Bab 55

Romance Series 185331

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah puan aisyah , ingin mencari kelibat mamanya . Namun di saat dia menoleh ke tepi , terlihat dua buah keluarga sedang memandang ke arahnya . Gaya macam sedang berbincang sesuatu ? Ah sudah ! Ni mesti kes raihana lari tinggalkan aku .

"Mama ," tanpa mengira apa-apa , ariel segera menghampiri puan aisyah seraya melutut dihadapan mamanya . Puan aisyah dan yang lain terkejut dengan tindakan mengejut dari ariel .

"Mama , ariel mintak ampun ma . Ariel bersumpah , bukan ariel yang buat semua tu . Ariel sikit pun tak sentuh bella , nak pandang apatah lagi . Percayalah ma , anak dalam perut tu bukan anak ariel . Ariel takkan ada pasang niat nak buat benda tak senonoh belakang raihana ." laju ariel menjelaskan perkara kepada puan aisyah yang sedang merenungnya ke bawah .

Ariel pegang lutut puan aisyah , berharap mamanya tidak mempercayai fitnah-fitnah dari bella . Tubir matanya sudah basah .

"Mama percayakan ariel kan ?" sinaran mata dari ariel yang seakan berharap , dipandang puan aisyah . Puan aisyah mengeluh , sesekali anak matanya memandang keluarga raihana di hadapan .

"Benda dah terjadi . Ariel merayu sampai keluar airmata darah sekalipun , orang lain takkan percaya . Sekarang ni , ariel kena berhadapan dengan semua orang dan tolong selesaikan masalah ni supaya raihana balik dengan segera . Mama tak nak dia sorang-sorang dekat sana . Bahaya ariel !" jawab puan aisyah yang turut risau memikirkan hubungan anak menantunya . Sungguh dia terkejut dengan berita yang baru tergempar ini . Tak sangka yang bella sanggup bertindak secara melulu itu . Apa kejadah tuduh anak aku mengandungkan dia ? Anak aku takkan nak sentuh perempuan lain lebih daripada tu .

Gila gamaknya si bella tu ! Sama lah macam perangai mak bapak dia tu !

"Rai ada datang sini ke ?" ariel menyoal perlahan . Puan aisyah gigit bibir , entah kenapa dari pandangan mata ariel sekarang , dia kelihatan benar-benar sedih dengan kepergian isterinya . Mana tak sedih , isteri kut . Apa-apa jadi macam mana nanti ?

"Dia ada datang tadi . Dia pesan , ariel tak perlu risau pasal dia . Inshaallah dia akan okay sahaja dekat sana ." puan zaimah menyampuk bagi pihak anaknya . Ariel pusing wajah memadang puan zaimah , ibu mertuanya .

"Dia ada cakap tak dia pergi mana ?"

Puan zaimah kemam bibir seraya menoleh memandang puan Aisyah , seakan pandangan yang cukup makna bagi mereka . Ariel menanti ..

"Mama mintak maaf ariel . Mama tak boleh bagitahu , raihana mintak dengan mama supaya rahsiakan benda ni dari ariel ."

Ariel meraup wajah dengan kasar .

"Ya Allah ma , sekurang-kurangnya ariel tahu mana raihana pergi . Takkan itu pun ariel tak boleh tahu ? Raihana isteri ariel ma . Tolong lah .."

Puan zaimah mengeluh perlahan . Ikutkan hati memang dia nak bagitahu ariel pasal keberadaan raihana . Tapi dah raihana merayu sangat supaya keberadaan dia dirahsiakan . Nak buat macam mana ? Takkan lah dia nak pecahkan rahsia anaknya ?

"Mama mintak maaf , mama tak boleh bagitahu .." puan zaimah membalas perlahan . Ariel mendengus lemah .

"Ariel , kalau kamu nak raihana pulang dengan cepat . Selesaikan masalah ni dengan segera ." encik zamarul memberi nasihat . Dipandang wajah risau menantunya . Ariel hanya menayang wajah berat .

Dalam hati dia sangat berharap agar raihana baik-baik sahaja di sana , walaupun dia tidak tahu di mana keberadaan isterinya . Sesungguhnya hati dia sangat-sangat merisaukan keadaan raihana , suami mana yang tak sayang isteri . Ya Allah rai , kenapa tinggalkan abang ? Bisik hati ariel perlahan .

******

Pang !

Satu tamparan hebat mengena tepat di pipi kanan farhan . Pedih . Ya itu yang dia rasakan saat ini . Tegarnya bella menampar dia sekuat itu . Apa terlalu jahat sangat ke dia pada mata gadis itu ?

"Kau dengar sini ! Anak ni bukan anak kau ! Anak ni anak ariel . Kau tak berhak jadi bapak budak ni ! Sebab kau bukan sesuai untuk jadi bapak , tapi jadi binatang ! Kau jangan harap kau dapat apa yang kau nak selama ni . Apa yang kau dah buat pada aku , bukan senang untuk aku terima . Bukak telinga kau luas-luas !" bella dekatkan mulutnya pada telinga farhan .

"Aku cintakan ariel sampai mati . Jadi kau jangan perasan yang aku cintakan kau ! Dengar tu !"

Farhan angguk kecil seakan mengerti dengan kata-kata bella , walaupun dalam hati dia begitu sakit untuk terima kata-kata bella .

"I tahu kekurangan i bella . I tahu you jijik dengan i . I tahu , i memang tak berhak untuk jadi bapak kepada anak ni . Tapi you tak boleh menidakkan kebenaran . Ariel tak pernah sentuh you , ariel tak bersalah . Kenapa you tetap nak pilih ariel sedangkan i cintakan you separuh mati . Kenapa i tak boleh diberi peluang ? Hina sangat ke i bella ?" farhan menayang riak wajah redup . Mata bella yang penuh dengan kebencian itu dipandang tanpa rasa gentar .

Bella tersenyum sinis .

"Sejak kecil lagi aku dilayan dengan penuh kasih sayang . Apa yang aku nak , aku dapat . Cita-cita yang aku nak , akhirnya tercapai . Sejak aku kenal ariel , aku mula jatuh cinta dengan dia . Aku yakin yang dia lah cinta aku . Tapi bila muncul perempuan yang tak guna tu , dia rampas kebahagiaan aku ! Dia rampas cinta aku . Aku rasa , dunia ni tak adil bila tuhan wujudkan kau ! Disebabkan kau , maruah aku hilang ! Dan disebabkan perempuan tu jugak , ariel dah buang aku !"

"Jadi , kau tak perlu tanya kenapa aku jadi macam ni . Aku berharap sangat supaya tuhan munculkan bala kau dengan si perempuan tu ! Kalau dua-dua dah mampus senang lah kerja aku untuk dapatkan ariel . Tak menyusahkan hidup aku dah ." sambung bella dengan mengeluarkan kata-kata yang cukup kesat . Sesekali dia mengacip gigi .

"Bella , tak baik runtuhkan masjid orang . Masih sempat lagi untuk you berubah . Setiap manusia melakukan kesilapan bella . Tak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni . Tolong lah , bukak mata-mata you luas-luas supaya boleh tengok mana yang baik dan mana yang buruk . Allah tak kejam untuk menghukum umatnya ." balas farhan yang mahu menyedarkan bella supaya berpijak pada bumi yang nyata .

"Sekarang ni mummy and daddy aku dah bencikan aku . Untuk apa lagi aku berubah ? Biarlah aku pilih yang jalan macam ni . Aku sendiri pun dah kotor , itu pun sebab kau jugak . Jadi kau dengan aku sama ! Tak ada beza ! Tak payah lah kau nak ceramah lebih-lebih depan aku , kata-kata kau langsung tak bermakna !" bella menjeling tajam sebelum dia mengorak langkah . Sengaja dia melanggar bahu kanan farhan sebelum dia tinggalkan tempat itu .

Farhan gigit dinding pipi . Dipandang kelibat bella yang sudah memboloskan diri ke dalam perut kereta . Satu keluhan berat terbit di bibir merahnya .

Kenapa you susah sangat nak terima i bella ? I betul-betul ikhlas nak jadikan you sebagai isteri i . Kenapa pilihan you tetap orang lain ?

Tanpa sedar , airmata seorang lelaki menitis di pipinya . Airmata yang cukup membuktikan yang dia benar-benar cintakan bella qasandra .

******

Ariel cuba menelefon isterinya , namun tidak dijawab . Perasaan sebak semakin menggunung di hati . Pada hari yang malam tanpa ada seorang isteri , benar-benar menggelapkan fikirannya . Dia rindukan gadis itu , dia rindukan bauan wangi gadis itu . Tapi sekarang , tiada lagi senyuman dan bauan dari gadis itu .

Ariel naik memandang dada langit . Memikirkan keadaan isterinya di sana . Apa dia tengah buat ? Dia dah makan ke ? Dia dah tidur ke ? Ya Allah , rindunya dekat raihana .. rintih hati ariel perlahan .

Ada jugak beberapa pesanan mesej yang dikirim ariel pada raihana . Tapi jugak tak dibalas . Ariel buntu . Dia betul-betul rindukan suara isterinya . Tanpa sedar , airmata yang dari tadi cuba ditahan akhirnya jatuh menyembah pipi . Perasaan sakit di dada benar-benar merobekkan hatinya .

Baru sahaja dia ingin menyemai kasih bersama raihana , sudah muncul dugaan yang seakan ingin meruntuhkan rumahtangganya . Ariel meraup wajah dengan kasar .

"Mana awak pergi rai ? Saya rindukan awak .."

Hanya mampu berkata sendirian . Dia harap tuhan hantarkan ungkapannya kepada raihana di sana . Dia benar-benar ingin menatap wajah isterinya .

Abang lemah kalau awak tak ada rai , abang tak boleh .. abang tak kuat ..

Balik lah rai . Tolong ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience