BAB 37

Family Series 39843

“Pa, what a nonsense decision! Im tak akan kahwin dengan Tasneem.”

Keputusan semalam dibincangkan lagi hari ini dengan perasan geram dan benci yang belum surut.

“Nonsense Im cakap. Kalau papa tak buat keputusan, Im ingat Nel akan berhenti menghina. Entah-entah Neldhia yang ramcang semua ni.”

Zaim kerutkan muka. Apa yang papanya cakap. Dia tak faham.

“Apa ni papa. Jangan sebab papa tak kasi Im kahwin dengan Nel papa buat cerita macam-macam.”

Dato’ Zakri menggeleng kesal. Nampaknya Zaim terlalu naif.
“Kahwin dengan Tasneem, Im.” Sekali lagi Dato’ Zakri berbunyi.

Huh!
Zaim hembus nafas tak percaya.

“Papa masih nak suruh Im kahwin dengan budak yang entah dari mana tu. Kerja dia ambil order dekat kedai makan. Sekolah ke tidak tak tahu. Entah-entah belajar sampai darjah enam saja. Papa, papa nak ke menantu yang macam tu. Nel dah cukup lengkaplah untuk Im pa.”

Lagi sekali Zaim meluahkan nama Neldhia.

Dato’ Zakri tiba-tiba hamburkan tawa sinis.

“Lengkap Im kata!! Im cakap Neldhia sempurna menjadi isteri Im. What a fool dream. Daripada bermimpi hendak menikah dengan Neldhia baik Im bertanggungjawab atas apa yang telah Im buat.”

“Tanggungjawab apa ni pa?”

“Bukan ke Im dah sentuh Tasneem?”

Zaim tersentak lantas kepal tangannya hendak menumbuk apa saja yang ada depan mata.

“Pa… itu Im tak sedar. Lagipun Im tak merosakkan dia.”

Tak sangka Dato’ Zakri yang tampar meja. Tengah hari yang sepatutnya kenyang dengan makanan tak jadi apa. Sebaliknya perut masing-masing penuh dengan amarah.

“Bagi seorang perempuan bermaruah macam Tasneem sikit saja lelaki pegang, dia dah anggap diri dia rosak. Kenapa Im tak faham semua tu. Im dah buat jahat dekat Tasneem.”

Kali ini Zaim pula yang bangkit. Cuba berdebat dengan ayah sendiri.

“Bermaruah papa cakap. Bermaruah apa kalau datang rumah lelaki malam-malam buta macam tu.”

“Dia datang dengan Kayla.”

“Kenapa dia tak tunggu Kayla lepas tu naik sama-sama dengan Kay ke atas. Kenapa?”

Dato’ Zakri terdiam. Memang ada betulnya cakap Zaim. Tetapi benda nak jadi. Siapa pun tak dapat nak mengelak.

“Tak perlu Im nak salahkan Tasneem. Benda dah jadi. Dah tak boleh nak buat apa.” Dato' Zakri cuba meredakan amarah Zaim sekaligus menerima semuanya dengan reda.

“Entahlah pa.” Zaim duduk semula. “Im nak marah sangat sebab dia yang muncul masa tu. Kenapa dia yang perlu masuk dalam perangkap orang lain. Kenapa perlu dia?" Suara Zaim sudah kendur.

Dato’ Zakri setuju. Akhirnya Zaim mengakui. Bukan anaknya nak marah sangat pasal kes khalwat tapi Zaim kecewa sebab gadis naif itu yang diuji sedemikian rupa.

“Im rasa berdosa, pa. Rasa bersalah sangat bila ingat balik apa yang Im dah buat dekat dia. Walaupun nampak ringan tapi kesannya....." Zaim tak mampu teruskan kata.

“Kalau macam tu Im kahwin dengan Tasneem.”

Zaim menggeleng.
“Tapi Im tak cintakan dia?”

“Habis tu siapa yang abang Im cinta? Kak Neldhia?”

Tiba-tiba saja Kayla muncul lalu mencelah. Zaim mengangguk lemah dan Kayla rasa sebak.

“Betul ke abang Im cintakan Kak Nel? Betul ke? Cuba abang fikir dalam-dalam.”
Zaim memandang pelik. Kenapa Kayla boleh tanya begitu?

“Kay cakap apa ni?” soalnya tak faham.

“Cuba abang tanya hati abang. Betul ke abang cintakan Kak Nel?”

Zaim pejamkan mata seraya mengetap gerahamnya. Apa yang adiknya cuba buat ni.

“Abang tak cintakan Kak Nel. Abang tak pernah cintakan Kak Nel. Abang hanya mahu melindungi. Abang hanya nak Kak Nel berubah jadi gadis yang baik sebab tu abang sanggup nak kahwin dengan dia kan. Kay nampak semuanya.”

Zaim celikkan mata.

“Kay!” Zaim hairan. Apa yang Kayla nampak. Matanya memandang dalam ke wajah Kayla.

Wajah Kayla mula merah. Menahan tangis yang hampir keluar. Melihat wajah abangnya yang macam tak faham apa-apa hatinya menangis pilu. Dia tahu apa yang lelaki itu sembunyikan namun dia tak mampu luahkan.

Tak sangka Datin Hakimah menghampiri.
“Jangan masuk campur hal orang tua Kay.” Datin Hakimah menasihati. Tarik Kayla yang mula menangis.

“Abang… tak perlu nak sorokkan semuanya dari Kayla. Abang nak kahwin dengan Kak Neldhia sebab abang takut. Abang takut nak berhadapan dengan realiti.”

“Diam kayla!” jerkah Zaim sebaik sedar apa yang Kayla luahkan. Mata mula menatap tajam dan Kayla terus menangis namun masih ada sifat degil yang datang mengacau.

“Kalau abang betul-betul cintakan Kak Nel abang dah lama kahwin dengan dia. Tapi kenapa abang hanya sanggup tunggu tapi abang tak bertindak. Kenapa?”

“Kayla!!!”
Tangan Zaim hampir naik ke muka Kayla namun Dato’ Zakri pantas tarik tubuh anak bongsunya. Menjauh dari Zaim yang nampak tercabar. Dalam kepala Dato’Zakri mencari tahu tetapi tak jumpa. Nampaknya masih ada rahsia yang dia tidak tahu.

“Sekarang ini Kay minta abang. kahwin dengan Kak Tas. Sama macam papa suruh.” Dari jauh pun Kayla masih mahu menambah bara di dalam dada Zaim dan ketika itulah Neldhia muncul.

“Tak boleh. You tak boleh kahwin dengan Tasneem.”
Neldhia berdiri di muka pintu. Memandang Zaim dengan mata yang basah. Semua orang terkejut dengan kemunculan Neldhia yang tiba-tiba.

“You hanya boleh kahwin dengan I,” ujar Neldhia lantas mendekati Zaim yang masih terpinga-pinga. Tidak faham. Kenapa Neldhia boleh muncul pula.

“You….” Bila teringat balik kata-kata Kayla hatinya mula berbelah bahagi.

“Walaupun you dah buat salah I sanggup kahwin dengan you. Please, jangan kahwin dengan Tasneem!”

Zaim membisu. Dalam kepalanya berselirat dengan pelbagai soalan.

“Tak boleh. Uncle tak benarkan. Nel tak boleh kahwin dengan Zaim.” Dato’ Zakri mencelah dengan nada keras.

Air mata Neldhia mula gugur ke pipi.
“Biar Nel kahwin dengan Im, uncle,” rayu Neldhia dalam suara tersekat-sekat.

Dato’ Zakri mula naik angin.
“Kalau macam tu berterus-terang sekarang. Kalau Im boleh terima jawapan Nel, uncle juga akan terima Nel?”

Zaim kerutkan dahi. Tertanya-tanya. Neldhia perlu berterus-terang tentang apa?

Datin Hakimah di sebelah Kayla juga buntangkan mata tak faham. Hati turut menyoal. Hanya Kayla yang senyap tak memberi reaksi.

“Tak mampu bukan?” soal Dato’ Zakri setelah melihat Neldhia hanya menekur sambil menangis.
“Huh, macam mana nak cakap. Kalau dah berkali-kali buat dosa besar.”

Zaim tak faham.
“Papa cakap apa ni. Rahsia apa yang Im tak tahu.”

“Ya. Im tak tahu apa-apa sebab Im diperbodohkan macam tu saja. Neldhia pergi ke luar negara bukan untuk belajar tapi pergi nak melahirkan anak entah siapa-siapa?” Akhirnya rahsia Neldhia terbongkar juga. Neldhia palingkan muka lantas menggeleng kesal. Datin Hakimah pula tekup mulut tak percaya dan Zaim pantas mendekati Neldhia dengan muka merah padam.

“Nel, jelaskan!”

“Dia dah terlanjur dekat sini. Bukan sekali tapi berkali-kali. Lepas tu bila dah mengandung bagi alasan nak sambung belajar. Padahal dia pergi besarkan anak dia dekat sana.”

Zaim berpaling. Melarikan muka dari menghadap wajah merah Neldhia. Kepala membuat kira-kira. Neldhia ke UK ketika berusia 24 tahun. Sekarang sudah berumur 29 tahun. Bermakna Neldhia ada anak berusia lima tahun. Terus Zaim menghadap semula Neldhia dan tarik lengan gadis itu. Bukan. Bukan gadis. Neldhia bukan lagi seorang gadis tetapi seorang perempuan. Selayaknya dipanggil perempuan.

Zaim tak percaya. Namun hati mengakui. Boleh jadi Neldhia terlanjur atau merelakan.

“Kau tipu aku hidup-hidup Nel. Siapa jantan tak guna tu. Siapa jantan yang kau buat ulik tidur siang malam tu. Siapa?” jerkah Zaim dan Neldhia hamburkan tangisan selebat hujan. Tak sangka Dato’ Zakri sanggup memalukannya di hadapan Zaim. Padahal orang tua itu telah berjanji akan menjaga rahsianya sekiranya dia berjaya memujuk Zaim menikahinya. Dia belum berjaya tetapi orang tua itu lebih dulu melanggar janjinya.

“I tak terlanjur Im. Tak terlanjur.”

“Jangan tipu. Kau masih nak mengaku suci.” Zaim menolak lengan Neldhia. Sudah tidak ada bahasa cinta mereka. Neldhia tak merelakan lantas kembali memaut lengan Zaim.

“Betul Im. I tak tipu. Sumpah!”

“Sudah! Keluar. Aku tak akan kahwin dengan kau. Tak akan kahwin dengan kau.” Terus Zaim melangkah laju masuk ke dalam bilik dan hempas pintu dengan kuat sehingga Datin Hakimah terperanjat seraya menangis. Hanya Dato’ Zakri yang masih kuat melawan perasaan.

“Balik Nel.” suruh Dato’ Zakri lemah. Pantas Neldhia panggung kepala.

“Sampai hati uncle buat Nel macam ni. Nel tak pernah buat jahat dekat uncle tetapi kenapa malukan Nel depan Im. Kenapa?”

Dato’ Zakri hembus nafas kecewa.
“Nel sayangkan anak Nel?” soal Dato’ Zakri menguji. Neldhia angguk. “Walaupun budak tu bukan anak halal?” Neldhia angguk lagi. “Macam tulah dengan uncle. Uncle sayangkan anak uncle sepenuh hati dan uncle tak akan benarkan yang jahat masuk dalam hidup dia.”

Dan… hati Neldhia berhempas kecewa. Kecewa kerana orang di rumah besar ini tidak memahami. Malah tidak tahu apa-apa. Ada perkara jahat yang sedang dirancang untuk meragut ketenangan di rumah ini tetapi mereka tidak sedar. Dia pula cuba masuk ke dalam untuk melindungi. Tetapi mereka tetap juga tidak faham. Diakhirnya, dia hanya perlu menjaga diri sendiri dan orang yang dia sayang sahaja.

“Terima kasih uncle sebab memusnahkan segala yang Nel simpan. Nel dah tak mampu buat apa-apa. Cuma Nel harap, uncle dapat jaga semua orang yang uncle sayang,” pesan Neldhia lantas berlalu membawa diri entah ke mana.

Dari tingkap bilik, Zaim memandang kesal. Sedikit demi sedikit perasaan benci mula masuk ke dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience