Cinta Lelaki Dingin

Alin Alia

Romance Series 226380
5
(1347 ratings)

Synopsis

Umurnya sudah menghampiri 37 tahun, tapi sedikit pun Zachary tidak rasa mahu mencari pasangan hidup. Di fikirannya, semua wanita tidak boleh dipercayai, termasuklah arwah ibunya. Dan baginya, semua wanita adalah sama. Curang, tidak setia, dan juga bermata duitan. Disebabkan satu peristiwa yang telah terjadi di hadapan matanya sendiri, telah membuatkan Zachary begitu membenci wanita. Dalam erti kata, dia anti wanita. Pada suatu malam, Zachary telah ditikam oleh orangnya sendiri. Akibat tidak tahu bagaimana cara mahu menghubungi orang kanannya, Zachary terpaksa pula merayu pada seorang wanita yang tidak dikenalinya iaitu Najwa, supaya dapat membantunya. Demi nyawanya, terpaksalah dia merendahkan egonya. “Lebih baik you ambil cheque ni. Bukankah perempuan semuanya jenis bermata duitan? Nilai yang I tulis ni, tak cukup ke? Ataupun you nak I tambah lagi?” - Zachary “Tuan tulislah berapa banyak jumlah pun dekat situ, sikit pun saya tak hadap. Wang boleh dicari, dan saya bukanlah jenis yang bermata duitan, sepertimana yang tuan katakan tadi. Rasanya perkataan terima kasih lebih bernilai, daripada nilai yang tertulis di atas sehelai kertas itu.” - Najwa Walaubagaimanapun, Najwa bukanlah wanita seperti yang difikirkan Zachary. Walaupun pada awalnya, dia merasakan Najwa sama sahaja seperti arwah ibunya. Dan yang paling Zachary tidak boleh terima, mereka berdua kerap sahaja bertembung antara satu sama lain. “You? What’re you doing here? Dah buat tabiat ke? Masuk tempat macam ni pakai tudung?” - Zachary “Bos suka Cik Najwa, kan? - Adrian Dari situ, telah membuatkan hati Zachary seakan terpaut pada Najwa. Tetapi dia langsung tidak mahu mengakuinya. Sehinggalah pada suatu hari, Najwa tiba-tiba sahaja dipaksa bernikah dengan lelaki lintah darat, dan dirinya telah dicagarkan, gara-gara bapanya telah membuat hutang dengan lintah darat tersebut. Dan tak disangka, lintah darat tersebut adalah Zachary. “Bukan ke tuan anti wanita? Tetapi saya pelik, kenapa tuan tiba-tiba beri idea pada ayah saya, supaya saya bernikah dengan tuan? Dan macam mana tuan tahu, itu ayah saya? Jadi dengan bernikah dengan tuan, hutang ayah saya selesai macam itu sahaja?” - Najwa “Buat apa tidur dekat bawah tu? I dah letak bantal panjang dekat tengah ni. Takut sangat ke nak tidur dengan I? You fikir, I nak sentuh you?” - Zachary   Adakah Zachary akan mendapatkan cinta sejatinya? Dan bagaimana Najwa dapat mengubah fikiran Zachary, bahawa tidak semua wanita seperti yang difikirkannya? Dan peristiwa apakah yang telah menyebabkan Zachary begitu membenci wanita? *Unlock Chapter *Warning! Mengandungi bacaan dewasa.


Share this novel

Rate this story


Comments

Nara
2024-04-09 

rindu lah nak baca novel Alin ni... moga Alin dan keluarga baik² je ye... moga Alin cepat kembali juga ye update ceritaa◉‿◉

akmalhnis85
2024-04-03 

lama la ye menyepi

Malawati Adnan
2024-02-23 

bila nak sambung dear...

Alin Alia

7267 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience