Bab 71

Romance Series 185332

Bella memandang suasana kawasan tanah perkuburan islam yang ketika ini kelihatan sepi menyepi . Hanya beberapa  orang sahaja yang melawat perkuburan ketika ini .

Bella mengerut kening tatkala melihat dirinya sampai di sini . Tadi mula-mula dia di rumah , tiba-tiba sahaja Datin Sri Zareena  menyuruh dia memakai tudung . Pada mulanya dia enggan , tapi paksaan dari Datuk Sri Khaleed mematikan niatnya .

"Kenapa kita ada dekat sini ?" hati bella berasa tidak enak . Tiba-tiba sahaja jantung mengepam dengan laju . Datin Sri Zareena menoleh memandang Datuk Sri Khaleed .

"Kita turun dulu ." balas Datuk Sri Khaleed . Bella tidak balas apa-apa lagi , hanya akur dengan arahan bapanya . Segera bella membuka pintu kereta belakang dan mula menurunkan kakinya .

Manakala Datuk Sri Khaleed dan Datin Sri Zareena jugak membuat perkara yang sama . Oh ya , sebelum itu bella tidak boleh berjalan tanpa menggunakan kerusi roda . Ia kerana faktor keselamatan bella yang masih ada kesan luka di perut dan jugak kaki .

Datuk Sri Khaleed pantas mengambil kerusi roda di belakang bonet kereta , lalu meletak dihadapan anaknya sebelum tubuh bella diletak atas permukaan kerusi roda .

Perlahan-lahan mereka berjalan memasuki ke dalam perkuburan islam . Namun dalam hati bella masih tertanya-tanya , apa motif dia berada di sini ? Bukan ke sepatutnya dia berjumpa dengan farhan .

Sampai sahaja di tempat berkenaan , kelihatan ariel dan raihana sedang membaca surah yassin di depan kubur seseorang . Bella pandang dua orang manusia itu . Wajah ariel dipandang lama .

Ya lelaki yang buatkan dia obses sangat-sangat ! Bahkan jugak pernah membuatkan dia jatuh cinta . Tapi bila terpandangkan sahaja wajah manis raihana buatkan pandangan dia menjadi dingin .

Persoalannya sekarang . Apa diorang buat dekat sini ? Siapa yang mati ni ?

Raihana dan ariel habiskan ayat-ayat yassin dengan sempurna . Saat mereka memandang wajah genit bella yang berada di atas kerusi roda , ada satu perasaan canggung yang menyinggah di hati raihana dan ariel .

Satu senyuman nipis dihadiahkan buat gadis itu . Bella tidak membalas , hanya pandangan kosong sahaja yang melekat di wajah gadis itu .

"Assalammualaikum aunty , uncle ." raihana memberi salam dengan baik . Hanya ariel sahaja yang diam menikus .

"Walaikumsalam ." salam raihana dibalas mesra .

"Err kami mintak diri dulu ye ." pamit raihana dengan sopan santun . Raihana dan ariel segera membawa langkah . Risau jikalau pandangan bella tidak memberi keselesaan buat dia .

Lagipun dia tahu yang bella belum boleh hilangkan rasa benci yang masih ada pada gadis itu .

Datuk Sri Khaleed dan Datin Sri Zareena mengangguk faham . Pergi sahaja raihana dan ariel , wajah anak perempuannya dipandang .

"Mummy , kenapa kita ada dekat sini ? Mana farhan ?" bella menyoal dengan bengang . Sudah lah awal-awal lagi dijamu dengan kehadiran raihana dan ariel , lepas tu berada di kubur tengah panas-panas macam ni pulak ? Bengang betul !

"Tu . Itu lah farhan . Maksud mummy , arwah farhan ." ujar Datin Sri Zareena bersahaja , walaupun dalam hati menebal dengan perasaan sebak .

Bella gelak hambar .

"Mummy kalau nak tipu pun agak-agak lah . Ingat bella percaya ke ?" tutur bella geram . Memang tak lah dia nak percaya dengan omongan ibunya .

"Buat apa mummy nak tipu ? Cuba lah tengok nama dekat batu nisan tu . Terpulang lah kalau bella nak percaya ke tak . Sebab dah terbukti yang farhan dah tak ada . He's dead ." ujar Datin Sri Zareena berbaur sedih . Jelas kedengaran keluhan dari Datuk Sri Khaleed .

Bella ketap bibir .

"Bella nak jumpa farhan . Bukan nak datang tengok kubur . Dan bella takkan percaya yang farhan dah tak ada . Penipu !" bentak bella sambil mengetap bibir . Mananya tak marah , dah sedar dari koma tiba-tiba farhan dah mati ? Rasa macam tak logik !

"Farhan dah tak ada bella . Dia pergi waktu nak datang tengok bella dekat hospital . Tapi tuhan dah tetapkan takdir tu . Dia kemalangan . Nyawa dia tak dapat nak diselamatkan ." kini Datuk Sri Khaleed pulak yang menjelaskan perkara sebenar tentang farhan .

Bella tahan airmata .

"Bella nak balik ! Bella tak nak datang sini ! Bella nak balik !" bella mula membentak . Ditahan airmata supaya tidak mengalirkan cecair jernih . Namun siapa lah dia untuk bertahan , hati kalau dah lemah akan mengalir jugak airmata .

Datin Sri Zareena memegang bahu anaknya seakan memberi semangat . Tetapi bella meronta-ronta di atas kerusi roda , seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan .

Memang benar , di batu nisan itu berukir nama farhan . Jadi bella buntu untuk mempercayai ataupun tidak . Sesungguhnya dia tidak dapat menerima semua takdir ini .

Anak dia dan lelaki yang bergelar ayah pada anaknya sudahpun tiada di dunia ? Anda rasa ?

"Sekurang-kurangnya bella sedekahkan lah dulu Al-Fatihah buat farhan ." Datin Sri Zareena meminta lemah . Bella kesat airmata .

"Bella tak nak hadap semua ni . Bella nak balik ." dingin sekali permintaan bella . Langsung dia tidak memandang pusara arwah farhan , dia betul-betul tak dapat menerima takdir .

Datuk Sri Khaleed mengeluh . Dipandang wajah redup isterinya .

"Awak bawak bella masuk kereta . Abang nak sedekahkan Al-Fatihah untuk farhan kejap ." arah Datuk Sri Khaleed . Datin Sri Zareena anggukan kepala .

Segera Datin Sri Zareena menolak kerusi roda ke hadapan , membawa bella pergi dari melihat pusara arwah farhan . Dia tahu , hati bila belum cekal menghadapi situasi sekarang ni . Bukan senang untuk bella terima berita lemah ini .

Saat bella sudah dimasukkan ke dalam perut kereta . Bella termenung memandang pusara arwah farhan dari jauh . Tanpa sedar satu titisan airmata mengalir deras di lekuk pipinya . Airmata dibiarkan jatuh tanpa dikesat .

Kenapa you pergi farhan ? Mana janji you pada i ? I koma disebabkan you , then senang-senang je you nak tinggalkan i ?

Kenapa you pergi ?! Kenapa ?! I dah banyak buat salah dekat you ! You tak patut pergi !!! Farhan , i tak mintak maaf ..

I salah ..

******

"Kesian bella kan abang ?" raihana mengeluh buat sekian kalinya . Bila terserempak je dia dengan bella di tanah perkuburan islam sebentar tadi , buatkan hati dia sayu melihat wajah bella .

Mesti gadis itu tidak dapat menerima kenyataan .

"Sayang , kadang-kadang Allah nak uji hambanya . Dia nak tengok , mampu atau pun tak kita bila di uji seperti tu . Allah tak kejam pada hambanya , mungkin ada hikmah kenapa Allah tarik nyawa arwah farhan ." balas ariel sambil fokus memandu kereta . Raihana mengeluh lagi .

"Saya cuma kesian dekat dia . Orang yang sepatut ada dengan dia dah pergi buat selama-lamanya . Bukan senang kita nak terima hakikat tu bang . Mungkin makan masa ?" jawab raihana .

"Itu lah sebabnya kenapa Allah letakkan bella dalam bentuk ujian macam tu . Dia nak bella berubah menjadi ke arah yang kebaikan , dan Allah nak dia menyesal atas perbuatan dia pada arwah farhan dulu ." tutur ariel ingin memberi keterangan kepada isterinya .

Dia kenal bella dah lama , jadi dia tahu buruk baik bekas tunangnya itu . Bella sebenarnya tidak lah sekejam itu , cuma terlalu ikutkan perasaan hasad dengki . Jadi itulah akibatnya , Allah bayar cash terus .

"Abang nak salahkan bella 100% ke ni ?" tebak raihana selamba . Ariel berdecit , payah betul nak bagi isteri aku ni faham !

"Bukan nak salahkan dia 100% , awak kena faham apa maksud abang sebenarnya . Setiap manusia tidak pernah lari dari kesilapan , jadi jalan yang terbaik ialah taubat nasuha . So dari situ awak dah faham kenapa Allah tarik nyawa baby yang ada dalam perut bella dan arwah farhan ." ujar ariel panjang lebar . Raihana anggukan kepala sambil tersengih .

"Baiklah ustaz ariel . So sekarang kita kena pergi rumah mama awak . Saya dah rindu gila dengan baby Rainann ni ." bicara raihana sambil mematikan topik bella . Ariel pandang raihana sekilas sebelum bibirnya tersenyum lebar .

"Baiklah tuan puteri . Patik menurut perintah ." seloroh ariel sambil ketawa terkekeh-kekeh . Raihana menjeling manja .

Mengada !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience