WARIS UNTUK DUDA KAYA

ATIQAH~15

Mature Content Series 2700
0
(0 ratings)

Synopsis

Nisa hanyalah gadis biasa yang tersepit dengan hutang keluarga yang menggunung. Demi menyelamatkan ibunya dari beban kewangan, Nisa mengambil keputusan terdesak menawarkan rahimnya untuk disewakan. Dia menandatangani kontrak rahsia sebagai isteri sementara kepada Rayyan, seorang duda kaya raya yang dingin dan penuh rahsia. Rayyan bukan sekadar mencari isteri. Dia sedang berlumba dengan masa untuk menyempurnakan wasiat arwah ayahnya iaitu mewarisi empayar keluarga hanya jika dia memperoleh zuriat dari darah dagingnya sendiri. Bagi Rayyan, cinta tidak pernah penting. Yang dia mahu cuma satu, anak. Dan bagi dia, Nisa hanyalah alat. Rahim yang akan mengandungkan warisnya. Dia mengawal hidup Nisa sepenuhnya. Nisa dikurung tanpa akses kepada dunia luar. Setiap pergerakan Nisa dipantau. Setiap nafas Nisa menjadi milik Rayyan. Namun semakin hari, tubuh dan jiwa Nisa semakin lelah. Luka fizikal makin jelas, luka batin makin parah. Nisa sedar dia hanyalah mangsa kepada obsesi seorang lelaki yang menyamar sebagai suami. Dalam mata Rayyan, kehamilan adalah kemenangan. Dalam dunia Nisa, ia mungkin menjadi hukuman seumur hidup. Apakah Nisa mampu melarikan diri sebelum segalanya terlambat?. Atau... adakah dia akan terjerat lebih dalam dalam penjara cinta sakit yang dicipta Rayyan?.


Share this novel

Rate this story


Comments

Ms Queen
2025-08-01 

Tahniah sis❤

Ms Queen
2025-08-01 

Yeah baby baru. Tak sabar nak baca bab seterusnya❤❤

ATIQAH~15

2410 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience