Penatnya memandu dari Pasir Mas ke Kuantan. Hajatnya nak terus ke Gambang tetapi Neldhia nak jumpa pula malam ni. Ikutkan hati dia tak mahu sebab esok dah kerja. Pesan pada diri tak nak dah berhubung dengan gadis itu. Dia sebolehnya tak ingin dekat dengan gadis yang bakal menjadi permaisuri hati Zaim. Dia takut kecewanya akan berpanjangan. Tetapi itulah, Neldhia terlalu baik.
-Pakai cantik-cantik tau
Tasneem pandang pesanan Neldhia saat hentikan kereta di bawah garaj. Mukanya berkerut tak faham.
-Nak cantik macam mana lagi Nel. Tas macam ni lah.
Tasneem merendah diri.
- Nak luar biasa sikit
Tasneem kerut kening tak faham. Nak keluar makan malam je pun. Kenapa nak pakai cantik-cantik bagai. Isk, tak kuasalah. Lagipun dia dah terbiasa pakai simple. Kalau luar biasa nanti orang ingat dia pengantin pula. Malaslah nak layan. Tapi… kalau tak ikut nanti Neldhia akan kecil hati pula. Lantas dia diam saja. Pandang pesanan gadis itu yang muncul lagi. Menyuruhnya jangan lambat.
Dan… pesanan itu dibiarkan tidak berbalas. Dia masuk ke dalam rumah. Baru saja melangkah ke ruang tamu matanya nampak sekujur tubuh di atas sofa. Dahlia mengkerekot dengan tubuh berbalut sweater.
“Kau tak jaga restoran hari ni. Kau demam ke?” soal Tasneem hairan dan cepat-cepat dekati gadis itu. Hatinya risau. Dahlia jenis yang susah nak sakit. Alih-alih hari ini lain pula. “Mak usu ada kat kedai ke?” soal Tasneem lantas duduk dan merasai dahi Dahlia. Tak lah panas sangat.
“Ada. Aku pun dah makan ubat,” ujar Dahlia lantas tolak tangan Tasneem. Terus muka Tasneem berkerut hairan. Tak pernah gadis itu bersikap begitu.
“Kau okay ke tak ni?” soal Tasneem risau dan serta merta Dahlia tekup muka lantas menangis kuat. Hati Tasneem diterpa bimbang.
“Kenapa dengan kau ni?” Tasneem takut. Apalah yang dah jadi. Baru dua hari dia tinggalkan Dahlia. Dia ingatkan dia yang akan demam sebab crush dia dah ada girlfriend. Alih-alih Dahlia yang tenat macam mati laki.
“Kau cakaplah. Jangan buat aku risau macam ni.” Paksa Tasneem sambil goncang lengan Dahlia.
Dahlia tak menjawab sebaliknya terus menghamburkan air mata. Ada sesuatu yang tak kena dan Tasneem amat yakin Dahlia sedang menggalas beban yang amat berat.
“Kau cakaplah dengan aku,” gesa Tasneem seraya usap bahu Dahlia.
Gadis itu tiba-tiba bangkit dan pandang Tasneem dengan air mata yang berladung di pipi.
“Aku kena tembak.”
“Erk!”
Tasneem tak faham. Tembak! Siapa yang tembak. Tak nampak luka pun.
Tiba-tiba tangan Dahlia naik ke atas. Tunjuk jari manis sebelah kanan. Terus mata Tasneem terbeliak. Mulut pun ternganga. Namun cepat-cepat dikatup. Jari Dalia sekarang dah ada dua cincin.
“Maksud kau?”
Dahlia angguk dan Tasneem bersorak gembira.
“Polis kesayangan aku tu datang tembak aku kat restoran tau tak. Buat hal. Datang lamar aku masa tengah ramai pelanggan. Nasib baik mak usu ada. Kalau tak… terbalik restoran tu sebab aku dah macam zombie. Melalak sebab happy sangat."
Tasneem hembus nafas panjang. Pelik betul perangai Dahlia. Kalau orang lain senyum 24 jam sebab gembira. Tapi Dahlia lain. Melalak kemudian demam. Apalah perangai perempuan tu.
“Maknanya kau demam sebab terkejut. Sebab tak lama lagi dah nak jadi isteri orang?” tanya Tasneem gembira. Namun sekejap saja. Mukanya mula berubah mendung. “Sekarang ni, aku je lah yang akan duk macam ni je. Crush pun dah nak kahwin.”
Dahlia yang demam terus kebah.
“Kau janganlah macam ni. Crush dekat orang lainlah pula. Tak payah ingat Zaim tu lagi,” pujuk Dahlia dengan suara serak.
“Tapi… aku tak boleh nak buang perasaan ni.” Wajah ceria Tasneem mula merah. Ada tanda hujan akan turun.
“Kau ni. Dah elok-elok tenang tadi kan. Yang kau nak nangis bagai ni kenapa?” omel Dahlia geram. Berita gembira yang dikongsi tak jadi apa. Sebaliknya mengundang tangisan Tasneem.
“Aku rindu dia.”
Aduh, minah ni!
Sekarang Tasneem pula yang menangis.
Akhirnya… drama air mata yang tak sepatutnya terjadi berlaku juga. Tasneem terus menangis dan Dahlia demam semula.
***
Neldhia pandang ke luar. Mencari kelibat Tasneem namun bayang gadis itu tetap tak nampak di mata. Hatinya hancur. Dia terlalu mengharapkan Tasneem muncul. Bukan untuk abangnya tetapi untuk dirinya. Dia mahu hilangkan kedukaannya dengan bergembira bersama Tasneem. Sayang, walau jam sudah menganjak ke angka 9 malam batang hidung gadis itu tetap tak kelihatan.
“Kena scam ke Nel?” Ku Han muncul lantas tarik kerusi di depan adiknya. Neldhia tunjuk muka sedih.
“Harap-harap dia tak mungkir janji,” luah Neldhia lantas pandang pintu restoran. Kelihatan Zaim melangkah laju mendekatinya.
“Sorry Nel, I baru balik dari tapak.”
Neldhia kerutkan dahi.
“Sampai malam. Ada masalah ke?”
Zaim angguk. Tarik kerusi dan duduk sebelah Ku Han. Tangan lelaki itu dijabat mesra.
“Lama tak tengok. Kau sihat?” sapa Zaim. Pantas Ku Han betulkan jaket yang membalut tubuh.
“Well, macam ni lah.”
Dan Zaim ukir senyum. Memang lelaki itu sentiasa sihat dan ceria. Tak pernah nampak wajah bengang sebab hidup lelaki itu sentiasa dikelilingi perempuan cantik. Cuma akan berperang besar kalau tak kena cara. Macam dulu. Mereka pernah berperang besar.
“Ada nak announce apa-apa ke sampai ajak I makan malam. Lewat pula tu,” soal Zaim mahu tahu.
Tiba-tiba saja Neldhia ajak makan padahal pagi tadi mereka sempat berbual di telefon.
“Adalah. I nak you jadi juri hakim.”
Dahi Zaim berkerut. “Tapi tu lah. Peserta tak sampai lagi. I harap dia tak akan kecewakan I,” luah Neldhia lantas pandang abangnya yang sudah menyandar di bahu kerusi dan mencebik tak yakin.
***
Tasneem pandang dirinya melalui cermin bilik air. Sudah lama dia sampai di hotel ini. Tempat pertama dia makan bersama Neldhia. Tak sangka sekali lagi gadis itu hendak berjumpa di sini juga. Takut sungguh sebab dia tak biasa makan dengan orang-orang hebat macam Neldhia. Tambah-tambah lagi dia rasa macam akan ada orang lain sama. Lalu dia pandang dirinya sekali lagi.
Menyesallah pula pakai baju kurung moden siap dengan selendang bagai. Biasanya hari raya saja dia lilit selendang atas kepala. Tapi kali ini dia dah buang tabiat. Dahlia punya pasallah ni. Dalam demam pun sempat lagi nak jadi pakar rias. Tampal bedak kat muka. Siap gincu bagai macam nak pergi candle light dinner. Padahal nak makan biasa-biasa saja. Banyaklah Dahlia punya idea tu. Sampai dia jadi segan nak masuk ke dalam restoran. Kalau tak mengenangkan muka Neldhia yang akan jadi macam tapai tentu dia akan balik. Tapi dia masih ada perasaan. Dia tak akan lukakan hati gadis itu.
Lantas dia menapak juga ke restoran. Sambil melangkah kepala mengharap tak akan ada orang lain. Paling penting tak ada Zaim.
Dengan perasaan tak tentu arah akhirnya dia tiba juga di dalam restoran. Hendap sana sini akhirnya nampak Neldhia melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Dia ukir senyum. Tetapi senyumannya mati apabila melihat ada susuk yang tak dikenali memakai jaket hitam duduk di hadapan Neldhia. Dia takut. Ketakutannya tiba-tiba bertambah apabila menyedari susuk lain di sebelah lelaki berjaket itu pula. Dia kenal susuk itu. Terus jantungnya hampir melompat keluar saat lelaki berbaju t shirt ungu berkolar hitam menoleh sekilas. Tubuhnya gugup dan dia rasa nak lari.
Tak sangka Zaim Muazzam berikan senyuman. Dalam terpaksa Tasneem mendekati.
“Maaf lambat!” ucap Tasneem sebaik saja tiba di sebelah Neldhia. Ku Han yang sibuk dengan telefon panggung kepala. Tak berkelip pandang Tasneem yang sudah tarik kerusi dan duduk di sebelah Neldhia.
“Patutlah lambat sampai. Bersiap sakan cik susu kotak.”
Terus mata Ku Han beralih memandang Zaim.
“Kau kenal?” soal lelaki itu pelik.
“Mana tak kenal. Tempat dia kerja tu dekat sangat dengan kompeni papa aku. Kau ingat aku cari kedai lain ke kalau makanan kat situ kena dengan tekak aku.”
Neldhia senyum panjang. Zaim memang tak berubah. Kalau bab makan lelaki itu memang cerewet. Bila dah biasa dengan satu tempat lelaki itu tak cari lain dah. Tasneem pun rasa bangga. Namun perasaan itu hilang apabila sedar Zaim bakal menjadi suami Neldhia.
“Dah lama kenal?” soal Ku Han lagi. Tiba-tiba dia rasa kalah dengan Zaim.
“Tak lama pun tapi sempatlah dia crushkan aku.”
Terus wajah Tasneem membahang merah. Kerling Neldhia. Berharap sangat Neldhia tak akan terasa hati. Tasneem lega kerana Neldhia hamburkan tawa besar.
“You ni kan. Janganlah kacau Tas,” marah Neldhia dalam suara manja. Zaim herotkan senyum lucu.
“Masa ni lah I boleh usik dia. Lagipun dah lama I tak tengok dia. Kau kerja kat mana sekarang? Tak kan sebab aku dah ada Nel kau terus lari cari kerja lain.”
Tasneem rasa nak ganyang saja mulut Zaim. Sejak peristiwa hari itu lelaki itu makin kuat pula menyakat.
“Maaf sebab dah buat Nel tunggu lama,” ucap Tasneem cuba berlagak kuat. Mahu mematikan ayat lelaki itu. Dia rasa tak selesa pula.
“It’s okay, sweetie.” Ku Han mencelah dan mata tak lepas dari memandang Tasneem. Neldhia perasan akan pandangan abangnya. Tasneem lagilah perasan. Entah kenapa dia rasakan itu hanyalah ayat manis saja.
“Nel, abang akur dengan cerita Nel.”
“Kan!” Neldhia ketawa gembira. Namun tidak pada Tasneem. Entah apalah yang kedua-duanya buat. Cerita apa yang telah mereka kisahkan.
“Tas, awak jangan marah tau. Nel yang suruh abang datang. Kan hari tu Nel ada cakap nak kenalkan Tas dengan abang Nel. That’s him. Ku Han.” Neldhia memperkenalkan dan Ku Han renung lama.
Tasneem angguk mesra. Namun dada berdebar kuat. Bukan sebab renungan Ku Han tetapi susuk Zaim. Lelaki yang dia mahu dielak terus. Tapi tak sangka doanya tak termakbul. Lelaki itu juga tak lepas memandangnya.
Tapi….
“Nel, you silap atur ni. Manalah Ku Han nak dengan pelayan macam Tas.”
Zaim mencelah dan Tasneem rasa terhina. Tiba-tiba saja kata-kata itu merendahkan martabatnya. Hina ke kerja pelayan restoran. Walaupun mereka tidak tahu kerjanya yang sebenar tapi dia rasa kecil hati kerana kerja itu direndah-rendahkan.
“Apa salahnya kerja waitress. Halal apa?” Tak sangka Ku Han memihak. Pantas saja hati Zaim ketawa jahat. Ku Han tunjuk baik. Memang lelaki itu pandai bermuka-muka.
“Kerja tu tak salah tapi kau mampu ke nak berjalan sama dengan Tasneem?”
Sakit pula hati Tasneem. Kenapa soal kerja yang diperdebatkan. Dia baru duduk. Makanan pun tak sampai lagi. Tiba-tiba dia jadi bahan utama perbualan pula.
“Im, please. Jangan mulakan.” Neldhia memujuk. Sudah tahu perang lama antara Zaim dan abangnya. Perang gara-gara projek dekat Temerloh yang sepatutnya berpihak pada Zaim telah dirampas abangnya.
“Jangan tanya aku tapi tanya Tas. Awak boleh seiring dengan saya?” tiba-tiba Ku Han mengunci mulut semua orang. Tasneem terkebil-kebil memandang.
“Maksud Ku?” tanya Tasneem berbahasa. Baru saja sampai dah tanya boleh hidup bersama ke tidak? Hish, kenal pun tidak. Nahaslah kalau dia jawab ya.
“Be my girl?” pelawa Ku Han.
Dan mata Zaim cerlung memandang Tasneem yang terkejut. Sekejap saja Tasneem alihkan pada Neldhia yang tersenyum simpul. Dia faham dengan senyuman Neldhia tetapi dia tak faham dengan pandangan Zaim.
Lalu dia hembus nafas kecil dan berikan senyuman. Makan malam yang sepatutnya indah tidak seharusnya dicemarkan dengan permainan perasaan. Lantas Tasneem panjangkan senyuman.
“Saya lapar. Boleh kita makan?”
Dan semua orang hamburkan gelak kecil. Hanya Zaim yang hembus nafas lucu seraya herotkan senyum sinis. Tasneem pandai mengelak. Sebab itulah perkenalan mereka berlanjutan sampai ke saat ini.
Rasa lucu betul.
“Tak minum susu dulu. Kan biasanya kau suka minum susu.”
Pantas Tasneem ketap bibirnya. Laki tu dah sambung balik. Dengan geram dia menjeling benci dan tak sangka dia tertangkap mata Ku Han yang tak jemu merenungnya.
Wahai restoran, matikanlah letrik. Aku tak nak tengok mata laki tu. Sheeraaam!
Dan makan malam pun berlangsung dengan tenang tapi hati Tasneem tetap bergelora. Ada dua lelaki yang mengintainya. Seorang yang dia tak mahu lagi mengharap. Seorang lagi nampaknya sedang hendak memikat.
Oh, letrik. Putuslah cepat.
Adoiii! Lawak lah ngko Tasneem. Okay. Dah sampai bab 20. Macam mana semua? Nak lagi.? Jangan lupa support GH tau. Adioss! Babai. Love from GH
Share this novel
zaim...oooo zaim. nk pilih sapa ni???!next plsssss ....
Nak lagiiiii tak puas baca..bestttt .
best chapter mlm ni.. dah ada persaing. loooove biar zaim bengang