Isteri Singgahan

Azzalea

Romance Series 327173
5
(29 ratings)

Synopsis

Damia Shezi menjalani kehidupan yang diselubungi dengan misteri dan tanda tanya selepas kemalangan yang memadamkan semua ingatannya tentang masa lalu. Dia tinggal bersama dengan ibunya yang lebih suka berdiam diri dan sering mengelak untuk bercakap tentang masa lalunya. Ketika situasi memaksa tuan kedai bunga tempat dia bekerja terpaksa menutup perniagaannya, dia mula bekerja di sebuah hotel mewah sebagai penyambut tetamu dan tidak menyangka hidupnya akan berubah setelah kemunculan seorang lelaki bernama Raziel Zayyan yang membuatkan hidupnya huru-hara. Satu insiden tidak terduga telah mengubah segalanya. Demi melindungi maruah dan menyelamatkan masa depan yang tidak pasti, Damia terpaksa bersetuju dengan syarat Raziel untuk berkahwin, lantas dia menetapkan perjanjian sebagai isteri singgahan lelaki itu. Di antara kebenaran yang perlahan-lahan tersingkap dan rasa hati yang bercelaru, Damia terperangkap dalam permainan takdir yang penuh dengan teka-teki. Namun, persoalannya adakah syarat perjanjian sebagai isteri singgahan itu benar-benar untuk menyelamatkan maruah atau sekadar helah Raziel untuk memanfaatkan Damia yang kehilangan ingatannya tentang masa lalu? Dalam perjalanan menyelami rahsia dan teka-teki tentang masa lalunya, Damia bukan sahaja berdepan dengan kebencian dan rasa cinta yang mulai bersemi, tetapi juga pelbagai persoalan tentang siapa dirinya yang sebenar serta siapa lawan dan siapa kawan. ** "Untuk selamatkan maruah dan masa depan kita, awak kena ikut syarat saya and that is... awak kena sign perjanjian untuk jadi isteri saya." -Raziel Zayyan "Well, condition upon condition. Kalau kau tak setuju dengan syarat aku, lupakan je niat kau tu dan kau boleh pergi mampus!" -Damia Shezi WARNING! UNTUK BACAAN DEWASA. (Bahan bacaan anda, pilihan anda, tanggungjawab anda) Copyright© 2025 NovelPlus


Share this novel

Rate this story


Comments

Haila Mat
2025-04-22  3 Replies

tmpng promo. jom bce cite baru Sy. Di Sepanjang Perjalanan Ini. meh le. percuma je klw jenis sama mcm Sy kumpul reward points bacaan 45minit utk bce novel UC. jom la singgah

Yaa Yaa
2025-04-19  2 Replies

Lama tak buka NP sebab sibuk kerja. Marathon 23 bab dari last bab baca dulu. Alhamdulillah seperti selalu, puas hati baca. Happy ending, yayyyy! Congrats my dear! Jangan lama² publish novel baru tau! Semoga diberi ilham mencurah² macam air sungai yang mengalir. Hugs! ❤❤❤

norsila
2025-04-17  2 Replies

tamat...hehe..

Azzalea

3885 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience