EPILOG

Drama Completed 84621

Petang yang indah.
Sepasang suami isteri saling berpimpin tangan berjalan di dalam pasaraya mencari pakaian bayi yang bakal lahir. Apabila si isteri kelelahan, sang suami menyuruh berehat di sebuah bangku berdekatan.

Tasneem senyum panjang dengan perlakuan Zaim. Tangan itu naik ke perutnya. Mengusap gembira dengan pemberian Tuhan. Dua tiga bulan lagi orang baru akan lahir ke dunia dan Zaim tak sabar hendak mengulitnya.

“Sayang jaga diri. Jangan lasak.”
Tasneem mengangguk mengeyakan.

“Abang pun. Jangan kuat sangat kerja. Ingat sayang selalu.”

Zaim pun sama. Mengangguk tanda berjanji namun selepas itu menekur ke bawah pula.

“Maaf, kalau lepas ni abang akan jarang dengan sayan,” ucap Zaim sayu. Tasneem berikan senyuman. Tarik tangan itu dan kucup mesra.

“Sayang faham. Abang jangan bimbang.”

Sebuah keluhan dilepaskan.
“Abang sedang memulakan semula. Doakan urusan abang akan mudah dan akan berjaya,” pinta Zaim dan
Tasneem mengeyakan.

Dalam pada itu mata tak lepas memandang wajah Zaim yang letih. Siang malam terpaksa berada di kompeni papa. Hanya untuk membangungkan semula syarikat itu yang jatuh sekelip mata setelah Dato’ Zakri jatuh sakit. Itupun nasib baik Zufri tak sempat sentuh apa-apa. Tapi itulah, lelaki yang memang sah adalah adiknya itu sudah berada di dalam wad psikiatri. Sedang dirawat agar kembali normal. Kerana lelaki itu tidak akan kembali untuk mengganggu gugat kehidupan mereka, Zaim pun bertungkus lumus menaikkan semula nama syarikat itu. Malah menjaga kebahagiaan mereka.

“Nanti abang dah stabil, sayang berhenti kerja ya," minta Zaim dan mematikan lamunan Tasneem lalu terus berganti dengan tawa kecil.

“Bukan abang nak isteri yang ada kerjaya ke?” usik Tasneem dan Zaim menggeleng laju.

“Dulu ya. Tapi sekarang abang tak nak dah. Abang hanya nak sayang dengan anak abang sihat selalu. Kalau sayang kerja abang sayang tak sihat. Sudah nak jaga abang dengan anak.”

Tasneem menggeleng tak mahu.

“Tak naklah. Sayang nak abang jangan cakap fasal berhenti kerja selagi sayang tak sampai umur 60 tahun.”

Dahi Zaim berkerut.

“Kenapa?” soal lelaki itu tak faham.

“Kalau sayang dah umur 60 tahun nanti abang cakaplah apa-apa pun. Sayang tak akan terasa hati dah. Kalau abang cakap sekarang, abang jangan harap nak tengok baby abang.”

Rasa berdesing telinga Zaim mendengar ugutan itu.

“Kenapa umur 60 tahun? Abang tak faham ni. Sumpah abang tak faham.”

Dan… tawa Tasneem semakin kuat.
“Isk, geramlah. Masa tu sayang akan layan abang dari pagi sampai malam. Sayang yang dah bongkok 3 akan layan abang makan biskut lembek cicah susu sebab masa tu abang dah tan ada gigi. Masa tu sayang tak akan ke mana-mana dah.”

Terus muka Zaim terherot geram. Dia terkena. Rupa-rupanya ketika itu Tasneem dah pencen dan anak-anak mereka dah besar. Ya lah, kalau nak cakap pun tak ada gunanya.

Pandai betul Tasneem kenakannya.
“Sayang!" mula Zaim berkerut geram." Jangan sampai abang sumbat susu, " ugut Zaim.

Tasneem menggeleng seraya gelak kuat. Semenjak mengandung sampai sekarang dia dah tak suka minum susu. Sebaliknya dia suka dengan benda manis macam cookies.

“Janganlah macam tu. Nanti sayang muntah lagi.”

Pantas Zaim tarik hidung Tasneem.

“Abang dah tak kisah. Apa saja yang sayang suka abang akan ikut. You complete me, sayang.”

Lalu… Tasneem lorekkan senyum panjang dan berharap Zaim akan terus melayannya sampai tua.

TAMAT.

Finally, perkataan TAMAT pun ditulis. Maaf semua atas kekurangan dan GH mohon undur diri untuk seketika.

Share this novel

Rozi Ramli
2025-01-25 21:17:42 

luv author. tqsm ?

ida
2025-01-22 23:30:01 

Ohsemm. Moga gh terus sukses dlm menulis.

azie_hamid
2025-01-21 12:23:39 

tahniah memang puas hati epilognya semoga GH terus berkarya untuk novel seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience