BAB 31

Family Series 39843

“No, Nel. No!” Rafael resah di atas kerusi. Neldhia pun sama. Nampak gelisah menunggu persetujuannya. Sebaik Jazmin berlalu keluar dan Zaim melangkah ke bilik air Neldhia ambil peluang berbincang dengan Rafael.

“Kau kena tolong aku. Kau kawan aku. Kita dah kawan lama. Lagipun kau tahu aku cinta mati Zaim.”

Rafael menekur ke bawah. Hembus nafas kesal. Dia pun cinta mati Neldhia. Tidakkah gadis itu sedar. Sedari dulu lagi dia menyimpan cinta. Namun dia tak sanggup merosakkan Zaim hanya kerana ingin memenuhi impian Neldhia. Dia cukup sedar rancangan gila Neldhia ini akan mengundang bala yang besar. Kesannya pula akan merosakkan hubungan di antara dua buah keluarga.
“Nel, tak perlu kahwin dengan Zaim. Aku ada. Aku boleh jadi suami kau bila-bila masa dan aku boleh berikan lebih dari itu.”

Neldhia berikan senyum sinis.
“Kau tak kenal aku, Raf. Kalau kau kenal aku tentu awal-awal lagi kau dah lari.”
Rafael memandang pelik. Dia tak kenal Neldhia? Apa yang gadis itu merepek. Dah lama dia kenal Neldhia. Dia tahu baik buruk gadis itu.

“Aku tak macam yang kau fikir, Raf. Aku bukan perempuan baik. Aku banyak buat salah.”

Rafael kerutkan muka. Salah apa yang gadis itu buat dan kenapa Zaim saja yang boleh jadi suami gadis itu.

“Setiap orang ada salah masing-masing. Aku sanggup tolong kau jadi pak sanggup. Kau mengandung bukan? Sebab tu kau nak kahwin dengan Zaim.”

Tekaan Rafael mengundang debaran maha besar dalam dada Neldhia.
“Aku tak mengandung,” balas Neldhia namun bola matanya bergerak-gerak. Rafael sunggingkan senyum sinis. Hendak menipu tetapi tak pandai tetapi Rafael tak kisah.

“Habis tu apa yang sebenarya dah jadi?”
Neldhia terdiam. Tak mampu nak jawab.

“Walau apa saja yang berlaku kau tetap kena tolong aku. Aku kena nikah juga dengan Zaim.”

Dengan geram Rafael genggam penumbuk. Perangai keras kepala Neldhia sudah muncul. Kalau Neldhia hendak bermain dengan api dia juga perlu menggunakan api untuk membuat rancangan Neldhia terbantut.

“Baik. Aku akan tolong kau.” Akhirnya Rafael berikan keputusan. Namun, dalam kepalanya dia susun rancangan sendiri. Pandang mata Neldhia yang dialihkan pada susuk Zaim yang telah muncul dari bilik air.

“Jom, Nel. Raf. Kita makan dulu,” ajak Zaim lantas labuhkan punggung di sebelah Neldhia. Makanan yang tidak diinginkan Jazmin diberikan kepada Neldhia.

“You tahu kan, hujung minggu nanti kompeni ayah I buat majlis gala hujung tahun. You ingat tu. You kena temankan I,” pesan Neldhia manja. Sikap yang satu itu tak pernah beubah.

Zaim angguk.
“Of course dear. Dah cari baju?” tanya Zaim mengingatkan.

“Dah,” jawab Neldhia berdebar-debar. Pandang Rafael yang berikan renungan tajam. Hati berharap sangat lelaki itu tidak akan bocorkan rahsia.

***

Usai makan tengah hari di bilik Zaim, Rafael minta diri hendak ke biliknya. Namun dia melencong ke arah pantri sebaik melihat kelibat Jazmin. Lantas dikejarnya gadis itu yang sudah melepasi pintu masuk ke pantri.

Lengan itu ditarik cepat.
“Kau nak Zaim kan?” soal Rafael tiba-tiba. Jazmin berpaling. Tunjuk muka kecewa. Kecewa dengan kedatangan Neldhia yang muncul dengan penampilan baru. Tentu-tentu saja Zaim akan makin menyayangi Neldhia.

“Siapalah aku ni, Raf. Aku pikat pun tak jalan. Nak tunggu dia jatuh cinta dengan aku? Sampai aku mati pun tak jalan rasanya.

“Jadi, kau dengar cakap aku.”
Kening Jazmin bertaut. Apa yang Rafael nak buat ni.

“Aku tolong kau dapatkan Zaim macam yang kau suruh aku tolong dulu.”
Bulat mata Jazmin tak percaya. Tak percaya dengan sikap Rafael yang tiba-tiba berubah.

“Kau nak buat apa?” soal Jazmin tak yakin.

“Aku nak kau ikut saja arahan aku.”

“Apa dia?”

Dada Jazmin mula berdebar-debar.

“First, aku nak kau pastikan dia tak hadir ke majlis syarikat ayah Neldia anjurkan hujung minggu nanti. Kau buatlah apa-apa pun. Janji dia tak dapat temankan Neldhia ke majlis nanti,” pesan Rafael lantas keluar hendak ke bilik Zaim semula untuk meneruskan tugas yang belum selesai.

Jazmin di pantri terkial-kial mencari cara. Hati tak yakin akan berhasil namun kepala menyuruh lakukan. Dia mahukan Zaim jadi dia kena buat sampai berhasil.
Ya. dia kena teruskan.

***

Azan isyak berkumandang dan ketika itulah Zaim keluar dari bangunan ZakBina. Sewaktu memasukkan barang ke dalam kereta mata melihat kelibat Tasneem yang melangkah ke kereta. Gadis itu hidupkan enjin kemudian bersalam dengan pemilik restoran.
Kaki Zaim tak mampu kekal di situ. Pantas saja melangkah mendekati Tasneem.

“Nak pergi mana?” sapa Zaim pelik. Pekerja bersalam dengan majikan. Takkan habis kerja nak kena salam dengan majikan.

“Tasneem nak balik kampung.” Mak Usu Tini tolong membalas pertanyaan Zaim. Lantas Zaim memandang pelik sekali lagi.

“Kau cuti ke?”
Tasneem angguk ceria.

“Haah. Balik jenguk ibu dengan abah.”
Lantas Zaim terangguk-angguk.

“Aku baru nak suruh kau masak lunch untuk aku esok.”

Pantas saja wajah Tasneem menyebu merah dan Mak Usu Tini perasan dengan perubahan riak wajah Tasneem.

“Apa susahnya. Mak usu kan ada. Encik Zaim nak makan apa. Order je esok.”

Zaim senyum.
“Lia cakap Tas terror masak masakan siam.”

Aduh, Lia pun. Kau buat malu aku je lah. Pandai ya kau jual aku dekat Zaim. Tahulah aku pandai masak tapi janganlah buat aku ssegan macam ni.

Eh, tiber!
Jual diri. Mangkuk hayun betul si Tasneem ni.

“Lain kali ya encik. Saya nak gerak dah. Kalau lewat nanti sampai tengah malam.”
Tasneem minta diri. Baru saja masuk ke dalam perut kerete Zaim menghampiri dan pegang pintu.

“Balik mana ni?” Zaim mahu tahu.

“Pasir Mas.”
Bulat mata Zaim memandang. Serasa tembus muka Tasneem.

“Kenapa tengok saya macam tu?"
Sungguh Tasneem tak selesa. Pertama kali Zaim Muazzam pandang dirinya begitu. Terus cintanya makin menyala-nyala.

“Erk, thanks sebab belikan cookies yang aku minta.”

Tasneem terangguk-angguk. Segan apabila Zaim masih memegang bingkai pintu. Masing-masing beradu pandang seketika. Apabila Mak Usu Tini berdehem barulah kedua-duanya tersedar dari lamunan.

“Safe drive,” pesan Zaim lantas mengundur ke belakang. Segan apabila wajah pemilik restoran itu tersenyum ria.

Tasneem pula sentuh dadanya. Ada debar gila menunjal di dalam dada. Memang cari nahas betul. Dan… dia pun memandu pulang sebaik saja Mak Usu Tini tolong tutupkan pintu.

Ah, nasib Zaim muncul. Kurang-kurangnya jadi ubat untuk hilangkan kantuknya. Tasneem lorekkan senyum. Rasa bahagia menemani perjalanannya.

????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience