~ Cik Bunga ~ Bukankah setiap insan dikurniakan pilihan? Seperti kata arif bijaksana, tiada salah mengenang, asal tidak terus terpenjara dalam bayang semalam. Langkah terkunci, jiwa terluka, kerana derita yang lahir dari ilusi silam. Mengapa harus kisah di waktu jahiliah diheret ke dalam takdir dewasa? Janji-janji polos dari bibir kanak rebung, mengapa kini dituntut seolah-olah sumpah suci? Apa pilihan yang masih tinggal? Ditelan mati budi, diluah mati rasa. Perlukah dikorbankan rasa hati demi janji yang tidak pernah dimaksudkan sepenuh jiwa? --- ~ Encik Katak ~ Adakalanya, percaturan yang tampak celaru tersimpan hikmah yang tak terjangkau akal manusia. Percayalah pada Qada' dan QadarNya, kerana bahagia dan derita, keduanya adalah ujian dan anugerah yang saling bertukar wajah. Ada yang menemui bahagia dalam luka, dan ada pula yang tersungkur dalam nikmat dunia. Segalanya terpulang pada cara kita melihat. Tuhan itu Maha Adil — tidak pernah tersilap dalam menentukan takdir.
Update 10 July 2025
2025-07-09
Kesiannya Raana.. sanggup tampar anaknya sdri kerana anaknya x nk bermadu Dan minta cerai.. hanya Arash la harapan yg blh lindungi raana skrg ni.. menyesal awk inn slps tau kebenaran ttg Airis... jgn pandang ke belakang lg Raana...
2025-07-08 2 Replies
Sy kenal author seorg yg selalu buat cerita dgn konflik berat, tp cara santai. Tp kalini jgnlah buat konflik berat sgt ya. Kesian kat Raana..
2025-07-08 2 Replies
jauhkan diri ranna dgn semua org.. biarkan inn menyesal dgn perbuatannya... pergi la ke mana2 tanpa pengetahuan sesiapa...