan ke atas meja di sebelah Neldhia.

“Tu!”
Neldhia juihkan bibir ke arah telefon yang sudah pecah. Terus mata Ku Han terbeliak.

“Why?” soal lelaki itu tak faham lantas mengambil telefon yang diam di atas bangku. Neldhia hembus nafas kesal. Gara-gara geramkan Jazmin yang tiba-tiba menghantar pesanan hendak merampas Zaim, dibalingnya telefon macam baling batu.

“Kenapa ni Nel. Gaduh dengan siapa sampai jadi macam ni. Nel bukan budak-budak lagi nak baling-baling telefon macam tu.” Ku Han membebel macam mak nenek.

“Please, bang. Nel baru rasa tenang. Jangan biar Nel serabut balik.”

Ku Han angkat tangan.
“Okay. Abang tak akan ungkit lagi tapi abang nak tahu siapa yang call tadi.”

Terus wajah Neldhia berubah ceria. Dekati abangnya dan hempas punggung atas bangku.
“My new friend. Hari tu kan Nel dah cerita.”

Dahi Ku Han berkerut.
“Budak pelayan restoran tu?”

Neldhia angguk ceria.

“Not my cup of tea.”

Pantas bibir Neldhia mencebik tak suka. “She’s different, bang. Lain dari perempuan yang abang kelek sana sini.

Terhambur tawa besar Ku Han lantas menggeleng lucu.
“Nel… budak pelayan macam tu sesuai dibuat teman tengok wayang je Nel. To be my wife, it’s not as cheap as chips, Nel.”

Neldhia julingkan mata ke atas. Abangnya dah tunjuk perangai sombong tu. Tapi dia tidak. Sejak dia buat silap dia sedar harta-benda tak akan bawa ke mana. Kawan yang kaya-raya pun akan lari bila dia dah miskin. Sebab tu sekarang dia selesa berkawan dengan Tasneem.

“Abang jangan mendongak ke langit sangat. Nel dah rasa semua tu bang. Nel tak nak dah ulang balik. Kalaulah Nel mampu….” tiba-tiba saja hatinya yang dah tenang kembali bergelora. Dia cukup kesal.

Ku Han yang menyedari mengangguk faham. Tahu apa yang dah adiknya rasa.
“Okay. Abang akan jumpa dia.”

Terus wajah Neldhia kembali ceria.
“I’m sure you will love her, abang.”

Ku Han pun terangguk-angguk.
“I hope so.”

Neldhia angguk laju.

“So… make me meet her.”

Dan… hati Neldhia berbunga ceria.

Haha... Tak tahu. Ada mamat baru ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience