BAB 41

Family Series 39843

“Siapa yang dah buat aduan dekat penguatkuasa sampai Zaim dengan Tasneem kena tangkap basah? Kau kan?” jerkah Neldhia kuat. Jairas pula hanya diam.

“Kau jangan nak senyap sangatlah. Tengok ni!”

Beberapa keping gambar dihempas ke atas meja. Bertaburan gambar Jairas sedang menangkap gambar semua orang yang sedang kalut di kawasan parkir pada malam kejadian.

“Kau cakap. Siapa yang suruh kau buat semua tu? Ataupun kau dapat upah dari orang lain?” jerkah Neldhia lagi.

“Ku Nel silap orang. Saya tak buat aduan dan saya tak ada bos lain selain Dato’ Zakri.”

Dengan geram Neldhia baling bantal ke dinding. Dalam keadaan demam pun dia masih mahu mencari tahu siapa dalang di sebalik apa yang dah berlaku. Hati berbuih benci.

“Kau jangan nak bohong. Aku rasa aku tahu siapa mastermind semua ni. Dia tentu nak hancurkan semua orang yang pernah buat dia menderita.”

Jairas herotkan senyum jahat.

Neldhia pula ke balkoni. Melihat kereta yang membawa Tasneem sudah hilang. Nampaknya gadis itu sudah pergi. Dada berdebar-debar. Cukup bimbang perkara buruk akan berlaku. Namun hati tetap berdoa semoga Tasneem akan baik-baik saja.

Kembali pandang Jairas. Dia tahu lelaki itu tak akan buka mulut. Jadi dia akan pujuk Zaim menikahinya kerana biarlah dia yang menderita. Bukannya Tasneem.


Jantan sial!
‘Aku tahu semua ni rancangan kau.’

***

Keluar saja dari kediaman Tengku Rahmat, Jairas dihumban keluar. Dengan kata lain dia kena balik sendiri ke banglo Dato’ Zakri.

Hati menyumpah seranah. Kalau bos tak pesan awal-awal suruh berlembut dengan Ku Nel tentu saja perempuan itu ditendangnya.

Ah, serabut betul bila masuk dalam permainan orang-orang gila. Dia pula sudah terlajak berjanji. Jadi, dia kena teruskan. Kalau tidak hidup dia pula yang akan merana.

Lantas dia hantar pesanan kepada ketuanya.

-Bos, Neldhia tahu itu plan bos.

Sekejap saja pesanan berbalas.

- Biar dia tahu. Tugas kau hanyalah pastikan dia tak kahwin dengan Zaim. Kalau dia kahwin juga aku akan bunuh kau.

Jairas geram. Sepak batu tepi jalan sehingga jatuh ke atas padang. Dengan hati yang bengkak dia tahan teksi untuk pulang ke banglo Dato’ Zakri dan pesanan muncul lagi.

- Kau jangan buka cerita. Bila sampai masanya aku akan muncul juga.

Terus dada Jairas berdebar kencang. Apakah tak lama lagi dia akan saksikan peperangan besar. Ah, hati baiknya tak sanggup melihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience