Bab 68

Romance Series 185331

Raihana dan ariel segera melangkah masuk ke dalam perut hospital . Kemudian dia menghampiri farhan yang sedang lena di ruang menunggu .

Mungkin farhan sentiasa menjaga bella di hospital ?

"Farhan ." ariel menyentuh sedikit lengan lelaki itu . Jelas wajah farhan kelihatan penat dan lesu . Raihana dan ariel berpandangan sesama tatkala melihat farhan kelihatan penat .

"Farhan .." ariel kejutkan lagi . Lalu raihana segera menyentuh lengan ariel tanda menyuruh ariel biarkan sahaja farhan di situ .

"Kesian dia abang , tak payah lah kejutkan dia ." raihana menghalang . Ariel angguk kecil .

"Saya pergi masuk lawat bella dulu ye ."

Ariel angguk lagi .

"Abang tak nak masuk sekali ke ?" raihana menyoal perlahan . Dipandang wajah kacak suaminya .

"Kejap lagi abang masuk ." kepala raihana yang ditutupi kain tudung di belai lembut . Raihana senyum sambil mengangguk kepala .

Segera raihana menuju ke bilik bella sebelum tangannya memulas tombol pintu . Kemudian dia melangkah masuk dengan hati yang berdebar-debar . Kelihatan keluarga bella sedang berada di sisi anaknya . Manakala bella masih memejam mata dengan rapat sambil menggunakan alat bantuan pernafasan .

"Assalammualaikum ." raihana memberi salam . Pantas empat mata itu menoleh ke arahnya , raihana melayangkan satu senyuman manis buat dua orang tua bella .

"Walaikumsalam .." datin sri zareena membalas serentak dengan datuk sri khaleed . Datin sri zareena senyum nipis tatkala terpandangkan wajah manis raihana .

"Saya isteri ariel ." raihana memperkenalkan dirinya . Empat mata itu tidak berkelip memandang raihana . Mungkin kerana tubuh raihana yang kelihatan gemuk atas kandungan yang memecah tujuh bulan .

"Saya datang sebab nak lawat bella . Datin sri dengan datuk sri tak marah kan ?" raihana bertanya takut-takut . Dia bukan apa , dia dapat tahu yang keluarga bella benci dengan ariel . Jadi , secara tak langsungnya keluarga bella jugak akan benci dengannya ? Sebab mungkin dia isteri ariel ?

"Buat apa pulak kami nak marah ? Cuma , kami terkejut dengan kedatangan kamu ke sini . Yelah , kami kan dah banyak buat salah dekat keluarga kamu ." datin sri zareena tersenyum nipis . Sesetengah orang mungkin dah benci dengan perbuatan dia yang suka menuduh melulu . Tapi dia pelik , bila isteri ariel sanggup bersemuka dengannya .

Tak benci ke Raihana padanya ? Bukan ke dahulu dia pernah menghina ariel dan menuduh ariel yang bukan-bukan . Rasa serba-salah itu masih ada pada dirinya .

"Benda yang dah lepas tu kita lupakan jelah ye . Lagipun , saya dan suami tak pernah ada simpan dendam dekat datin sri dan datuk sri ." Raihana kerling sekilas ke arah datuk sri khaleed . Dia tersenyum nipis ke arah dua orang tua bella .

Datin sri zareena tersenyum payah . Makin banyak pulak rasa malu yang datang . Sungguh mulia hati raihana , dan itu buatkan dia rasa malu bertambah .

"Ariel , ada datang sekali ?" datuk sri khaleed menyoal . Dari tadi dia menunggu kelibat lelaki itu , tapi sampai sekarang batang hidung lelaki itu tak kelihatan .

"Ada , dia -" belum sempat Raihana ingin menghabiskan sisa-sisa ayatnya , ariel terlebih dahulu muncul di sebalik daun pintu .

"Assalammualaikum ."

Salam lembut dari suara ariel membuatkan keenam mata itu memandang ke arahnya . Ariel melayangkan satu senyuman nipis tatkala mata datin sri zareena terlalu fokus ke arahnya .

"Walaikumsalam .." lembut mereka membalas , kecuali Raihana yang sedang tersenyum sikit . Dia ingatkan ariel tak nak masuk , itu yang dia risau bila datin sri zareena menyoal tadi .

Tapi bila muncul susuk tubuh ariel , buatkan dia lega sedikit . menyoal , sekadar berbasa-basi . Datuk sri khaleed tersenyum payah mendengar soalan ariel .

"Alhamdulillah , sihat . Tak payah lah kamu nak panggil uncle macam tu ."

Ariel senyum nipis sebelum dia angguk kecil . Kemudian dia menghampiri isterinya .

"Ariel sihat ?" tiba-tiba satu soalan terpacul di bibir mulut datin sri zareena . Ariel halakan matanya ke arah datin sri zareena .

"Sihat , datin sri ?" ariel jongket kening . Sebenarnya , memang dari dulu lagi dia dah biasa dengan panggilan ' uncle aunty ' tapi disebabkan pergaduhan dia bersama keluarga bella , dia tukarkan panggilan itu kepada ' datuk datin ' . Itupun arahan dari datin sri zareena jugak kan .

Datin sri zareena senyum nipis . Dia dah agak , ariel pasti ingat balik kata-kata dia yang pernah dia ' curah ' pada ariel . Contohnya , kata-kata yang sombong dan kesat . Buat seketika , hati datin sri zareena diambang rasa serba salah .

"Ariel masih marahkan aunty ?" datin sri zareena menyoal . Pandangan redup dari datin sri zareena buatkan hati kecil ariel tersentuh . Mungkin tak patut dia simpan rasa marah tu , peristiwa tu pun dah berlalu . Rasanya patut dia lupakan sahaja perkara tu .

Raihana pandang ariel .

"Benda yang dah lepas tu lepas lah kan ? Tak apa , saya maafkan datin sri . Saya pun ada jugak rasa salah tu , dan saya tak pernah lagi nak pasang niat nak bunuh orang yang saya berdendam . Datin sri jangan risau , saya tak marah ." tutur kata dari ariel buatkan raihana sengih kelat .

Ish suami aku ni , nak maaf tu maaf jelah . Gaya macam nak cari gaduh je dia punya ' maaf ' tu .

Datin sri zareena mampu tayang wajah kelat .

"Jangan lah panggil datin . Panggil aunty okay ." datin sri zareena meminta . Wayar otaknya masih kukuh lagi , dia masih ingat kata-kata yang pernah dia lempar pada ariel . Mungkin dari situ ariel masih tak nak ubah panggilan tu ?

Ariel senyum nipis bagi membalas kata-kata datin sri zareena . Nampak sangat serba salah di wajah datin sri zareena sekarang . Dalam hati , ariel panjatkan kesyukuran atas perubahan dalam diri datin sri zareena .

"Doktor ada bagitahu tak bila bella boleh sedar ?" raihana menyoal bagi memecah kesunyian .

"Ada . Doktor sendiri pun tak pasti , mungkin anggaran dalam enam bulan ? Itu pun kalau dia sedar .." jelas terdengar keluhan kecil di bibir datin sri zareena . Berat hati raihana memandang seorang ibu menanti hari kesedaran anaknya .

"Aunty sabar ye .. inshaallah bella akan sembuh sepenuhnya ." satu senyuman ikhlas terukir di bibirnya . Raihana percaya , bila sahaja bella sedar . Akan ada rasa keinsafan pada diri bella . Inshaallah , mungkin ini jugak petunjuk untuk bella supaya berubah menjadi seorang yang mulia .

Datin sri zareena sekadar memberi senyuman nipis . Dalam hati , dia berharap dengan kata-kata raihana . Hanya bella satu-satunya anak perempuannya , kalau tak ada bella mungkin separuh jiwanya putus .

"Dah berapa bulan ?" tiba-tiba datuk sri khaleed bersuara . Dia tuju ke arah perut raihana yang sudah membuncit .

"Dah tujuh , tak lama lagi nak masuk lapan bulan dah ." balas raihana seraya tersengih sambil mengusap sedikit perutnya . Ariel memerhati , terukir senyuman di bibirnya . Tiba terasa bahagia di hati tatkala statusnya sudah berubah kepada 'bapa' .

"Tahniah ariel dan isteri . Semoga dapat jaga anak tu dengan elok-elok . Anak tu satu kurniaan dari Allah . Bukan senang nak dapat kan ?"

Raihana angguk mendengar nasihat datuk sri khaleed . Kemudian pandangannya beralih ke arah bella , terbit rasa kesian pada diri gadis itu . Mesti bella akan rasa sedih bila dapat tahu hal sebenar tentang kematian anaknya .

Ibu mana yang tak sedih bila dapat tahu anak yang kita kandung telah pergi buat selamanya . Pasti rasa sakit tu mendalam , dan bukan senang untuk farhan dan bella terima semua ni . Pasti mengambil masa lama untuk menerima berita duka ini .

"Ariel ," pandangan redup Datuk Sri Khaleed kepada ariel buatkan hatinya tahu niat lelaki tua itu .

"Tolong maafkan bella .." permintaan Datuk Sri Khaleed secara tiba-tiba itu meruntun jiwa Datin Sri Zareena . Dia tahu anak gadisnya terlalu banyak membuat dosa kepada ariel , jadi sekarang dia betul-betul tidak dapat menahan malu di hadapan ariel dan Raihana .

Raihana pandang riak wajah suaminya yang berubah mendadak itu . Terus dia simpulkan satu senyuman untuk dua orang tua bella .

"Emm sebenarnya ariel dah lama maafkan bella . Kan abang ?" Raihana kerling sekilas ke arah ariel yang membatu seribu .

Satu senyuman kelat terukir di bibir ariel , bagi mengiyakan jawapan isterinya . Dia sebenarnya keliru dengan diri sendiri , dia bukan tak nak maafkan bella . Tapi dia takut kalau bella dah sedar dari koma , pasti gadis itu masih berharap padanya .

Dia tak nak kejadian itu berulang kembali . Dia dah tak nak Raihana tinggalkan dia lagi , cukup-cukuplah tu . Dia cuma nak Raihana sentiasa berada di sisinya . Dia tak nak Raihana pergi .

******

"Kenapa abang diam je tadi ?" selesai sahaja melawat bella , raihana terus mengajak ariel ke cafe . Wajah Raihana dipandang kosong tanpa membalas kata-kata isterinya .

Raihana berdecit tatkala melihat reaksi wajah ariel . Aku tanya dia boleh je dia diam macam tu ?

"Abang .."

Ariel diam .

"Abang !"

"Abang dengar tak ni ?" raihana ketap bibir . Sengaja ariel ubah pandangan ke arah lain .

"Abang sampai bila nak berdendam dengan bella hah ?" soalan yang terpacul dibibir mulutnya buatkan ariel balas renungan matanya .

"Kenapa pandang saya macam tu ? Betul lah kan ? Abang masih berdendam dengan bella kan ?" raihana tayang wajah selamba . Terherot-herot bibirnya mengomel .

Ariel geleng kepala . Isteri aku ni memang suka mendesak eh ? Nasib baik tengah duduk dekat luar , kalau dekat dalam bilik ni dah lama bibir tu aku cium !

"Abang tak berdendam pun lah ." akhirnya ariel membuka bicara juga . Raihana sembunyi senyuman apabila ariel membalas jawapannya .

"Habis tu kenapa abang diam je waktu Datuk Sri suruh abang maafkan anak dia ?" raihana menyoal dalam . Terangkat-angkat kening sebelahnya .

Ariel merengus perlahan .

"Betul awak nak tahu ?"

Raihana angguk kepala .

"Abang bukan berdendam , tapi abang cuma takut kehilangan awak . Abang risau nanti bila bella dah sedar dari koma , tiba-tiba dia masih berharap pada abang . Lepas tu awak nak tinggalkan abang macam hari tu . Abang tak nak awak pergi , dalam hidup abang hanya ada awak sorang je . Sebab tu abang keliru dengan diri abang , abang belum 100% yakin dengan diri abang . Sama ada nak mafkaan bella sekarang atau nak tunggu dia sedar ." 

Raihana terkelu lidah seketika .

"Abang bukan tak nak maafkan bella , abang sendiri pun tak dapat nak maafkan diri sendiri . Abang sepatutnya jadi hero untuk awak , tapi sebaliknya abang sakitkan hati awak . Abang dah penat buat awak macam tu ." ariel pandang raihana dengan pandangan redup . Mata ariel sudah berkolam .

Raihana cuba ukir senyuman payah .

"Saya kan dah janji dengan abang , yang saya takkan tinggalkan abang lagi . Abang tak payah lah takut , saya yakin yang bella dah berubah . Farhan kan ada ? Mesti dia akan tolong bella macam mana nak berubah ke arah jalan yang baik ." balas raihana sebelum tangannya mencapai belakang tapak tangan ariel lalu dibelai dengan lembut .

"Mana lah tahu nanti kalau awak nak cari ketenangan lagi ?"

Raihana senyum sikit .

"Ketenangan yang saya cari selama ni , dah ada ."

Ariel kerutkan kening .

"Mana ?"

"Ni . Hadiah dari Allah ." raihana memuncung ke bawah , seolah-olah menuju ke arah perutnya . Ariel senyum lebar .

"Saya dah janji yang saya nak jaga anak ni dengan abang . Saya nak besarkan anak ni dari tangan kita berdua . Jadi abang tak perlu nak risau atau takut , sebab saya memang dah ada di sisi abang ." ujar raihana penuh kasih dan sayang . Ariel kesat airmatanya . Kata-kata raihana amat syahdu dan bermakna buatnya .

"Abang , terima kasih sebab selama ni setia tunggu saya . Saya selalu doa untuk kita berdua supaya berkekalan hingga jannah . Dan ya , Allah makbulkan permintaan saya ." setiap kali dia bersujud di atas sejadah , setiap kali tu jugak dia berdoa supaya jodohnya dengan ariel tidak putus .

Mungkin ariel memang ditakdirkan untuk menjadi pasangannya . Biarlah perkahwinannya bersama ariel tidak sempurna , tapi cinta dia pada ariel sangat sempurna .

"Macam yang abang cakap , hanya awak yang berada di sisi abang . Tiada perempuan lain selain awak ." ungkap ariel sambil mengenggam erat jari-jemari raihana . Senyuman manis menghiasi di bibir merahnya .

Raihana ketawa kecil .

******

Raihana mengerut kening tatkala melihat satu bungkusan kotak hadiah yang berada di dalam almari baju . Ariel cakap tadi ada sesuatu untuknya , jadi mungkin ni salah satunya .

Tanpa menunggu lama , raihana mengambil kotak hadiah tersebut . Kemudian dia menapak ke arah tirai katil sebelum punggung dilabuh di situ . Perlahan-lahan tangannya membuka penutup hadiah itu , isinya hanyalah sehelai tudung shawl yang berwarna biru laut yang turut dihiasi dengan kerlipan batu-batu berlian .

Raihana senyum lebar tatkala mata tak putus memandang sehelai hijab itu . Tangannya mula menyentuh kain tudung tersebut . Kain yang lembut dari tudung itu lagi menguatkan rasa suka raihana pada tudung itu .

Pandainya ariel pilih tapi ...

"Suka ?" ariel muncul dari belakang . Perlahan-lahan dia menapak ke arah isterinya . Raihana pandang ariel sambil tersenyum manis .

"Jadi ni lah hadiah yang abang nak bagi tu ?" raihana jongket kening sedikit . Dipandang ariel yang sudah menarik kerusi meja solek sebelum duduk di hadapannya .

Ariel anggukan kepala .

"Tapi kenapa shawl ? Kenapa tak bawal ?" soal raihana sedikit kecewa . Dia bukan apa , bagi dia shawl dengan bawal lebih senang bawal . Lagipun dia baru belajar pakai tudung , jadi susah sikit untuk dia pakai shawl .

"Kenapa ? Tak suka ?" soalan dibalas soalan .

"Bukan tak suka , suka sangat ! Kain dia pun lembut . Tapi saya tak belajar lagi cara nak pakai shawl ." raihana tersenyum kelat .

"Abang main beli je . Apa yang lawa depan mata abang , abang main rembat je . Sorry lah kalau abang salah pilih ." suara ariel sedikit merendah .

"Eh tak lah . Abang tak salah pilih pun , lawa sangat ni ! Saya suka ." laju raihana membalas . Tak nak lah dia kecilkan hati suaminya . Lagipun pilihan ariel memang power !

"Betul ni ?"

"Betul . Saya tak tipu . Inshaallah nanti saya try macam mana nak pakai yang jenis shawl pulak ." raihana senyum hingga menampakan barisan giginya . Ariel sedikit lega .

"Pakai tau waktu esok ."

"Okay ... tapi kenapa dengan esok eh ? Abang ada nak bawak saya pergi mana-mana ke ?" raihana menyoal . Nak jugak hati ni tahu kemana ariel nak bawak dia ke esok . Macam ada kejutan je ?

"Kalau abang bagitahu , tak jadi suprise lah nanti ." jawab ariel sambil memuncung . Raihana ketawa kecil , ha'ah ye tak ye jugak kan ?

"Okay .. saya tunggu !"

Ariel tarik senyuman manis sebelum tangannya membelai rambut lebat raihana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience