Bab 35

Romance Series 185331

Gambar kenangan manis dia bersama ariel ditatap penuh sayu . Airmata yang merembes laju dibiarkan tanpa dikesat . Bella menarik air hingus dengan tangisan yang teresak-esak . Bingkai gambar disentuh rasa pilu , sungguh dia rindukan ariel .

Cincin yang masih tersarung di jarinya dipandang hiba . Sesunguhnya dia masih enggan memberi cincin ini kepada keluarga ariel . Biarlah dia nak simpan sampai bila-bila pun . Janji cinta dia pada ariel tak akan berubah .

Seterusnya , anak matanya jatuh memandang perutnya yang masih tampak kempis . Bahunya terhenjut-henjut bila mengingati peristiwa tersebut , anak dalam perut ni adalah anak kepada farhan . Semestinya dia tidak dapat terima kenyataan itu .

Bip .

Kedengaran bunyi mesej dari telefon bimbitnya . Kepala dikalih ke tepi , bila tertera sahaja nama farhan di kaca telefon bimbitnya . Wajahnya berubah dingin . Hidungnya sudah kemerahan .

Farhan
10:30pm
Bella . Please reply whatsapp i :(

Bella buat tak tahu . Dia biarkan sahaja mesej itu tanpa dibalas . Lagipun dia dah penat bagi arahan dekat farhan , bukannya lelaki itu faham bahasa pun . 100 kali bagi arahan 100 kali jugaklah farhan buat tak tahu .

Telefon bimbit dicampak disebelah tempat tidurnya . Dia kembali menatap wajah ariel yang terpamer di bingkai gambar miliknya .

"Aku akan pastikan yang ariel milik aku selama-lamanya ." kata-kata janji itu meniti di bibir merahnya . Dia akan pastikan jiwa dan raga ariel miliknya dan bukan milik raihana . Jika dia sanggup bertarung nyawa demi ariel , akan dia lakukan tanpa rasa gentar .

******

Kelopak mata ariel terbuka luas apabila bayang-bayang isterinya sudah hilang disebelahnya . Perlahan-lahan dia bangkit dari baring seraya mengenyeh biji mata . Segenap bilik raihana dipandang . Tak sangka yang dia boleh tertidur dalam bilik raihana , kalau macam ni lah tiap-tiap hari aku nak sakit perut .

Eh tergatal pulak .

"Awalnya dia bangun ." gumam ariel perlahan sambil menguap . Ariel turun dari katil dan perlahan-lahan kakinya menapak ke arah pintu bilik . Daun pintu dikuak dari dalam sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik tidur raihana .

Dengan wajah yang baru bangun tidur , ariel menuju ke bilik tidurnya pulak . Masa untuk dia pergi ke pejabat , cukup lah sehari dia ambil cuti . Urusan di kerja harus dilaksanakan .

Sebaik sahaja kaki ariel melangkah masuk ke kamar tidurnya , kelihatan baju kemeja lengan panjang berwarna coklat pudar dan jugak seluar slack hitam sudah pun tersusun elok di atas katil . Tak lupa jugak tie yang berwarna hitam .

Ariel mengerut kening . Tanpa aba-aba dia menuju ke arah cermin meja alat solek . Terdapat sehelai kertas nota kecil berwarna kuning yang elok melekat pada cermin besar .

Saya dah siapkan pakaian awak . Awak tinggal pakai je :)

Ariel ketawa . Sejak bila dia masuk bilik aku senyap-senyap ni ? Tanpa menunggu lama , ariel segera mencapai tuala mandi dan terus menyusun langkah ke arah kamar mandi .

Sampai sahaja di dapur , ariel mencari kelibat raihana . Aik ? Dia tak ada ? Awalnya dia kekuar rumah ? Kening ariel hampir bercantum . Namun tiba-tiba matanya terhala ke permukaan peti sejuk . Jugak terdapat sehelai nota kecil , kali ni berwarna hijau muda pulak .

Saya dah masak bihun goreng untuk awak . Ada dalam tudung salji . And maaf sebab saya kena keluar awal , ada emergency :)

Ariel gigit dinding pipi setelah habis membaca isi kandungan nota kecil itu . Emergency ? Masalah apa pulak kali ni ? Ariel berteka-teki .

Tak tunggu lama , ariel pantas membuka tudung salji . Terhidang lah bihun goreng yang nampak menyelerakan . Punggung dilabuh pada permukaan kerusi . Haih , hari ni breakfast sorang-sorang .

******

"Macam mana boleh jadi macam ni ?" raihana menyoal Nurul . Dapat sahaja call dari Nurul , segera raihana menuju ke butiknya . Nurul maklumkan kepada raihana yang butiknya sudah dicerobohi oleh manusia-manusia yang tak berperikemanusiaan .

Nurul angkat bahu .

"Aku tak tahu , fatimah yang datang dulu baru aku . Ni pun aku dapat info dari fatimah . Baru lah aku bagitahu dekat kau ." wajah keruh raihana dipandang . Habis semua perabot-perabot butiknya dihentak . Musnah belaka .

Pintu butiknya jugak sudah pecah dan musnah , sudahlah pintu butik dibuat dari kaca . Nasib baik lah baju-baju di dalam butiknya tak disentuh . Kalau tak , macam mana lah dia nak uruskan balik butiknya ?!

"Kerja siapa lah ni ?! Kalau aku dapat tahu , memang aku cekik-cekik orang tu !" raihana pandang nurul yang sudah mengamuk di hadapan . Dia mengeluh perlahan , habis lah . Punah ranah jadinya .

"Tak apa lah , nak buat macam mana . Terpaksalah aku tanggung akibatnya ." raihana berserah . Sesungguhnya dia sangat marah pada pelakunya , namun dia tiada bukti kukuh buat sekarang ni .

"Habis macam mana ? Takkan kau nak biar orang yang dah musnah butik kau macam tu je ? Dah lah kau beli butik ni mahal ." nurul bengang . Jelas sangat wajahnya kelihatan berasap . Ei kalau aku dapat jumpa orang tu , memang aku pijak sampai lumat !

"Nanti aku handle semua masalah ni . Kau tak payah risau okay . Tahu lah nanti aku nak settle macam mana ."

"Tapi masalahnya kita kena tahu siapa pelakunya ." nurul tidak puas hati . Sejak bila si rai ni suka lepas tangan ?!

"Macam mana kita nak tahu semua tu ?" raihana angkat kening .

"CCTV ?" fatimah menyampuk seketika . Pandangan raihana dan nurul berpaling ke arah fatimah . Kedua-duanya berpandangan sesama .

"Macam mana aku boleh lupa yang butik aku ada CCTV ?" raihana tepuk dahi . Nurul jugak buat perkara yang sama . Pantas raihana , nurul dan fatimah menuju ke bilik kerja raihana . Pintu bilik dikuak kasar .

Nasib baik lah bilik kerja raihana tak disentuh oleh dua orang penjenayah itu . Dan jugak berterima kasih lah kepada raihana sebab dia mengunci pintu bilik kerjanya .

******

Bella menyimpul senyuman sinis . Sangat berpuas hati ketika ini , rancangannya berjaya buat masa sekarang . Tunggulah , satu persatu hidup kau akan musnah .

"Boss , mana habuan kami ?" wajah lelaki yang kelihatan bengis menyoal bella . Bella menjeling sekilas seraya mengambil sampul surat berwarna coklat pudar , lalu diserah pada seorang lelaki yang berwajah bengis , manakala sebelah lelaki itu berbadan tegap .

"Kau jangan sesekali bukak mulut . Ini rahsia antara kita bertiga ." bella menitipkan beberapa pesanan kepada orang suruhannya . Kalau rahsia ni pecah memang habis dia dikerjakan oleh ariel , habis punah rancangannya .

"Baik boss ."

******

"Siapa dua ekor ni ?" Nurul mengerut kening sambil memikirkan kedua orang yang telah mencerobohi butik sahabatnya . Wajah raihana dipandang .

"Entah ? Aku tak pasti siapa dia orang ni . Muka bengis macam tu mana lah aku nak kenal ." balas raihana sambil menatap komputer yang berjenama apple . 

"Report polis nak ?" fatimah mencadangkan sesuatu perbuatan . Kepala raihana dan kepala nurul menoleh memandang fatimah disebelah mereka .

"Tak payah lah , benda ni boleh settle tanpa pertolongan dari polis . Lagipun saya tak nak panjangkan kes ni . Pasti ada sesuatu yang tak kena ." ujar raihana membalas cadangan fatimah . Fatimah dan nurul menganggukkan faham .

"Korang kalau nak balik , balik lah dulu ." raihana memberi kebenaran .

"Kau macam mana ?" Nurul angkat kening memandang wajah raihana yang berubah redup .

"Aku balik kejap lagi . Korang balik lah dulu ." raihana senyum nipis . 

"Betul ni ?" nurul pandang raihana yang sedang ingin memastikan keputusan kawannya . Raihana angguk perlahan .

"Okay , aku dengan fatimah balik dulu tau . Assalamualaikum ."

"Walaikumsalam ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience