BAB 63

Drama Completed 84621

“Alhamdulillah. Kenyang perut mami. Kalau Tas masak memang mami tak angkat punggung dah.”

Datin Hakimah teguk air masak lantas urut dada. Rasa puas hati dapat makan masakan menantunya. Tasneem yang bangkit menyusun pinggan kotor hanya berikan senyuman. Segan apabila dipuji emak mentuanya.

“Itulah. Sampai Yie pun bertambah.” Zufri menambah perasa tetapi ayat itu kedengaran biasa saja di telinga Tasneem.

“Tas masak biasa-biasa je mami. Tak boleh lawan mami.” Tasneem membalas malu dan Datin Hakimah bangkit.

“Mana Im ni. Isyak dah masuk tapi mami tak nampak-nampak lagi muka dia,” omel Datin Hakimah seraya menuju ke bilik tetamu. Agaknya hendak ke bilik air. Lalu tinggallah Tasneem di dapur bersama Zufri.

Tak sangka Lelaki itu bangun dan melangkah ke singki. Tidak berganjak sebaliknya menunggu Tasneem yang sedang membasuh pinggan.

“Kau tahu tak?” tiba-tiba lelaki itu bersuara.

Dada Tasneem hampir pecah. Apatah lagi suara itu cukup dekat. “You look innocent and I like it.” Tak disangka-sangka tangan itu naik mengusap kepala Tasneem yang bertudung. Terus Tasneem menjauh.

“Awak buat apa ni?” Dia nak menjerit tetapi suaranya tersekat di kerongkong. Hanya mata yang berbahasa. Betapa dia benci dengan cara lelaki itu.

Zufri berikan senyum jahat kemudian mendekat.

“Jangan takut. I knew your secret.”
Tasneem pantas mengundur. Kepala pula menggeleng tak faham. Rahsia apa yang lelaki ini cakap. Kenapa dia nampak lelaki itu sesuatu sangat. Renungan mata itu seolah-olah mahu membunuhnya. Tangannya tiba-tiba menggigil.

“Until now you're still a virgin, right?”

Ya Allah!
Mata Tasneem membuntang. Lelaki ini merepek apa. Kenapa status dirinya dibuat main-main macam budak tak sekolah. Lagipun dia isteri orang dan apa hak lelaki itu nak masuk campur dalam urusan peribadinya.

“Awak cakap apa ni?” soalnya takut.

“Kalau aku jadi Zaim, aku tak akan sia-siakan kau. Aku akan layan kau macam permaisuri tapi itulah. Dia tu penakut. Takut dengan perempuan. Sebab tu dia sanggup tinggalkan kau macam tu je. Dia tak ambil kau kat tempat kerja. Dia tak jawab call kau. Dia tak balas pesanan kau.”

Tasneem telan liurnya tak percaya. Resah-gelisah mendengar kenyataan Zufri.

Macam mana Zufri boleh tahu dia hantar mesej dekat suami sendiri. Macam mana lelaki itu boleh tahu dia telah hubungi suaminya. Padahal masa dia berbual dengan Datin Hakimah di pasaraya lelaki itu asyik memilih makanan laut. Hati memang tak sedap rasa. Dia yakin Zufri ini memang gila.

“Aku cabar kau. Tinggalkan Zaim. Dan… aku rela ganti dia.”

“Kau….” Tasneem tinggikan suara hendak membalas namun kelibat Datin Hakimah yang sudah keluar dari bilik tetamu mematikan tindakannya.

“Yie, jomlah balik. Mami tak boleh tunggu lama-lama. Mami ni nak siapkan tempahan orang pula,” ujar wanita itu lantas bergerak ke ruang tamu. Tarik tas tangan atas meja kopi lantas mula melangkah ke pintu utama.

Zufri pula leretkan senyum. Nampak sinis dan menakutkan sehingga tubuh Tasneem rasa menggeletar. Tetapi diheretnya juga kaki sehingga ke daun pintu. Hendak menghantar emak mentuanya.

“Terima kasih sudi jemput makan kat sini,” ucap Zufri namun tak membekas di hati Tasneem. Sebaliknya ketakutan makin bertambah.

Datin Hakimah pula tak perasaan apa-apa. Sebaliknya beri cadangan.

“Hari minggu nanti ajaklah Im tidur rumah mami. Boleh Tas masak lagi.” Datin Hakimah berbahasa namun Tasneem balas dengan senyum tawar.

“Jomlah. Dah lewat sangat ni,” ajak Datin Hakimah dan Zufri tolong tarik picu pintu.

“Jumpa lagi!” ucap Zufri sambil menoleh memandang Tasneem namun, sebaik pintu dibuka sebuah tumbukan hinggap ke mukanya.

Buk!
Tumbukan itu betul-betul tepat ke pucuk hidung Zufri.

“Im!!!”
Datin Hakimah menjerit lantang dan Tasneem rasa nak pitam.

***

“Im buat apa ni?” marah Datin Hakimah lantas melangkah laju ke meja kopi. Tarik kotak tisu dan segera menahan darah yang keluar dari hidung Zufri. Sesekali mata memandang anak jantannya dan mata Zaim tajam memanah mata Zufri.

Muka Zaim tegang bagai tali ampaian.

“Im buat apa yang patut Im buat. Kalau tak lelaki gila ni akan makin gila.”

Datin Hakimah menggeleng kesal.

“Astaghfirullahalazim. Bawa mengucap Im. Yie ni adik Im.”

“Tak mami. Dia bukan adik Im tapi orang gila yang nak menghancurkan hidup Im.”

Mulut Datin Hakimah ternganga dengan jawapan Zaim. Anak jantannya itu sudah masuk ke dalam lalu mendekati Tasneem. Tarik tangan itu dan cengkam kemas. “Sampai mati pun dia bukan adik Im.”

Hati Datin Hakimah berhempas kecewa.

“Kenapa Im nak marah sangat ni. Muncul-muncul je terus tumbuk Yie.” Suara Datin Hakimah sudah kendur. Namun tangan itu masih menyapu sisa darah yang keluar dari hidung Zufri.

“Sebab dia datang rumah Im tanpa izin Im.”

“Apa yang Im merepek ni. Dia adik Im. Kenapa pula adik tak boleh datang rumah abang sendiri?”

“Mami lupa ke? Im dah pesan dekat semua orang yang dia tak boleh masuk rumah Im sampai bila-bila. Tak boleh!”

Datin Hakimah mendengus geram.
“Im bukannya budak-budak. Nak bergaduh buat apa. Zaman kecil-kecil tu dah lama berlalu. Tak perlu nak ingat semua tu.”

“Mami boleh cakap macam tu sebab mami tak rasa apa yang Im rasa.”

Geram sungguh Datin Hakimah. Lantas tarik tangan Zufri.

“Kalau macam tu mami balik. Nampaknya Im pun tak suka mami datang. Padahal Yie datang dengan mami. Bukan Yie datang sorang.” Terus Datin Hakimah memimpin Zufri dan melangkah keluar.

Saya itu Zufri herotkan senyum jahat. Tunjuk kemenangannya dan Zaim menjerit geram sebaik kelibat Zufri menghilang. Dia tumbuk pintu rumah melepaskan semua rasa yang terbuka di dalam dada.

Tasneem terkejut dengan tindakan lelaki itu lantas tarik tangan Zaim hendak melihat goresan pada buku lima itu namun tangannya ditangkap Zaim. Mata lelaki itu merah memanah matanya.

“Kenapa kau balik sendiri? Kenapa kau tak tunggu aku? Kenapa?” jerkah Zaim dan hempas pintu pula. Tasneem tersentak.

“Saya dah call awak tapi awak tak jawab,” balas Tasneem membela diri seraya cuba melepaskan cengkaman tangan Zaim. Namun tak berjaya. Malah dia makin takut kerana mata itu semakin tajam melihatnya.

“Kalau dah tahu aku tak jawab sepatutnya kau terus tunggu aku. Bukannya kau balik sendiri.”

“Tapi saya dah hantar mesej.”

“Mana? Tunjuk dekat aku. Mana mesej kau?”

Zaim tak lepaskan tangan Tasneem. Dengan sebelah tangan keluarkan telefon. Buka peti pesanan.

“Kau tengok! Tak ada mesej kau. Kau jangan nak kelentong.”

Tasneem terkejut. Dia pasti dia hantar mesej pada suami sendiri. Terus dia meronta-ronta.

“Saya dah hantar. Awak yang salah. Awak hanya bagi bluetick tapi awak tak balas. Saya anggap awak dah tahu dan awak sengaja tak nak balas,” jawab Tasneem lantas terus meronta dan pautan Zaim berjaya dilepaskan. Dia segera melangkah mendapatkan telefonnya di atas meja makan.

“Ini. Tengok ni!” Tasneem tunjuk pesanannya dan Zaim rampas telefon.
Nampaknya sudah dibaca orang. Hati berasa hairan. Pelik. Siapa yang baca?

Terus dia teka. Nampaknya orang itu memadam pesanan yang dihantar selepas dibaca. Apakah Jairas yang menceroboh? Tetapi Jairas tak tahu kata kunci telefonnya. Atau sebenarnya Zufri yang sudah menceroboh?

Dalam amarah yang masih bersisa dia mengingati kesilapannya hari ini dan tindakan aneh Zufri. Hatinya yakin. Memang Zufri yang telah membuat onar. Sebab itulah lelaki itu boleh sampai ke sini.

Dalam keadaan geram matanya cepat singgah pada wajah Tasneem.

Tasneem tersentak. Melihat saja wajah Zaim yang kembali berapi terus dia pusingkan badan hendak melarikan diri namun Zaim pantas memaut pinggangnya dari belakang.

“Kalau kau tak buat salah hari ini lelaki itu tak akan sampai ke sini.” Zaim pusingkan tubuh Tasneem biar menghadap mukanya.

Tasneem rasa menyesal. Lantas meminta maaf.

“Sa… saya… saya minta maaf,” ucap Tasneem ketakutan. Dia sedar akan kesalahannya.

“Nak minta maaf buat apa. Kau sengaja nak cabar aku kan?” soal Zaim keras. Tasneem menggeleng sambil meronta-ronta minta dilepaskan namun tak dipedulikan Zaim. Lelaki itu makin kita mengunci pergerakannya.

“Lepaslah. Saya dah minta maaf. Saya cakap saya minta maaf.” Tasneem berulang kali memohon ampun namun Zaim tak lepaskan pautan. Terus dia pusing tubuh Tasneem ke depan.

“Kau sengaja kan. Kau sengaja nak bangkitkan kemarahan aku. Kau masih lagi benci aku. Sebab tu kau sengaja balik dengan orang lain. Sengaja buat Zufri datang rumah aku. Biar aku marah kau. Kemudian kau boleh minta aku lepaskan kau,” tuduh Zaim dan tangan itu semakin kuat melingkari pinggang Tasneem.

Tasneem kecewa.
“Awak jangan tuduh sembarangan. Saya tak ada niat pun nak bercerai.” Tasneem membela diri seraya meronta-ronta minta dilepaskan.

Perkataan cerai yang keluar dari mulutnya membuat pandangan Zaim makin tajam memanah matanya. Dia larikan mata kerana tak mampu hendak membalas.

“Jangan sesekali kau sebut perkataan tu!” Terus Zaim menolaknya dan entah bagaimana dia terhantuk di bucu meja kopi.

Zaim tersentak. Melihat darah yang mengalir lesu membuat amarah tadi berubah kesal. Kesal bertimpa-timpa kerana mencederakan isteri sendiri.

“Sayang!”
Pantas Zaim mendekati. Tasneem yang terduduk sentuh dahi yang bengkak dan berdarah. Walau sedikit saja darah yang keluar tetapi hatinya cukup kesal dengan apa yang terjadi.

“Sampai hati awak buat saya macam ni,” ucap Tasneem pedih. Serentak itu air mata menderu laju. Zaim pejamkan mata dan genggam tangannya. Jatuhkan lutut kemudian duduk seperti orang jepun.

“Maaf. Aku tak sengaja.” Sudah terbalik. Kali ini lelaki itu pula yang meminta maaf. Tangan itu mahu menyentuh dahi Tasneem namun pantas Tasneem mengelak. Segera menjauh.

“Awak nak apa sebenarnya? Kenapa awak buat saya macam ni. Kenapa awak tak nak dengar penjelasan saya? Kenapa?” kali ini dia pula yang menjerit. Zaim mahu meraih tangannya namu dia tak mahu. Ditepisnya tangan itu dengan kuat.

Zaim membongkok.

“Awak nak saya mati. Baru awak puas hati,” tempik Tasneem kuat. “Tadi awak cakap lelaki itu gila. Sekarang awak pula yang nak tunjuk gila. Kalau macam tu… awak sama saja dengan dia,” tempik Tasneem lagi seraya mengundur hendak larikan diri.

“Maaf. Aku tak sengaja.” Zaim mendekat namun Tasneem mengengsot lagi sehingga belakangnya menyentuh sisi sofa. Akhirnya dia mengalah. Angkat lutut dan hamburkan tangisan kerana dia terkepung. Hendak bangun tubuh rasa tak bertenaga. Hendak melawan dia tak ada kuasa.

Akhirnya, Zaim sudah benar-benar di hadapannya.

“Maafkan aku!” Tak sangka lelaki itu jatuhkan kepala ke lututnya. Terasa ada air hangat membasahi palazzo yang dipakai. Dia tergamam. Saat kepala itu dipanggung dia terpempan. Memang Zaim benar-benar menangis.

“Aku sayangkan kau.” Tak disangka-sangka lelaki itu memeluknya. “Aku rasa nak gila bila tahu kau dekat dengan Zaim. Aku cukup takut kalau kau akan hilang dari hidup aku. Aku takut!” ucap Zaim lemah.

Tasneem tak percaya. Pantas menolak tubuh Zaim.

“Jangan tipu!” jerit Tasneem.

“Aku sayangkan kau.” tangan Zaim naik hendk menyentuh wajah Tasneem pula namun Tasneem menggeleng tak percaya.

“Macam ni ke cara awak sayangkan saya. Macam ni ke?” jerit Tasneem kesal samil menunjuk dahinya yang bengkak. Namun tak disangka-sangka bibirnya dipagut Zaim. Tangannya terus terangkat tinggi. Kaget dengan tindakan Zaim.

“Aku sayang kau!” ucap Zaim lagi sebaik lepaskan dua ulas bibir merah jambu itu dan dengan sekuat tenaga Tasneem menolak tubuh itu lalu bangkit. Dengan kesal berlari masuk ke dalam bilik membawa air mata yang menderu laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience