Zaim menyorokkan sejambak bunga di belakang. Sekaligus menyembunyikan tangannya yang menggeletar menunggu susuk yang sekian lama dia tak jumpa. Hampir setahun tak melihat Neldhia. Hanya panggilan video saja yang menjadi pengubat rindu. Itupun jarang sekali. Maklumlah, gadis itu sedang tekun belajar untuk mendapatkan master.
Nafas dihembus kuat. Mata pula menghendap mencari Neldhia di balai ketibaan. Rasanya dah lama dia tunggu tapi bayang gadis itu langsung tak nampak di mata. Zaim tengok jam tangannya. Kemudian matanya beralih ke papan pengumuman. Nampak waktu mendarat penerbangan dari UK sudah jauh ditinggalkan. Tetapi bayang gadis itu langsung tak kelihatan. Hati mula diterjah bimbang. Janganlah Neldhia buat kejutan. Entah-entah saja nak prank dia. Bukannya Neldhia tak pernah buat.
Dulu, waktu sekolah menengah gadis itu selalu kenakan dia.
Tapi tak mungkin Neldhia nak buat. Gadis itu telah membesar menjadi gadis berpelajaran. Mana mungkin hendak kenakan buah hati macam budak-budak tadika. Lalu Zaim lapangkan dada. Tarik telefon hendak menghubungi. Baru saja menyeret layar skrin jambangan bunga di belakang ditarik orang. Pantas Zaim berpaling.
“Nel!”
Zaim terkejut. Buntang matanya melihat Neldhia yang tersenyum manis. Cantik sangat apabila rambut gadis itu berubah fesyen. Kalau dulu pendek separas dada. Sekarang beralun cantik separas pinggang macam model iklan syampu. Dia pernah beritahu Neldhia. Dia sukakan gadis berambut panjang. Agaknya sebab itulah gadis itu tak memotongnya.
Rindunya terubat juga tetapi melihat pakaian Neldhia terus nafasnya dihembus berat. Dah lama tak jumpa. Dia ingatkan Neldhia akan berubah sebab dia selalu menasihati. Menyuruh gadis itu belajar menutup kecantikan yang terzahir sebelum menikah. Tetapi tidak. Makin seksi adalah. Dengan singlet tali halus dan skirt pendek matanya sakit berdarah. Padahal jacket kat tangan ada untuk menutup yang terdedah. Namun, Neldhia memilih untuk membuka.
“Surprise!” Neldhia depakan tangan. Hendak memeluk tetapi Zaim angkat tangan macam kena tahan dengan polis. Ini satu lagi perangai yang perlu Neldhia ubah. Gadis itu macam tak tahu halal haram. Pantas saja Zaim tunjuk muka serius dan wajah Neldhia terus berubah tona.
“Nel… perangai you tak berubah langsung. You kena ingat. I bukan suami you. Kalau you dah halal untuk I, 24 jam I kepit you bawah ketiak I.”
Muka kelat Neldhia terus berubah manis. Tunjuk senyum gembira.
“I pun tak sabar nak jadi yang halal untuk you,” luah Neldhia menggoda dan tentunya kejantanan Zaim tercabar.
“Berapa lama you cuti kali ini?” soal Zaim mahu tahu. Namun Neldhia tak menjawab sebaliknya cium bunga di tangan beberapa kali.
“You tak pernah lupa kan? I suka ros. Tapi boleh tak jangan sambut I dengan bunga lagi,” rengek Neldhia manja. Zaim kerutkan dahi.
“Kenapa?” soalnya hairan.
“I lapar tapi you bagi I bunga. Manalah I boleh telan.”
Dan… tawa Zaim berhamburan keluar. Bahagia dengan rengekan Neldhia. Lalu dia mengajak gadis itu ke kereta.
“Jomlah. Kita makan dulu,” ujar Zaim lantas masukkan bagasi gadis itu ke dalam kereta. Neldhia tak masuk tetapi mengelilingi pacuan empat roda itu.
“Ini ke buah hati yang you sorokkan dari I tu?”
Zaim depakan tangan.
“Well. But... buat hati I yang bernyawa kat depan ni lagi bermakna. I rindu separuh mati.”
Serta-merta wajah Neldhia membahang merah. Rasa tak sabar sungguh hendak memberitahu berita gembira kepada lelaki itu. Sengaja dia tak menjawab pertanyaan Zaim tadi kerana mahu membuat kejutan. Lalu dia biarkan lelaki itu terus menanti jawapannya.
“Masuklah. Kata lapar.” Zaim bukakan pintu dan Neldhia masuk dengan bangga. Namun dada Zaim bergoncang hebat. Kalau Neldhia dah duduk dengan skirt paras paha sambil silangkan kaki macam tu siapa yang tak akan telan liur. Nasib baik dia beri amaran pada nafsunya awal-awal. Kalaulah Neldhia tu dah halal, memang dia bedal kat situ juga.
Sabar hati. Sabar.
“I nampak ada bekal kat belakang. You masakkan untuk I ke?” tanya Neldhia yang menoleh ke belakang. Zaim mula teringat.
“Oh, itu restoran dekat pejabat yang bagi masa I lunch tadi. Dia orang buat taste food. Jadi I dapat satu.”
Neldhia angguk. Terus capai dan bawa ke paha.
“I nak makan kat sini boleh tak? I kebulur dah ni. ”
Zaim telan liurnya. Dia tak pernah benarkan sesiapa pun makan dalam keretanya.
“Kejap. Kita pergi cafe yang dekat je. Kita makan kat sana ya.”
Terus wajah Neldhia berubah kelat.
“Lelaki sama je kan. Kalau bab kereta susah betul nak kompromi.”
Zaim pula hambur gelak besar.
“You kena tahu, lelaki rela putus cinta demi nak jaga kereta dia orang.”
Lalu Neldhia muncungkan bibir.
“You!” Neldhia genggam jemarinya dan Zaim gelak besar lagi.
“Makanlah. Demi you I rela pergi basuh kereta lepas ni.”
Dan… Neldhia senyum puas hati. Dia cukup yakin Zaim ikhlas menyayanginya. Lalu dia menunggu sehingga tiba di cafe. Barulah dia akan jamah makanan ini. Dia tak akan menyusahkan Zaim.
***
“Erm… sedaplah spageti ni.” Neldhia memuji setelah kali ketiga menyudukan ke dalam mulut.
Zaim yang menghirup coklat panas angkat kening.
“Suapkan,” arahnya terliur. Neldhia tak membantah. Terus disuapkan ke mulut Zaim dan lelaki itu kerutkan muka lantas terangguk-angguk.
“Sedapkan?”
Zaim setuju.
“Kat UK mana ada spageti macam ni. Orang kita ni memang inovatif betul. Spageti carbonara rasa tomyam. I tak pernah makan. Tapi sumpah memang sedap. Kena dengan tekak I.”
Zaim angguk setuju. Dia yang tak minat makanan barat pun mengiyakan. Memang kena dengan tekaknya juga.
“Nanti you bawa I pergi makan kat kedai ni ya. I dah jatuh cinta dengan spageti ni. Lain dari yang lain. Kalau boleh I nak belajar. Nanti I boleh masakkan untuk you.”
Zaim terkejut.
“Bila nak masakkan?”
Neldhia pantas ketawa kecil.
“Tunggulah kita dah kahwin.”
Lalu Zaim hembus nafas kecewa.
“Tak tahulah bila kita boleh kahwin,” luah lelaki itu kecewa dan Neldhia faham sangat-sangat.
“Janganlah sedih. Bila you monyok macam ni I terus tak lalu nak makan tau.”
“Manalah I tak monyok. Kita dah lama bercinta. Sejak sekolah menengah lagi. Sampailah sekarang. Lagipun ayah you kenal papa I. Kita sebenarnya tak perlu pun nak tangguh lama-lama.” Zaim luahkan rasa. Muka pun dah macam ayam berak kapur.
Neldhia teramat faham dan hatinya ketawa terbahak-bahak. Tak sangka lelaki itu akan bersedih.
“You janganlah merajuk. Muka you terus jadi macam badut tau. Tak handsome dah,” usik Neldhia sakan.
Namun Zaim pandang ke arah lain. Memang dia kecewa sebab Neldhia selalu saja bertangguh.
“Bila you habis belajar? I nak pergi masuk meminang, I tak kira. Kalau ayah you tendang I, seratus kali I ulang pergi rumah you.”
Terhambur tawa besar Neldhia. Tak sangka kesungguhan Zaim tak pernah berubah.
“I dah habis belajar,” beritahu Neldhia ceria. Muka Zaim pula terus berubah. Matanya memanah mata Neldhia tak percaya.
“You jangan nak main-main.” Dengan muka kurang yakin Zaim membalas.
“Betul. I dah habis belajar. I balik ni pun sebab nak jumpa mak dengan ayah I. Nak bincang dengan dia orang.”
Terus wajah Zaim berubah. Ceria.
“Betul ni?”
Neldhia mengangguk laju.
“You jangan prank I.”
Neldhia geleng.
“Sumpah. I tak tipu.”
Dan Zaim bangkit dari kerusi. Dia nak melompat namun dihalang Neldhia.
“You, janganlah tunjuk perangai budak-budak. I setuju nak kahwin je pun. Bukannya I menang loteri.”
Zaim menggeleng.
“I dah lama tunggu. Macam tunggu ayam jantan bertelur. Bila you dah bagi greenlight you ingat I tak akan bersorak. Dah terlalu lama I tunggu jawapan dari you. Dari I mula bekerja lagi I dah bersedia nak jadi suami you. Kewangan I cukup stabil untuk sara you. Bila you setuju I rasa happy sangat.”
Neldhia angguk seraya hadiahkan senyuman dan menyuruh Zaim duduk.
“Lepas ni I balik UK untuk bawa parents I ke majlis graduate. Lepas tu you datanglah rumah. Bawa papa dengan mami you.”
Zaim mengangguk teruja. Namun hanya seketika.
“You betul-betul dah ready ke nak kahwin?” soal Zaim was was pula.
“Ya. Kan I dah janji nak kahwin dengan you bila dah habis belajar. I tak boleh mungkir janji, hokey.”
Zaim bangga. Rasa nak saja dia peluk Neldhia tetapi dia sabarkan diri. Lalu….
“I love you, sayang!” ucap Zaim meluahkan rasa hati dan Neldhia mengangguk malu.
“Love you too.”
Dan… hari yang menggembirakan menjadi sejarah yang tak mungkin dilupakan. Zaim tak sabar hendak membawa orang tuanya berjumpa keluarga Neldhia.
Namun lelaki itu tak sedar. Dari kejauhan, Dato’ Zakri yang melihat perlakuan anaknya mengeluh kesal. Dia tak suka dengan apa yang dilihatnya.
Lah, dah ada makwe. Habis lah ko Tasneem
Share this novel