Masuk saja ke dalam bilik Zaim tolak Tasneem hingga terduduk ke atas katil.
Tasneem terperanjat. Lelar pergelangan tangannya. Mengusap tempat yang perit.
“Duduk kat sini dan jangan nak pindah bilik lain.”
Tasneem jatuhkan tangan ke atas tilam. Tekan kuat lantas luahkan kata.
“Saya akan ikut arahan awak selagi tak bercanggah dengan agama.”
Zaim yang mengambil beg pakaian berpaling. Jatuhkan beg ke atas lantai.
“Jangan ke mana-mana. Aku tak izinkan kau keluar dari rumah ini.”
Bulat mata Tasneem tak mengerti. Terus dia bangun dan menghadap lelaki itu yang masukkan dua tiga pasang pakaian ke dalam beg.
“Saya kerja. Awak tak boleh kurung saya kat sini. Saya kena pergi kerja.”
Pantas Zaim hempas pintu almari pakaian. Kuat.
“Daripada kau ambil order dekat kedai baik kau tolong mami masak kat rumah.”
Mulut Tasneem terlopong. Dia cuba nak jelaskan semuanya namun pandangan mata Zaim yang tajam buat dia kecut perut. Bagaimana kalau lelaki itu tiba-tiba buat perkara tak elok macam dulu? Dia masih trauma dan belum bersedia untuk berada dekat dengan lelaki itu.
Nyata Zaim mendekat. Terus Tasneem mengelak.
“Aku keluar kawasan seminggu ni. Jangan nak keluar tanpa izin aku.” Sekali lagi Zaim berpesan dan dia tak boleh berdiam.
“Tapi… saya kena keluar pergi kerja.”
“Shut up, Tasneem!”
Bibir pun kelu namun hati menyumpah seranah diri sendiri. Kenapa dia perlu menghadap semua ini. Berbaki dua hari lagi sebelum dia kena kembali ke Gambang. Patutkah dia menderhaka?
Tak sempat hendak meneruskan kata Zaim sudah berlalu keluar dari bilik. Dia pula pantas mengejar. Tak sangka Datin Hakimah yang lebih dulu mendapatkan lelaki itu di garaj kereta.
“Im nak pergi mana?” soal Datin Hakimah risau. Zaim sedang memasukkan beg ke dalam perut kereta. Ketika itulah Dato’ Zakri dan Kayla turut keluar. Nik Salimah pula memandang dari balkoni atas.
“Im nak setelkan kerja. Mungkin ambil masa sehari dua. Kalau Im tak balik ke sini maknanya Im duduk dekat kondo Im.”
“Dah macam tu baik bawa Tas honeymoon terus.”
Bulat mata Tasneem pandang papa mentuanya. Perkataan bulan madu yang keluar dari mulut orang tua itu mengundang debaran maha hebat. Pandang Zaim dan lelaki itu ketap geraham kuat.
“Im pergi buat kerja. Bukan nak bercuti.” Tinggi suara Zaim membalas kata hingga Datin Hakimah tersentak. Dato’ Zakri pula menggeleng kesal.
“Kalau macam tu biar Tas duduk rumah Im. Senang Tas nak pergi kerja. Kalau dari sini jauh juga tu.”
Tasneem ketap bibirnya lantas kerutkan dahi. Berharap sangat orang tua itu tidak akan tersasul.
Mata tajam Zaim pantas memanah mata Tasneem. Cepat-cepat Tasneem larikan. Ada debaran takut datang menghendap.
“Rumah tu Im sediakan untuk orang yang Im sayang.”
Dan… serta-merta hati Tasneem hancur lebur bagai dipijak tayar lori. Pengakuan Zaim mengundang kekesalan maha hebat. Betullah, lelaki itu mengikatnya erat untuk membalas dendam atas kesalahan yang dia tak buat.
Kerana itulah air matanya hampir menjunam ke pipi. Namun ada kekuatan yang muncul.
“Kalau awak tak nak saya tinggal dengan awak sekali pun sekurang-kurangnya izinkan saya keluar pergi kerja. Saya nak cari duit untuk diri saya sendiri.”
Zaim kepal penumbuk. Dekati Tasneem lantas keluarkan dompet dan keluarkan beberapa keping not lima puluh.
Terpinga-pinga Tasneem dengan tindakan lelaki itu. Zaim pula dengan kasar tarik tangan Tasneem dan letakkan not-not yang ditarik dari dompet ke tapak tangan gadis itu.
“Kau ingat aku tak mampu bagi kau nafkah.” Sinis suara itu keluar dan bukan itu maksud Tasneem.
“Jangan keluar dari rumah ni!” Tegas suara Zaim terlontar sekali lagi lalu air mata yang sedari tadi tertahan jatuh berguguran juga. Zaim pula tak menghiraukan Tasneem lalu memandu keluar dari laman rumah.
Dato’ Zakri hembus nafas kesal. Bukan dia tak tahu ke mana Zaim hendak pergi tetapi hati tuanya tak mampu menghalang kerana dia sedang berserabut memikirkan arwah ayah Tasneem. Lantas dia masuk ke dalam. Meninggalkan isteri, anak dan menantunya.
Datin Hakimah memandang simpati lalu tarik Tasneem dan berikan senyuman.
“Tak apa. Mami ada. Mami izinkan Tas keluar kerja. Pasal Im tu mami setelkan. Dia tu tak tahu apa-apa sebab tu main cakap je.”
Tasneem angguk pedih. Antara arahan seorang suami dengan tanggungjawab seorang penjawat awam, dia tersepit di tengah-tengah.
Kita bagi sikit dulu. GH sakit Tengku.
Share this novel
come on Tas..jd keras. barula buku bertemu ruas.
kesian Tasneem...zaim zalim
cobaan betul chapter ni.. author saja buat kita tertunggu2..