Seorang bekas isteri tiri muncul kembali, demi menagih cintanya semula dengan membawa seorang pewaris, iaitu darah daging dudanya. Tanpa mengetahui kewujudan Naqil Iskandar, Tuan Hayrill Iskandar berkeras untuk terus berjual mahal kerana hatinya sudah benar-benar tawar untuk berumah tangga setelah dua kali gagal dalam perkahwinan di kala usianya yang kian meningkat tua, walau pada dasar, dia masih terlalu menyayangi bekas isteri tirinya. Namun, tolaklah sekeras apa pun, egolah seego apa pun, kita tidak akan mampu melawan takdir Allah. "Beri satu sebab, kenapa saya perlu terima awak semula?"-Tuan Hayrill Iskandar "Kerana abang masih tak mampu pulangkan setengah hati Haz yang abang dah ambil!"-Nur Hazura Bagaimana reaksi Tuan Hayrill Iskandar saat mengetahui tentang kewujudan Naqil Iskandar nanti dan mampukah Nur Hazura menawan hati dudanya semula? Oh My Duda! sambungan daripada kisah Bekas Isteri Tiri, eksklusif hanya di NovelPlus. Karya asli - BBP Biri-Biri Putih
View All Chapters (Total 20 Chapter)
Update 02 July 2022
2022-07-06
Wah...Haz jumpa jodoh baru..lagi baik dari duda tua tu kot...xsabar nk tgok Haz bahagia
2022-07-06
wah hazura dah jumpa hero baru doktor pula mesti rasa tercabar la duda tua tu
2022-07-06
pesaing sudah sampai...mari kita lihat siapa yg menang....