Bab 3

Romance Series 185331

Raihana menghampiri meja makan lalu memilih tempat di hadapan puan zaimah . Bibirnya mencebik saat anak matanya bertemu dengan anak mata ariel . Dia buat apa lagi dekat sini ? Menyampahnya aku ! Dah lah suka hati panggil aku pretty nasib baik aku memang pretty . Heh angkat bakul sendiri pulak kau raihana .

"Lambat turun rai ?" soal puan zaimah sambil menuang segelas air berperisa rebina , lalu diberi kepada ariel .

"Tadi solat zohor ." jawab raihana ringkas seraya tangannya menyenduk lauk-pauk yang sememangnya menggiurkan seleranya .

"Tak pergi butik ke ?" puan zaimah menyoal lagi . Dipandang wajah anak perempuannya yang sudah menyuap nasi menggunakan tangan . Walaupun raihana dilahirkan sebagai orang bandar , namun gayanya tetap seperti orang kampung . Ini semua ajaran tok neknya .

"Tak pergi , nurul yang handle . Lagipun rai penat sikit ." sememangnya dia sangat penat hari ni . Rasa nak meletup aje kepala dia . Ini semua sebab naqif ! Kalau ye pun sibuk pasal kerja di Sabah tu , janganlah sampaikan aku pun dia lupa ? Tak pasal-pasal aku kena menghadap bebelan mama semalam !

Ariel sekadar mendengar . Namun anak matanya terhala tepat ke arah wajah cantik raihana . Memang tak boleh dinafikan lagi , raihana memang mempunyai wajah yang cantik . Bebola mata ariel mula merenung segenap wajah raihana . Bermula dari mata bundar yang berwarna coklat pudar , dengan pipi yang merah bak delima , hidung yang mancung yang elok ditengah-tengah dan yang paling terakhir bibir kecil yang semanis tomato .

Terpana ariel seketika . Terus dia mengalihkan pandangannya dan pura-pura membuang semula pandangan dia kepada raihana .

Ingat bella ariel !

"Pasal naqif macam mana ? Dah bincang ?" kemudian puan zaimah menyoal mengenai tunang raihana . Mendengar sahaja segaris nama itu membuatkan ariel mengerutkan keningnya .

"Naqif ? Siapa tu mak long ?" pertanyaan itu akhirnya terpancul dari mulutnya . Macam pernah dengar namanya ? Tapi lupa pulak nak ingat . Pantas raihana memandang ariel . Dah kenapa tenuk ni sibuk nak tahu pasal naqif pulak ?

"Naqif tu tunang rai . Dah dua tahun bertunang tapi tak pernah nak discuss pasal wedding ." bagitahu puan zaimah sambil mengadu soal naqif kepada ariel . Ariel sekadar mengangguk-anggukkan kepala . Rupa-rupanya raihana dah bertunang , patutlah tadi aku ternampak cincin permata di jari manisnya ?

Wajah raihana berubah tegang .

"Ma , please jangan buruk-burukkan naqif depan orang lain . Rai akan discuss pasal ni dengan naqif nanti . And you , do not interrupt my thing . Just shut your mouth !" wajah ariel dipandang selepas dilontarkan kata-kata amaran pada puan zaimah . Tajam dia menikam anak mata ariel . Mahu sahaja dia cabut gigi ariel biar rongak !

Ariel tidak membalas . Hanya menayang wajah selamba sahaja. Apa dia takut dengan pandangan tajam raihana ? Bukannya seram pun ?

******

Bibirnya bergerak mengikut ayat-ayat di dalam novel yang bertajuk 'kaki ku kaki mu jua' hahahaha .. apa punya tajuk lah novel ni ? Siapa lah penulis dia ? Raihana menggeleng kepala seketika sebelum matanya menangkap susuk tubuh tegap seorang lelaki . Hilang terus sinar keceriaan di wajahnya . Baru dia nak damai-damai di hadapan swimmingpool . Dah ada malaun mengacaunya .

Ariel melabuhkan punggung dihadapan raihana . Anak matanya yang berwarna coklat mula memandang segenap wajah cantik raihana . Bibirnya tersenyum sinis .

"Apa ?" raihana menyoal kasar . Acuh tak acuh dia memandang ariel .

"Tak rindu ke dekat saya ? Dah tiga tahun kan kita tak berjumpa ." ariel mengambil peluang untuk berbual dengan raihana . Sememangnya sudah tiga tahun mereka tidak bersemuka semenjak ariel menyambung pelajaran di bumi London . Dan selepas itu mereka tidak lagi ketemu . Kali terakhir mereka bertemu sewaktu raihana hadir ke majlis pertunangannya . Itu pun hanya sekejap sahaja . Entah kenapa lah wanita dihadapan dia ini benci sangat dengan dia ?

Wajah cantik itu diamati . Sayang muka cantik tapi mulut mengalahkan mulut murai . Wajah ariel dipandang dengan pandangan terpaksa .

"Untuk apa saya nak rindukan awak ? It doesn't matter for me , the more painful my heart is ." raihana menjawab dengan sinis . Langsung tak terlintas dipikirkannya untuk rindukan hamba Allah ini . Lebih baik dia rindukan tunang dia di Sabah itu .

"Kenapa tiap kali kita berjumpa , awak pasti cakap yang saya ni menyakitkan hati awak ? What have i done to you ? Tell me ?" soal ariel dengan wajah yang ingin tahu kebenaran . Dia pun dah lupa apa yang dia dah buat pada gadis dihadapan dia ini ?

Raihana gelak sinis . Jelas kedengaran yang gelaknya dibuat-buat .

"Your forgot ?" ketawa sinisnya diulang lagi . Ariel hanya mengangguk kepala , dia cuba mencerna kembali ingatannya tapi sukar untuk dia ingat . Apa eh lupa dah ?

"Seriously ?" raihana tidak puas hati . Ariel angguk lagi .

"Yes sara raihana binti zamarul ." nama penuh raihana disebut . Raihana mengetap bibir . Geram dengan tindak balas dari ariel .

"Awak dah koyakkan teddy bear pemberian tunang saya and awak boleh cakap yang awak lupa ? Seriosly ariel ? Mana perginya ingatan awak tiga belas tahun yang lepas dulu ?" suara raihana berubah keras . Masih segar bugar lagi ingatannya sewaktu kejadian tiga belas tahun yang lepas walaupun waktu tu naqif belum menjadi tunangannya lagi . Di mana naqif pernah memberi anak patung sebagai hadiah hari jadinya . Dan tak lupa jugak apabila ariel pernah mengoyakkan anak patung tersebut atas sebab ingin mengenakan raihana . And dia cakap lupa ?!

Ariel terkesima . Rupa-rupanya raihana masih mengingat kejadian tersebut ? Dan paling dia tak sangka , raihana masih berhubungan dengan lelaki yang pernah memberi hadiah kepada sepupunya ? Dan dia tunang kepada raihana ? So itu lah naqif ? Patutlah dia rasa macam kenal dengan nama tu !

"Kenapa diam ? Dah ingat ke ?" raihana menyoal sinis . Tangannya disilang ke atas dada . Tepat anak mata merenung wajah kacak ariel .

"So sebab tu awak bencikan saya ?" tebak ariel yang masih lagi tak sangka .

"Yes and yes !" jawab raihana seraya menjeling ariel sekilas . Dah tahu tanya lagi ? Memang tak hairan lah aku panggil dia tenuk !

"Rai , benda tu dah lepas . Buat apa awak nak simpan lagi ?" ariel membalas yang cuba mengingatkan raihana . Kejadian tu dah lama berlalu , takkan raihana masih mahu menyimpan rasa benci terhadapnya ?

"You know what ? I still hate you ! I hate you ariel !" raihana membidas sebelum punggungnya di bangkit dan berlalu masuk ke dalam rumah dengan hati yang penuh dengan kemarahan .

Ariel meraup wajah sambil menghembus nafas panjang . Apa kena lah minah tu ? Tak logik langsung ?!

******

"You know what ? I still hate you ! I hate you ariel !"

Ariel meraup wajah apabila ingatannya mula melayang terfikirkan kata-kata Raihana tengahari tadi . Jadi selama ni Raihana masih menyimpan rasa benci terhadapnya ? Hanya disebabkan hal remeh-temeh seperti itu ?

Huh . Nonsense !

"Bie !" terasa seperti ada sesuatu yang menjalar di batang tubuhnya . Pantas ariel memusingkan badannya menghadap seseorang individu yang sesuka hatinya memeluknya .

Siapa lagi kalau bukan bella ?

"Sayang ? What are you doing here ?" perlahan-lahan ariel meleraikan tangan bella yang menjalar di pinggang sasanya . Jelas wajahnya terkejut dengan kehadiran bella yang sesuka je main redah masuk ke biliknya .

Bella tersengih-sengih .

"I miss you lah . Sebab tu i datang sini ." jawab bella .

"Okay .. Tapi kenapa perlu nak terjah masuk bilik i ? Nanti apa pulak kata my parents bila you masuk bilik i . Tak senonoh lah you ni !" omel ariel . Bibir bella sudah tercebik-cebik bila ariel menegaskan dengan kata-kata seperti itu .

"Salah ke i nak masuk bilik you ? Lagipun i ni tunang you tau ? Mama papa you okay je i tengok ?" tangannya di silang ke atas dada . Mata tepat memandang wajah tampan ariel .

"Mana you tahu mama papa i okay ? And you tak takut ke kalau kita kena tangkap khalwat ? Even kita bertunang sekalipun tak bermaksud yang kita halal ."

Bella mendengus perlahan .

"Yang you nak marah tak tentu pasal ni dah kenapa ?" angin monsun dari bella sudah keluar . Naik geram betul dia bila ariel tiba-tiba sahaja memarahinya . Macam selama ni tak pernah berdua-duaan pulak !

"Okay fine ! I'm sorry ." nafas dihembus perlahan-lahan . Wajah tunangnya dipandang sayang .

"Okay you nak apa dari i ?" ariel mengalah .

"I nak ajak you pergi shopping ." sedikit demi sedikit , hatinya kembali ceria apabila ariel mencuba memujuknya . Ariel mengemam bibir . Okay guys perangai shopaholic cik bella kita sudah muncul .

"Dah malam kan ? Takkan you nak ajak i ?"

"No tak kira . I tetap nak ajak you jugak !" wajah dipaling ke tepi , seolah-olah tetap berkeras dengan keputusannya .

Ariel berdecit perlahan .

"Okay fine !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience