BAB 43

Family Series 39843

Tasneem lap air mata sehingga kering. Dia nekad. Justeru, nasihat Dahlia langsung tak diendahkan. Apa yang perlu dia buat sekarang adalah lari dari sini. Lantas dia buka pintu biliknya. Tanpa menghiraukan semua orang yang berkumpul di ruang tamu dia melintasi mereka untuk keluar dari rumah. Hatinya hancur lebur dengan cerita yang baru dia dengar. Dia tak menghiraukan ibunya yang memanggil dalam esakan.
Nadiah pantas menyambar lengan Tasneem sebelum anaknya sempat tiba di pintu utama.

“Maafkan, ibu!” pinta Nadiah dalam linangan air mata. Kedengaran esak tangis yang bukan dibuat-buat.
Tasneem tak memandang wajah ibunya. Wajah yang selalu memberikannya kebahagiaan. Namun hari ini wajah itu telah membuka satu pembohongan yang cukup lama. Dia terasa hati. Pedihnya tak mampu diubat.

“Ibu tahu tak. Neem tebalkan muka balik ke sini sebab nak minta ampun dekat ibu. Neem tahu Neem dah berdosa sangat sebab jatuhkan air muka ibu. Tapi apa yang berlaku hari ini cukup mengejutkan. Baru Neem tahu yang Neem rupa-rupanya anak yatim. Dah lama ayah Neem mati tapi Neem tak tahu apa-apa.” Tasneem hentikan kata. Tarik nafas lantas hembus kesal.

“Neem ingat sekali saja Neem jumpa ayah. Masa tu ayah datang jumpa ibu. Ayah cakap ayah dah duduk dengan ibu. Neem pula tak faham apa-apa. Terima saja apa yang ayah cakap. Tapi hati Neem selalu tanya. Kenapa ayah dah lama tak balik ke rumah? Setiap kali Neem tanya, ibu cakap ayah tak nak duduk dengan kita. Ayah dah ada rumah lain. Neem letak dalam hati Neem ayah benci Neem sebab tu ayah tinggalkan kita.sampailah ibu kahwin dengan abah. Walaupun Neem nak sangat jumpa ayah tapi Neem diam. Dalam hati, Neem selalu berdoa semoga Neem tak akan marah ayah. Neem juga minta dengan Tuhan supaya temukan Neem dengan ayah. Tapi… Neem tak sangka ibu… ibu sanggup tipu Neem.” Tasneem berhenti berkata-kata. Air mata yang menderu laju membuat dia tak mampu meluahkan isi hatinya.
Nadiah memandang dengan mata berkaca-kaca.

“Maafkan ibu, Neem. Ibu tak bermaksud nak sorokkan semuanya dari Neem tapi ibu tak sanggup tengok Neem sedih sepanjang masa. Neem adalah kekuatan ibu. Kalau Neem sedih ibu akan hilang arah.” Nadiah berterus-terang. Tetapi Tasneem tak mampu mengubati luka yang ibunya sendiri goreskan. Hati tak mampu membenci. Namun hati juga tak mampu menerima. Dia kini ibarat sesat di dalam hutan. Tak tahu arah mana hendak keluar. Kalau dia terus di dalam tentu dia akan dimakan binatang buas. Jika dia mencari jalan keluar dia tentu akan sesat entah sampai bila.

“Sampai hati ibu buat Neem macam ni,” luah Tasneem pedih lantas melangkah hendak keluar. Namun suara Nadiah yang keras mengejutkan semua orang.

“Jangan berani nak keluar selagi masalah kita tak selesai.”

“Masalah apa ibu? Masalah apa?” jerit Tasneem. Pertama kali juga dia menjerit pada ibunya.

“Masalah yang Neem bawa balik.”
Tasneem tersentak. Tak jadi nak keluar.

Pandang ibunya dan juga semua orang.
“Ibu tahu ibu salah tapi apa yang ibu buat ada sebabnya. Neem anak ibu yang baik. Neem tak akan lukakan hati ibu lagi kan. Bukan macam apa yang Neem dah buat pada ibu kan?”

Hati Tasneem menjerit pedih. Masalah yang nak diselesaikan jadi rumit pula.
“Ibu minta maaf. Memang ibu salah tapi jangan sebab orang yang dah tak ada Neem nak pulaukan ibu. Tapi… kalau Neem rasa Neem sanggup tinggalkan ibu, Neem pergilah. Biar ibu tinggal sorang-sorang kat sini.” Nadiah bermain dengan kata sehingga hati Tasneem berbelah bahagi.

Akhirnya…..
“Ibu!”

Tasneem raih ibunya lantas memeluk erat. Dia tahu dia tak boleh hidup tanpa ibunya. Akhirnya mereka sama-sama menangis.

Di atas sofa pula Dato’ Zakri menekur ke bawah. Kekesalan tadi masih bertakung di dalam dada. Entah bila akan surut dia tidak tahu. Lagipun dia sudah terlajak datang ke mari. Jadi, dia tak boleh undur semula. Pandang semua orang dan biarkan mereka bertenang dulu. Barulah dia akan mulakan semula apa yang telah dia usulkan.

***

Datin Hakimah elus jemari Nadiah.
“Nad tak benci Kim, bukan?” Datin Hakimah bertanya. Jika Nadiah benci dan marah dia tak boleh nak teruskan rancangannya dengan suami.
Nadiah ukir senyum.

“Siapa Kim nak benci orang. Tambah-tambah lagi sahabat baik Nad. Lagipun setiap orang tak lepas dari berbuat silap.”

Datin Hakimah cukup lega. Nasib baik Nadiah mahu mendengar cerita sebenar yang berlaku antara Tasneem dan Zaim.

“Jadi, macam mana sekarang? Nad sudi lepaskan Tas untuk Im? soal Datin Hakimah mengharap.

Nadiah kerling anaknya.
“Lebih baik kita tanya tuan badan sendiri.”

Tasneem di depan menekur ke bawah. Merenung kakinya yang berstokin sambil berfikir panjang. Jawapan yang ditagih Datin Hakimah masih tak mampu diberikan.

“Aunty tanya sekali lagi. Sudi ke Tas jadi isteri Im?” Datin Hakimah menunggu dengan debaran di dada. Hatinya cukup takut. Bagaimana kalau apa yang ditunggu tak gugur ke bawah. Sudahlah dia datang tak berjemput. Lepas itu jumpa pula sahabat baiknya yang sudah lama tak bertemu muka. Jumpa-jumpa saja terbongkar rahsia yang dia sendiri tak menduga.

Tangan Tasneem diraih Haji Borhan.
“Ada apa-apa yang menyekat Neem dari berikan jawapan? soal Haji Borhan. Satu-satunya lelaki yang memahami dirinya. Pantas Tasneem mengangguk.

“Kalau macam tu luahkan. Biar kami semua dapat selesaikan.”
Tasneem berfikir panjang. Perasaan malu lebih menguasai diri.
“Neem tak cintakan dia.” Tasneem akhirnya meluahkan rasa hati. Dahlia di sebelah memandang pelik. Tak cinta atau sebab benci? Soal hati Dahlia.

“Cinta boleh dipupuk selepas kahwin. Macam ibu dengan abah.” Tak sangka Nadiah bersuara dan Tasneem pandang ibunya tak percaya. Apakah kata-kata itu menunjukkan ibunya menyuruh dia menerima lamaran Dato’ Zakri.

“Dia tak cintakan Neem. Macam mana kami nak hidup serumah nanti.”

Semua mata memandang tepat padanya. Dia?

“Encik Zaim tak cintakan Neem,” ulang Tasneem segan sebab sedari tadi dia membahasakan Zaim ‘dia’.

“Cinta akan datang jika kedua-dua pihak saling berusaha. Tas mahupun Im kena saling memberi dan menerima.”

Tasneem tak faham. Kenapa pasangan itu masih mahukan dirinya menjadi menantu. Dia tak nampak jalan bahagia itu akan mudah.

“Tapi Dato’, Nel cinta hati Encik Zaim. Jangan pisahkan dia orang.”

Dato’ Zakri menggeleng kesal

“Tas tak kenal Nel. Dia…. “
Tasneem tekup mulutnya. Terus terbayang khilaf Neldhia. Apakah Zaim sudah tahu. Apakah semua keluarga lelaki itu tahu apa yang Neldhia sorokkan. Dada pantas berdegup kencang.

“Terima lamaran ini. Lagipun Im sendiri yang ajak Tas nikah bukan?”
Tasneem kelu tak menjawab.

“Esok Tas dengan Im terus kahwin.”

Dan… Tasneem terlopong.

***

“Im, please Im. Jangan nikah dengan Tasneem. Please. Jangan seksa dia.” Neldhia merayu sebaik saja tiba di kediaman Dato’ Zakri. Ketika itu Zaim sedang memasukkan beg pakaian ke dalam boot kereta. Pantas lengan lelaki itu diraih kuat.

“Tak perlu nak halang aku, Neldhia. Kau jangan nak berpura-pura baik.” Zaim tolak tangan Neldhia.

“Yes. I know who I am. Nel tak cukup baik untuk jadi isteri Im. Tapi Nel cuba untuk berubah. Walaupun Nel tahu Im pura-pura mencintai Nel.”

Zaim tak jadi nak masuk ke dalam perut kereta. Nampaknya Neldhia sudah tahu. Selama ini memang dia hanya berpura-pura. Kerana apa? Kerana Zufri. Lelaki itu terlalu sempurna di mata papa. Tetapi di matanya lelaki itulah musuh yang perlu dibela. Sehingga kini telinganya masih terngiang-ngiang luahan kata hati lelaki itu.

‘Aku cintakan Nel. Kau sanggup lepaskan dia?’

Ayat itu mengganggu lenanya hingga dia rasa mahu tamatkan hidup lelaki itu. Tetapi dia tidak boleh buat apa-apa. Kerana papa dia relakan apa saja.
Zaim masuk juga ke bahagian pemandu. Kalau dia melayan Neldhia dia akan lambat sampai ke hotel.

“You kejam Im. I tahu sebab apa you terima cadangan papa you suruh kahwin dengan Tasneem. Sebab you nak balas dendam. You marah kena tangkap khalwat lepas tu you nak pergunakan dia. How dare you!”

Zaim tak hiraukan kata-kata Neldhia. Tarik picu hendak menutup pintu namun dihalang gadis itu.

“Jangan kerana marahkan I you nak rosakkan gadis yang tak bersalah. Dia naif Im. Dia terlalu baik sampai I tak sanggup tengok dia terluka. Please, Im.”
Zaim cengkam stereng kereta kuat-kuat.

“Apa yang aku nak buat dekat dia biar aku saja yang uruskan. Kau tak perlu nak masuk campur. Sama macam aku tak masuk campur masa Zufri pikat kau depan mata aku.”

Neldhia buntang tak percaya. Baru dia tahu. Itu sebabnya Zaim pura-pura mencintai. Zaim sengaja main tarik tali. Lelaki itu mahu menjerat Zufri namun musuhnya lebih cerdik.

“Kau doakan saja agar aku akan bahagia,” ujar Zaim lantas tarik pintu kereta dengan kuat. Buat pertama kalinya, kereta yang disayangi dijadikan tempat melepaskan amarah. Tak lama dia pandu keretanya sehingga ke kampung Tasneem. Neldhia ditinggalkan dalam keadaan menggendong seribu kekesalan.

‘Kau kejam, Im!’

Rintih hati Neldhia.

Namun jauh di sudut hati dia amat berharap Tasneem akan sentiasa kuat untuk menempuh segala ranjau onak dan duri. Dia cukup sedar. Ada derita yang sedang menunggu gadis itu.

Okay. Before Tasneem ngan Zaim kahwin esok. Kita kena tahu rahsia watak2 sampingan dulu. Heheee. Njoy

Share this novel

Norzilawati
2024-12-17 14:50:45 

semakin mendebarkan n lg byk konflik..


NovelPlus Premium

The best ads free experience