Bab 50

Romance Series 185331

"Astaghfirullah al-azim ! Jadi selama ni naqif dah balik KL lah ? Dan kau rahsiakan benda ni dari aku ?" Nurul bertepik di dalam corong telefon . Raihana kemam bibir seraya menjauhkan sedikit telefon dari telinganya . Kuat betul suara Minah ni !

"Nurul , aku tak ada niat pun lah nak rahsiakan benda ni dari kau . Aku cuma tak nak kau fikir yang bukan-bukan . Lagipun dia cuma nak mintak maaf dengan aku je ." balas raihana . Tangannya naik memicit pelipis .

"Memang aku akan fikir yang bukan-bukan lah . Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat kau dulu ? Lupa ?!" suara Nurul meninggi sedikit . Lagi sekali raihana jauhkan telefonnya .

Ya Allah budak sekor ni ! Memang sama perangai macam ariel !

"Ye aku ingat dan aku tak lupa pun . Benda yang aku buat tu tak salah , kami berdua tak ada buat benda yang Allah murka pun . Percaya lah aku tak ada niat nak rahsiakan benda ni . Aku cuma tak nak besarkan masalah je Nurul ."

"Masalahnya sekarang , kau dah tipu kami rai . Kau tahu kan yang naqif bekas tunang kau , jadi kau tak boleh rahsiakan benda ni dari kami . Lagi-lagi suami kau !"

"Ya aku mintak maaf .." suara raihana kedengaran mengendur .

"Kau ni memang sejenis yang biasa kena pijak kepala ke ? Bila orang buat salah , kau maafkan , bila orang buat salah , kau maafkan . Sampai bila kau nak seksa hati kau tu ?" omel Nurul . Bibirnya sudah terkumat-kamit memarahi raihana .

Iyad dan fatimah mula berbisik-bisik sambil memandang ke arah Nurul yang dari tadi membebel pasal raihana .

"Nurul benda tu dah lepas , takkan aku masih nak simpan rasa dendam tu ? Lagipun dia dah tahu yang aku ni isteri ariel , dan dia dah boleh faham status aku macam mana . Aku maafkan dia sebab aku tak nak dia kacau aku lagi ."

Nurul menghela nafas perlahan .

"Jadi selama ni dia kacau kau ?"

Raihana pejam mata buat seketika sebelum dia kembali membuka mata .

"Ye memang sebelum ni dia ada kacau aku dan dia pernah mintak peluang kedua dari aku . Tapi aku tolak sebab aku tahu siapa aku pada ariel . Aku tak nak keruhkan keadaan nurul , benda yang dah lepas tu lepas lah ." jawab raihana lancar .

"Sekarang laki kau dah marah . Now kau dah pujuk dia ke belum ?" Nurul ubah topik mengenai perkara ariel . Raihana gigit dinding pipi .

"Entahlah , aku malas nak fikir ." bersahaja raihana membalas .

"Ei perangai ! Dah buat salah tu pergi lah pujuk ke apa ke . Buat derk je kau ni kan ?" nurul mengomel .

"Aku dah mesej dia , dia tak reply . Aku dah call dia pun , dia tak jawab . So macam mana lagi aku nak pujuk dia ?" raihana menjulingkan biji mata ke atas . Tadi ada jugak lah raihana cuba menelefon dan menghantar pesanan kepada ariel , namun kedua-duanya hanya dibiar sepi . Nampak sangat ariel masih marah padanya .

Ah ! Budak sangat !

"Dia sekarang tengah kerja ke ?" soal nurul tiba-tiba , seakan ada ideal untuk diberi kepada raihana .

"Ha'ah ."

"Apa kata kau masak makanan kegemaran dia . Lepas tu kau hantar lah makanan tu dekat office dia . Mana tahu hati dia boleh sejuk ke kalau kau cuba buat cara tu ?" cadangan diberi .

"Tengok lah macam mana ." dengan selamba raihana membalas . Nurul menjegilkan biji mata meskipun bukan berdepan dengan raihana .

"Kau ni ! Buat jelah apa yang aku suruh ."

"Yeye . Aku buat ." raihana menjawab dengan malas . Sebenarnya hati dia masih marah dengan amaran ariel pagi tadi . Mana taknya , sesuka hati dia je nak larang aku tak payah pergi butik . Apa dia ingat aku usahakan butik aku tu guna bunga taik ayam ?

"Okay lah , aku letak dulu . Ingat pesanan aku tadi ."

"Ye cik nurul adia !" seloroh raihana seraya menjeling sekilas ke arah kaca TV yang kini memaparkan beberapa iklan shampoo .

"Assalammualaikum ." nurul memberi salam .

"Walaikumsalam ."

Panggilan diletak . Bibir mulut raihana mula merengus geram , masuk hari ni dah dua orang buang kemarahan dekat dia . Bukannya dia buat perkata terkotor pun ! Ish ! Nurul dengan ariel sama je perangai . Suka marah aku !

"Tengok lah , kalau aku jumpa orang yang tularkan gambar tu . Memang aku sunat dia banyak kali ! Biar dia rasa sakit tu macam mana ." terherot bibir mulut raihana memberi kata-kata keras . Siap kau durjana !

*******

Seperti yang disuruh nurul , akhirnya raihana akur untuk memilih ideal dari nurul . Nasi goreng sotong menjadi pilihannya untuk ariel makan di office nanti . Boleh dikira makanan kegemaran dia jugak lah , tapi bagi raihana lelaki tu semua dia bantai !

Siap sahaja diletak ke dalam bekas tupperware berwarna pink jambau gittew , raihana terus mengorak langkah keluar dari perut rumah . Pintu rumah sempat dikunci dari arah luar , kasut sarung di pakai . Misi untuk memujuk hati sang suami !

Handbrake kereta ditarik sebaik sahaja sampai di destinasinya . Raihana melilau memerhati segenap arah office milik keluarga ariel . Dulu , ariel pernah cakap . Kalau papanya sudah menginjak usia ke 50-an , syarikat ini akan jadi milik suaminya secara sah . Tapi disebabkan ariel malas nak fikir , dia tangguhkan dahulu keputusannya dan ingin beri papanya menguruskan dahulu syarikat tersebut .

Raihana bukak pintu kereta seraya keluar dari perut kereta . Pintu kereta di tutup kembali , dengan secalit senyuman di bibir , raihana mengorak langkah menghampiri syarikat milik keluarga ariel . Di saat raihana sedang berjalan , ada mata-mata memandang ke arahnya sambil berbisik sesuatu . Ini mesti tengah gossip pasal gambar-gambar aku dengan naqif . Eii manusia ni memang suka cari dosa mengumpat kan ? Ada je berita panas nak disampaikan .

Raihana pedulikan manusia-manusia yang memandang ke arahnya , terus dia melajukan kakinya memasuki ke dalam perut office . Sesekali dia memberi senyuman kepada staff-staff di situ . Langkah raihana dilajukan , pantas dia mendekati lif sebelum punat tingkat lima ditekan . Raihana menanti berdiri di depan lif .

Sambil-sambil tu , matanya memerhati sekeliling kawasan office keluarga ariel yang kini memenuhi kelibat-kelibat manusia . Mungkin diorang dah siap sedia mahu keluar lunch ?

Raihana melangkah masuk ke dalam lif ketika pintu lif dibuka di depannya . Kelihatan hanya dia sorang sahaja yang berada di dalam perut lif saat ini . Bagus lah , tak ada lah dia rasa janggal sangat .

Dalam berapa minit menunggu pintu lif dibuka , akhirnya pintu lif terbuka jugak . Raihana atur langkah dengan tenang , sedang dia berjalan lancar . Tiba-tiba dia mendapat satu pesanan mesej dari seseorang .

Langkah raihana mati di situ . Pantas dia mengambil telefon bimbitnya di dalam kocek seluar manakala beg makanan ariel di gantung pada jari kirinya . Mesej dibuka dengan pantas .

Unknown number
1:00pm
Hii raihana , i tunang ariel . Boleh kita berjumpa hari ni ?

Raihana mengerut kening tatkala membaca isi mesej tersebut . Tunang ariel or bekas tunang ? Haih agak dah siapa minah ni ! Dia nak buat apa jumpa aku pulak ni ? Mana dia dapat nombor telefon aku ?!

Buat seketika , raihana mula abaikan dahulu mesej itu . Nasi goreng sotong perlu berada di tangan ariel sekarang . Terus raihana masukkan balik telefon bimbitnya ke dalam kocek seraya buka langkah ke arah secretary ariel .

Pantas hanis angkat punggung apabila wajah raihana muncul dihadapannya . Hampir terkejut jugak lah dia dengan kedatangan raihana ke sini . Satu senyuman manis dihadiakan buat raihana , raihana membalas mesra .

"Puan raihana nak jumpa encik ariel ke ?" hanis menyoal walhal dia tahu niat sebenar raihana ke sini . Takkan lah dia nak jumpa bapak ariel pulak kan ?

Raihana angguk laju .

"Dia ada ke ?"

"Err encik ariel sekarang dia tengah dalam bilik meeting . Dalam dua minit kejap lagi dia keluar lah ." bagitahu hanis .

"Oh ! Tak apa lah . Saya cuma nak awak tolong bagi makanan ni pada encik ariel ." raihana keluarkan bekas tupperware . Lalu di hulur kepada hanis . Baru sahaja hanis ingin menyambut huluran raihana , raihana terlebih dahulu memotong .

"Eh kejap !" tiba-tiba tangan raihana menyeluk sesuatu di dalam beg tangannya . Hanis hanya memerhati .

Satu kertas bersaiz kecil dikeluarkan , lalu sebatang pen di atas meja hanis di sambar selamba . Hanis mengerut kening . Dilihat raihana sedang menulis sesuatu di atas kertas kecil berwarna hijau . Kemudian raihana tempikkan kertas itu pada bekas tupperware tersebut .

"Nah !" raihana sengih malu . Tak pasal-pasal aku buat hanis tunggu aku . Ini semua ariel punya pasal ! Merajuk konon !

Hanis pandang isi ayat pada kertas itu .

Sorry :(

Hanis ketawa kecil . Sudah dapat mengagak , pasti raihana dan boss nya sedang bergaduh kecil . Ni kiranya raihana cuba nak pujuk boss dia lah .

"Err puan raihana tak nak tunggu encik ariel dulu ke ?" hanis menyoal . Pantas raihana menggeleng kepala .

"Saya ada urusan lain sikit dekat luar . Awak tolong saya eh ?" raihana sengih lagi . Kalau tak disebabkan cik bella , tak adanya aku nak pas kan makanan ni dekat hanis , aku sendiri yang boleh bagi dekat ariel . Heh ! Apa masalah lah dia tu ?

Hanis akur .

"Baik puan raihana ."

"Saya pergi dulu okay ." raihana memberi tanda hormat sebelum dia membuka langkah . Hanis senyum apabila raihana sudah melangkah pergi .

"Baiknya isteri encik ariel , berbeza betul dengan cik bella ." gumam hanis bersendirian . Buat seketika ariel muncul apabila terpandangkan hanis yang masih berdiri .

"Eh encik ariel ." hanis terkejut . Pantas dia menunduk hormat pada ariel . Ariel pandang hanis yang sedang pegang sesuatu di tangan .

"Apa tu ?"

"Oh ! Ni bekal makanan untuk encik ariel . Tadi puan raihana ada datang , dia suruh saya bagi bekal ni pada encik ariel ." segera hanis hulurkan bekal itu pada ariel . Ariel sambut dengan kening bercantum sebelum matanya turun memandang ayat pada sticker note yang dilekat pada permukaan penutup bekas .

Ariel sedikit terharu dengan ayat comel itu . Matanya kembali memandang hanis di hadapan .

"Dia dah pergi ke ?" soal ariel apabila melihat tiada kelibat isterinya . Selalunya raihana akan tunggu di ruangan sofa .

"Ha'ah , puan raihana kata . Dia ada urusan kerja dekat luar , jadi dia tak sempat nak tunggu encik ariel tadi ." jelas hanis pada ariel . Ariel gigit dinding pipi , terbit rasa kecewa di hati . Dia ingatkan dapat lah dia lunch bersama raihana hari ni .

"Tak apa lah , saya masuk dulu ."

Hanis angguk kecil .

******

Raihana masih berfikir di dalam kereta , nak bagitahu ke tak dekat ariel eh ? Kalau aku tak bagitahu , nanti dia cakap aku belakangkan dia lah apa lah . Suami aku sorang tu kan mengada-ngada !

Raihana menghela nafas berat . Sebenarnya aku risau dengan cik bella , ada apa dia nak jumpa aku eh ? Ada hal penting ke ? Seingat aku , dia bukannya ada masalah pun dengan aku . Hal aku dengan dia pun dah berlalu , dia dengan ariel pun dah putus .

Buat seketika , raihana berdecit . Dia nak balas dendam ke ? Oh tidak ! Atau jangan-jangan dia nak apa-apakan aku ? Ah ! Apa yang aku fikir ni , tak baik lah buruk sangka pada orang .

Sedang raihana sibuk memikirkan bella . Tiba-tiba telefon bimbitnya kembali berbunyi mesej . Raihana terus bukak telefon bimbitnya . Nombor yang sama terpapar di kaca telefon bimbitnya .

Unknown number
1:06pm
Jangan bagitahu ariel yang i nak jumpa you .

Mata raihana sedikit membulat . Macam tahu-tahu je yang aku nak bagitahu ariel pasal ni . Aduh kusut !

Patut ke aku rahsiakan benda ni pada ariel ?

Argh !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience