Bab 70

Romance Series 185332

Tujuh bulan kemudian ...

Matahari mula terbit memancar dari langit dan terus menusuk ke tingkap bilik hospital . Gadis berambut panjang itu hanya mampu termenung memandang cahaya dari luar tingkap .

Sejak tersedar dari koma , dia memilih untuk berdiam diri . Entah kenapa dia tidak bercakap sejak dari tadi . Mungkin tentang kematian anaknya sudahpun di soal jawab dari pihak hospital .

Hati seorang ibu mana yang boleh terima dengan kematian anak ? Lagi-lagi sudah hampir ke usia lapan bulan , dah nak beranak dah pun . Tiba-tiba disahkan meninggal dunia .

Mungkin ini salah satu jawapan dari Allah atas dosa-dosa yang telah dia buat di atas muka bumi ini ? Perbuatan keji dia telahpun di balas seperti ini , dan akhirnya dia terlantar di hospital .

Pintu bilik yang sedari tadi tertutup , dikuak dari arah luar secara perlahan . Bella langsung tidak menoleh , malah dia masih dalam dunia sendirinya .

"Bella ..." Datin Sri Zareena menghampiri anaknya yang sedang bersandar pada kepala katil . Satu senyum bahagia mekar di bibir merahnya .  Alhamdulillah , akhirnya anak kesayangannya sudah membuka mata setelah berbulan-bulan dalam kegelapan .

"Doktor cakap , esok bella dah boleh balik . Alhamdulillah , kondisi bella semakin okay . Tak ada lah mama risau sangat ." tangan Datin Sri Zarenaa naik menyentuh rambut anaknya . Syukur Alhamdulillah , keadaan bella semakin pulih . Hanya luka-luka di atas dahi sahaja belum pulih sepenuhnya .

"Bella ada nak makan apa tak ? Mummy boleh call daddy sekarang . Suruh bungkuskan apa-apa untuk bella ke ?" Datin Sri Zareena menyoal . Dipandang wajah anak perempuannya .

Bella diam tidak membalas . Hanya setia memandang ke arah tingkap bilik .

"Bella , mummy tanya ni . Bella nak makan apa-apa tak ?" lagi sekali buah soalan diajukan . Perlahan-lahan bella pusingkan kepala memandang wajah Datin Sri Zareena .

"Bella nak anak bella . Bella tak nak apa-apa , bella cuma nak anak bella balik . Boleh ?" kolam mata bella mula berair . Suaranya jugak sudah berubah sebak . Datin Sri Zareena mengeluh .

Sebenarnya , hal farhan pun bella belum tahu . Cuma hal kematian anak bella sahaja yang mampu Datin Sri Zareena bagitahu .

"Bella .. bella kena terima kenyataan . Anak bella dah mati , dah tak boleh nak diselamatkan lagi . Bella tak boleh macam ni , nanti Allah marah ." balas Datin Sri Zareena dengan lembut . Bella mampu tayang wajah pilu , tersedu-sedu dia menangis di hadapan ibunya .

"Tapi bella belum sempat nak jaga dia . Kenapa semua orang bencikan bella ? Kenapa bella tak boleh bahagia ? Bella jahat sangat ke mummy ?" pilu hati bella saat ini . Sungguh tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan dia ketika ini .

Datin Sri Zareena naik mengesat airmata anaknya . Satu senyuman hambar terukir di bibirnya .

"Bella tak jahat . Semua manusia tak pernah lari dari kesilapan . Jadi kita kena ubah sikap kita ke arah kebaikan . Bella jangan lah fikir yang bukan-bukan . Semua orang sayangkan bella , mummy and daddy pun sayangkan bella sangat-sangat !"

Bella senyum nipis .

"Mummy .."

"Ye ?"

"Farhan mana ?"

Terkelu lidah Datin Sri Zareena saat mendengar soalan anaknya . Berubah terus wajah Datin Sri Zareena .

"Emm dia ada je . Kenapa bella tanya ? Bukan bella tak suka ke tanya pasal dia ?" kening Datin Sri Zareena terangkat sedikit .

"Dia sepatutnya ambil kisah pasal anak dia . Takkan dia nak lepas tangan macam tu je ? Mana dia pergi ?" bella sedikit marah . Sepatutnya awal-awal lagi farhan harus ada di hospital . Bukannya hilang macam tu aje ! Nampak sangat tak ambik kisah pasal aku .

Datin Sri Zareena ketawa palsu .

"Ala , bella bukan kisah pun kalau dia tak ada dekat sini kan ? Tak apa , mummy ada . Mummy boleh jaga bella ."

"Tapi dia ayah kepada anak bella . Jadi dia kena ambil tahu pasal bella . Jangan ambil mudah macam tu je . Bella tak suka !" mata menjeling apabila mengenangkan perangai satu lelaki itu .

"Bukan bella benci dia ke ? Kenapa nak suruh dia ambil tahu pasal bella ?" Datin Sri Zareena seolah-olah mencucuk bella dengan soalan-soalan pedas .

Bella sentap . Terus terdiam sekejap .

"Dah , jangan fikirkan lagi . Kita kena hidup dan lupakan apa yang pernah terjadi ." ujar Datin Sri Zareena . Bella mengerut kening .

"Maksud mummy apa ?"

"Tak ada apa lah ."

Buat seketika , keadaan menjadi sepi kembali . Tetapi bella masih belum dapat meneka kata-kata Datin Sri Zareena . Mummy ada sembunyikan apa-apa dari aku ke ?

******

Raihana gelisah menunggu ariel yang dari tadi tak siap-siap membancuh susu di dapur . Sudah lah dari tadi anak perempuannya merengek meminta susu botol .

Si ariel ni pun lambat betul ! Buat apa lah lama-lama sangat dekat dapur tu ? Aku nak pergi buat dia tak bagi ! Kononnya tak nak susahkan aku . Haih !

"Kejap ye sayang . Papa tengah buat susu tu ." raihana seakan memujuk anak perempuannya walhal dia tahu pujukan dia tidak menjadi . Mananya bayi usia tujuh bulan nak dengar cakap ?

Tangisan baby Sara Rainann kini semakin bingit . Raihana mendengus perlahan , ariel ni pandai tak buat susu ?

"Abang ! Cepat sikit , Rainann dah mengamuk ni !" laung raihana dengan kuat . Berharap ariel mendengar di tingkat bawah .

"Okay ye kejap !" balas ariel sambil mengocak botal susu dengan cepat . Segera dia melangkah ke arah tangga sebelum dipanjat .

Kaki di tuju ke arah bilik tidur . Pantas pintu bilik dibuka dan segera katil dihampiri . Saat ariel menghulur botol susu , laju raihana capai sebelum disumbat ke dalam mulut anaknya .

"Abang ni buat susu pun lambat !" omel raihana dengan geram . Ariel sengih dan mula melabuhkan punggung disebelah isterinya .

"Tadi abang lupa nak letak air panas . Pergi terletak air sejuk pulak ." adu ariel perlahan . Raihana menjeling sekilas .

"Tula abang , tadi saya nak buat abang tak bagi ."

"Ala , salah sikit je pun . Tak apa , kali ni abang takkan buat susu lambat-lambat lagi ." satu sengihan kerang busuk terukir di bibir merahnya . Raihana tarik wajah .

"Kenapa abang nak risau sangat pasal saya eh ? Saya okay je ."

"Sebab .. abang tak suka susahkan awak . Kalau boleh , abang nak senangkan awak ." balas ariel .

"Kerja rumah pun abang tak bagi saya sentuh . Saya dah habis pantang dah pun ." raihana seakan membantah tindakan ariel . Kalau ye pun sayangkan aku , tak payah lah sampai nak larang aku itu ini . Aku pun sayangkan suami aku , aku tak nak dia susah sebab aku .

"Dah lah , yang penting baby Rainann dah tak nangis ." ariel senyum lebar sambil membelai rambut sikit anaknya . Ariel mati-mati ingatkan baby lelaki , rupa-rupanya baby perempuan .

Dah bukan rezeki nak baby lelaki . Tak apa , asalkan baby Rainann keluar dengan secara normal tanpa cacat cela . Itu pun dah cukup buat ariel .

"Sayang ... tadi kan office ada call abang ." lambat-lambat ariel bagitahu sambil tersengih-sengih di hadapan raihana .

"Lepas tu ?" raihana pandang ariel dengan lagak samseng .

"Lepas tu , abang kena pergi office sebab ada hal yang abang kena selesaikan . Boleh kan ?" ariel memandang raihana dengan pandangan berharap . Satu senyuman payah terlakar di bibirnya .

"Abang kan dah janji takkan tinggalkan baby Rainann dengan saya ?" raihana bengang . Entah lah , sejak dua menjak ni dia tak suka ariel kerap keluar dari rumah . Mungkin sebab dia takut ariel cari yang lain ? Yelah , dah ada anak sorang mana lah tahu dah muak tengok muka yang sama ?

"Sayang ... abang janji takkan balik lambat . Lagipun abang pergi sekejap je . Memang kena selesaikan hari ni jugak . Please ?" ariel keruhkan wajahnya seakan sangat berharap kepada isterinya Raihana menjeling dan baru lah dia mengangguk lemah .

"Okay lah .."

Ariel senyum lebar sebelum tangannya naik mengusap ubun-ubun raihana .

"Terima kasih sayang .."

"Uhm , sama-sama ." sengaja raihana tidak membalas pandangan ariel , sebaliknya dia fokus ke arah Rainann yang sedang kusyuk menghisap susu .

Ariel tahu , raihana tak berapa setuju . Tapi ni jugak demi kerjayanya , kalau tak ada semua tu macam mana dia nak tanggung isteri dan anaknya ? Jadi dua-dua amat penting baginya . Well sememangnya , isteri dan anak harus nombor satu . Tapi kerjaya jugak harus diteliti kan . 

******

Masuk hari ni dah lima hari bella berada di rumah , tapi dia masih musykil tentang farhan yang langsung tidak menjenguknya . Apa sudah lupa ke dia dekat aku ? Atau dia dah benci dekat aku ?

Itu yang selalu bermain di fikiran bella . Setiap hari dia akan termenung fikirkan tentang farhan . Dia cuma pelik , farhan sudah tidak ambil peduli tentang dia ke ? Sejak kematian anaknya , farhan langsung tidak munculkan diri .

Bahkan , telefon dan mesej jugak langsung tak berbunyi . Selalunya farhan akan ganggu dia setiap masa , tapi sejak dah sedar dari koma . Farhan hilang macam tu je .

Atau ada rahsia yang mummy simpan dari aku ke ?

"Bella .." Datuk Sri Khaleed muncul dibelakang bella . Perlahan-lahan dia menghampiri anaknya yang sedang termenung di balkoni rumah .

"Mummy dengan daddy nak keluar sekejap . Kamu ada nak pesan apa-apa tak ?"

Bella geleng kepala .

"Okay lah , daddy keluar dulu ." belum sempat Datuk Sri Khaleed mahu melangkah setapak , bella terlebih dahulu menghalang .

"Daddy ."

"Yes ?"

"Mana farhan ? Dah lima hari bella tak nampak bayang dia ? Dia hilang ke mana ?" soal bella dengan riak wajah tegang . Datuk Sri Khaleed gigit bibir .

"Dia ... dia ... emm ada . Yes dia ada je . Kenapa ?" tergagap-gagap Datuk Sri Khaleed membalas soalan anaknya . Bella seakan tidak percaya .

"Kalau dia ada , kenapa dia tak datang sini ? Sepatutnya dia kena ambik tahu pasal kematian anak dia . Tak boleh lah lepas tangan macam tu je !" bella bengang . Kembang kempis hidung bella menahan amarah .

"Waktu bella dalam koma , semua urus pasal kematian anak bella semua dia selesaikan . Langsung dia tak lepas tangan , sebaliknya dia ambil tahu semuanya . Siang malam dia jaga bella , biarlah dia rehat pulak ." balas Datuk Sri Khaleed . Ketika ini hati Datuk Sri Khaleed menjadi sebak .

Ya , rehat di alam sana . Semoga syurga buat ia .

Bella terdiam seketika . Habis lenyap semua kemarahan dia apabila Datuk Sri Khaleed memberitahu segala hal tentang farhan yang menguruskan kematian anaknya .

"Bella kan dah tak perlukan dia , buat apa bella nak tahu pasal dia lagi . Bagi lah dia rehat pulak ye . Kesiankan dia ." ujar Datuk Sri Khaleed menahan sebak . Bella pandang bapanya dengan pandangan hairan .

Rehat ? Apa maksudnya ? Setahu dia , farhan bukan lelaki yang mudah mengalah . Lagi-lagi bab mendapatkan cinta dia , memang takkan kenal apa itu erti 'rehat' . Farhan cinta mati dekat dia , takkan farhan dah boleh lupakan dia macam tu je ?

"Tapi bella nak dia tahu , yang semua terjadi dekat bella adalah disebabkan dia . Jadi bella nak jumpa dia jugak ! Ini antara hidup dan mati bella . Kalau tak disebabkan dia , anak bella takkan mati ! Bella nak tuntut hak bella daddy !"

"Okay ! Esok kita bawak bella jumpa farhan . Boleh kan abang ?" Datin Sri Zareena tiba-tiba sahaja muncul secara mengejut . Wajah tegang Datin Sri Zareena seakan membuat bella risau .

Apa sebenarnya yang diorang rahsiakan ni ?

"Okay . Besok kita jumpa farhan ." Datuk Sri Khaleed memberi kata putus . Terdiam terus bella apabila mendengar jawapan bapanya .

Kalau itu lah caranya , dia akan turun jumpa farhan . Hak tetap hak , walau macam mana sekalipun , dia akan tetap tuntut keadilan !

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-07 00:37:03 

sedih la bc bab ni

JustAPerson
2020-02-06 20:01:02 

baru berkesempatan catch up bab bab hari tu hehe. wah version kali ni lain sikit ya dari .


NovelPlus Premium

The best ads free experience