Bab 53

Romance Series 185331

Ariel naik tangga dengan hati yang penuh dengan tanda tanya . Dia masih pelik kenapa raihana bersikap begitu . Dia nak jugak tanya kenapa isterinya berubah mendadak , tapi bila dengar sahaja jawapan dari raihana buatkan dia sedikit terguris .

Tapi kejadian ni berlaku sejak raihana cakap yang dia ada urusan lain , dan pada lepas tu raihana terus berkelakuan pelik . Okay mungkin masalah ni tak ada kena-mengena dengan hal peribadi isterinya , tapi boleh dikira jugak kalau raihana ada sembunyikan sesuatu darinya .

Ah ! Serabut lah aku macam ni .

Apa aku ada buat salah pada dia ke ? Atau aku ada sakitkan hati dia ? Kenapa hari ni dia rasa rindu sangat-sangat dengan layanan raihana , dia ingatkan lepas dia balik dari office dapatlah dia merasa layanan manja dari isteri . Tapi bila pulang je , yang dapat hanyalah satu elakkan .

Ariel menuju ke bilik tidurnya , apabila tangannya memulas tombol pintu . Matanya tidak nampak susuk tubuh raihana di atas katil . Dah agak , mesti berada di bilik lama . Ariel menoleh memandang pintu bilik raihana yang terletak di hadapan biliknya . Satu keluhan kecil keluar dari bibir merahnya .

Sekonyong-konyong , langkah ariel menuju ke kamar raihana . Dia berdiri di depan daun pintu bilik raihana , dipandang pintu itu .

"Sayang , kalau abang ada buat salah . Tolong maafkan . Abang tak tahu salah apa yang abang buat pada awak . Jangan buat abang macam ni . Hati abang tak tenang ." tutur ariel lembut . Suaranya mula kedengaran sebak .

Raihana di dalam bilik tersentak apabila halwa telinganya mula terdengar suara sebak dari ariel . Raihana menekup mulut menahan tangisan yang tiba-tiba menjadi lebih sebak . Raihana tarik nafas dengan perlahan-lahan .

"Abang tak buat salah pun . Saya cuma nak bersendirian . Abang tak payah risau okay ." raihana membalas dengan mengawal suaranya . Dia tak nak ariel tahu yang dia sedang menangis di dalam bilik . Saya mintak maaf abang ..

Ariel di luar bilik hanya mampu mengeluh perlahan . Dia tak berpuas hati dengan jawapan raihana . Mana mungkin aku tak salah kalau dia bersikap begini ? Pasti dia ada sembunyikan sesuatu dari aku ni ? Ah ! Rai kenapa ?!

"Awak nak tidur dalam bilik ni ke ? Tak nak tidur dengan abang ?" ariel tetap berkeras ingin memujuk . Dia takkan dapat tidur selagi tak dapat bau badan isterinya . Dia mahu pelukan hangat dari isterinya .

Raihana menyeka airmata .

"Abang tidur lah dulu . Kalau saya dah siap buat kerja , saya masuk bilik abang . Okay ?" raihana membalas walhal kerja apa lah yang dia buat dekat dalam bilik . Kerja menangis !

"Okay ..." dengan perlahan ariel menjawab . Dengan hati yang tak rela , ariel melangkah menuju ke biliknya semula . Dia berharap agar raihana tidak merahsiakan apa-apa darinya .

Haih ! Tidur sorang dulu lah jawabnya .

******

"Apa ni bella ?!" mendidih darah datin sri zareena apabila mendapat khabar berita dari anaknya , yang mengatakan bella sedang hamil anak ariel . Angin satu badan dia bila terdengar berita itu dari bella . Mencerlung tajam anak mata datin sri zareena menikam wajah bella .

Bella menunduk takut tatkala pandangan mata datin sri zareena mengena tepat di wajahnya . Jantungnya sudah berdegup kencang . Rahsia yang berminggu-minggu dia kunci dengan elok , akhirnya terbongkar jugak . Cuma bezanya , anak yang dia kandung itu adalah anak farhan dan bukannya anak ariel .

"Mana mummy nak letak muka mummy ni ?! Kenapa bella sanggup buat perkara terkutuk ni ?! Dan kenapa bella sanggup rahsiakan benda ni dari kami ?! Bella memang sengaja nak malukan mummy dengan daddy kan ?" sambung datin sri zareena sambil memandang tajam ke arah wajah anaknya . Nafasnya menjadi turun naik turun . Memang tak sangka yang bella telah mencemarkan imej keluarga Datuk sri khaleed .

"Mummy i'm so sorry . Bella memang nak bagitahu pasal ni dekat mummy , but bella takut kalau mummy marah . Bella tak tahu lagi nak mengadu pada siapa ." balas bella menahan tangisan . Suaranya menjadi serak basah , dia sudah diambang ketakutan . Datuk sri khaleed yang berada di kerusi solo hanya menayang wajah serius .

"Bella memang manusia yang paling degil dekat dunia ni ! Dah berapa kali mummy pesan jangan dekat dengan ariel ! Dia dah ada isteri . Nanti apa kata isteri dia ?! Bella sanggup nak tanggung malu depan orang ramai ? Sekarang ni , orang takkan berpihak pada bella , tapi pada isteri ariel ." ujar datin sri zareena yang masih tak berhenti untuk memarahi anaknya . Ke hulu ke hilir datin sri zareena berjalan di depan bella .

Bella masih menunduk kepala . Sungguh dia takut dengan pandangan datuk sri khaleed ketika ini . Mungkin dari pandangan orang tuanya , dia dalam pihak yang salah . Tapi bagi dia , dia adalah benar . Dia cuma mahukan hak dia sahaja . Apa salahnya kalau dia cuma nak ariel jadi milik dia kembali ?

Isteri ariel ? Oh memang sikit pun dia tidak peduli . Asalkan hajat dia tercapai . Lagipun , ariel dari dulu memang milik dia . Dia tak bersalah , yang bersalah raihana ! Perempuan tu yang rampas milik dia . And dia akan gunakan anak ni untuk dapatkan ariel kembali , walaupun terpaksa berbohong .

"Daddy nak bella jujur . Betul anak dalam perut tu anak ariel ?" soalan dari datuk sri khaleed buatkan bella naik memandang wajah tua itu . Bergenang airmata bella saat memandang seraut wajah bapanya .

Datin sri zareena terdiam , ingin mendengar jawapan dari anaknya .

"Ya , anak ariel . Kami pernah terlanjur sebelum kami bertunang . Sebab tu kami pernah bercadang untuk bertunang , tapi lepas pada tu bella datang bulan . Mungkin bagi bella , bella tak mengandung . Tapi masuk tahun ni , bella disahkan mengandung . Bella mintak maaf . " jawab bella seraya memejam mata dengan rapat . Ketika ini dia mula terbayang wajah farhan . Wajah yang amat dia benci ! Dia terpaksa berbohong demi kepentingan dirinya .

Dia lebih rela hidup dengan ariel daripada hidup dengan jantan yang dah rosakkan maruahnya !

Datuk sri khaleed hanya mampu menggengam penumbuk .

"Mulai hari ni , aku haramkan anak tu . Dan takkan aku mengaku yang dia cucu aku ! Kau keluar daripada rumah ni bella !"

Pengakuan berani mati dari datin sri zareena membuatkan bella terkesima . Bergetar bibirnya pabila mendengar datin sri zareena mengungkap perkataan kesat itu .

"Mummy ..." bibir bella bergerak menyebut segaris panggilan itu . Dilihat susuk tubuh datin sri zareena yang sudah menonong pergi tanpa pedulikan panggilannya .

Airmata bella tumpah di pipi . Hatinya seolah-olah dipijak kejam dari datin sri zareena . Sampai hati mummy halau bella . Dipandang wajah datuk sri khaleed yang masih berada di kerusi solo . Berharap datuk sri khaleed tidak seperti mummy nya .

"Daddy , tolong bella . Bella tak salah . Bella cuma nak pertahankan hak bella ." sebak hati bella tatkala meluahkan rasanya . Datuk sri khaleed pandang bella .

"Bella dah malukan keluarga kita . Jadi tak ada sebab kami nak bela bella . Lebih elok bella pergi dan jangan tunjuk muka lagi ." bicara datuk sri khaleed dengan suara dingin . Bella menyeka airmata apabila datuk sri khaleed jugak seperti itu .

Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi dan berlalu pergi tinggalkan ruang tamu dan menuju ke tingkat atas untuk mengemas pakaiannya . Sempat dia memandang datuk sri khaleed dengan wajah yang sudah basah lencun dek airmata .

Datuk sri khaleed hanya buat tak layan . Dia langsung tak pedulikan hati anaknya sekarang . Bagi dia , perbuatan bella benar-benar mencemarkan nama keluarga ! Sudahlah berkhalwat dengan suami orang ! Dasar anak tak kenang budi !

******

Raihana bukak pintu bilik ariel dengan perlahan-lahan . Sekujur tubuh ariel sudah lena di atas katil . Jelas terdengar suara dengkuran ariel yang berbunyi halus . Raihana melangkah masuk dengan perlahan-lahan agar lena ariel tidak diganggu .

Raihana menghampiri katil seraya melabuhkan punggung di tirai katil membelakangi ariel . Raihana menghembus nafas baru . Hampir sesak nafas dia dek airmata yang banyak keluar sewaktu berada di dalam bilik lamanya , dan disebabkan itu wajahnya berubah sembab .

Raihana mula baringkan tubuhnya di atas tilam membelakangi ariel . Sungguh saat ini dia tidak dapat bersemuka dengan ariel . Hatinya menjadi sedih memikirkan kehidupan dia yang selalu bertimbun dengan dugaan . Dia tidak pernah menyalahkan ariel , cuma dia sedih sebab ramai di luar sana mahu mengkhianati dia .

Aku tak layak berbahagia dengan ariel ke ? Salah ke aku menyintai dia ? Tanpa sedar , airmata raihana kembali jatuh .

Sedang raihana menangis dalam diam . Tiba-tiba satu tangan kasar memeluk pinggangnya dari belakang . Raihana terpempan . Tangan ariel mula melingkar pada pinggangnya dengan erat . Tubuh ariel jugak seakan rapat dengannya , sehingga dia dapat rasa yang dada bidang ariel terkena pada belakang badannya .

Raihana tidak mampu berbuat apa . Hanya boleh bertukar seperti patung cendana . Tapi dalam masa yang sama , dia sukakan pelukan hangat ini .

"I love you .." ucapan romantis yang keluar dari mulut ariel secara mengejut itu buatkan raihana kembali menitiskan airmata .

Saya pun cintakan abang ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience