Series
12729
IVY CLARISSA CHEN, adalah anak perempuan kepada ahli perniagaan yang dihormati Datuk Michael Chen. Pertemuan dengan seorang lelaki baik hati di Kota New York telah menjalinkan hubungan yang cukup istimewa. Lantas Ivy mengambil keputusan untuk menikahi lelaki itu. Bagaimana pun, di tengah perkahwinan mereka yang baru sahaja bermula Ivy telah pergi meninggalkan suaminya secara tiba-tiba. AZRIEL ELHAN TAN SRI AZAMUDDIN, suami yang ditinggalkan Ivy tanpa sebarang penjelasan. Membuatkan Azriel tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah dilakukannya? Tiga tahun selepas perpisahan ‘tidak rasmi’ itu, mereka bertemu semula. Azriel menuntut Ivy kembali taat sebagai isterinya. Namun, Ivy enggan dan menganggap perkahwinan mereka sudah lama berakhir. “I masih suami you!” tegas Azriel Elhan. “You hanya suami I di atas kertas. That’s it!” tutur Ivy Clarissa bersahaja. Hakikatnya perkahwinan mereka memang hanya tercatat di atas ‘kertas’. Pernikahan yang berlangsung di luar negara itu masih menjadi ‘rahsia’ umum. Di mata semua orang, Ivy adalah bakal isteri kepada Darren Liu yang juga merupakan klien terpenting Azriel. Hal itu membuatkan Azriel berang! Lantas untuk membalas kembali rasa sakit hatinya, Azriel mengumumkan bahawa dia bakal menikahi seorang gadis lain iaitu Nelydia Datuk Nazeem. Kebetulan Nelydia adalah ‘musuh lama’ Ivy. Ternyata pengumuman itu membuatkan Ivy benar-benar tersinggung. Perasaannya mula goyah. Dia nekad mahu merebut kembali cinta si suami yang ditinggalkan selama ini. “You’re still my husband, Azriel…” Ivy Clarissa teresak. “Well, I cuma suami you di atas kertas. Right?” Azriel Elhan membalas sinis. Apakah yang berlaku seterusnya dalam hubungan mereka berdua? Masih adakah cinta yang tersisa? Atau ia sekadar sebuah ikatan yang terjalin di atas kertas dan bakal terlerai di penghujungnya?
Update 04 October 2025