Cinta Overtime

Biri-Biri Putih

Romance Series 48504
4.9
(211 ratings)

Synopsis

Luarannya, dia adalah seorang lelaki yang segak, bergaya dan menjaga penampilan namun tiada yang tahu tentang sikap sebenar Rafeef di sebalik penampilannya itu. Rafeef merupakan satu-satunya anak tunggal Tan Sri Helmi bersama Puan Sri Madiah. Dia dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang kaya dan mewah. Terleka dan selesa dengan keadaan hidupnya membuatkan Rafeef membesar menjadi seorang lelaki yang pemalas dan bergantung penuh kepada orang tuanya. Lantaran bimbang dengan gaya hidup Rafeef, Tan Sri Helmi akhirnya mendesak anak kesayangan mereka itu untuk bekerja. Tetapi Rafeef pula gigih menolak sehingga membuatkan Tan Sri Helmi terpaksa mengugut, jika Rafeef masih tidak bekerja maka dia akan dihalau pergi dari rumah itu. Mahu tidak mahu, Rafeef akhirnya terpaksa akur. Dia bersetuju untuk bekerja tetapi dengan syarat, dia tidak mahu bekerja di dalam syarikat ayahnya sendiri. Dalam masa tiga bulan, dan selama itu jugalah Rafeef seringkali bertukar kerja akibat sikapnya yang sangat pemalas. Suatu hari, takdir telah menemukan Rafeef dengan seorang wanita cantik yang bernama Medina. Hatinya terpaut pada wanita itu hanya dalam pandangan yang pertama. Tetapi untuk memikat seorang wanita yang 'workaholic' seperti Medina bukanlah sesuatu hal yang mudah apalagi dengan sikap dan perwatakan mereka yang terlalu jauh bezanya. Rafeef seorang yang cincai, asal jadi sahaja sementara Medina pula seorang yang sangat rajin dan teliti. Mampukah Rafeef menjalankan misinya nanti?


Share this novel

Rate this story


Comments

Mimie Yahya
2024-02-18 

muncul juga si kacak tampan ni....pasni bidaidari pilihan pulak....rindu

kin
2024-01-23  2 Replies

Busuk hati si idhami ni.. hati2 dgn 10k tu takut perangkap si Id aje

Mimie Yahya
2024-01-23 

comel nya la si rafeef ni.....kacak n cantik....padan la tu....tapi ada monyet la pulak....isshhh....

Biri-Biri Putih

4952 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience