Awak suka cookies? Tak pernah saya jumpa lelaki suka makan biskut. Orang perempuan je yang suka manis-manis macam tu." - Tasneem Salsabila "Minum susu! Macam budak kecik. Memang tak cukup zat ke masa kecik dulu?" - Zaim Muazzam Tasneem tak kisah dengan sikap suka mengusik lelaki itu. Pertama kali berjumpa dia sudah terpikat. Tetapi sayang, Zaim Muazzam kekasih orang. Lalu dia pendam rasa hati seorang diri. Tapi siapa sangka, Neldhia - kekasih Zaim mahu berkawan dengannya kerana ingin berubah menjadi baik. Tetapi, dari saat itulah derita Tasneem bermula. Dia ditangkap khalwat dengan Zaim dan dituduh merampas lelaki itu dari Neldhia. Adakah benar Tasneem gadis begitu? Apakah dengan menikahi Zaim ujiannya akan tamat atau akan berterusan sehingga ke akhir hayat? Diakah bintang terindah Zaim ataupun hanyalah sampah yang tidak memberi apa-apa manfaat pada lelaki itu? "Kau kena janji dengan aku. Kita kena saling memikat. Siapa yang tergoda dulu dia perlu kekal di sisi selama-lamanya." - Zaim Muazzam.
View All Chapters (Total 72 Chapter)
Update 19 January 2025
2025-01-20
Hai semua. Malam ni GH akan update bab akhir. Mohon jangan kecam GH ya. Hehehe
2025-01-19 1 Replies
zufri adik Tas rupanya yang disangkakan terkorban dalam kebakaran yang tak disengajakan...
2025-01-19 1 Replies
terungkai sudah...ape berlaku lepas ni...