Dato' Azriel Fattah dan Adeera disatukan kerana desakan orang tua. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama seminggu. Selepas bercerai, Adeera bangkit dan meneruskan kehidupannya seperti biasa seolah-olah tidak terkesan langsung dengan statusnya yang kini bergelar janda. Dato' Azriel Fattah pula benci dan sakit hati melihat ketenangan hidup Adeera. Mahunya adalah melihat wanita itu merangkak dan terjatuh tanpa dirinya, tetapi apa yang berlaku tidak sesuai dengan apa yang dia inginkan. Kerana benci dan sakit hati, Dato' Azriel Fattah akhirnya bertekad untuk mendapatkan Adeera semula. Dia yakin, jika Adeera menjadi isterinya semula, maka semakin senanglah untuk dia membuli jandanya itu. Dia tidak kisah jika dia digelar sebagai lelaki gila talak. Apa yang penting adalah perkahwinan di antara dia dan Adeera harus terjadi untuk kali yang kedua.
View All Chapters (Total 11 Chapter)
Update 19 November 2023
2023-12-02
hurm bile nk update yer lme nunggu
2023-11-21
baru ada thrill....kena ada saingan klu x, mudah sgt Dato' masuk Line xde cbrn drpd org lain....Sb dia Lyn adeera buruk benor dulu...Kenot accept
2023-11-19
dah ade pesaing dah Dato'.. siapakah die.??