BAB 64

Drama Completed 84621

Sekuat mana dia menangis semua yang dah berlaku tak boleh diundur kembali. Kerana itulah sejak semalam dia tidak dapat tidur. Asyik memikirkan kejadian yang berlaku. Dia sedar semuanya sudah ditentukan. Kalau dia tak buat salah tentu dia tak akan tahu Zaim begitu membenci Zufri.

Sungguh dia rasa tak sedap hati. Jika dia tersilap langkah lagi pasti kejadian seperti semalam akan berulang lagi. Entah-entah makin teruk. Lantas, pagi-pagi lagi dia menyelinap masuk ke dalam bilik Zaim. Keluar semula membawa telekung solat dan pakaiannya.

Duduk berteleku di atas sejadah usai solat subuh. Berfikir panjang mencari penyelesaian. Hajatnya mahu ke tempat kerja namun menjauhkan diri tak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Lantas dia panjangkan doa. Sebaik diaminkan terlintas di fikiran. Sepatutnya mereka duduk berbincang. Saling meluahkan cerita tetapi dia yang tak pernah memulakan.

Tanggalkan telekung solat kemudian bersiap. Hantar pesanan kepada ketua jabatan meminta cuti kecemasan. Dalam langkah berjaga-jaga dia ke dapur. Sediakan sarapan walaupun hubungan mereka sejak semalam bisu tanpa kata.

Dengan hanya menggunakan dapur elektrik, semuanya berjaya disiapkan. Scrambled eggs dengan hash brown serta kacang panggang merah dalam tin dia hidangkan ke atas meja. Hanya minuman yang belum di bancuh.
Pandang dapur Zaim. Baru dia perasan. Lelaki itu tidak menggunakan dapur yang ada api. Agaknya duduk kondo. Mungkin nak jaga keselamatan. Itu fikirnya. Sejak kejadian semalam dia banyak berfikir pula.

Hembus nafas panjang lantas tanam tekad. Hari ini dia akan meminta penjelasan. Kenapa lelaki itu boleh bertindak mengikut nafsu amarah. Jika tiada jawapan, dia akan buat keputusan. Dia akan menjauh.

Terus dia ke penapis air coway. Tadah air ke dalam teko. Buatkan milo. Bila kembali ke meja makan dia sentuh dahinya. Teringat dahinya yang luka. Nasib baik tak serius. Hati terus menyoal. Kenapa lelaki itu terlalu marah sampai dia jadi mangsa?

Apakah Zaim ada trauma yang tak mampu dikongsi. Apakah lelaki itu pernah mengalami peristiwa hitam. Adakah kerana itu Zaim menyimpan kesakitan seorang diri. Sehingga semuanya terzahir apabila Zufri muncul. Kepala digelengkan berkali-kali. Sudah jauh dia melamun akhirnya dia hendak pusingkan badan. Hendak mengajak Zaim bersarapan. Apapun yang jadi, lelaki itu tetap suaminya.

Namun tak sempat berpaling kerana bahunya terasa berat. Dia tersentak. Ada kepala tersangkut ke bahunya. Sama seperti semalam cuma berbeza bahagian. Kali ini bukan air mata yang mengejutkannya tetapi bahang panas yang menyentuh lehernya. Terus dia berpaling. Di belakangnya, Zaim perlahan-lahan tegakkan tubuh.

Melihat wajah Zaim yang merah serta mata yang berair, belakang tangan Tasneem pantas melekap di dahi itu.
“Awak….”
Zaim demam. Namun tangannya ditangkap lelaki itu.

“Aku okay.”
Zaim menidakkan apa yang mata dan tangan Tasneem rasa.

“Kalau demam cakaplah demam. Kenapa nak sorok benda yang dah nyata.” Keras Suara Tasneem keluar dan terus pusingkan badan. Terasa hati dengan cara lelaki itu lantas membelakangi. Kalau dah lelaki itu tak mahu mengaku baik dia buat tak tahu.

“Kau masih marah aku? Kau nak jauh dari aku?”

Tasneem mendengus. Memang dia marah. Memang dia sakit hati. Geram dan sebagainya tetapi dia belum lagi sampai tahap nak menghalau lelaki itu.

“Saya tak marah.”

“Kalau tak marah kenapa kau tak tidur dengan aku? Kenapa kau lari?”

Tasneem tersentak. Genggam tangannya mengumpul kekuatan. Berpaling semula dan ketap bibirnya menahan rasa.

“Biar marah awak reda. Biar hati awak tenang dulu. Baru kita sebilik.”

“Tapi… cara kau tu dah buat aku rasa bersalah.”

“Ya, awak memang patut rasa bersalah. Awak buat isteri awak ce….” keras Tasneem membalas kata dan pantas telunjuk Zaim melekap di dahinya yang masih ada tanda lebam. Mata mereka saling berbalas pandangan. Tak semena-mena bibir Zaim naik mengucup dahinya.

“Aku minta maaf,” ucap Zaim lemah sebaik jatuhkan kepala.

Tasneem sebak namun sengaja keraskan hati.

“Atas kesalahan yang mana? Menuduh atau cederakan saya?” soal Tasneem mahu menguji. Tetapi kolam matanya pula yang bertakung. Tanda tidak sanggup mendengar sebarang kebenaran namun,

“Semuanya, sayang. I’m sorry. Sooo sorry, sayang!” ucap Zaim sebak dan Tasneem hampir menangis. Panggilan sayang yang Zaim bahasakan buat dia hampir luluh.

“Saya akan maafkan kalau awak berjanji dengan saya nak berterus terang.”

Zaim terdiam

“Cakap dengan saya. Kenapa awak boleh berubah tiba-tiba. Kenapa semalam saya rasa itu bukan awak. Sekejap awak baik. Sekejap awak kejam. Apa sebenarnya yang dah berlaku?”

Tiada balasan. Hanya deruan nafas yang kedengaran. Perlahan-lahan Tasneem berpaling. Mahu berlalu. Lebih baik dia menjauhkan diri daripada diam tak ada penjelasan.

“Aku benci dia.”

Tiba-tiba suara itu terluah sayu. Malah ada nada sakit hati. Pantas Tasneem berpaling. Memandang tepat ke wajah Zaim yang nampak pucat.

“Papa bawa dia masuk dalam keluarga aku masa dia umur 12 tahun.” Zaim mulakan cerita dan Tasneem sudah dapat tangkap. Tentu ‘dia’ yang dimaksudkan Zaim adalah Zufri.

“Jadi… betullah dia bukan adik kandung awak?” soal Tasneem yakin.

Zaim mengangguk lemah lantas melangkah ke ruang tamu. Nampak begitu berat menghenyakkan punggung ke atas sofa. Tasneem juga bergerak lalu labuhkan punggung di sebelah. Menghadap Zaim yang menekur ke bawah. Melihat keadaan Zaim yang nampak lemah dan bagaikan menanggung bebanan yang berat hatinya bergayut simpati.

“Dia dah rampas kebahagiaan aku. Dia rampas semua yang ada pada aku. Malah dia rampas Neldhia yang sepatutnya aku jaga sebaik mungkin. Sampai aku dah tak tahu nak rasa apa. Aku hanya rasa nak hancurkan dia. Nak dia mati depan aku,” luah Zaim sakit hati lantas pandang ke arah lain. Mungkin lelaki itu tak sanggup hendak menunjukkan kekesalannya.

Namun Tasneem kerutkan dahi. Tak faham. Apa sebenarnya yang dah jadi? Kenapa Zaim rasa begitu? Apa yang lelaki itu dah alami?

“Sejak dia masuk, hidup aku porak peranda. Sedikit demi sedikit dia buat papa dan mama aku hanya nampak dia yang lebih tapi aku….”

Zaim berhenti.
“Hanya Kayla yang faham tapi Kayla pun tak mampu buat apa-apa.”

“Apa yang lelaki tu nak sebenarnya?” soal Tasneem tak faham.

“Dia nak aku mati dalam ketakutan.”

Tasneem tersentak.

“Dia buat aku jadi pengecut.”

Patutlah lelaki itu macam orang gila semalam. Terus tangannya sentuh paha Zaim.

“Awal-awal lagi saya syak dia psiko.”

Pantas Zaim berpaling. Kali ini lelaki itu menghadapnya pula. Kedudukan mereka berubah. Saling berhadapan dan mata Tasneem bergenang. Dia tetap tarik tangan Zaim dan genggam erat.

“Saya minta maaf. Memang salah saya. Saya puncanya. Saya menyesal sangat. Tak sepatutnya saya terima pelawaan mami nak hantar saya. Saya tahu awak akan marah saya sebab awak dah pesan jangan dekat dengan dia. Tapi… saya buat juga sebab… sebab... saya tak sanggup lukakan hati mami.”

Zaim menggeleng. Kali ini paut wajah Tasneem lembut.

“Berhati-hati sayang. Jangan buat silap sekali lagi. Dia sedang menunggu peluang untuk hancurkan aku. Malah hancurkan orang yang dekat dengan aku.”

Tasneem mengangguk.
“Ya, dia sentiasa cari peluang. Sejak hari pertama saya kenal dia... dia dah berani bercakap yang tak sepatutnya pada saya.”

Zaim terpempan.
“Macam semalam….” Tasneem cuba meluahkan namun....

“Jantan tu buat apa?” Wajah Zaim nampak tegang. Mata tajam menikam. Meminta dijelaskan namun Tasneem telan liurnya takut. Malah dia masih segan hendak bercerita.

“Dia sentuh kulit kau?” soal Zaim keras.

Tak sanggup Tasneem nak luahkan. Bagaimana kalau tiba-tiba saja Zaim berubah. Bagaimana kalau lelaki itu terus keluar dan cari Zufri. Mungkin lelaki itu akan buat kesalahan besar. Membunuh orang pula.

“Tolong. Kawal diri awak,” pinta Tasneem dan tiba-tiba Zaim paut kepalanya. Berikan kucupan di dahi.

“Cakap dengan aku. Aku tak akan berkasar dengan kau.” Suara itu sudah kedengaran lembut dan Tasneem sedikit lega. Namun ada rasa malu untuk bercerita.

Pandang mata Zaim segan.
“Janji dengan saya yang awak tak akan bertindak luar batasan. Janji dengan saya juga yang awak tak akan tinggalkan saya walau apa saja yang berlaku,” pinta Tasneem dan Zaim mengangguk setuju. Mata mereka saling beradu.

“Saya tak tahu macam mana dia tahu yang… yang saya masih anak dara.”

Terus Zaim pandang ke depan. Kepal tangannya. Serasa hendak tumbuk muka Zufri. Nampaknya lelaki itu guna hal-hal begitu untuk buat fikiran Tasneem bercelaru.

“Lagi… apa yang dia dah cerita?”
Tasneem ragu-ragu hendak membuka mulut namun genggaman tangan Zaim meyakinkan dirinya yang lelaki itu akan selalu ada untuknya.

“Awak takut perempuan?”
Pertanyaan tiba-tiba dari Tasneem sungguh mengejutkan. Pantas dileraikan genggaman.

Tasneem kecewa. Lagak lelaki itu menzahirkan jawapan. Lantas,
“Awak memang takut sebab tu….”
Tak sempat habis ayatnya terus telunjuk Zaim singgah di bibirnya.

“Kalau aku takut aku tak akan sentuh bibir ni,” ujar Zaim dan renung wajah Tasneem dalam-dalam.

“Tapi… kenapa awak nampak macam betul-betul takut?”

Zaim mendengus.
“Aku bukan takut. Dia sengaja pengaruh emosi kau dan dia sengaja nak cabar aku.”

Tasneem pelik. Kata-kata Zaim tak sepadan dengan kelakuan. Tangan yang saling diramas itu membuat Tasneem memahami sesuatu. Memang benar agaknya apa yang diberitahu Zufri. Dia mahu percaya dan kepercayaannya makin menebal sebaik Zaim bangkit. Mahu meninggalkannya.

“Awak nak pergi mana? Kita tak habis cakap lagi. Awak masih tak berterus-terang dengan saya. Kenapa dia benci awak? Kenapa dia dendam dengan awak?”

“Please, Tas. Tak ada apa pun yang aku boleh cakap.” Muka Zaim kembali tegang.

“Sampai bila nak rahsiakan dari saya? Kita nak hidup bersama bukan sampai hari ini saja. Sejak semalam saya dah kenal awak ketika emosi awak tak stabil. Sepatutnya awak tak rahsiakan dari saya supaya saya boleh hadap semuanya dengan awak.”

“Please Tas. Jangan memaksa.” Zaim mahu beredar.

“Awak takut saya bocorkan kekurangan awak pada orang lain ke? Awak takut saya….”

Tak disangka-sangka Zaim berpaling lantas memagut bibirnya seperti semalam. Terus mengunci mulutnya dari berkata-kata. Membuktikan yang lelaki itu tak takutkan perempuan.

Dia Kaget.

“Aku diam sebab tak ada apa-apa yang perlu aku jelaskan,” ujar Zaim sebaik melepaskan. Lelaki itu berpaling mahu menjauh namun Tasneem segera lingkarkan tangan ke pinggang lelaki itu. Tidak membenarkan Zaim bergerak.

“Saya sayang awak!” tiba-tiba Tasneem luahkan rasa hati dan Zaim benar-benar Kaget. Terus berpaling memandang mata Tasneem sedalamnya.

“Kau dah tak benci aku?”

Tasneem angguk.
“Saya dah buang jauh sejak awak bawa saya balik ke rumah ini. Awak cakap rumah ini disediakan untuk orang yang awak sayang. Tapi saya sangsi sebab mulut awak saja yang mengucapkannya tapi kelakuan awak masih terikat.”

Hati Zaim terusik lanyassentuh rambut Tasneem yang terjuntai lalu diselitkan ke telinga.

“Betul kau sayang aku?” soal Zaim menduga dan Tasneem mengangguk. Yakin. “Kalau begitu kau bersedia untuk menerima segala kekurangan aku?”

Tasneem mengangguk lagi. Lalu Zaim lekapkan kedua-dua belah tangan ke pipi Tasneem.

“Aku banyak kekurangan.”
Dan kali ini tangan Tasneem pula melekap ke pipi Zaim.

“Sejak saya kenal awak saya tak nampak sebarang kekurangan. Saya suka tengok awak senyum. Cara awak makan. Cara awak kerja. Cara awak usik saya. Semuanya saya suka. Kalau ada kekurangan, saya rasa itu tak akan mampu melenyapkan rasa suka saya pada awak.” Tasneem berterus terang. Sudah hilang malunya tadi dan Zaim luahkan tawa kecil. Terhibur dengan kata-kata Tasneem. Tak sangka, Tasneem berterus terang.

“Saya sayang awak!”

Dan Zaim ukirkan senyum bahagia mendengar ucapan Tasneem. Demamnya terasa kebah dengan kebenaran yang bukan dibuat-buat. Nampaknya Tasneem sudah mula memikat dirinya dan dia yang kalah sebelum sempat hendak meneruskan usahanya.

Dan… pagi yang dingin menjadi indah dengan jalinan cinta yang halal.

Share this novel

Anita Azmi
2025-01-16 19:48:58 

next pls rindu dh Dua org tu

mamaniey83
2025-01-14 18:52:11 

bila nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience