Tasneem menyorok di kaunter. Suka sangat dapat menangkap gambar lelaki yang disukainya tanpa diketahui tuan badan. Macam-macam telatah lelaki itu terakam di dalam galeri gambar miliknya. Balik ke rumah sewa nanti dia akan print dan masukkan dalam album gambar. Baru puas hati.
Dah selesai merakam gambar dia renung lelaki itu lama-lama. Suka melihat lelaki itu yang sedang makin sambil berbual-bual dengan lelaki di depan. Kalau boleh Tasneem mahu terus memandang. Tetapi apakan daya lelaki itu sudah bangkit lalu ke mari.
Kalut Tasneem berdiri dan mata mengekori susuk itu yang sudah berada di depannya. Dahlia di sebelah pantas berikan senyuman saat Zaim membayar harga makanan. Zaim pandang Tasneem pelik.
“Kau pelayan kat sini kan?”
Pantas Tasneem mengangguk. Dahlia pelik. Bila masa pula Tasneem kerja kat sini.
“Kenapa aku tengok kau macam tokey. Tak buat kerja pun. Melangut kat kaunter. Nampak tu. Ramai dah pelanggan yang masuk.”
Tasneem ketap bibirnya seraya picingkan mata. Dahlia di sebelah tergelak kecil. Padan muka!
“Kalau aku jadi tokey dah lama aku pecat kau.” Lagi Zaim menyambung kata sehingga Dahlia hamburkan tawa puas hati. Zaim pula kerutkan muka cuba menafsir tawa itu.
“Haah, pecat je orang macam ni. Santai macam tak ada kerja. Asyik nak menghendap je kerjanya,” balas Dahlia lucu lantas kerling Tasneem yang sudah mencuka.
“Saya tengah cuti tapi datang juga kat sini sebab bosan.” Tasneem menjawab. Betullah dia cuti hari minggu. Pastinya dia tak akan biarkan Dahlia malukam dia begitu saja.
Zaim menggeleng lucu lantas herotkan bibir. Lantas berpaling mahu berlalu namun kembali pusingkan badan. Pandang Tasneem lama sehingga Tasneem rasa malu. Namun sempat juga buat muka manja macam kucing.
“Kau jangan perasan. Kau ingat aku terpikat dengan kau ke?”
Terus muka Tasneem berubah warna. Pandang Dahlia yang buat muka puas hati. Puas hati bila Tasneem dimalukan lelaki itu.
“Kalau kau nak menggoda baik kau goda kawan aku tu. Dia single lagi.”
Zaim sengaja mengusik. Lagipun bukan dia tak tahu. Cara gadis itu memandangnya macam orang tengah mabuk cinta. Tetapi di tak akan terpikat dengan gadis itu. Dia dah ada Neldhia.
“Encik ada nak pesan apa-apa ke?” Tasneem bertanya dengan harapan lelaki itu tak akan cakap yang bukan-bukan lagi. Nak suruh pikat lelaki yang tengah ralit dengan telefon kat meja tu konon. Sorry lah. Dia dah terlampau crush dekat tuan badan di depan ni. Tak ada maknanya nak goda orang lain.
“Tak ada tapi aku nak tanya. Kau kenal tak orang yang boleh kemas rumah?” tanya Zaim kepada Tasneem. Terus kening Tasneem terangkat. Pandang Dahlia. Bertanyakan kawan baiknya itu.
“Tak kenal, encik.” Dahlia tolong menjawab.
Zaim pantas mengangguk. Namun mata tak lepas memandang Tasneem hingga Tasneem rasa pelik. Takkan lelaki itu nak tarik balik kata-kata tadi. Ah, tentu Encik Zaim dah terpikat dengannya. Terus terbayang lelaki itu hulurkan bunga dan melutut di depannya.
Klik!
Bunyi jari dipetik mengejutkan Tasneem. Pantas dia kelipkan mata dua tiga kali.
“Kau cakap kau cuti kan?” soal Zaim mengesahkan dan matanya tak lepas memandang wajah Tasneem.
Tasneem angguk mengeyakan.
“Aku bayar kau hari ni. Kau tolong kemas rumah aku.”
Dan... dada Tasneem terus kembang mekar. Luas padang golf Mahkota Country Club di Kuantan ini luas lagi hatinya tadahkan.
“Boleh. Tapi… saya caj mahal.” sengaja Tasneem berlawak.
Zaim herotkan senyum. Dia tahu gadis itu bergurau. Tapi kalau kena bayar mahal pun dia tak kisah. Bukannya dia tak ada duit. Dia boleh bayar lebih daripada itu.
“Aku bayar. Tapi kalau aku balik nanti tak seperti yang aku nak aku tak akan bayar kau.”
Tasneem tak kisah pun. Janji dia boleh meneroka rumah crush dengan senang hati.
“Ini kunci rumah.” Zaim letakkan kunci ke atas kaunter. “Lepas siap kau tinggalkan saja kunci tu kat kaunter dapur. Tak perlu kunci sebab dia auto lock bila kau keluar,” arah Zaim dan Tasneem mengangguk teruja.
“Bagi nombor telefon. Aku nak hantar lokasi rumah.”
Bulat mata Tasneem memandang Dahlia. Lantas tekup mulut tak percaya kerana tuahnya datang bergolek. Dahlia pula julingkan mata ke atas. Menyampah dengan perangai Tasneem.
“Cepatlah. Aku banyak kerja lagi nak buat. Bukan macam kau. Melangut je yang kau tahu.”
Tasneem tak kisah dengan kata-kata lelaki itu. Satu demi satu dia sebutkan nombor telefonnya. Biar lelaki itu tak salah simpan. Mata pula sempat kerling Dahlia yang mencebik tunjuk menyampah. Sesaat saja notifikasi whatsapp berbunyi tanda ada pesanan masuk.
Tasneem tarik kunci di atas kaunter lalu hantar lelaki itu sehingga hilang dari pandangan. Hati berbunga rasa yang sukar dipercayai. Peluang untuk dekat dengan lelaki itu semakin terbuka luas. Sungguh, dia dah jatuh jauh ke dalam gaung hati lelaki itu.
Yes! Yes! Yes!
Oh, Tuhan! Aku suka dia
Okay. Peluang dah sampai. Caiyyuk! Hwaitjing!
Share this novel