Bab 66

Romance Series 185331

Raihana segera menyarung selipar jepun apabila melihat ariel berdiri di depan gazebo dengan riak wajah tegang dan dingin . Waktu raihana ingin mendekati ariel , dia menghembuskan nafas dahulu sebelum ingin membuka suara di depan suaminya . Tubuh belakang ariel dipandang lama , takut-takut raihana pandang ariel . Ya allah , kau lembutkan lah hati suamiku supaya dia faham dan terima dengan hati yang terbuka . Raihana berdoa di dalam hati . 

"Abang ," raihana memanggil . Bibir digigit perlahan . Sumpah , dia tak tahu pun yang ariel bakal memberi reaksi seperti ini . Dia cuma mahu memberi kejutan kepada ariel sahaja , tapi tak tahu pulak yang ariel akan marah pada dia .

Ariel pantas memusingkan tubuh badannya , menghadap wajah isterinya ketika ini . Tegang sekali wajah ariel merenung segenap wajah isterinya . 

"Kenapa sayang sanggup rahsiakan benda ni dari abang ? Abang boleh terima lagi kalau sayang nak pergi tenangkan diri dekat mana-mana tempat . Tapi abang tak boleh terima kalau sayang rahsiakan pasal anak kita ! Syurga awak dibawah tapak kaki abang . Jadi apa-apa benda sayang kena bagitahu perkara apapun pada abang . Mana nilainya abang pada sayang ? Atau abang dah tak penting bagi sayang ? Macam tu ?!" ketika ini nada suara ariel kedengaran tinggi . Tajam matanya menikam wajah raihana . 

Dia marah raihana bukan sebab kerana benci dengan sikap gadis itu , tapi hati dia sedikit terkilan dengan cara raihana sekarang yang sudah mengecewakan hatinya . Dia seolah-olah tak penting bagi raihana , apa dia sudah tiada nilai bagi raihana sampaikan gadis itu sanggup merahsiakan perkara penting ni pada dia ?"Ya allah abang , sumpah saya tak ada niat pun nak rahsiakan benda ni dari abang . Abang pun tahu kan yang abang ada masalah dengan cik bella , jadi saya tak nak ganggu abang . So sekarang saya cuba nak suprise kan abang . Saya betul-betul tak tipu dan saya langsung tak pernah anggap abang macam yang abang cakapkan tu . Saya tahu syurga saya dibawah tapak kaki abang , sebab tu saya balik KL dan cuba nak bahagiakan abang dengan kejutan yang saya ada sekarang . Percaya lah abang , saya memang ada niat nak bagitahu abang tapi bila teringatkan balik yang abang nak selesaikan masalah abang dengan cik bella saya batalkan niat tu buat sementara ." panjang lebar raihana menjelaskan perkara ini kepada ariel . Mata bundar yang dimiliki raihana dipandang ariel dengan lama . 

"Abang tak gembira ke tengok saya dalam keadaan macam ni ? Abang tak happy ke kita dapat anak ?" raihana menyoal perlahan . Ada cecair jernih yang menitis di lekuk pipinya . Raihana tersenyum sedikit .

"Suami mana yang tak happy bila tahu isteri dia mengandung ? Cuma abang sebagai seorang suami sedikit terkilan dengan rahsia yang awak simpan . Sepatutnya abang lah orang yang pertama happy bila dapat tahu isteri dia disahkan mengandung . Tapi abang tak boleh nak salahkan awak sorang jugak , dalam hal ni abang yang banyak salah ." pergelangan tangan isterinya di capai sebelum digenggam dengan erat . Raihana ketawa halus tatkala ariel menarik tangannya .

"Tak , bukan salah abang 100% , mungkin ada hikmah disebalik yang terjadi . Buktinya , hal abang dengan bekas tunang abang dah selesai . Jadi kita berdua boleh hidup bahagia macam dulu lagi ?" tangan raihana naik memegang kedua belah pipi gebu suaminya , dia tersenyum lebar . Ariel membalas senyuman isterinya setelah lama tidak menatap wajah gadis kesayangannya .               
"Abang maafkan saya sebab rahsiakan hal ni dari abang . Saya tahu abang memang tak suka orang yang berahsia-rahsia ni kan ?" raihana tayang wajah sebek . Direnung wajah suaminya dengan penuh dalam . Ariel senyum sikit . 

"Abang maafkan . Sayang .." mata bundar isterinya dipandang dengan penuh cinta dan rindu . Raihana angkat kening tanda memberi respon kepada ariel . 

"Abang rindukan sayang . Tiap hari abang tatap muka sayang dekat gambar . Abang tak boleh tipu diri abang , abang memang tak kuat bila sayang tinggalkan abang . Tolong jangan tinggalkan abang lagi . Abang merayu sangat-sangat ." mata bulat ariel kelihatan berwarna merah tanda-tanda bakal menitiskan airmata . 

Raihana kemam bibir . Tiba-tiba sahaja perasaan sebak menjurus masuk ke dalam dirinya . Pengakuan dari ariel benar-benar menyentuh hatinya . Lagi sekali pipi gebu suaminya dipegang dengan penuh rasa cinta dan sayang . 

"Abang saya kan dah janji dengan abang yang saya hanya pergi sekejap je . Saya pun tak boleh tinggalkan abang lama-lama . Perasaan saya pada abang makin lama makin cinta . Saya sendiri pun hanya mampu tatap muka abang melalui gambar yang saya bawak . Saya janji saya takkan tinggalkan abang lagi . Saya takkan biarkan abang keseorangan ." tutur raihana berbaur janji . Diusap penuh lembut kedua pipi ariel .

Ariel senyum lebar sebelum tangannya naik melingkari pinggang ramping isterinya . Raihana balas senyuman ariel . Dia sangat rindukan sentuhan hangat dari ariel . Sudah lama dia idamkan pandangan seperti ini . 

"Perempuan ke lelaki ?" ariel menyoal tiba-tiba sambil mulutnya memuncung ke arah perut raihana .

Raihana senyum lebar apabila mendengar soalan suaminya . 

"Rahsia .."

"Aik ? Dengan suami sendiri pun nak berahsia ke ?" ariel tayang wajah bengang . Dah lah rahsiakan pasal anak , ni nak rahsiakan lagi pasal jantina anak pulak ? Memang kurang asam boi betul !

Raihana ketawa melihat reaksi wajah ariel . Ya allah rindunya dia dengan wajah tampan ni , hilang sikit rasa rindu tu . 

"Mestilah ." raihana jelirkan lidah sebelum dia ketawa besar tatkala melihat wajah begang ariel .

"Bagi lah tahu ."

"Tak nak !"

"Bagi lah tahu !"

"Tak nak !"

"Cepat lah !"

"Tak nak !"

Ariel mencebik manakala raihana sudah terkekek-kekeh ketawa . Haih kenapa lah abang sentiasa buatkan saya tersenyum ?

******

"Suka tak raihana dah balik dengan perut memboyot tu ?" puan aishah menyoal . Dipandang wajah tampan anaknya . 

Mata ariel naik pandang wajah mamanya . 

"Tak , sebab raihana sanggup rahsiakan pasal anak ariel . Ariel tak terima , kalau dia nak pergi balik , pergi lah ." dengan selamba ariel membalas pertanyaan mamanya . Raihana melopong .

"Apa ni abang ? Tadi bukan dah bincang ke ?" raihana tayang wajah bengang . Hampir-hampir dia nak cubit pinggang suaminya . Ariel sembunyi senyuman . 

"Bila masa kita bincang ?" 

Raihana mengetap bibir . Guys perangai tenuk ariel dah muncul balik ke ? Melihatkan wajah bengang raihana membuatkan hati ariel geli , dah lama dia tidak menyakat gadis kesayangannya . Tak lama kemudian , ariel menyentuh rambut panjang raihana dengan lembut . Wajah putih raihana dipandang lama . 

"Abang gembira bila awak dah balik , abang bersyukur sangat dapat tatap muka awak semula . Abang mengaku yang abang tak boleh hidup tanpa awak ." satu senyuman ikhlas terukir dibibir ariel . Raihana sudah tersenyum-senyum malu . Manakala keluarga mereka sekadar tersenyum melihat kemesraan anak masing-masing . 

Dalam hati masing-masing berharap agar anak mereka selalu diberikan limpahan kebahgiaan . Jauhi lah segala hasad dengki dan dendam . Amin !

"Dah , sambung makan . Kejap lagi sweet-sweet lah ye ." encik zamarul menyampuk . Raihana mencebik .

"Eleh , papa jeles lah tu kan ?" raihana menjuihkan bibir ke bawah .  Encik zamarul sekadar ketawa kecil . Macam-macam betul perangai raihana sejak dah berbadan dua ni . Mengada dia tu tak boleh bawak bincang !

Kemudian mereka kembali menyambung menjamu masakan puan aishah yang baru dimasak sebentar tadi . 

******

Raihana dan ariel berlabuh punggung di tepi kolam ikan setelah selesai makan tengahari . Raihana pandang ariel dari sisi wajah . Walaupun dulu mereka dahulunya sepupu , hati kecil raihana sering jugak jatuh cinta pada lelaki itu .

Cuba bagitahu , perempuan mana yang tak jatuh suka pada lelaki yang kacak macam ariel ni ? Lagi-lagi yang dah jadi suami kita , pergh kalau boleh tiap hari nak tatap muka tu . Haih beruntungnya kau rai !

"Sayang ," ariel tiba-tiba bersuara . Raihana angkat kening tanda memberi respon kepada raihana .

"Dekat negeri mana sayang pergi tenangkan diri ?" soal ariel sambil mengerutkan kening sedikit . Raihana senyum lebar , dia ingatkan ariel takkan soal pasal tempat yang dia pergi .

"Jauh sangat-sangat !" raihana ketawa kecil .

"Yelah tapi dekat mana ?" ariel tayang wajah bengang . Isteri aku ni suka lah main-main . Raihana ketawa besar tatkala melihat wajah cemberut ariel .

"Sebenarnya saya pergi dekat je , tak jauh pun . Saya pergi resort pak long saya , dekat pahang cherating . Dekat situ boleh tahan lah tempat dia , kiranya pemandangan dia indah lah jugak . Tenang je laut biru dia , hilang sekejap semua masalah ." cerita raihana dengan bersungguh-sungguh . Terus ingatannya teringatkan tempat di situ , haih rasa nak pergi balik je . Ish , jangan mengada-ngada rai !

"So , dah puas cari ketenangan ?" ariel menyoal .

"Tak ." raihana menjawab dengan selamba .

"Kiranya nak tinggal abang lagi lah ni ?" ariel menjeling sekilas wajah isterinya yang dah bertudung itu . Haih , manisnya muka .

Raihana ketawa kecil .

"Tak lah , maksud saya . Kalau saya pergi dengan abang mungkin lagi puas ? Boleh kita honeymoon sekali dekat situ kan ?" raihana kedipkan biji matanya . Sengaja tayang wajah kecomelannya .

Ariel sembunyi senyuman . Pandai betul dia pujuk aku eh ? Sejak dah balik dari pahang , macam-macam keluar perangai mengada dia tu .

"Inshaallah , ada rezeki kita pergi honeymoon okay ?" ariel menggosok ubun-ubun kepala raihana yang menutupi kepalanya . Raihana angguk kepala tanda setuju .

"Abang suka lah tengok sayang pakai tudung macam ni . Nampak Ayu ." puji ariel lambat-lambat . Satu senyuman kacak terukir di bibir ariel .

Raihana makin berlemak menayang wajah comelnya .

"Cantik ?"

Ariel gelak kecil . Terus pipi isterinya di cubit kuat .

"Eii geramnya abang dengan sayang ni ."

Raihana hanya biarkan sahaja ariel mencubit pipinya . Dia menyambung ketawa ariel dengan besar .

"Saya ada niat nak pakai tudung sebab saya rasa sudah masanya saya jaga aurat saya untuk abang . Biar abang sorang je yang tengok ." raihana senyum nipis sebelum dia menundukkan kepalanya . Malu-malu pulak !

Ariel ketawa halus . Dagu isterinya ditolak ke atas sebelum mata mereka menatap sesama sendiri .

"Terima kasih ." ucap ariel perlahan sambil tersenyum kacak . Raihana balas senyuman ariel .

"Sama-sama . Dan saya pun nak ucap terima kasih , sebab abang masih sanggup tunggu saya walaupun lama jugak saya tinggalkan abang ." ujar raihana .

"Masa yang awak tinggalkan , abang akan tunggu sampai bila-bila . Niat abang cuma nak hidup bersama awak , dan takkan ada sesiapa pun yang dapat gantikan awak dalam hati abang ." balas ariel penuh ayat romantis . Raihana senyum lebar , terasa nak pengsan pulak !

"Abang .." lambat-lambat raihana menyeru kembali memanggil ariel .

"Ye ?"

"Kes abang dengan bella dah selesai kan ? So , dia macam mana eh ?" tiba-tiba sahaja dia menyoal tentang bella . Tak sekarang ni , bella buat aku curiga . Dia dah boleh move on ke dengan ariel ? Bukan ke dia perempuan yang tak mudah putus asa ? Tiba-tiba je senyap macam tu , atau dia dah insaf ?

"Kenapa kita nak cerita pasal dia pulak ni ?" riak wajah ariel berubah mendadak . Daripada ceria bertukar menjadi dingin .

Raihana senyum payah . Aik ? Aku nak tanya pun salah ke ? Kes diorang ni dah selesai ke belum ? Gaya ariel macam tak suka je bila aku tukar topik pada bella ?

"Saya tanya je . Nak jugak tahu keadaan dia macam mana sekarang ? Dah boleh terima hakikat ke atau masih perangai macam dulu ?"

"Entah ." sepatah ariel membalas , hanya itu sahaja ayat yang keluar dari mulutnya .

Raihana mengerut kening .

"Aik ? Entah je ? Serius lah abang ?" raihana geram .

"Betul lah . Tak sekarang ni , kenapa awak sibuk-sibuk nak tahu pasal dia ?" ariel angkat kening beberapa kali .

"Tanya je kan ? Lagipun saya tak percaya yang dia boleh diam macam tu je . Lagi-lagi dia tu memang cinta mati dengan abang ." raihana mencebik .

Ariel mengeluh perlahan .

"Dia ada je . Cuma dia .."

Raihana menanti .

"Dia ..."

"Dia apa abang !" raihana gertak .

"Koma ."

Raihana terkesima seketika . Mulutnya sudah melopong . Hah ?! Koma ?!

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-03 20:25:37 

alhamdulillah akhirnya ada juga sambung ceta ni

hernazulaikaa
2020-02-03 19:08:59 

sorry gais baru update fon buat hal em sorry sngt ii


NovelPlus Premium

The best ads free experience