BAB 61

Drama Completed 84621

“Hantar saya ke Gambang.” Kuat suara Tasneem mengarah. Padahal baru semalam dia berjanji hendak menerima dengan reda. Tetapi tindakan Zaim yang melencong ke Kuantan buat dadanya panas berapi.

“Esok saya kerja. Kalau saya duduk Kuantan saya nak pergi dengan apa?” marah Tasneem lantas ketap bibir geram. Rasa gembira pagi tadi terus hilang berganti nak marah. Namun Zaim tunjuk muka senyum saja.

“Aku kan ada. Kenapa kau nak duduk sana pula. Mulai hari ini aku akan hantar kau pergi kerja.”

Buntang mata Tasneem mendengar kata-kata lelaki itu. Gila ke apa. Selama ini mana ada macam tu. Terus pandang wajah itu dengan tajam.
“Awak ni terlebih makan ubat ke apa? Sampai pelik macam ni.”

Tak sangka Zaim mengangguk. Nampak lucu.

“Haah. Aku dab terlebih dos. Dos cinta.”

Makin pelik Tasneem dengan perangai Zaim. Ditambah dengan perasaan marah yang semakin berapi. Apatah lagi Zaim sudah memarkir kereta di kawasan parkir kondo. Terus matanya buntang tak percaya.

“Kenapa datang sini?” soal Tasneem tak faham. Zaim hanya ukir senyum. Keluar dan bukakan pintu sebelah Tasneem.

“Datang rumah suami. Tak boleh?” tanya Zaim menguji.

Laju Tasneem hembus nafas geram.
“Saya tak bawa baju. Nak pakai apa?”

Tak sangka Zaim bongkokkan badan. Dekatkan mulut ke telinga Tasneem.
“Dah jadi isteri. Tak pakai baju pun tak apa.”

Apa lagi, mata Tasneem rasa nak terkeluar sebaik mendengar ayat lelaki itu. Apatah lagi Zaim bagi senyum senget.

“Gila ke apa?” marah Tasneem lantas keluar.

"Apa yang gilanya. Betullah tu. Isteri adalah hak milik suami sepenuhnya. Tak perlu nak sorokkan apa-apa pun depan suami.”

Membahang wajah Tasneem dengan penjelasan Zaim. Bukan dia tak tahu tapi dia tak biasa dengan perkara begitu. Apatah lagi ia diucap oleh lelaki.

Rasa tak ma oh nak sorokkan muka. Lalu dia tunjuk geram dengan ketatkan muka. Melihat Zaim yang sudah melangkah lalu dia menonong saja mengikut langkah lelaki itu sehingga ke rumah. Dari belakang dia mencebik geram. Namun semua itu mulai menghilang berganti pedih. Berganti sebak.

Dia sekarang berada di depan rumah rumah yang telah membawa episod duka lara dalam hidupnya. Pantaskah dia hendak tinggal di sini.

Air mata mula nak meluruh. Saya itu Zaim sudah menolak daun pintu ke dalam dan pandang wajah Tasneem.

“Kau masih nak ingat kejadian lepas padahal kita dah jadi suami isteri. Sepatutnya kau tahu. Kalau aku buat apa–apa pun dekat kau, kita dah tak salah apa-apa,” ucap Zaim dan pandang wajah Tasneem yang keruh. Tak lama mata itu gugurkan titisan jernih.

Sapu dengan geram.
“Awak tahu tak itu peristiwa paling zalim yang jadi pada saya. Awak tak rasa apa-apa sebab awak tak duduk tempat saya. Awak lelaki dan lelaki tak akan rasa apa yang perempuan rasa.”

“Siapa cakap?” kuat suara Zaim bertanya lantas tarik Tasneem lalu hempas tubuh itu ke dinding.

“Kau ingat aku tak fikir pasal perasaan kau. Kau ingat aku larikan diri sebab aku hanya kisah dengan perasaan aku?” soal Zaim keras dan Tasneem menunduk ke bawah. “Sebab fikirkan perasaan kau lah aku ajak kau kahwin. Sebab fikirkan perasaan kaulah aku tak sentuh kau. Kalau aku tak fikir kau dah lama….” Tangan Zaim naik ke atas. Hampir dengan muka Tasneem. Mahu usap wajah itu namun berhenti. “Kalau tidak kau dah lama aku….” Zaim hentikan kata. Jatuhkan tangan dan pandang wajah Tasneem yang basah. Lepaskan tubuh itu perlahan-lahan lalu bergerak ke pintu. Tutup dan kunci.

“Mulai saat ini kita akan tinggal bersama di sini. Buang rasa takut kau. Buang rasa benci kau sebab aku dah buang semua tu sebelum aku sampai rumah ibu kau kelmarin,” ujar Zaim sambil membelakangi. Lantas dengan langkah yang lemah bergerak ke bilik tidur.

Tasneem pula cengkam dadanya. Hadir rasa bersalah dalam diri kerana melukakan hati lelaki itu. Lantas dengan langkah yang bersalah dia bergerak ke bilik. Ketika itu Zaim sedang menyalin pakaian.

“Saya tak ada baju nak pakai,” ujar Tasneem kesal.

Zaim tak berpaling. Sebaliknya telunjuk mengarah ke bilik pakaian.

“Nak pakai baju siapa?” soal Tasneem lurus.

“Kau cari kat dalam almari,” arah Zaim lantas keluar. Muka Zaim nampak serius. Malah ada riak merajuk.

Teragak-agak Tasneem hendak ke almari. Pertama kali masuk ke dalam bilik ini hati rasa sangsi. Pantas dia hendak duduk dalam bilik ini. Bilik kepunyaan Zaim.

Namun tubuhnya rasa melekit. Dia tak selesa. Takkan nak pakai baju sama untuk bawa tidur. Lalu dengan berat hati dia melangkah ke dalam. Buka almari.

Alangkah terkejutnya melihat pakaiannya bergantung kemas di dalam.

Erk!
Pandang ke arah pintu bilik. Mencari Zaim. Dada berdebar. Kenapa bajunya ada di sini? Terus tangan selak satu demi satu. Tengok pula kotak penyimpanan di dalam almari. Terus membahang mukanya melihat anak-anak baju dan seluar berlipat kemas. Terus kepala fikir bukan-bukan. Serentak itu terus dia keluar dan melangkah mendapatkan Zaim yang sedang panaskan sesuatu di dapur.

“Sejak bila pakaian saya ada kat sini?” soal Tasneem pelik. Hairan dan sebagainya berperang dalam dada. Zaim pula diam tak berkutik. Terus membalikkan makanan di dalam kuali. Tasneem rasa tercabar lantas keluarkan suara.

“Awak ambil kat rumah mak usu kan sebab baju tu hanya ada kat sana. Kenapa awak ambil tanpa izin saya?”
Zaim pantas tutup api dapur. Pandang Tasneem tajam.

“Could I remind you again. You are my wife. So, aku cuba buat yang terbaik untuk kau. Lagipun, rumah kau sekarang kat sini. Bukan lagi kat rumah mak usu.”

“Tapi… rumah ni awak cakap untuk orang yang awak cinta. Saya pula?”

Tak sangka Zaim mendekat lantas tolak tubuh Tasneem rapat ke badan peti. Kedua-dua belah tangan itu menahan ke pintu peti. Menghalangnya dari bergerak.

“Aku dah bawa kau ke sini. Jadi apa lagi yang kau tak faham?”

Kelip-kelip mata Tasneem pandang Zaim. Lelaki itu cintakan dia? Mustahil. Dia cuba untuk memahami malah memaksa untuk menyedari tetapi dia tak mahu mengakui. Apatah lagi tidak ada bukti zahir yang lelaki itu mula menyayanginya. Mungkin juga Zaim sekadar ingin menguji.

Dia buang semua tebakan. Cuba menentang pandangan Zaim namun tak berjaya. Lantas larikan mata dan saat itulah pandanganya menyentuh sesuatu berdekatan microwave.

Dia perhati lama. Macam kenal. Lalu bongkokkan badan dan menyusup ke bawah. Lepaskan diri dengan melangkah ke arah microwave. Apabila sudah dekat bibirnya diketap geram. Bukankah itu planner miliknya. Planner yang dah lama dia biarkan di bawah katil. Hati dipanah rasa geram.

Pantas tangannya bergerak nak mencapai planner tersebut namun Zaim lebih dulu menarik tubuhnya lantas kunci pergerakannya. Pinggangnya dipaut kemas. Dia terkejut dengan tindakan lelaki itu. Kejung sahaja melihat Zaim mencapai plannernya.

“Kenapa buku tu ada kat sini?” marah Tasneem seraya jegilkan mata. Tangan cuba merampas planner tersebut tetapi Zaim naikkan ke atas. Dia nak menggapainya namun tak berjaya. Dia mencuba lagi. Tak berjaya juga.

Tubuhnya tiba-tiba dipusing ke belakang dan Zaim memeluk kemas. Makin dia tersentak. Apatah lagi planner itu di bawa ke depannya.

Wajah Tasneem mula menyebu merah apabila planner dibuka. Benar-benar di depan mata.

‘Pertama kali jumpa hati terpaut rasa yang sukar aku percaya. Mulai saat itu aku dambakan dia. Mahu dia jadi yang halal untuk aku.’

Tasneem tekup mukanya. Sungguh malu apabila ayat itu keluar dari dua ulas bibir Zaim. Zaim pula herotkan senyum panjang. Lekapkan kepala ke telinga Tasneem. Kemudian tangan itu selak muka surat lain. Buka mulut dan dengan syahdu membaca ayat yang tertera.

‘Sehari tak jumpa rasa nak gila. Aku harap dia pun rasa apa yang aku rasa.’

Kali ini ayat lain pula yang dibaca Zaim. Terus Tasneem meronta-ronta hendak melepaskan diri. Sudah tak tahu nak rasa apa lagi. Cukup malu dengan apa yang telah dia tulis. Tak sangka Zaim akan jumpa dan sekarang dia dengar sendiri dari mulut lelaki itu apa yang dia tulis.


Zaim pula kejapkan pelukan. Tutup planner. Kemudian tangan kanan letak buku itu ke atas kabinet. Tak lama pusingkan tubuh Tasneem ke depan.

Terus Tasneem pejamkan mata. Tak mahu memandang wajah itu kerana dia cukup malu. Teramat malu. Tubuh pula tiba-tiba rasa seram sejuk. Apatah lagi tangan Zaim sudah naik membuka tudungnya. Satu persatu ditanggalkan. Akhirnya terserlah sanggul tingginya dan terus tangan itu leraikan dan rambutnya jatuh mengurai.

“Don’t you realize, sayang. First time aku jumpa kau hati aku terpaut.”
Tasneem tersentak. Apa yang lelaki itu merepek. Perlahan-lahan dia buka mata. Dengan mata yang berbening kaca meminta penjelasan lelaki itu.

“Awak cakap apa? Saya tak faham.” Tasneem menggeleng kecil. Lantas Zaim berikan senyum manis. Keluarkan telefon dari poket baju. Buka satu aplikasi.

‘Jam enam setengah petang dekat parkir mall. Someone has stolen my heart. Diam tak minta balasan walaupun barang-barang dia dah pecah dan kenaifan itu buat aku rasa nak dekat.’

Zaim baca ayat itu dalam journal yang ada di dalam telefonnya. Terus Tasneem teringat pertemuan pertamanya dengan lelaki ini. Apakah? Ah, tak mungkin. Hati meneka lelaki itu telah jatuh cinta pandang pertama padanya namun dia menafikan. Tak mungkin.

Zaim letak telefon ke atas kabinet. Urai rambut Tasneem dan pandang mata itu sehingga Tasneem rasa nak larikan diri. Tak lama tangan Zaim turun ke matanya pula.

Tiba-tiba….

Satu kucupan singgah di mata. Pantas dada Tasneem berdebar kencang. Hati mengharap malam ini lelaki itu akan mencairkan bongkah ais dalam dirinya. Supaya hari esok dia akan terus setia.

Namun,
“Kita kawan semula?” pinta Zaim dalam pandangan redup dan hati Tasneem pecah berderai. Mati-mati dia ingatkan lelaki itu akan mengungkapkan kata sayang tapi tidak. Terus dia tolak tangan lelaki itu. Jatuhkan lutut dan tarik tudungnya yang melurut ke bawah. Hatinya sakit. Wajah pun berubah merah. Geram. Sakit hati. Lalu mula melangkah hendak menjauhkan diri.

Zaim di belakang herot senyum. Dia bukan tak faham tapi dia sengaja. Sebelum Tasneem makin jauh dia membontoti dari belakang.

Tangkap Tasneem lalu paut kemas.
“Ada orang merajuk.”

“Mana ada?” keras Suara Tasneem berbunyi tanpa memandang orang sebelah. Kepala dimerengkan ke kanan.

Dan… Zaim lepaskan pinggang itu lalu segera menghadap betul-betul wajah itu.
Sebuah kucupan diberikan tepat ke pucuk hidung Tasneem.

“Upah sebab cakap tak merajuk. Tapi kalau merajuk aku buat cara lain,” ugut Zaim. Tasneem sentuh dadanya. Ada getar dulu yang muncul kembali. Kerling Zaim dan lelaki itu berikan senyuman. Terus lemah lututnya.

"Atau... kau nak lebih?"
Dan... sepantas lipas dia berlari masuk ke dalam bilik. Zaim di luar herotkan senyum.

Hati bertambah rasa. Ada kuntum cinta mekar mewangi.

Haha.... Memang geram betul. Dah update. Apahal lah tak lepas. Eeeiii saje je kan mak suh kita buat banyak kali.

Share this novel

Noor Mimi
2025-01-05 22:32:47 

tq GH...update lgi ye...best

Rozi Ramli
2025-01-04 19:28:10 

nak tgk zaim pikat so tasneem mcm mane. tasneem dah nak caor tu

Shaza Syarizta
2025-01-03 17:16:57 

tq GH dah update. hampir nak cair ais beku Tas ni. hehehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience