Bab 30

Romance Series 185331

"Tahniah , cik bella disahkan mengandung ."

Bagaikan ada batu yang menghempap dada bella . Terkejut bukan kepalang , sungguh bella tidak percaya setiap butir ayat yang keluar dari mulut doktor hannah .

"Saya mengandung ?" kelopak mata bella sudah kemerahan , dipandang wajah doktor hannah .

"Ya , dah dua minggu . Saya sebenarnya confuse dengan title cik bella . Saya ingatkan cik bella belum kahwin , yelah nampak muda lagi . Tapi bila tahu yang cik bella dah mengandung rupanya cik bella dah kahwin , saya mintak maaf puan bella ." doktor hannah menunduk kepala sedikit .

Nafas bella menjadi ketar , tubuhnya jugak semakin lemah dan tak mampu untuk menentang anak mata doktor hannah .

"Puan bella ? Puan okay ke ?" doktor hannah bertanya hati-hati .

"Err tak apa lah kalau macam tu saya mintak diri dulu ." pamit doktor hannah setelah melihat bella sekadar mendiamkan diri . Sempat doktor hannah menunduk hormat kepada farhan . Farhan senyum nipis .

Hilang sahaja kelibat doktor hannah , farhan menoleh memandang bella di atas katil . Jelas wajah bella berubah ketakutan .

"You mengandung ? Anak i kan ?" tebak farhan tanpa ragu-ragu . Dia jugak terkejut dengan berita ini , tak sangka yang bella sakit hanya disebabkan mengandungkan anaknya .

Bella perlahan-lahan kalih wajah ke arah farhan dengan pandangan tajam . Kolam mata sudah memenuhi seluruh bulatan biji matanya .

"Tak , i tak mengandung ! Doktor tu penipu !" bidas bella menidakkan kebenaran . Wajahnya berubah bengis dan merasa ketakutan yang melanda dirinya .

"Bella , you lupa ke yang kita pernah -"

"Shut up ! You keluar dari bilik i sekarang . I tak nak tengok muka you dekat sini . Keluar !" tangisan bella semakin bertambah , dirinya menjadi agresif . Sungguh dia tidak sangka yang dia disahkan mengandung empat minggu . Jadi selama yang aku pening-pening dan muntah-muntah tu , aku mengandung lah ?

"Bella , i akan bertanggungjawab . Kita kahwin okay ?" farhan tidak mempedulikan arahan bella , malah dia bersedia untuk menghadapi masalah yang dilanda bella . Memang dia akan bertanggungjawab lah , lagipun dia yang timbulkan masalah ni . Takkan dia nak lepaskan bella sorang diri ?

Bella gelak sinis .

"Kahwin ? I tak cintakan you . I cintakan ariel , lagipun you yang sentuh i , you yang rosakkan maruah i . So you tak berhak nak tanggungjawab ke atas i . Sebesar kuman pun i tak ada perasaan cinta dekat you . So please get out !" satu jerkahan kuat yang keluar dari mulut bella menyentakkan tubuh farhan .

Dia meronta-ronta di atas katil hospital , habis selimut dan bantal di lempar ke arah farhan . Tangisannya jugak kuat dan mampu bergema di seluruh biliknya .

Farhan tergamam , langsung tidak kisah apa yang dibaling oleh bella . Dia jugak menitiskan airmata berharap bella simpati atasnya . Dia betul-betul ikhlas mahu memperisterikan bella , lagipun dia cintakan gadis ini .

"You memang tak faham bahasa ke ?! I cakap keluar , keluar lah !" semakin meninggi bella mengeluarkan suaranya . Dia betul-betul benci dan menyampah tengok farhan di sini . Dia ingat muka kesian dia tu dapat lembutkan hati aku ?

"Okay i keluar . Tapi i takkan lepaskan you . Ingat , anak dalam perut you tu anak i ." tutur farhan sebelum dia melangkah keluar dari bilik bella .

Hilang sahaja kelibat farhan , bella mengamuk . Sekarang ni dia betul-betul buntu dengan kehidupan dia yang sekarang . Dia tak tak tahu apa yang patut dia lakukan . Dia mengandung ! Memang gelisah lah jadinya . Sudah lah kedua ibu-bapanya tak tahu langsung tentang perkara ni .

"Arghhhhhh !!!!" bella menjerit sekuat hati sambil tertunduk hiba . Dia mencengkam cadar tilam dengan sekuat tenaga . Apa yang patut aku buat sekarang ?

******

Ariel melangkah masuk ke dalam perut rumah seraya menghela nafas lega . Selesai sahaja di office dia terus pulang ke rumah . Penat lelah masih menyelubungi dirinya . Entah kenapa hari ni banyak masalah yang menimbun dalam dirinya .

Blazer dan briefcase dilempar atas kusyen sofa seraya dia menghenyak punggung . Badan disandar pada kepala kerusi sambil mendongakkan kepala ke atas . Mata dipejam erat .

Tak lama tu , mata dibuka semula . Terasa rumah ni sunyi pulak ? Mana pergi raihana ? Tubuh kembali menegak sambil mata meliar mencari susuk tubuh isterinya .

"Takkan tak balik dari butik lagi ? Dah pukul lima setengah kut ?" gumam ariel seraya mengerling sekilas ke arah jam ditangannya . Tanpa aba-aba , ariel angkat punggung dan menghampiri anak tangga dengan perlahan-lahan .

Lantai tangga yang ke atas dipijak , terus ariel mendekati bilik raihana . Daun pintu dipandang lama sebelum diketuk perlahan .

"Rai , awak ada dekat dalam ke ?" perlahan suara ariel bertanya . Namun pertanyaannya dibiar sepi , seolah-olah tidak ada orang berada di dalam bilik tersebut .

Ariel kerutkan dahi .

"Aik ? Diam je ? Mandi ke ?" soalan ariel menambahkan rasa peliknya . Lama jugak dia untuk berkira-kira masuk ke dalam bilik raihana . Tapi apa mahu segan ? Raihana kan isteri aku .

Tanpa sebarang masalah , ariel membuka daun pintu bilik raihana seraya melangkah masuk . Bagaikan angin-angin yang menyapa dirinya , sungguh memang raihana tak ada dalam biliknya .

"Mana pulak si gemok tu pergi ?" gumam ariel geram . Wajahnya berubah keruh , tapak kaki menghampiri bilik mandi raihana . Tanpa rasa takut , ariel membuka pintu bilik mandi .

Wajahnya bertambah keruh lagi , memang sungguh raihana tak ada dalam rumahnya . Ish ! Keluar pergi lain tak bagitahu aku . Memang sengaja nak bagi aku marah .

Dia kembali keluar dari kamar raihana , terus kaki melangkah masuk ke dalam biliknya . Punggung dijatuh pada tirai katil seraya mengambil telefon bimbitnya di dalam kocek . Nombor telefon isterinya ditekan , lalu diletak pada gegendang telinganya .

Dalam lima saat menunggu raihana mengangkat , panggilan mula bersambung .

"Hello , ye apa dia ?"

"Awak pergi mana ? Boleh tak kalau nak pergi mana-mana tu bagitahu saya dulu . Suka buat saya risau kan ?" ariel merengus perlahan . Sudah berapa kali dia berpesan pada raihana , kalau nak pergi mana-mana mintak izin dia dulu .

"Saya pergi rumah mama lah . Takkan itu pun tak boleh ?" raihana menjawab sambil menjurus ke arah ruang tamu .

"Rumah mama ? Rumah mama mana satu ni ?"

"Mama saya . Dah lama saya tak jumpa dia , rindu lah . Takkan lah dua puluh empat jam saya nak tatap muka awak ." balas raihana seraya menghenyak punggung di atas permukaan kerusi empuk .

"Okay , bye ."

Talian dimatikan dengan begitu sahaja . Terus ariel baringkan tubuhnya di atas tilam dengan hembuskan nafas lega . Dia ingatkan raihana melencong ke tempat lain , itu yang dia risau . Lagipun dia bukan apa , dia cuma risau dengan keselamatan isterinya . Kalau lah jadi apa-apa macam mana ? Dia jugak yang susah hati nanti .

******

Raihana mengerut kening setelah talian dimatikan oleh ariel .

"Lah , macam tu je dia letak ? Ingatkan dah tak nak ambil tahu pasal aku . Pagi tadi bukan main jual mahal tak nak makan bihun goreng aku . Last-last risau jugak pasal aku ." raihana julingkan mata ke atas sambil senyum sikit .

"Rai siapa call ?" puan zaimah muncul sambil menatang dua gelas air teh . Lalu diletak atas meja kecil berhadapan raihana . Punggung dilabuhkan pada kerusi solo .

"Ariel , dia tanya rai dekat mana tu je ." balas raihana yang tak sabar-sabar mencapai mug teh . Dah lama tak rasa air teh buatan mama , tambah pulak dengan karipap sardin mama , pergh ! Memang menambahkan nafsu makanan aku betul .

Mulut puan zaimah berbentuk 'O' . Hanya iyakana sahaja jawapan anaknya sambil anak mata menatap wajah bersih raihana .

"Rai dengan ariel macam mana ? Okay ?" lambat-lambat puan zaimah menyoal soalan ini kepada raihana . Dah lama dia tak dengar cerita ariel dan raihana , nak jugak tahu macam mana hubungan rumahtangga anaknya .

Raihana kembali meletak mug di atas meja . Anak mata menoleh memandang wajah bersih mamanya . Dah Agak , mesti mama akan soal pasal ni dekat aku .

"Okay je , kami cuba nak kenal hati budi masing-masing ." balas raihana sambil tersenyum nipis .

Dahi puan zaimah berlapis-lapis memandang raihana .

"Kenal hati budi masing-masing ? Bukan ke raihana dah kenal ke perangai ariel macam mana ? Kenapa perlu nak kenal lagi ?" soal puan zaimah bertalu-talu .

"Memang lah dah kenal . Tapi rai nak kenal dia lebih dalam , yela nak terima orang baru dalam hidup kita bukan senang . Lagi-lagi nak terima seorang tu sebagai suami kan ? Jadi tak mudah untuk rai cintakan orang lain buat kali kedua ." jawab raihana menjelaskan perkara tersebut kepada mamanya .

Puan zaimah mengeluh perlahan , mengerti dengan keadaan anaknya . Bukan senang nak terima orang lain dalam hidup kita , sementelah pula orang yang kita cintai lari tinggalkan kita dengan begitu saja .

"Mama mintak maaf , mama tak dapat nak selamatkan hubungan rai dengan naqif . Mama terpaksa sayang , mama pun tak nak rai hidup dengan orang lain ." ujar puan zaimah berbaur simpati . Raihana senyum nipis sebelum tangannya mencapai belakang tapak tangan mamanya . Lalu dibelai lembut .

"Mama , jodoh tu ditangan tuhan . Mungkin jodoh rai dengan naqif dah tertulis untuk berpisah . Allah dah cukup baik untuk gantikan ariel sebagai suami rai , cuma rai akan perlahan-lahan untuk terima ariel seadanya ." balas raihana untuk menyedapkan hati seorang ibu .

"Alhamdulillah , mama cuma nak rai bahagia . Mama tak nak rai terluka , tapi mama bukan nak kata apa . Seorang suami harus memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri dia ."

Raihana terdiam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience