BAB 49

Family Series 39843

Zaim ketuk pintu bilik namun tiada tanda hendak dibuka orang di dalam. Lantas dengan kunci pendua dia buka pintu bilik. Kelihatan waktu itu Tasneem sedang bersiap hendak menunaikan solat maghrib. Nampaknya emosi gadis itu sudah stabil. Lantas dia mendekat.

“Tunggu aku!” arah Zaim lalu menapak masuk ke dalam bilik air. Sekejap saja keluar dengan wajah yang basah.

“Aku imamkan,” ujar Zaim lantas berdiri di atas sejadah yang sudah disediakan Tasneem. Dengan bermakmumkan Tasneem dia menyempurnakan solat fardhu berjemaah buat pertama kalinya sebagai suami isteri.

Usai solat dia berdoa dan selepas itu duduk seketika di atas sejadah. Melihat wajah Tasneem yang masih takut-takut hendak memandangnya. Tak sangka Tasneem bangkit. Mahu melarikan diri.

“Kau nak ke mana?” soal Zaim mahu tahu. “Duduk dulu!” arahnya tegas. Tak jadi nak melangkah Tasneem perlahan-lahan labuhkan punggung di tempat tadi.

“Kau masih benci aku. Masih marahkan aku?” soal Zaim tak berlapik. Namun Tasneem menggeleng. Ada tangisan yang mula menghiasi perbualan mereka.

“Saya terima pernikahan ini dengan reda. Cuma… apa yang awak dah buat dekat saya dulu terlalu susah untuk saya buang. Saya cuba tapi tak mampu,” jawab Tasneem tanpa memandang.

Zaim pun hembus nafas kesal.

“Apa yang perlu aku buat untuk hilangkan trauma kau?” Zaim meminta pendapat daripada Tasneem. Tasneem pun panggung kepala. Cuba memandang lelaki itu tetapi tak mampu. Apa yang dia rasa tadi mengganggu emosinya.

“Jangan dekat dengan saya. Jangan cuba sentuh saya.”

Itu rupanya namun dia tak rasa dia salah. Dia ada hak hendak sentuh atau pegang. Mereka telah halal. Namun dia faham trauma gadis itu membataskan tindakannya. Dia perlu buat sesuatu.

“Bermakna aku kena duduk jauh daripada kau. Aku kena balik kondo?”

Tasneem menggeleng.
“Tak perlu.”

Zaim keliru. Kalau dah tak boleh dekat kenapa perlu serumah. Lantas dia buat keputusan sendiri. Bangun dan salin pakaian lalu tarik kunci kereta di atas meja solek.

“Aku akan jauh dari kau. Jadi, kau tak perlu dah nak takut dekat aku.”

Tasneem terpempan.
“Bukan itu maksud saya.” Tasneem cuba menjelaskan tetapi Zaim terlalu laju. Dia pun segera bangkit. Mahu menghalang namun melihat Zaim yang tergesa-gesa masuk ke dalam kereta hati pun berdetik kesal.

***

“Weh, kau datang sini ni husband kau tahu ke tak?” Dahlia tersentak melihat kemunculan Tasneem di rumah Mak Usu Tini. Dahlah sekarang sudah 1 pagi. Gila ke apa minah ni. Kebetulan dia pula baru sampai dari restoran.

“Aku dah minta izin dengan mami.”

Dahlia pandang Mak Usu Tini. Wanita itu bukakan pintu pagar dan mereka sama-sama masuk ke dalam rumah.

“Aku nak tumpang tidur kat sini sehari dua?”

Bulatَ mata Dahlia tak percaya. “Weh, kau sedar tak kau tu bini orang!” marah Dahlia namun Tasneem pantas bergerak ke sofa. Henyakkan punggung dengan perasaan kesal.

“Dia tak ada kat rumah. Aku dah pun hantar mesej minta izin tapi mesej tak sampai. Aku rasa dia tutup telefon. Mami pun dah call banyak kali. Tapi tak masuk.”

Mak Usu Tini yang mendengar pantas mendekati.

“Neem ada gaduh dengan Im ke?” tanya wanita itu tak sedap hati. Dahlia pun mengangguk tanda meminta kepastian.

“Tak ada tapi…. “

“Tapi apa?” Dahlia tak sabar nak tahu.

“Neem… Erk… Neem acu pisau nak pertahankan diri masa ada orang peluk Neem. Bila Neem berpaling Kayla rupanya. Neem ingatkan Im sebab Neem trauma dengan apa yang dia dah buat dekat Neem.”

Mengucap panjang Mak Usu Tini mendengarnya. Sebagai wanita yang pernah berkahwin dia cukup faham.

“Sampai bila Neem nak rasa takut. Sampai bila?” soal wanita itu menduga. Tasneem menekur ke bawah.

“Mungkin masa Neem dah jatuh cinta dekat dia Neem tak akan takut lagi.”
Dan… Mak Usu Tini gapai tangan Tasneem.

“Jadi Neem kena usaha. Cari cara macam mana nak buat hati Neem jatuh cinta dekat suami Neem. Kembalikan rasa gila Neem dulu masa pertama kali jumpa dia,” ajar wanita itu dan Tasneem perlahan-lahan angguk sebak.

Dahlia di sisi tersengih macam kerang busuk.

“Haih, lepas ni tak adalah orang tu nak datang sini mak usu kalau dah jatuh cinta. Tambah-tambah lagi kalau cinta bersambut,” usik Dahlia dan Tasneem sapu air mata yang hendak juga turun ketika rasa lapang datang mengetuk pintu hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience