BAB 23

Family Series 39843

Rasa macam orang gila pula bila dia memandu laju mengalahkan jantan di luar sana. Senang-senang saja dia lintas kereta lain. Memang tempah maut betul. Dan benarlah kata orang, Myvi ini king of the road. Memang king betul sebab laju tu mengalahkan jet pejuang. Silap-silap haribulan terus laju ke dalam istana awam. Istana yang akan membawanya ke negeri abadi.

Huh!
Tasneem hembus nafas lega sebaik kereta siap diparkir di hadapan restoran mak usu. Dengan pantas dia tanggalkan jaket dan keluar dari kereta. Dengan dada berdebar-debar menapak ke arah Dahlia.

“Dia kat mana?” Terus mulut bertanya sebaik saja tiba.

“Kat dalam bilik. Dari pukul lima lagi dia tunggu kau. Ni dah enam setengah dah. Pergilah jumpa. Aku risaulah tengok dia. Murung je.” Dahlia bercerita dan kepala Tasneem risau tak sudah.

Sedari Dahlia menghubungi memberitahu Neldhia mencarinya terus disuruh gadis itu berikan alasan. Nasib baik Dahlia pandai cover. Kalau tidak Ku Han akan terkejar-kejar tak henti-hentilah bila tahu dia bukan seperti yang dihebohkan.

‘Haih, perasanlah pula. Orang tu tak adanya call aku.’ Hati bermonolog.

“Tapi kan, kenapa dia tak call aku sendiri. Dia bukannya tak ada telefon,” soal Tasneem dengan muka berkerut. Dah seminggu dia tak datang ke sini. Seminggu itu jugalah telefonnya sunyi tanpa suara kambing mengembek.

“Manalah aku tahu,” balas Dahlia lantas tolak lengan Tasneem yang mendarat cantik di atas kaunter. “Baik kau pergi cepat,” suruh Dahlia siap dengan muka macam emak-emak yang jerkah anak yang bangun pagi lambat.

Tasneem akur. Dengan perasaan tak tentu arah dia masuk ke dalam bilik makan berhawa dingin.
“Maaf, Nel. Tas lambat,” ucap Tasneem namun sebaik melihat pakaian Neldhia terus mulutnya beristighfar panjang.

Hari ini gadis itu cukup seksi. Dengan gaun kembang separas paha yang tidak berlengan tetapi ditutup dengan blazer.
Neldhia yang berpaling pantas senyum namun wajah itu nampak hambar.

“Tak apa. Dahlia dah inform tadi. Kasihan pula dekat Tas. Jauh tu COD. Banyak tempat pula tu kan.”
Tasneem beri senyum. Usap leher di luar tudung. Lega. Nasib baik Dahlia bagi alasan kukuh.

“Biasalah kerja macam ni,” ujar Tasneem lantas henyakkan punggung di sebelah Neldhia yang memandangnya dari atas sampai bawah.

“Cantik Tas hari ni. Pakai batik. Ini batik Kelantan ke Terengganu. Nel ada juga batik macam ni. Tapi kawan Terengganu yang bagi. Apa beza ya?”

Tangan Tasneem pantas usap paha. Merasai kain batik sutera lukis tangan yang ibu hadiahkan setelah dia lulus temuduga kerja. Bila dah namanya kain sutera, lepas tu lukis tangan pula tu memang mahallah harganya. Ibu sanggup ambil duit simpanan semata-mata nak hadiahkan batik ini. 300 ringgit sepasang amat mahal bagi mereka yang tidak kaya.

“Sama je Nel. Beza dekat bunga saja. Yang Tas pakai ni lukisan bunga telang. Bunga yang orang buat nasi kerabu tu.”

“Haahlah. Nampak sangat warna biru tu nak ke arah purple kan.” Neldhia sentuh kain dan tangannya terhenti pada lengan Tasneem.

Muka yang tunduk memandang sudah dialihkan. Ada riak sedih terpancar di wajah itu dan Tasneem mula menyedari.

“Nel ada nak kongsi apa-apa ke?” tanya Tasneem berhati-hati.
Neldhia lepaskan tangan. Kembali duduk dengan betul. Tangan pula diletakkan atas meja.

“Nel nak minta tolong Tas.”
Pantas Tasneem tunjuk wajah teruja dengan harapan Neldhia tidak akan kecewa.

“Kalau tak melibatkan Ku Han, Tas akan tolong.” Awal-awal lagi dia beri syarat dan tersembur tawa halus Neldhia.

“Abang tak ada. Tengah seronok dekat Turki. Bawa staf cemerlang dia berlibur kat sana.”

Terangkat kening Tasneem dengar nama negara tersebut. Dah lama pasang impian nak ke sana. Tapi tak tahulah bila dia akan sampai.

“Jauh tu.” Kepala terangguk-angguk. Patutlah tak ada pesanan mahupun panggilan. Orang tengah happy.

“Kalau nak pergi bercuti jauh-jauh macam tu kahwinlah dengan abang Nel.”
Hampir tersedak air liur sendiri dengan usul Neldhia. Memang tempah mautlah kahwin dengan orang kaya macam tu. Rasanya dia tak akan bahagia. Asyik kena tinggallah nanti. Dia pula mana boleh berenggang kalau dah sayang. Macam dia sayang abah. Kalau bukan sebab kerja rasanya dia akan melekat bawah ketiak abahnya 24 jam. Nasib baik kerja jauh.

“Nel janganlah buat lawak. Kan Tas dah cakap hari tu. Tas ni tak ada apa-apa yang istimewa. Janganlah buat Tas mengharap.”

“Pikatlah abang Nel sampai dia tunduk dekat Nel.”

Opppsss!
No way!
Ku Han bukan lelaki idamannya walaupun lelaki itu kacak. Lelaki itu tak ada dalam senarai matanya yang sedap dipandang. Lagi satu dia tak suka lelaki yang tengok anak dara orang macam nak telan masa hari pertama jumpa. Oh, tidak. Dia takut.

“Dahlah cakap pasal Ku Han. Kasihan dia. Kan tersedak pula,” kerat Tasneem. Tak mahu bincang pasal lelaki itu lagi. Dia hanya mahu tahu tujuan Neldhia nak jumpa dia. Rela tunggu berjam-jam pula tu.

“Okay. Kita makan dululah. Nel dah order makanan.”

Tasneem hembus nafas panjang. Ini kedai emak saudaranya. Rasa macam dia pula tetamu bila gadis itu melayannya bagaikan puteri.

Tiba-tiba dia teringat pesanan Zaim. Suruh layan Neldhia sebaik mungkin.
Dia cukup sedar gadis itu amat baik. Penampilan Neldhia langsung tak sama dengan sikap gadis itu. Baik hati dan mudah tersentuh. Dia mula rasa bersalah; bersalah kerana menyimpan rasa pada kekasih gadis itu.

Buang Tas. Buang lelaki itu jauh-jauh. Jangan ingat dia lagi.

“Nel, banyak sangat ni. Siapa nak habiskan,” soal Tasneem gusar sebaik saja Dahlia masuk menghidangkan makanan. Mungkin tiada pelanggan di luar sebab itulah sempat Dahlia mencelah masuk.

“Kitalah habiskan.” Dengan teruja Neldhia berkata. Tunjuk wajah ceria.

“Hari ni Nel nak makan banyak-banyak. Nel happy sebab Tas sudi jumpa Nel. Dah seminggu tak jumpa kan?”

“Tak jumpa pun tak apa. Kalau Nel mesej Tas akan balas walau sibuk macam mana sekalipun.”

Wajah Neldhia berubah. Keluarkan telefon dan tunjuk dekat Tasneem. Buntang mata Tasneem melihat skrin telefon yang retak seribu.

“Lah, kenapa boleh jadi macam ni.” Tasneem tarik lantas tilik sedih. Kalaulah ini telefon sendiri mesti dia akan menangis 24 jam. Mana nak cari duit beli yang baru. Gajinya tak sampai pun 3 ribu. Orang baru kerja. Kena kumpul duit dulu baru boleh ganti.

“Nantilah Nel beli yang baru. Sekarang ni biar dulu.”

Tasneem angguk. Letak semula telefon dan pandang Neldhia yang mula bangkit lalu membelakanginya seraya tanggalkan blazer separas pinggang berwarna merah jambu. Buntang mata Tasneem melihat belakang Neldhia yang terdedah. Ingatkan gaun itu tiada lengan. Rupanya berkemban terus. Neldhia sangkut blazer ke bahu kerusi dan pusingkan badan. Apabila gadis itu duduk matanya nampak tattoo hati yang berkembar di sebelah dada kiri Neldhia.

Matanya menilik lama. Tattoo yang terukir di dada itu seperti pernah dilihatnya. Kepala mula meneroka memori lama. Seorang gadis yang hanya memakai push up bra dan berskirt pendek paras paha menangis sambil memukul perut sendiri. Dia yang melihat segera menanggalkan sweater di badan dan membalut tubuh itu. Tak kira gadis itu islam atau tidak dia perlu menutupnya kerana dia malu melihat semua yang terdedah. Gadis berambut ala-ala Marylin Monroe itu menangis kuat lantas tenyeh gincu di bibir. Apabila gadis itu menyebut ampunkan aku barulah dia tahu gadis itu orang melayu.

Sungguh memori itu tak pernah dikambus. Tetap segar di dalam ingatannya walau sudah empat tahun di tinggalkan. Cuma tattoo di depan ini macam sudah dilaser tetapi tak hilang dan dia tak yakin. Apakah Neldhia gadis yang dia selamatkan dulu. Tak mungkin kerana waktu itu suasana cukup gelap. Dia hanya mengingati tattoo itu apabila cahaya lampu ambulan yang dihubungi tiba dan menyuluh tubuh gadis itu.
Apa khabar gadis itu sekarang. Dia harap gadis itu akan baik-baik saja.

Neldhia yang perasan dengan pandangan mata Tasneem berasa pelik. Lantas tekup dadanya. Bukan mahu menutup tetapi merasai kulitnya yang kasar akibat dilaser.

“Nel buat tattoo ni masa Nel sambung master. Ingatkan boleh buat rupanya haram. Itu yang nampak buruk sekarang sebab Nel dah laser. Nak buang. Tak sangka pula susah juga nak hilangkan.”
Tasneem angguk. Habis terbang segala memori yang sedang diteroka.

“Haah. Hukum buat tattoo haram bagi orang Islam. Tapi tak apalah. Dulu Nel tak tahu lagi kan? Bila dah tahu ni cuba cari cara nak hilangkan. Tapi kalau tak hilang pun tak ada masalah sebab itu kisah lalu. Yang kena hadap masa sekarang. Bagaimana Nel nak jadi orang Islam yang baik. Nak praktik yang Nel dah tahu."

Mata Neldhia mula berkaca-kaca.
“Bimbing Nel.”

Tasneem angguk mengeyakan. Ya. Dia sudah berjanji dengan Zaim jadi… dia akan sedaya upaya membantu.

Neldhia pula senyum gembira. Syukur mendapat sahabat baru yang sudi menerima kekurangannya.

“Tinggalkan yang tu dulu. Tas lapar pula tengok makanan ni. Sedapnya.”

Neldhia berikan senyuman. Hulurkan pinggan berisi nasi pada Tasneem.

“Hari Sabtu nanti Nel sekeluarga akan ke rumah Im. Nenek Im ajak makan-makan sambil berkenal-kenalan,” cerita Neldhia teruja. Tasneem yang baru sudukan kuah ke atas nasi tersentak.

“Tapi… luculah pula. Kita orang memang dah kenal pun. Parents Nel kawan baik papa Im. Tak pergi rumah dia pun tak apa sebenarnya kan?”

Tasneem telan liurnya payah. Cerita yang Neldhia kongsi rasa membakar telinganya. Namun dia surutkan api cemburu dengan berisitghfar.

“Kena selalu kenal Nel. Mungkin dengan cara macam tu ikatan makin erat.” Dalam hati yang sayu dia tetap memberi pandangan.

“Kan. Tapi kenal-kenal pun Nel tetap takut. Takut papa Im tak setuju.”
Tasneem tak faham. Mereka dah sama-sama setaraf. Kenapa pula orang tua itu tak akan setuju pula.

“Insya Allah, Dato’ akan lembut hati. Benda baik kena cepatkan.”

Neldhia angguk. Pandang mata Tasneem.
“Tas temankan Nel hari Sabtu nanti. Boleh kan?”

“Nak cari baju ke?”

“Bukan.”

Tasneem tak faham.
“Temakan Nel ke rumah Im."

“What!”
Dan… nasi yang baru ditelan tersembur keluar. Tak percaya. Dada pantas berdebar kuat.

Neldhia gelak besar. Lucu melihat telatah Tasneem.
“Laa… Nel yang ajak temankan kenapa Tas yang nak terkejut. Jangan berani nak tolak.”

Dan… kerongkongnya rasa luka berdarah. Ini ke pertolongan yang Neldhia pinta.

Oh, ini memang tolong sungguh ni. Tolong mati!

Banyaknya rahsia. Satu lagi. Apahal kena temankan plak. Sesuatu sangat ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience