Bab 58

Romance Series 185331

"Ya Allah ya tuhan ku , kau ampunkanlah dosa-dosaku , kau ampunkanlah dosa-dosa isteriku , kau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu-bapaku . Dan kau ampunkanlah dosa-dosa mertuaku . Ya Allah , sesungguhnya aku amat merindui isteriku , kau tolong lah lembutkan hati isteriku untuk kembali semula padaku . Ya Allah , tolong sampaikan rinduku padanya . Sesungguhnya hanya kau sahaja yang mampu mendengar doaku . Rabanna atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah , waqina 'aza bannar , wallahamdulilahi rabbil alamin .."

Setelah diaminkan , ariel menarik nafas baru . Mengadu pada Allah s.w.t , sudah cukup buat hati dia tenang . Ariel segera bangun dari atas sejadah sebelum dia lipatkan kain sejadah dan terus disangkut pada ampaian kecil . Ariel bukak songkok dan letak di atas meja solek . Kemudian dia mengatur langkah ke arah katil seraya menghenyak punggung di tirai katilnya .

Dia mengeluh buat seketika . Perasaan rindu dia kepada raihana semakin membuak-buak . Waktu dia berdoa kepada Allah , hatinya menjadi sebak . Dia sangat sedih kerana isterinya terlalu banyak terima ujian dari Allah . Dia tahu , raihana sebenarnya tak kuat tapi sengaja buat-buat kuat .

"Rai , abang rindukan awak . Dah tiga hari awak tak ada di sisi abang . Mana awak pergi sayang ?" ariel berkata sendiri . Matanya turun memandang ke bawah , termenung memikirkan tentang isterinya . Dia berharap , raihana tahu isi hati dia sekarang . Dia betul-betul rindukan raihana , bukan hanya hari ni . Tapi setia hari setiap minggu setiap bulan dan setiap tahun dia akan rindu dan mencintai isterinya .

Hatinya mula sebak tak terkata . Tanpa sedar , airmata mula turun dengan perlahan-lahan . Tapi tak lama apabila pintunya diketuk dari luar . Ariel pantas menyeka airmatanya .

"Masuk lah , pintu tak kunci pun ."

******

Raihana melipat sejadah dan disangkut di ampain kecil . Kemudian dia bangun tanpa membuka kain telekung , punggung dilabuh pada tirai katil bawah . Buat seketika , dia menjatuhkan airmata tanpa sedar . Tapi cepat-cepat dia menyeka , dia tak nak hati dia lemah . Dia yakin , ariel mampu lakukan sendiri tanpa adanya dia . Dan dia akan pulang tak lama lagi selepas ariel selesaikan masalah tersebut .

Digenggam kain telekung pemberian suaminya . Hatinya berdegup laju seakan terasa sakit di situ . Dia menarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan .

"Tiba masanya nanti , saya akan pulang ke pangkuan abang . Abang jangan risau , saya disini sentiasa rindukan abang . Dan rasa cinta itu , tidak akan pernah hilang macam mana dulu saya pernah cintakan abang ." raihana tersenyum sendiri . Dipandang wajahnya melalui cermin solek .

Dipejam mata dengan rapat . Apabila matanya kembali membuka , tiba-tiba dia ternampak kelibat suaminya di segenap arah balkoni chalet . Raihana terkejut melihat ariel yang sedang tersenyum kacak di hadapannya .

"Abang .." raihana memanggil . Baru sahaja dia ingin bangkit dari katil , bayang-bayang ariel mula hilang sekelip mata . Raihana mula tersedar , rupanya itu hanya bayang-bayang ariel . Dia mungkin dalam dunia khayalan yang dia reka sendiri . Tak mungkin ariel ada disini .

"Ya Allah rai , tolong lah jangan macam ni ." raihana mengingatkan diri sendiri . Sedaya-upaya dia mengelak dari memikirkan ariel . Buat setakat ni , biar kau tenangkan diri kau dulu . Aku yakin , ariel boleh buat semua ni untuk aku . Ya , kau kena yakin rai !

Bibir menghembus nafas baru . Dia mengucap buat seketika untuk menghilangkan rasa pelik yang ada di fikirannya .

******

Emma memulas tombol pintu bilik bella sedikit , dilihat bella sedang menangis teresak-esak di atas katil . Sudah tiga hari bella mengurung diri dalam bilik tanpa menjamah sedikit pun makanan , air apatah lagi . Betul-betul kemurungan nampaknya .

Perlahan-perlahan bella melangkah masuk seraya mendekati sahabat baiknya . Punggung dihenyak di tirai katil bersebelahan bella . Wajah sembab bella dipandang .

"Agak-agak sampai bila kau nak kurung diri dalam bilik ni ? Dah tak ada rasa nak sentuh nasi ke ?" emma menyoal sarkastik . Bella tarik hingus di hidung , kemudian dia memandang emma .

"Siapa benarkan kau masuk bilik ?" soalan dibalas soalan . Emma ketawa dibuat-buat .

"Aku nak masuk ke , aku tak nak masuk ke . Suka hati aku lah , ni kan rumah aku ." emma membalas dengan jawapan sarkastik . Bella hantar pandangan kosong . Kawan dia sorang ni , kalau jawapan tak menyakitkan hati memang tak sah !

"Kau ni , dah tiga hari kau duduk dalam bilik . Tak kesian dekat anak kau ke ?" kali ini emma menyoal lembut , tidak seperti tadi . Bella menunduk kepala seketika sebelum dia kembali mengangkat kepala . Wajah hitam manis emma dipandang dengan mata yang berair .

"Aku sedih ." hanya itu jawapan bella . Suaranya mula kedengaran sebak mendalam . Emma mengeluh , tahu sangat kalau dah sedih tu . Sejak bella keluar jumpa ariel , terus bella berperangai macam ni .

"Sebab ariel ?" tebak emma . Lemah bella mengangguk .

"Kenapa kau nak kejar cinta kau yang dah lama dia buang ? Dah tak ada laki lain ke dekat dunia ni ? Kau kena faham , walau macam mana pun , dia tetap pilih isteri dia ." ujar emma yang ingin memberi taklimat kepada sahabatnya sedikit . Bella tersenyum sinis sambil menggeleng kepala banyak kali .

"Tak , tak ! Sepatutnya perempuan tu yang kena faham aku . Dia tak tahu ke hubungan aku dengan ariel macam mana dulu ? Kitorang bahagia ! Tapi bila dia muncul dalam hidup ariel , semuanya musnah . Jadi apa alasan aku untuk tinggalkan ariel ? Dia yang rampas emma !" balas bella yang ingin membela cintanya . Aku langsung tak heran dengan status perempuan tu sekarang ! Apa yang aku nak , pasti akan aku laksanakan !

"Tapi anak dalam perut kau tu bukan anak ariel kan ?" emma mengubah topik mengenai 'anak' yang dikandung bella . Wajah bella mula berubah gelisah . Air liur ditelan kesat .

"Dah tak payah nak buat muka macam tu . Aku tahu punca sebenarnya bella . Bagitahu aku , anak tu anak farhan kan ?"

Bella segera menggeleng kepala . Ingin menidakkan kata-kata emma . Dia takkan sesekali mengaku yang anak dia kandung sekarang ni adalah anak farhan . Tidak ! Memang tidak sama sekali ! Walau macam mana sekalipun , anak yang dia kandung sekarang akan jadi anak ariel !

"Farhan tak ada kena-mengena emma . Kau jangan sebut nama dia !" bella memberi amaran sambil menjegilkan biji mata kepada emma . Emma mengeluh perlahan , kalau aku pulas telinga bella sekarang adil tak eh ? Payah betul nak hilangkan debu-debu degil dia ni !

"Tak ada kena-mengena kenapa pulak ? Kau tahu tak , pagi tadi dia datang rumah aku . Dia nak jumpa kau , siap bawak bunga lagi . Tapi aku tak bagi jumpa sebab keadaan kau macam ni . Aku pelik , kenapa dia ambil berat sangat pasal kau . Aku nak tahu jugak , apa hubungan kau dengan dia ?" emma mengangkat kening , dahinya sudah bergerak-gerak .

"Aku dengan dia tak ada hubungan apa-apapun . Dia tu yang lebih ! Dah lah emma , yang pasti kau kena percayakan aku . Anak ni anak ariel . Bukan anak farhan atau sesiapapun ." bella membalas . Masih dengan kedegilan dia . Emma gigit dinding pipi . Entah kenapa dia rasa bella seolah-olah membohong mengenai 'anak' yang ada dalam perut sahabatnya .

"Dah lah emma , aku nak rehat . Kau keluar lah ." bella mula baringkan tubuhnya membelakangi emma . Emma pandang lama .

"Janji dengan aku . Lepas je kau rehat . Kau makan okay ?" emma bersuara perlahan . Dia bukan apa , walau macam mana sekalipun , bella tetap kena utamakan anak dalam perutnya . Kalau tak jamah nasi , macam mana nak sihat ? Muka pun dah nampak pucat .

Bella tidak membalas jawapan emma . Hanya dibiar sepi . Emma menggeleng kepala dengan perlahan sebelum dia bangun dari duduk . Segera dia mengorak langkah meninggalkan ruangan bilik bella . Lantak kau lah bella , apa-apa jadi jangan kau mengadu dekat aku ! Degil sangat kan ?

******

"Ariel tak cuba call rai ?" makcik niah menyampuk tatkala memandang anak majikannya di luar rumah . Kelihatan ariel sedang merenung ke arah kolam ikan . Haih ! Murung sangat tu .

"Dah cuba , tapi tak angkat . Biar lah dia . Mungkin betul jugak apa dia cakap . Ketenangan tu harus ada dalam jiwa . Ariel akan bagi dia kebebasan buat sementara ni ." balas ariel setelah menyedari kehadiran makcik niah . Makcik niah berlabuh punggung di sisi ariel .

"Tapi kenapa perlu pilih jalan ni ? Kesian makcik niah tengok ariel macam ni . Setiap hari termenung ." niat bukan nak menyibuk , tapi kita sebagai orang tua tahu macam mana perasaan orang lelaki (muda) bila ditinggal isteri .

Ariel senyum nipis .

"Ariel okay lah . Insyaallah , masalah kitorang akan selesai tak lama lagi . Dan masa tu jugak , rai akan pulang ke sini ." jawab ariel perlahan . Dia rasa mungkin patut raihana mencari ketenangan . Lagipun , dah banyak isterinya merasa kesusahan sewaktu dengannya . Biar lah kali ni raihana merasa kebebasan sedikit . Bukannya selalu kan ?

"Kesian makcik niah tengok ariel dengan raihana . Selalu diberi ujian . Tak habis-habis dengan masalah bekas tunang ariel tu ." bila mengenangkan perangai si bekas ariel tu , memang menyirap jugak lah darahnya . Dah tak ada laki lain ke sampai laki orang pun dia nak jugak ?

Ariel tayang wajah kosong .

"Tula , ariel pun dah pening pikirkan pasal dia . Tak habis-habis kacau hidup ariel dengan rai . Kadang-kadang , kitorang yang akan selalu jadi mangsa dia . Ariel pun dah penat makcik niah ." luah hati ariel . Dia sendiri pun dah penat nak melayan perangai gila sewel bella tu . Haih ! Tula ariel , semuanya punca dari kau !

"Rasanya , hari tu dah baik kan ? Aman je makcik niah tengok ariel dengan rai waktu tu . Tiba-tiba je makcik niah dapat tahu yang si bella mengandung . Entah anak siapa pun tak tahu lah ." tutur makcik niah sambil mengerut kening . Ariel angkat kedua belah bahunya .

"Entah lah , ariel malas nak fikir . Point sekarang ni , ariel cuma nak selesaikan masalah ni . Ariel dah janji dengan rai . Ariel tak nak sakitkan hati dia lagi ." bersungguh ariel menyatakan hasratnya kepada makcik niah .

Makcik niah tersenyum mendengar . Untung raihana dapat suami yang jenis faham isteri . Baik dan jujur pulak tu . Memang pakej !

"Baguslah , makcik niah doakan supaya rai balik semula ke sini . Dan hidup bahagia dengan kamu . Makcik niah tak ada anak , jadi kamu jelah yang boleh makcik niah anggap sebagai anak ." bicara makcik niah sambil berdoa . Dia sendiri pun tidak mempunyai anak , atas kerana diri yang bermasalah . Suami pulak awal-awal lagi dah pergi tinggalkannya . Mana lagi dia nak menumpang kasih kalau bukan dalam keluarga ariel .

"Makcik niah jangan risau . Keluarga ariel dah anggap makcik niah macam keluarga kitorang sendiri tau ." ariel memberi kata-kata semangat pada dalam diri seorang makcik itu . Dia tahu , jasa makcik niah terlalu banyak dalam keluarga ini . Jadi sayang kalau nak diberhentikan . Lagi pun , encik zaidi tak menganggap makcik niah macam orang gaji , tapi dah anggap macam mak dia sendiri . Hidup itu indah kan ?

Makcik niah tersenyum manis . Dia bersyukur sangat kerana dapat mengenali keluarga ariel . Sangat-sangat beruntung dapat masuk dalam keluarga kecil ariel .

Alhamdulillah ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience