BAB 34

Family Series 39843

“Aunty dah nak gerak kan? Kalau macam tu Tas pun nak baliklah. Dah lama sangat Tas kat sini,” ujar Tasneem resah. Dari habis makan-makan tadi dia terus nak balik tetapi Kayla menahan. Gadis itu menyuruh menemani sampailah abangnya sampai. Kebetulan pula perut gadis itu meragam. Asyik ulang masuk tandas.

Dah lama dia tunggu. Sampai sudah separuh maghrib namun lelaki itu tetap tak muncul-muncul. Datin Hakimah dengan Dato’ Zakri pun sudah siap hendak bergerak ke majlis makan malam syarikat Tengku Rahmat.

“Ya, lah. Aunty minta maaf sebab Tas kena duduk lama pula kat sini. Temna Kay.” Datin Hakimah simpati namun wajah keruh Kayla menyebabkan hati seorang ibu berderai kecewa.

Kayla pula muncungkan bibir. Segala rancangan tak berjaya dilaksana. Banyak yang dia rancang tetapi abangnya pula yang tak muncul-muncul. Tambah pula dia diserang sakit perut.

“Sampai hati abang Im buat Kay macam ni. Dia yang nak sangat celebrate birthday Kay tapi dia juga yang tak balik ke rumah,” omel Kayla kecewa

Datin Hakimah pun turut kesal.

“Call Zaim.” Dato’ Zakri yang sudah muncul menyuruh keras.

“Kim dah call banyak kali bang tapi dia tak jawab. Panggilan tu masuk je tapi dia yang tak angkat.” Hati Datin Hakimah resah menggila.

“Entah-entah dia demam teruk tak Datin?” Kak Lili yang muncul bawakan makanan yang dibungkus untuk Tasneem mencelah. Dahi Kayla pantas berkerut.

“Kalau macam tu mami pergilah jenguk abang,” suruh Kayla tiba-tiba.

Datin Hakimah pantas pandang suaminya.
“Kita nak gerak dah ni. Lambat sampai nanti apa pula kata tengku. Anak dah besar panjang. Takkan kita nak jaga macam anak kecil. Lagipun kita tak sama arah.”

Terus Kayla pandang Kak Tasneem. Tiba-tiba muncul idea gila.

“Macam ni lah mami, papa. Kay pergi tengok abang. Kay tumpang Kak Tas. Lagipun kondo abang tak jauh dengan restoran Kak Tas kerja kan?” Di akhir kata Kayla bertanya.

Tasneem tersentak.

“Boleh kan Kak Tas hantar Kay?” rayu Kayla.

Tasneem telan liurnya pahit. Takkan dia nak tolak. Kasihan pula bila memikirkan keadaan keluarga ini. Malah memikirkan keadaan Zaim yang tidak diketahui nasib lelaki itu makin meresahkan hatinya.

Dengan berat hati dia mengangguk juga.

“Kalau macam tu Kak Lili sediakan bekal. Boleh Encik Zaim makan.” Dengan pantas Kak Lili ke dapur. Sementara di luar Datin Hakimah dan Dato’ beredar dulu dan berjanji dengan Kayla akan menyusul selepas majlis tamat.

Kayla senyum. Namun resah tetap muncul. Tetapi hati amat berharap abangnya baik-baik saja.

***

Zaim mundar-mandir di dapur. Sudah bergelas-gelas air masak dia telan namun perasaan gelisahnya ini tak terkambus. Entah apa yang telah berlaku dia tak tahu. Demamnya tadi pun terus kebah apabila perasaan ini datang. Perasaan mahukan perempuan.

Dada berdebar-debar. Tangan pun menggigil. Tak mampu buat apa-apa. Telefon yang acap kali berdering dia abaikan. Sampailah telefon mati dengan sendiri kerana kekurangan bateri.

Puas mundar-mandir di ruang tamu dia bergerak ke bilik. Berhenti di muka pintu. Hendak bersiap untuk ke majlis. Namun dia tak mampu. Apabila kemeja disarungkan ke tubuh terus dia berpeluh kuat. Lantas dia tanggalkan dan hanya membalut badannya dengan singlet tanpa lengan. Tuala pun masih terikat di pinggang. Bila panas melampau dia akan segera ke bilik air.

Ketukan di pintu mengejutkan Zaim. Dengan perasaan tak tentu arah dia ke pintu utama yang sememangnya tak tertutup. Ditariknya picu pintu dengan perasaan gelisah. Buntang matanya melihat Tasneem di luar yang membimbit mangkuk tingkat. Tasneem pun sama. Terkejut melihat lelaki itu yang hanya berbalut dengan tuala dan singlet.

“Encik okay ke tak ni? Erk, saya datang hantar makanan. Sepatutnya Kay yang hantar tapi dia sakit perut sangat.” Suara Tasneem kedengaran janggal. Mungkin resah melihat Zaim yang nampak pelik.

Zaim tidak menjawab sebaliknya merenung Tasneem bagaikan gadis itu membuat kesalahan yang amat besar.
Tasneem hairan. Tak faham kenapa riak wajah itu nampak tidak seperti selalu.

“Encik demam ke?” soalnya apabila melihat dahi lelaki itu berpeluh-peluh. Malah wajah itu membahang merah.
Zaim hembus nafas kuat. Sedari tadi lagi wajah Tasneem yang gebu memanggil-manggil hatinya. Malah melihat bibir gadis itu yang bergerak-gerak cantik membakar perasaannya. Rasa tak tenteramnya makin menggila. Tangan mahu menarik gadis itu masuk tetapi akal menegah. Menyuruh larikan diri ke bilik. Nasib baik akalnya masih berfungsi dengan betul.

Zaim pusingkan badan. Tak mahu merosakkan diri. Tetapi resahnya semakin menjadi-jadi. Terbayang wajah cantik itu di belakang lantas dia kembali memandang Tasneem. Dari atas sampai bawah. Malah ditenung setiap inci wajah itu sekali lagi.

“Kau tolong aku. Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku. Aku rasa tak sedap badan. Tangan dah ketar tubuh pun berpeluh lepas tu aku….” Zaim berhenti. Pandang Tasneem. “Aku rasa panas sangat.”

Tasneem pandang kiri kanan. Resah. Perlu ke dia menolong sedangkan dia berdua saja dengan lelaki ini.

“Encik nak suruh saya buat apa.” Akhirnya terluah juga pertanyaaan apabila teringat janji Kayla. Gadis itu cakap akan naik ke sini apabila perut yang sakit sudah reda.

“Kau buatkan ubat untuk aku. Aku nak hilangkan rasa panas. Lepas tu aku nak gerak ke majlis ayah Nel pula,” ujar Zaim tak sabar.

Tasneem perlahan-lahan mengangguk kerana kasihan melihat wajah merah itu. Zaim terus buka pintu dengan luas dan sendal dengan getah penahan. Lalu Tasneem bergerak masuk ke dalam.

“Saya buatkan air halia untuk encik.” beritahu Tasneem apabila menjumpai halia di dalam peti lelaki itu. Zaim mengangguk saja. Hampiri Tasneem dan dia tak sabar hendak hilangkan perasaan gila yang semakin menyerang.

Namun sebaik berdekatan dengan Tasneem hati tak mampu bersabar.

Sedang Tasneem mengacau air, kakinya tiba-tiba rasa berbulu.

Dia tengok ke bawah!

“Argghhh!” terus Tasneem berpusing mahu melarikan diri namun merempuh Zaim di belakang. Dengan cepat Zaim memegangnya agar tidak terjatuh.

“Kucing!” Tasneem menjerit takut dan Zaim pusingkan tubuhnya lantas mereka saling menghadap. Zaim pandang wajah Tasneem tajam. Nafasnya berhembus kuat. Sama kuat dengan nafas tercungap-cungap Tasneem yang takutkan kucing.

Berhadapan serapat ini menyebabkan perasaan di dalam semakin kuat. Dada berdebar tak tentu arah. Dalam kepala hanya mahu melempiaskan segala rasa. Sudah tidak hiraukan siapa yang dipegangnya. Tak tertahan rasanya sedekat ini lantas tangan Zaim naik mengusap pipi Tasneem.

Dia bertindak di luar batasan.

Tasneem kaget.

“Encik!” Perasaan takut kepada kucing berubah rasa. Entah apa yang jadi. Mata lelaki di depannya ini nampak liar.

“Lepaskan!” ronta Tasneem namun Zaim kejapkan cengkaman dan rapatkan Tasneem ke tubuh. Dadanya makin berdebar kencang. Sekencang perasaan gila yang muncul entah dari mana.

“Lepaslah. Encik nak apa?” soal Tasneem takut.

Tiba-tiba….

“Sayang!” ucap Zaim romantis dan mata Tasneem buntang tak percaya. Kenapa dengan lelaki ini.

Makin memeranjatkan diri apabila tangan kekar itu naik mengusap pipinya. Sekelip mata tanpa kerelaannya Zaim mengucup pipinya bertalu-talu.

Barulah Tasneem sedar.
“Lepaslah. Lepas!” Tasneem menjerit berulang kali. Tangisan pun bermula apabila bibir itu tak henti-henti mencari tempat untuk melempiaskan perasaan.

Zaim tak menghiraukan lolongan Tasneem. Apa yang ada dalam kepalanya hanya satu. Dia perlu lepaskan perasaan ini. Melihat bibir mungil Tasneem yang menjerit dia cengkam belakang kepala dan rapatkan muka itu ke mukanya. Dia mahu menjamah bibir itu namun tindakannya mati apabila ketukan di pintu bergema kuat.

“Assalamualaikum. Kami pegawai Penyiasat Agama dari jabatan agama. Telah mendapat waran geledah setelah mendapat aduan pasangan berkhalwat di rumah 505.”

Masing-masing pandang ke pintu yang terbuka.

Perlahan-lahan cengkaman tangan Zaim longgar. Mata terpejam rapat bersama gelengan tak percaya. Tubuh Tasneem pula melurut ke bawah bersama air mata yang bercucuran dengan banyaknya. Kayla yang baru sampai terlopong di belakang pegawai dan Jazmin yang juga baru tiba buntang tak percaya.

Oh no... Kasihan Tasneem. Kasihan juga Zaim.

Share this novel

Nour Rizq
2024-12-13 19:54:35 

bila nak up lagi

Zahra haniffa
2024-12-10 22:51:53 

sikit sikit tangkap khalwat....cam x de jln tuk selesaikan...

Madi Yana
2024-12-09 21:01:23 

entah2 tas dgn Zaim adik beradik satu ayah


NovelPlus Premium

The best ads free experience