BAB 53

Family Series 39843

Jam 8 pagi barulah Zaim sampai ke alamat yang diberikan Mak Usu Tini. Namun dia hampa. Tidak ada kereta yang diguna Tasneem di laman rumah.

Kosong.
Tiada penghuni. Hati berhempas kecewa. Duduk termenung di dalam kereta. Sesekali dia mendail nombor gadis itu. Masuk tapi tak berjawab. Nafas dihembus geram lantas mata terpandang jiran sebelah Tasneem. Melihat seorang pak cik keluar dari rumah sebelah dia segera lolos dari keretanya. Kebetulan pak cik itu keluar hendak membuang sampah.

“Maaf. Pak cik kenal Tasneem yang duduk rumah sebelah ni.”

Pakcik yang hanya memakai kain pelikat itu mengangguk.
“Kenapa tanya?” nampaknya orang tua itu berjaga-jaga.

“Saya Zaim. Suami dia. Datang nak jumpa dia.”

Pak cik tersebut kerutkan muka.
“Tasneem dah kawin ke. Tak ada pula dia cerita. Anak ni betul ke. Jangan macam-macam. Pak cik boleh buat report polis.”

Dengan pantas Zaim keluarkan kad nikah yang dia simpan dalam dompet. Sejak kejadian lepas dia simpan bahan bukti agar tak akan berlaku kejadian yang tak diingini lagi. Tunjuk kad tersebut kepada pak cik itu.

Pak cik itu terangguk-angguk.
“Ermhhhh….Dah hari ini hari kerja, dia pergi mengajarlah tu. Mana lagi.”

Zaim tersentak. “Mengajar?” Dia tak faham. Bukankah gadis itu pelayan kedai. Celah mana pula datangnya mengajar.

“Mengajar kat mana?"

Terus muka pakcik itu nampak bingung.
“Bini sendiri nak. Takkanlah tak tahu. Mengajar kat kolej matrik sana tu.” Pak cik tersebut tunjuk ke arah belakang Zaim. Terus wajah Zaim berubah. Dia pula yang bingung.

“Baik pergi cari dia kat sana.”

Dada Zaim berdebar-debar. Ucapkan terima kasih kepada pakcik tersebut lantas memandu ke Kolej Matrikulasi.

Bayangan Kayla tiba-tiba menjelma. Kalau betul Tasneem kerja kat kolej itu tentu Kayla dah cakap. Tapi Kayla diam saja. Dan tiba-tiba dia teringat perbualannya dengan Kayla dulu. Kayla cakap ada terserempak dengan Tasneem di kolej. Dan dia pula anggap gadis itu tukang cuci kat sana.

Hati penuh dengan teka teki. Lantas dia terus memandu sehingga tiba di hadapan bangunan pentadbiran. Berhenti dan tarik jaket yang ada di tempat duduk belakang. Dia langsung tak sentuh jaket tersebut sejak diberikan Neldhia. Hari ini dengan penuh persoalan dia tarik. Baca logo jabatan. Berpandukan papan tanda yang ada di setiap simpang jalan dia mencari jabatan matematik.

Hati berharap apa yang ada dalam kepalanya sekarang adalah benar. Dia berharap Tasneem tak akan mengelak. Paling penting Tasneem tak akan melenting. Dia nak minta bantuan Kayla namun dia tak mahu ganggu adiknya. Mungkin Kayla sedang berada di dalam kelas. Lalu dia parkir kereta dan menuju ke jabatan matematik dengan bertanyakan pelajar yang dia jumpa.

Sebaik tiba dia tarik nafas dalam-dalam. Tak sempat nak mengetuk seorang pensyarah dalam lingkungan usia pertengahan 40 an keluar.

“Nak jumpa siapa?” tanya pensyarah tersebut.

“Erk, Tas.”

Wanita itu kerutkan dahi.
“Tas! Tas yang mana? Kat sini ada dua orang lecturer pangkal nama sama. Satu Puan Tasriha. Satu lagi Cik Tasneem.”

Zaim ketap bibirnya seraya kerutkan dahi. Pensyarah! Tasneem kerja pensyarah. Lantas dia menggeleng sedikit. Mukanya berkerut tak percaya.

“Erk… saya nak jumpa Tasneem. Tasneem Salsabila.”

“Oh, Cik Tasneem rupanya. Ada kat dalam tu."

Zaim ketap bibirnya cuba mempercayai apa yang dia dengar.

"Saya nak jumpa. Cik Tasneem Salsabila binti Ahmad Waseem."

Pensyarah wanita itu kerutkan dahi.
"Betullah tu. Cik Tasneem, pensyarah sains komputer. Kenapa ya. Ada apa-apa urusan penting ke?”

Zaim hembus nafas lega. Memang tepat apa yang ada dalam kepala lantas dia cari idea. Belum sempat nak jawab pensyarah tersebut sambung kata.

“Bukan apa. Cik Tasneem demam. Tu… tengah tidur lepas makan ubat tadi.” Pensyarah tersebut buka pintu dan tunjuk Tasneem yang sedang mengiring sambil memeluk tubuh di atas sofa.

Zaim mengintai lantas mengangguk.
“Pukul berapa habis kerja?”

Pensyarah tersebut tengok Zaim pelik.
“Erk… saya ada hal keluarga nak bincang.”
Bila Zaim sebut begitu barulah wanita itu angguk faham.

“Dia masuk 7.30 tadi. Maknanya pukul 4.30 nanti dia thumbprint keluar.”
Zaim angguk lantas ucap terima kasih. Bergerak keluar dan dalam kepala atur rancangan.

Hati berbunga rasa yang sukar dipercaya. Selama ini dia mati-mati menganggap Tasneem tukang ambil order rupanya dia silap. Bibir lorekkan senyum dan dia sungguh tak sabar hendak berjumpa dengan gadis itu.

Yihaaaa... Akhirnya Zaim dah tahu.

Share this novel

Mythic 20 Ronaldojr7
2024-12-21 22:05:03 

haha ...padan uke zaim Tasneem dah merajuk

Noridawaty Zack
2024-12-21 11:56:36 

arghhh.....nk jd Tassssss!!!!!!! hihihikhh

Norzilawati
2024-12-20 23:42:53 

finally.. zaim dh tau sapa itu tasneem..


NovelPlus Premium

The best ads free experience