Usai makan malam, masing-masing ke ruang keluarga. Waei dengan Wafi menonton perlawanan bola sepak. Widya pula sambung kembali membaca buku cerita. Ibu mereka pula masuk menjaga abah mereka. Hanya Tasneem yang berada di dapur. Menyiapkan tugas di situ.
Zaim tak mahu mengganggu Tasneem lantas menjenguk abah mentuanya di dalam bilik.
“Abah dah baik ke?” tanya Zaim lantas duduk di sebelah orang tua itu.
“Alhamdulillah, rasa macam dah nak kebah. Cuma tubuh jelah. Lenguh lumpuh lagi.” Haji Borhan cuba menyandar dan Zaim segera menolong. Betulkan kedudukan lelaki itu.
“Kalau abah rasa tak okay lagi esok Im bawa pergi klinik,” tawar Zaim dan Nadiah pandang dengan hati yang sejuk. Sejuk melihat sikap menantunya. Malah ada budi yang ingin ditabur. Tak sangka pula sikap lelaki itu lain benar. Masa pertama kali mereka bertemu muka lelaki itu nampak sombong dan angkuh. Tetapi kali ini benar-benar baik.
“Terima kasih, Im. Ibu dah bawa pergi klinik. Mungkin antobiotik tak habis lagi itu yang demam pun lambat sangat nak surutnya.” Nadia mencelah.
Zaim pun mengangguk faham.
“Esok nak bertolak balik pukul berapa?” tanya Nadiah sambil melipat beberapa helai kain suaminya.
“Lepas asar ibu. Kalau sampai awal boleh Tas rehat dulu. Pagi tu nak pergi kerja pula. Lagipun Tas tu pun baru baik dari demam ibu.”
Bulat mata Nadiah mendengar cerita menantunya.
“Demam. Tak tahu pun!”
Zaim angguk.
“Haah bu, mungkin dia tak nak susahkan hati ibu itu ya g dia tak cakap ngan ibu.”
Nadiah hembus nafas kesal.
“Patutlah masa sampai petang tadi muka dia monyok je. Ibu ingat dia merajuk sebab balik sorang-sorang. Rupanya baru baik demam. Tapi, bila Im dah sampai muka anak ibu tu baru nampak lain. Dah nampak manjanya tu.”
“Manja?” Zaim terkesima. Lantas hati mahu mengorek rahsia. “Manja macam mana bu?” soal Zaim ingin tahu.
“Neem tu nampak je macam kuat, Im. Tak kuat pun. Manja adalah. Lama-lama nanti Im tahulah perangai dia macam mana.”
Baru saja menyebut tentang perangai Tasneem terus terdengar jeritan gadis itu dari dapur. Semua orang terkejut lantas segera keluar hendak mendapatkan Tasneem. Tak sangka isterinya itu sudah meluru dengan muka pucat. Kelam kabut pula memegang tangannya.
“Kenapa?” soal Zaim bimbang.
“Lipas,” beritahu Tasneem dengan tangan yang menggigil. Tangan yang masih basah kerana membasuh pinggan masih melekat di lengan Zaim. Sejuk terasa tetapi hati Zaim yang berdebar takut tadi terus rasa nak tergelak.
Lipas je kut!
Adik-adiknya yang menyerbu Tasneem pantas luahkan gelak setelah mengetahui sebab apa Tasneem berlari macam nampak hantu.
“Kakak macam tulah. Semua benda takut.” Widya yang duduk jauh berbunyi dan yang lain mengeyakan.
“Kan. semua benda takut.” Wafi menyambung kata lantas diakui Waei.
Tasneem yang mendengar kutukan adiknya segera jatuhkan tangan. Masuk ke dalam bilik bawa muka merajuk. Saat itu jam sudah 9.30 malam dan dia terus masuk mandi. Zaim yang baru nak menemani terus terdiam sebaik mendengar pancuran air hujan dari bilik air. Lalu dia keluar semula dan dapatkan adik-adik Tasneem yang sambung menonton perlawanan bola sepak.
Sedang asyik menonton, kedengaran suara kucing mengiau manja di luar rumah.
“Eh, kucing siapa pula tu. Kat rumah kita mana ada kucing.” Nadiah keluar dari bilik dengan muka risau lantas ke muka pintu. Wafi yang tengah duduk terus berlari mendahului.
“Wafi bawa balik petang tadi ibu. Kasihan tengok kucing tu tak makan apa-apa. Wafi dah letak bawah rumah. Dah bagi makan,” ujar Wafi jujur lantas buka pintu dan kelihatan kucing bertompok putih coklat sedang mengiau di depan pintu.
“Isk, wafi ni!” Nadiah ketap bibirnya. Pandang Zaim yang turut menghampiri. Wafi pula berlari masuk ke dalam bilik mengambil tuala kecil.
“Dia sejuk kut ibu,” ujar Wafi lantas membalut tubuh kucing itu.
Nadiah pantas menggeleng kesal. Pandang ke arah bilik Tasneem.
“Bukan ibu tak bagi bawa balik tapi kakak kan tak boleh dengan kucing. Ibu dah pesan awal-awal. Jangan sampai kakak kamu pengsan.”
Zaim tersentak.
Pengsan!
Terus pandang ibu mentuanya. Kepala pun teringat peristiwa lalu. Teringat yang Tasneem meluru balik apabila Cookie asyik melingkari kaki gadis itu. Tapi tak sangka pula gadis itu amat takutkan kucing. Tapi Takkanlah sebab takut kucing sampai boleh bawa pengsan.
“Dah. Letak kat luar. Entah bersih entah tidak,” bebel Nadiah dan muka Wafi terus monyok.
“Wid dah mandi kan bu. Lepas Wafi bawa balik Wid tak biarkan macam tu je. Tapi kan bu. Kucing tu cantik sangat. Macam kucing bela. Bulu dia tu lembut sangat. Lepas tu kan bu. Kucing tu tak ‘melepas’ merata-rata.”
Zaim yang mendengarnya terus mendekati Wafi.
“Biar Abang Im tengok,” pinta Zaim dan Wafi segera serahkan kucing tersebut lantas menilik setiap inci tubuh haiwan itu.
“Eh, ni orang punya ni Wafi,” beritahu Zaim apabila melihat telinga kiri kucing itu bertindik. “Esok, Wafi hantar balik dekat tempat Wafi ambil. Kat mana Wafi jumpa?” soal Zaim serius.
Muka Wafi pula berubah sedih.
“Dekat padang bola.”
Zaim tilik lagi.
“Ada kotak?” soalnya dan Wafi angguk. “Alas dengan kain dan bawa ke sini. Biar dia tidur kat luar dulu malam ni. Esok hantar semula dekat tuan dia,” arah Zaim dan Wafi mengangguk lantas segera berlari ke dapur mendapatkan kotak. Buat apa yang abang iparnya suruh buat kemudian muncul semula dengan kotak di tangan.
“Jangan bawa masuk rumah,” arah Zaim setelah meletakkan kucing ke dalam kotak.
Tinggalkan Wafi serta Widya yang rajin menguruskan kucing tersebut. Dia pula ke bilik. Ketika itu jam sudah 10.30 malam. Masuk saja ke dalam dia lihat Tasneem sedang menyalin sarung bantal dan selimut.
“Nak pergi mana?” soal Zaim lantas tangkap tangan Tasneem yang mahu berlalu.
“Nak basuh cadar. Esok nanti bangun jemur je,” jawab Tasneem lantas bawa cadar dan sarung bantal ke dapur. Masukkan dalam mesin dan biarkan mesin yang buat kerja. Dia tak masuk bilik sebaliknya melangkah hendak menyertai adik-adik. Rasa tak selesa apabila Zaim ada sama. Namun tak jadi nak mendekat apabila suara kucing menyentuh gegendang telinga.
“Sejak bila rumah kita ada kucing?” soal Tasneem seriau. Pandang Waei yang masih menonton. Hati mula bimbang. Waei hanya jongket bahu dan tubuh Tasneem makin seriau. Apatah lagi suara haiwan itu serasa kedengaran makin kuat. Serasa dekat dengannya. Apabila dia berpaling Wafi tersengih di belakang sambil mendukung kucing yang entah dari mana. Terus dia menjerit kuat dan berlari masuk ke dalam bilik.
Zaim yang baru nak tahu kenapa Tasneem terkejut tak sempat nak keluar. Tasneem lebih dulu meluru lalu memeluk lengannya. Tubuh itu menggigil takut. Tak sangka Wafi muncul di muka pintu bilik dan sengaja menayang-nayang kucing yang dipeluknya.
“Kak, kucing je kut. Bukan harimau.” Wafi julingkan mata ke atas dan entah macam mana kucing tersebut terjun dari tangan Wafi lantas meluru ke arah Tasneem. Terus kakaknya itu bertempik kuat seraya menggenggam lengan Zaim dan terus menangis. Zaim pantas menarik Tasneem rapat ke dada lantas memeluk erat. Cuba meredakan ketakutan Tasneem.
“Calm down. Wafi dah ambil,” pujuk Zaim lantas mengekori tubuh Wafi yang berjaya menangkap kucing tersebut lantas bawa keluar.
Nadiah yang melihat di muka pintu cekak pinggang. Geram dengan perangai Wafi. Sudah tahu kakaknya takut dengan kucing itulah yang nak dibuatnya. Dengan muka geram beredar dapatkan Wafi.
Zaim di dalam pula cuba meredakan ketakutan Tasneem. Dalam masa yang sama dada berdebar tak tentu hala. Pertama kali memeluk gadis itu ada rasa yang buat dia makin ingin dekat dengan gadis itu. Dia rasa mahu terus melindungi.
“Dah. Jangan takut!” pujuk Zaim namun Tasneem tak mengendah.
Nadiah muncul kembali lantas mendekati.
“Neem tu ada sejarah hitam dengan kucing. Im tengoklah kaki dengan paha dia. Bukti yang dia fobia dengan kucing.”
Buntang mata Zaim mendengar kata-kata ibu mentuanya. Segan pun ada. Namun sebaik wanita itu menghilang dia panggung kepala Tasneem. Air mata yang meluruh di pipi Tasneem dia sapu lembut.
"Aku nak masuk bilik air," ujar Zaim lantas leraikan pelukan namun Tasneem cepat-cepat pegang tangannya.
“Jangan!" halangan Tasneem dan dahi Zaim berkerut tak faham.
“Why?” soal Zaim sengaja.
Tasneem pandang keliling. “Takut kucing tu datang lagi.”
Dan… Zaim herotkan senyum. Luas padang bola luas lagi hati dia tadahkan.
“Okay. Pergi baring dulu. Kejap lagi aku keluar balik. Bukan kau nak tidur dalam tu.”
Tasneem menggeleng. Tangan pula masih tak lepaskan lengan Zaim. Dia masih tak percaya kucing sudah tiada. Zaim geram lantas tak teragak-agak terus memcempung Tasneem dan dudukkan ke atas katil.
“Dah, tidur!” arahnya keras. Sengaja hendak buat Tasneem berapi namun muka itu macam nak menangis.
Dia sengaja tinggalkan Tasneem. Segera ke bilik air. Apabila keluar dia lihat Tasneem memeluk lutut di atas katil. Pantas dia labuhkan punggung. Duduk membelakangi Tasneem.
“Akhirnya kau yang tak nak aku tinggalkan kau.”
Kelip-kelip Tasneem panggung kepala. Pandang Zaim yang mula membetulkan kedudukan. Menghadapnya. Terus dia baring mengiring. Membelakangi lelaki itu. Baru sedar dia sudah terlajak menzahirkan sikapnya.
“Kau dengan suami kau sekarang. Berdosa kau beri belakang,” ujar Zaim lantas baring dan menghadap Tasneem.
Tasneem pula ketap bibirnya. Tak tahu nak mula dari mana. Rasa takut tadi sudah hilang berganti malu dan segan. Amat segan hendak menghadap lelaki itu. Kalau dulu dia selalu berharap lelaki itu akan sentiasa ada di sebelahnya. Sekarang dia rasa pelik. Rasa macam berdosa pula tidur di sebelah lelaki. Walhal tubuh itu adalah suaminya.
Lantas perlahan-lahan dia berpaling.
“Thank you!” ucap Zaim. Renung wajah Tasneem dan tiba-tiba singgahkan bibir ke dahi itu.
“To be honest, this is my very first time. Sleep next to a girl.”
Dan… wajah Tasneem membahang merah. Pandang ke anak mata Zaim. Tak lama dilarikan namun Zaim angkat kepalanya. Julurkan lengan. Membiarkan Tasneem tidur berbantalkan lenagnnya.
Saat itu dada Tasneem berdebar tak tentu arah. Pejamkan mata. Serasa cukup malu. Dalam keadaan tak terduga Zaim paut dagunya. Kemudian sentuh bibir Tasneem.
“Kau jangan bimbang. Yang ini… aku tak akan mulakan. Kalau aku terdesak sekalipun aku tak akan mulakan kalau kau tak izinkan.”
Dan mata Tasneem berkaca-kaca menahan rasa. Pejamkan mata entah selama mana. Apabila dicelikkan dia lihat mata Zaim sudah terpejam. Terus dia sentuh dada lelaki itu. Ada debaran kuat menunjal-nunjal dada itu. Hati pun berlayar sayu. Pantaskah dia membenci apabila lelaki itu sudah menzahirkan sisi baik itu.
Hati tak mampu menipu. Ada rasa sukar dibuang dan dia berjanji akan cuba menerima semuanya dengan reda.
***
Tasneem sudah terlena.
Lama juga masa yang diambil gadis itu untuk benar-benar pejamkan mata hingga Zaim rasa serba tak kena.
Dia sendiri tak mampu surutkan debaran di dada. Sedari menghadap muka itu sudah berpuluh kali menelan air liur sendiri. Orang yang halal sudah di depan mata. Tak mungkin dia hendak melihat saja.
Tetapi dia sudah berjanji. Dia tak mahu kebencian Tasneem makin menebak lantas dia keraskan semangat.
Apabila Tasneem sudah benar-benar lena dia bangkit. Duduk juntaikan kaki ke bawah. Dalam kepala berkira-kira. Perlukan dia lihat apa yang ibu beritahu. Tetapi kalau dia tan lihat dia tak akan tahu trauma yang gadis itu alami.
Lantas dia berpaling. Duduk menghadap Tasneem. Pandang tubuh Tasneem yang berbalut baju t shirt dan kain batik. Dengan tangan yang terketar-ketar dia selak kain batik sehingga ke paha.
Air liur ditelan. Bukan sebab melihat keindahan di depan mata tetapi simpati dengan parut sepanjang dua hingga tiga inci melekat di betis dan paha. Juga ada kesan gigitan dalam di bawah lutut. Seperti gigitan gigi haiwan. Lalu dia meneka itu gigitan kucing.
Dia simpati dan saat itu hati berjanji akan menyayangi sepenuh hati.
Share this novel