Bab 60

Romance Series 185331

"Bella , farhan nak jumpa kau ." emma bukak pintu bilik bella . Terlihat tubuh bella sedang bersandar pada kepala katil . Gadis itu sedang membelek telefon bimbit dengan wajah masam ketat .

Bella naik pandang emma yang bertubuh langsing .

"Kau halau dia . Aku tak nak berdepan dengan orang yang tak berguna macam dia ." balas bella dengan angkuh . Langsung tiada sinar ceria di wajahnya tatkala nama lelaki itu meniti di bibir kawannya . Emma mengeluh perlahan .

"Dia nak jumpa kau . Ada hal penting katanya . Takkan lah aku nak halau dia macam tu je ?"

"Kau tak faham bahasa ke ? Aku tak nak jumpa dia !" suara bella mula meninggi . Memang pantang betul kalau ada orang yang suka memaksanya .

"Kalau macam tu kau hadap lah sorang-sorang ! Aku pun tak nak hadap farhan yang tiap hari datang rumah aku . Lepas tu jiran-jiran sebelah mengata mengumpat dekat aku . Salah siapa ?!" emma tayang wajah marah . Suaranya meninggi . Kalau ikutkan hati , dah lama dia halau si bella ni . Tapi disebabkan kawan karib dari zaman belajar lagi , terpaksa dia tabahkan hati dengan melayan perangai tak semenggah dari bella ni !

Gang !

Terus emma menghempas pintu bilik dengan kuat . Dia berlalu pergi ke arah biliknya , malas aku nak layan perangai si bella tu . Ada masalah dengan ariel sikit , terperuk dalam bilik macam beruk ! Ish benci betul aku !

Bella terkejut dengan emma yang menutup pintu biliknya dengan kuat . Aku yang marah ke atau dia yang marah ni ? Pelik-pelik je perangai !

Dengan hati yang sebal , bella turun dari katil . Terpaksalah dia tampal hati dia sekejap untuk berdepan dengan orang yang tak berguna macam farhan tu ! Kalau sehari tak ganggu memang tak sah malaun tu !

Bella keluar dari kamar tidurnya . Wuish berlubang pintu ni nanti kalau tiap hari nak hempas-hempas . Sempat pintu dikerlingnya .

Pintu rumah dituju dengan segera . Sampai sahaja di situ , bella memeluk tubuh dengan menayang wajah menyampah . Farhan senyum nipis apabila bella lembutkan hati untuk berjumpa dengannya .

"Apa kau nak ? Tak faham bahasa lagi ke ?" pantas bella menyoal . Memang tak lah nak lama-lama  bercakap dengan malaun ni !

"Dah seminggu gossip tu berlalu . Ariel tak ada cakap pun yang dia nak kahwin dengan you ? Sampai bila bella , you nak tuduh ariel ?" tak cakap banyak , farhan terus bercakap mengenai isu hangat bella bersama ariel .

Bella membara apabila farhan membangkitkan isu tersebut . Mencerlung tajam anak mata bella menikam wajah manis farhan .

"Kenapa kau nak sibuk ? Ini urusan aku dengan dia . Lambat dengan cepat kami akan kahwin jugak ! Kau tak perlu masuk campur hal kami !" sombongnya dia membalas . Lagak seperti yakin yang ariel bakal berkahwin dengannya . Walaupun dah seminggu ariel tak bagi kata putus .

Farhan senyum sinis .

"Agaknya you dah berapa lama tak telan kismis eh ? You dah lupa ke anak tu anak siapa ? Anak tu , anak i bella . Sampai bila-bila pun anak tu akan ber'binkan i . Bukan ber'binkan ariel . Dia bukan ayah kandung budak tu , tapi i ayah kandung dia !" bidas farhan dengan bersungguh-sungguh . Mahu sahaja dia tarik tangan bella ke masjid dan terus berkahwin di situ . Susah betul nak basuh otak bella yang dah penuh dengan kekotoran bodoh tu !

Kadang-kadang penat jugak hati ni nak berlembut dengan bella tiap hari . Ada aje pergaduhan yang akan mencetuskan kemarahan . Kalau bukan dari mulut bella dari mulut siapa lagi . Susah betul nak ambil hati bella yang dah keras macam batu ni ! Lagipun , setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan . Jadi tak salah kalau bella memberi peluang kedua untuknya ?

"Habis tu , kau ingat aku kisah ? Tolong lah farhan , jangan ganggu hidup aku . Aku tak pernah cintakan kau pun , dan aku tak pernah simpan perasaan apa pun pada kau . Walaupun anak ni anak kau , tapi tak bermakna yang kita boleh kahwin . Aku cintakan ariel , dan aku takkan lepaskan dia . Hanya anak ni sahaja yang boleh tolong aku sekarang ."

Farhan mengempal biji penumbuk . Kata-kata bella sudah menguji kesabarannya . Dia ingat anak aku tu mainan ke apa ?! Sesuka hati dia je ambil peluang mudah macam tu . Apa dia tak fikir perasaan budak tu bila dah besar nanti ?

Memang aku bersalah dalam hal ni , aku tak patut menyentuh bella pada waktu tu . Tapi bella terlalu cintakan ariel sampai cinta aku dia tak nampak . Jadi hanya peluang tu sahaja untuk aku dapatkan bella .

Tapi aku tak sangka , perbuatan aku semakin hari semakin benci bagi bella . Lagi aku mendekat , lagi dia menjauh . Apa salahnya aku untuk memiliki hati dia ?

"You ni memang tak pernah nak berubah kan ? You tak pikir ke perasaan isteri ariel nanti ? You tak malu ke mengaku yang anak tu anak bekas tunang you ? Ke rasa malu you tu dah hilang eh ?" bidas farhan sarkastik . Dia sendiri pun dah penat dengan bella . Dia pun manusia dan dia tahu macam mana perasaan seorang isteri bila ada orang lain cuba nak rampas suami dia . Selama ni bella tak fikir ke perasaan isteri ariel ?

"Wait . Selama aku bertunang dengan ariel , ada pernah dia fikir perasaan aku bila dia rampas hak aku ? Tak pernah tau tak ! Sakit aku dia langsung tak fikir . Jadi sekarang kau nak salahkan aku ? Aku buat semua ni sebab aku nak hak aku balik !" nafas bella tak tentu arah . Geram pulak dia bila farhan cuba menyebelahi perempuan yang di anggap tak guna tu . Betul lah kata aku , sepatutnya farhan dan raihana tak boleh wujud dalam dunia ni . Menyemak tahu tak !

"You nak ungkit zaman dulu you ? Hey bella , bertunang dengan isteri tak sama . Beza dia jauh sangat ! Kalau you masih tunang ariel pun , pangkat you sebesar kuman . Si isteri ariel tu , tepuk tangan jelah . Pangkat dia lebih besar pada you . You tu setakat bekas tunang tu apa lah sangat . Title tu yang you nak banggakan ?" cukup perisa farhan 'membahan' bella di depan . Hampir ketawa dia tatkala melihat riak wajah bella yang berubah mendadak .

Terasa lah tu !

"Kau pergi balik sekarang ! Aku tak nak tengok muka . Blah !" kembang kempis hidung bella sekarang . Sakit betul hati dia bila farhan membidas kenyataan seperti itu .

"Bella , i sayang you tau . I tak sanggup tengok you macam ni . I rela bertangungjawab atas apa yang i buat pada you dulu . I cuma nak sedarkan you je ." farhan memandang redup ke arah mata kecil bella .

Bella mengacip gigi .

"Aku kata blah kan ?! Blah lah !" bella tolak dada farhan sehingga tubuh lelaki itu terdorong ke belakang .

"You akan menyesal bella . I akan sanggup buat apa sahaja demi you . Kalau ini yang buat you keras hati . I terpaksa guna jalan ni ." farhan berkata dengan memberi keputusan yang muktamad . Segera farhan menonong pergi .

Bella ketap bibir . Kurang ajar punya jantan !

"Jadi betul lah anak tu anak farhan ." emma mengerling sekilas ke arah perut bella yang sedikit membuncit . Bella kalih wajah memandang emma yang tiba-tiba muncul disebelahnya .

"Tak sangka kau sanggup tuduh ariel . Insaf lah bella . Takut nanti kau tak sempat nak bertaubat ." selamba emma menuturkan kata sindir itu pada bella . Membahang wajah bella bila emma menyindir dengan sebegitu rupa .

Panas hati !

"Suka hati lah !" bella terus mengorak langkah sebelum dia sempat menjeling tajam ke arah emma . Elok lah , emma sekarang ni pun dah jadi geng si malaun tu ! Dua-dua menyemak !

Emma menggeleng kepala melihat bella . Haih ! Orang tegur pun salah , bila lah kau nak berubah bella ?

******

Rasanya dah banyak hari raihana tak sedap badan . Wajahnya kadang-kadang berubah pucat , nak pergi klinik kan takut jauh dari resort . Lagipula , dia mana lah tahu jalan pahang ni . Balik pun tak selalu , ni pun sebab ada masalah je .

Tapi disebabkan dah tak tahan sangat , raihana kuatkan badan untuk bangun dari katil . Orang cakap , kalau tak sedap badan ni mesti ada sebab . Jadi , keputusan telah pun dibuat . Aku rasa aku patut cari farmasi , mungkin di situ lah rahsianya kenapa aku tak sedap badan .

Raihana menghampiri seorang pekerja housekeeping . Gadis yang bertudung manis itu dipandang raihana . Terdetik di hati ingin merasa bagaimana bila disentuh dengan kain tudung . Raihana senyum nipis memikirkan satu dosa itu .

"Boleh saya tumpang tanya ?"

"Apa dia tu cik raihana ?"

Raihana senyum . Nampak sangat aku muda kan ? Eleh rai , padahal kau tak nak bagitahu status sebenar kau dekat orang-orang sini . Sememangnya dari awal lagi dia suruh pak long zarul rahsiakan benda ni dari semua orang . Tapi ada segelintir manusia yang kenal dia , ada jugak yang tak . Tapi raihana kan suka buat buat tak endah . Apa dia kisah , dia datang sini nak tenangkan jiwa bukan nak famous kan diri .

"Farmasi dekat sini jauh tak dari resort ni ?" tanya raihana segan .

"Oh , farmasi tak jauh pun dari sini . Tapi dekat area-area bandar jugak lah . Kalau cik rai nak pergi , keluar je dari resort ni lepas tu belok kanan . Kemudian ada simpang kiri , cik rai belok situ . Then dekat situ ada signboard 'bandar pekan cherating' . Hah cik rai guna lah jalan tu . Dekat situ macam-macam ada , restoran makanan , kedai runcit , farmasi dan macam-macam lagi ." bersungguh gadis itu menerangkan kepada raihana . Raihana senyum manis , haih dah lah cantik , manis pulak tu . Nama pun sedap . 'Indah' sedap kan ?

"Oh terima kasih ." raihana ucap tanda kasih . Senyuman raihana dibalas manis .

"Erm tapi ... cik rai nak pergi farmasi buat apa eh ?" indah senyum kelat . Dia tahu soalan dia macam bengap sikit , tapi tak salah nak tahu kan ?

"Saya pening kepala sikit . Nak beli ubat ." jawab raihana .

"Eh tapi kalau cik rai nak ubat sakit kepala , saya ada . Nak ke ?"

"Eh tak apa-apa , saya tak nak susahkan awak ." laju raihana menolak sambil tersenyum kelat . Aduh sebenarnya bukan ubat yang dia nak beli , tapi benda lain .

"Ala susah apanya , saya boleh pergi ambik sekarang ."

"Eh tak payah !" lengan indah ditarik raihana . Mati langkah indah apabila lengannya ditarik raihana . Wajah raihana dipandang kembali .

"Errr sorry .." raihana lepaskan pegangan tangannya dari lengan indah . Indah kerut kening .

"Sebenarnya saya bukan nak beli ubat je , ada benda lain yang saya nak beli . Err , terima kasih jelah ye . Saya pergi dulu ." raihana senyum payah sebelum dia mengatur langkah . Indah mengerut kening sambil matanya tak lari memandang susuk tubuh belakang raihana yang membawa langkah .

"Dah kenapa cik rai ni ?" gumam indah perlahan . Ah lantak lah ! Jangan nak sibuk hal orang lah indah !

******

"Terima kasih ." raihana tersenyum simpul ke arah pekerja farmasi itu . Sempat pekerja itu membalas senyumannya . Sebaik sahaja dia dapat membeli 'barang' yang dia mahukan , segera dia keluar dari perut farmasi . Kemudian dia menjurus ke arah keretanya .

Segera raihana menghidupkan enjin keretanya . Dah tak sabar dia nak tahu keputusan sebenar . Nak jugak lah dia merasa apa yang dia inginkan selama ni . Tapi kalau bukan rezeki dia , nak buat macam mana kan . Itu semua kehendak Allah , dia dan ariel hanya mampu merancang sahaja .

Dalam beberapa minit dia memandu kereta . Sampai jugak dia di resort pak longnya . Pantas raihana memakir kereta di tempat yang bersesuaian . Raihana bukak pintu kereta dan siap sedia untuk melangkah keluar dari perut kereta .

Di saat dia sedang berjalan menghampiri biliknya , dia dan indah bertembung mata . Raihana ukirkan senyuman kelat , sebelum indah jugak membalas senyuman itu . Indah pandang raihana dengan pelik .

Apa kena dengan cik rai ni ?

Pantas raihana lajukan pergerakannya . Sampai sahaja di pintu biliknya , raihana segera menguak daun pintu . Beg tangan diletak atas tilam sebelum dia melangkah ke bilik air .

Raihana kemam bibir memikirkan pregnancy test yang baru dia beli sebentar tadi . Betul ke sangkaan aku ni eh ? Buat seketika , raihana memuncung . Entah nak percaya ke tidak ? Ah lantak lah ! Aku cuma nak tahu je , tak salah pun .

Dengan perasaan yang takut , raihana buat jugak apa yang terdetik di hatinya .

******

Selesai sahaja , raihana segera keluar dari bilik air . Pantas benda alah itu digoncangnya . Anak mata raihana tepat memandang ke situ .

Positive .

Sebaik sahaja ternampak dua garis merah . Raihana membuntangkan biji matanya . Berdebar-debar jantungnya apabila melihat dua garisan itu . Pantas raihana menekup mulutnya . Ya Allah .. aku mengandung ?

Bergenang biji matanya . Perasaannya sekarang bercampur baur . Tak sangka yang selama ni dia mengandung , patutlah asyik pening kepala je . Cuma tak mual je .

"Abang ... kita dah ada anak !" raihana menjerit kegembiraan . Ceria betul wajahnya sekarang . Namun keceriaan pada wajahnya mula pudar apabila dia teringat yang hanya dia sorang sahaja di sini .

Raihana senyum nipis .

"Tak apa lah rai , janji kau dah capai impian suami kau . Alhamdulillah , terima kasih ya Allah .." beberapa kali raihana memanjatkan kesyukuran . Anugerah yang dia dapat sekarang benar-benar menzahirkan satu penghargaan di hati .

Alhamdulillah ...

Share this novel

anumsaidi
2019-12-31 16:59:19 

makin lama makin best citer ni.. tahniah yer kpd penulisnya..cepat2 la trus kn chaper selanjutnya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience