BAB 59

Drama Completed 84621

Nadiah terperanjat. Melihat Tasneem yang muncul dengan teksi kepalanya berteka-teki. Sudahlah muncul dekat-dekat senja begini. Biasanya Tasneem akan balik malam dan sampai dinihari tetapi kali ini pelik pula. Lagi satu balik tanpa kereta Mak Usu Tini. Zaim pun tak nampak muka. Terus kepala Nadiah terhendap-hendap. Mencari menantunya yang belum pernah lagi tidur di rumahnya. Bukankah lelaki itu berjanji akan membawa Tasneem pulang ke sini. Sebaliknya pula yang berlaku.

“Kenapa balik. Kan lusa dah mengajar?” soal Nadiah hairan. Masih lagi menghendap.

“Ibu tak pergi kedai ke hari ni?” soalan ibunya tak dijawab sebaliknya dia yang bertanya.

Nadiah menggeleng. Lantas hembus nafas kecewa.
“Abah demam. Itu yang ibu tak boleh nak keluar.”

Tasneem terkejut. Terus masuk ke dalam usai memeluk ibunya. Segera melangkah laju mendekati abahnya yang lena tak berkutik.

“Sejak bila lagi abah demam ibu?” tanya Tasneem gusar. Sentuh dahi orang tua itu. Amat panas. Nadiah yang mengekori dari belakang selak langsir pintu dan mengintai dari situ sahaja. Tarik Tasneem dan bawa keluar.

“Biar abah tidur dulu. Dia baru makan ubat. Dahlah semalam tak tidur. Lenguh lumpuh katanya.”

Tasneem mengangguk kesal. Nasib baik dia balik. Jika tidak dia tak akan tahu abahnya demam teruk macam ni.
“Kasihan abah, dah lama Neem tak tengok dia demam macam ni,” luah Tasneem sayu. Nadiah usap bahu anaknya.

“Jangan nak risau sangatlah. Demam biasa saja tu Neem. Esok lusa baiklah.”
Tasneem mengangguk lemah.

“Ni hah, Im mana? Kenapa Neem balik sorang je?"

Tasneem kelu. Tak tahu nak jawab apa. Pandang keluar tingkap. Rasa kosong. Baru sedar dia tak nampak pun adik-adiknya.

“Adik-adik mana ibu?” tanya Tasneem melarikan soalan ibunya entah ke mana.

Nadiah mula faham. Kalau Tasneem dah mengelak tu tentunya ada sesuatu yang berlaku.

“Kat padang bola lah. Kat mana lagi. Wilma je tak balik. Ada ujian katanya.” Nadiah menjawab seraya mata menilik wajah Tasneem yang sayu. Hati ibu berdetak pedih. Kepala pun fikir yang bukan-bukan.

“Neem gaduh dengan Im ke?”

Soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut ibunya mengejutkan Tasneem. Terus dia menggeleng.
“Tak lah. Mana ada masa nak bergaduh.”

Ya. Dia mana ada masa nak bergaduh. Kalau sehari pun sekejap saja jumpa. Cuma bertekak macam pagi tadi tu dah biasa. Lagipun dia tak mengharap mereka berperang besar. Dia pun tak mengharap mereka berpisah. Cuma hendak berkasih sayang seperti pasangan yang lain itulah dia yang tak tahu nak mulakan macam mana.

“Pergilah mandi. Kejap lagi dah nak maghrib. Lepas tu kita makan malam sama. Tunggu adik-adik balik,” suruh Nadiah.

Tasneem angguk. Baru saja nak pusing masuk ke dalam bilik telinga menangkap suara enjin kereta di luar rumah.

“Erk, siapa yang datang?” tanya Nadiah lantas bergerak ke pintu rumah.

Tasneem kerutkan dahi. Terus mengekori. Sebaik tiba di muka pintu matanya buntang tak percaya. Itu kereta Zaim. kepala tak mahu percaya namun kereta yang ada di depan mata itu dia kenal sangat. Apabila pemandu sudah keluar segala rasa tak percaya mula berterbangan ke angkasa.

Zaim datang ke sini?
Hati masih sukar menerima.
Lelaki itu nak apa?

***

Nadiah turun ke bawah. Mendekati menantunya lantas Zaim hulurkan tangan bersalaman dengan mentuanya.

“Neem tak cakap pula Im nak datang. Masa ibu tanya tadi dia diam saja,” ujar Nadiah tersengih panjang lantas Tasneem yang sudah sampai di sebelah. Anaknya itu mengetap bibir menahan rasa. Entah apa yang dah berlaku Nadiah tak tahu.

Tasneem pula memandang geram. Hati menial sendiri. Kenapa Zaim datang? Buat apa munculkan diri?

Zaim pula berikan senyuman pada Tasneem. Manis sangat hingga Tasneem rasa segan melihat ibunya hang memandang pelik. Hendak tak hendak di depan ibunya dia tarik tangan Zaim lantas kucup mesra dan Zaim terpesona. Mata itu tak berkelip meihat wajah Tasneem yang dipanggung semula.

Lama dia merenung sehinggalah adik-adik Tasneem muncul barulah dia alihkan pandangan. Adik-adik iparnya mengerumuni keretanya. Faham sangat. Anak lelaki tentu sukakan kereta begitu. Bukan itu saja, dengan peluh dan keringat masing-masing memeluk abang ipar mereka macam kawan baik sendiri.

Tasneem ketap bibirnya. Segan sungguh apabila adik-adiknya berkerumun macam jumpa artis.

“Pergi mandi dulu. Abang Imkan baru sampai tu,” marah Nadiah. Mengusir anak-anak jantannya. Menyuruh bersihkan diri. Pandang semula Zaim sebaik saja anak-anaknya menghilang ke dalam bilik air di luar rumah.

“Neem, bawa Im masuk bilik. Mandi... lepas tu berehat. Lepas isyak nantilah kita makan malam,” suruh Nadiah lantas menapak masuk ke dalam rumah.

Tasneem menunggu ibunya menghilang sepenuhnya barulah dia mula bersuara.
“Kenapa awak datang? Saya minta izin nak balik rumah mak saya. Bukan minta awak datang sini.”

Zaim herotkan senyum.
“Ini rumah ibu mentua aku. Kau rasa aku kena minta izin dulu ke?”
Kelip-kelip Tasneem memandang. Jawapan Zaim membuat mukanya merah menahan amarah. Dia tak suka Zaim datang. Dia baru nak bertenang tetapi akhirnya dia pula yang resah.

“Saya dah biasa balik sorang.”

“Itu dulu. Sebelum kau kahwin dengan aku. Sekarang, kau dah ada aku.”

“Tapi… awakkan suka tinggalkan saya. Awak suka duduk kondo awak je. Kondo yang awak beli untuk isteri tercinta awak tu.” Suara Tasneem kedengaran merajuk.

Zaim hembus ketawa kecil. Sudah faham. Dengan dada yang berdebar-debar dia tarik tangan Tasneem. Berharap sangat tangan itu tidak akan menepisnya.

“Malam ni aku tak akan tinggalkan kau lagi.”

Terlopong mulut Tasneem mendengar jawapan Zaim dan kakinya melangkah dengan terpaksa apabila tangan lelaki itu mula menariknya sehingga ke dalam rumah.

“Bilik?” tanya Zaim yang sudah menjatuhkan beg sandangnya. Pegangan tangan pun dileraikan.

Dengan segan Tasneem bawa msuk ke dalam biliknya yang tidak sebesar bilik Zaim. Dengan hanya keluasan 10 x 10 kaki biliknya memang sempit.

Zaim hanya mengikut. Masuk saja ke dalam dia perhati segenap ruang bilik itu. Tasneem pula segera bergerak ke arah almari. Keluarkan tuala dari dalam lantas letakkan atas katil.
Dia tak mahu berlama. Serba tak kena apa yang dia buat apabila lelaki itu ada di sini.

“Awak mandi dulu. Saya nak ke dapur. Tolong ibu,” ujar Tasneem segan. Tanpa memandang lelaki itu dia melintasi hendak ke pintu namun Zaim dengan cepat menarik tangannya.

Tasneem tersentak.
“Ada apa-apa yang awak nak lagi?” soal Tasneem resah. Zaim berikan senyum. Tarik Tasneem biar dekat dengannya. Kelip-kelip Tasneem memandang.

“Sebab aku sanggup datang ke sini jadi aku nak kau janji dengan aku satu perkara.”

Muka Tasneem berkerut tak faham. Selepas itu bertanya dengan memek muka.

“Buat macam tadi," arah Zaim serius. Sengaja mahu menguji.

Tasneem makin tak faham. Muka masih berkerut. Lalu Zaim angkat tangan Tasneem dan bawa ke bibir. Kucup mesra dan dada Tasneem terus bergendang kuat. Hampir nak pecah.

“Jangan lupa salam. Kucup!” arah Zaim tegas.

Tasneem hembus nafas tak percaya, kenapa Zaim yang muncul sekarang ini macam bukan Zaim yang ada di rumah Dato’ Zakri. Serasa Zaim yang ada di depannya sekarang ini adalah orang lain. Dia tak percaya dengan perubahan sikap lelaki ini. Bukankah pagi tadi muka itu ketat dan serius. Malah dia takut hendak menatap mata itu. Tetapi kali ini lain pula.

“Do it now and I will appreciate it.”

“Buat apa?” soal Tasneem tak faham.

“Macam tadi.”

Pantas Tasneem ketap bibir. Apahal dengan lelaki ini. Muncul tiba-tiba lepas tu suruh buat benda macam ni tiba-tiba juga. Lalu dengan berat hati dia kembali tarik tangan kanan Zaim lalu tunduk mengucupnya. Apabila dia memanggung memandang Zaim lelaki itu paut kepalanya dan hadiahkan kucupan di dahi.

Tersentak.
Tasneem tersentak.

“Hadiah. Setiap kali kau salam dengan aku.” Zaim larikkan senyum kemudian tinggalkan Tasneem yang terpisat-pisat tak faham. Lelaki itu ke bilik air.

Tasneem sentuh dadanya. Ada irama yang sukar dia kawal. Hati berdetak pelik. Namun dia tinggalkan semua itu lantas ke dapur.

Zaim di dalam bilik air pul tersengih macam kerang busuk. Berjaya juga. Tak susah pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience