Bab 45

Romance Series 185331

"Rai , jangan pergi jauh-jauh !" ariel melaung dari jauh . Bekerut dahi ariel memerhati tindak-tanduk raihana yang sedang duduk di batu berdekatan air yang mengalir lembut . Risau kalau tergelincir , sudahlah batu-batu di sini tampak licin .

"Ye , saya tahu !" balas raihana mengeluarkan suara kuat sedikit . Bibirnya tersenyum lebar tatkala kedua kakinya mula tenggelam dalam air . Sejuk dia memang tak boleh bawak bincang !

"Awak ! Join lah sekali ." raihana sudah tersenyum-senyum melihat ariel yang jauh sedikit darinya . Ariel menggeleng kepala sambil mengigit roti yang bersalut nutella . Raihana mencebik .

"Rugi lah awak tak dapat rendam kaki dalam air terjun ni !" raihana berkata keseronokan . Bibir merahnya tak lekang dengan senyuman , happy sangat ni . Ariel hanya senyum melihat raihana , kalau ini lah yang boleh buat awak bahagia , memang tiap hari saya bawak awak ke sini sayang ..

Raihana tidak lagi bersuara setelah ariel hanya diam . Dia memalingkan wajah ke arah air terjun yang mengalir laju pada batu-batu tengah . Ah ! Kalau mandi mesti best ni . Raihana pejam mata menikmati rasa keindahan alam semesta . Sesekali angin sejuk menyapa tubuhnya .

Ariel yang jauh sedikit dari raihana hanya memerhati . Takut jugak kalau tiba-tiba raihana buat kerja gila dia tu . Tak pasal-pasal dia pergi mandi sorang-sorang !

Raihana bukak mata setelah enak menikmati angin yang damai ini . Sesekali tangan putihnya menguis-guis air yang jernih itu , dapat dia rasa kakinya menyentuh batu-batu kecil di dalam air terjun tersebut . Setelah puas merendam kaki , raihana buat keputusan ingin melangkah ke batu besar pulak .

Dia bangun dengan perlahan-lahan agar tubuhnya menjadi seimbang . Bahaya jugak , kadang-kadang boleh jatuh disebabkan batu yang licin ni . Raihana berjalan ke arah batu besar , kini air di sini lebih dalam sedikit dari yang tadi .

Baru sahaja raihana ingin duduk , tiba-tiba ariel memanggilnya .

"Sayang , telefon awak berbunyi !"

Raihana berpaling ke arah ariel . Raihana mendengus perlahan , baru je nak tenang-tenang sikit . Kacau lah ! Kakinya melangkah , namun tiba-tiba kakinya menjadi kejang , dan disebabkan itu tubuhnya terdorong ke belakang . Splash ! Raihana terjatuh di dalam air secara mengejut .

Ariel terkesima .

"Sayang !" terus ariel bangun dari duduk dan melangkah ke arah situ , tanpa disedari ariel membuka baju dan terus terjun ke dalam air untuk menyelamatkan isterinya yang sudah tenggelam di dalam air .

Raihana sesak nafas apabila arus air membawanya ke tempat lebih dalam . Terkapai-kapai raihana di dalam air , sungguh ketika ini dia merasa menyesal kerana mengubah tempat yang lebih jauh .

Ariel berenang dengan cemas apabila raihana sudah jauh darinya . Tanpa penat lelah , ariel mengejar raihana dari belakang . Disebabkan arus deras yang laju , membolehkan ariel mencapai tubuh isterinya ke dakapan dadanya . Raihana sudah tak bermaya , wajahnya kelihatan pucat lesi .

Ariel peluk pinggang raihana dengan kemas , dan dibawa ke tempat yang lebih cetek . Sampai sahaja , ariel terus baringkan tubuh raihana di atas pehanya . Ditatap penuh risau wajah isterinya .

"Sayang ! Sayang bangun !" ariel tepuk lembut pipi pucat raihana . Airmatanya tak dapat ditahan lagi , sungguh hatinya berdebar-debar melihat isterinya terkapai-kapai mencari nafas sebentar tadi .

"Sayang ! Please bangun ! Bangun !" ariel menjerit kuat . Sudahlah ketika ini hanya dia dan raihana sahaja di sini .

"Sayang !" dada raihana ditekan oleh ariel , berharap yang raihana akan sedar dari memejam mata . Beberapa kali dada raihana ditekan ariel , namun tetap begitu .

Ariel cemas .

Tanpa aba-aba , ariel mula melakukan cpr mulut ke mulut . Sekali tak menjadi , dua kali jugak tak menjadi . Akhirnya ariel tertunduk lemah sambil mengeluarkan tangisan .

"Sayang , jangan tinggalkan saya please ." lemah suara ariel sambil memeluk tubuh isterinya . Airmatanya sudah merembes laju .

Bluerkk !!!

Ariel terkesima . Terus dia pandang raihana yang mula memuntahkan air-air yang bertakung di dalam tubuh isterinya . Mata ariel membulat besar .

"Sayang ! Alhamdulillah , awak sedar jugak ." pantas ariel tarik kepala raihana di dalam dakapan dadanya . Teresak-esak ariel menangis . Raihana balas pelukan suaminya .

"Sayang , maafkan saya ." ariel meluah rasa sedihnya . Kalau dia teman raihana tadi , mungkin takkan jadi macam ni . Ah ! Kau memang tak pandai jaga bini lah ariel !

Raihana tolak tubuh ariel dengan lembut . Dan dia mula bangun dari baring , anak mata ariel dipandang dalam .

"Ni bukan salah awak , salah saya . Saya mintak maaf sebab tak dengar cakap awak , saya -" raihana tiba-tiba terdiam tatkala tangannya meraba-raba lehernya . Wajah raihana sudah berubah takut .

Ariel pandang raihana .

"Awak ! Rantai ! Rantai saya ! Rantai saya hilang !" raihana sudah hilang arah . Melilau matanya mencari rantai pemberian ariel pada tempoh hari . Ariel jugak perasan yang rantai raihana sudah hilang , tapi dia hanya endahkan sahaja . Dia tahu , rantai itu pasti hilang ketika raihana lemas tadi .

"Hey ! Tenang . Jangan risau pasal rantai tu okay , yang penting awak selamat ." ariel genggam tangan raihana . Kelihatan raihana sudah menangis .

"No ! Rantai tu ada nama kita . Rantai tu tak boleh hilang ! Kita kena cari . Mana tahu ada dekat sini ?" bergenang airmata raihana . Wajahnya sudah merah .

"Sayang , sayang hey ! Dengar sini , rantai awak dah tak ada . Mungkin dah hanyut dalam air sana tu ." jelas ariel lembut . Raihana bungkam .

"No !!!! Ariel , rantai tu tak boleh hilang !!!! Ariel !!!" raihana meronta-ronta di dalam pelukan ariel . Teresak-esak raihana menangis di dalam pelukan ariel , mungkin dulu rantai itu tak bermakna untuk dia , tapi sekarang rantai itu cukup untuk buat dia tersenyum manis .

"Shhhh !! Kita boleh cari rantai baru okay . Dah jangan macam ni sayang .." ariel membelai tubuh belakang raihana . Raihana tetap meronta , tidak mahu bersetuju dengan cadangan ariel .

"Tak !!! Saya sayang rantai tu . Rantai tu pemberian dari awak ariel ! Saya tak nak rantai tu hilang !" raihana teresak-esak , kuat sungguh tangisannya .

Ariel tidak mampu balas apa lagi . Dia hanya boleh tenangkan raihana sahaja , dia tahu rantai itu dah mula cukup bermakna untuk raihana . Tapi dah takdir kan ? Kita tak boleh lawan kehendak dia .

Terhenjut-henjut bahu raihana menangis di bahu sasa ariel . Pada mulanya , dia ingatkan hari cuti dia bersama ariel akan bahagia dan tersenyum indah , tapi sangkaannya salah ! Hari indah dia bertukar menjadi hari yang malang !

Maafkan saya ariel ...

******

Sesekali matanya menoleh memandang raihana disebelah . Disebabkan baju isterinya basah , dia terpaksa tutup aircond dan membuat keputusan untuk buka tingkap supaya angin di luar sana dapat mengeringkan tubuh isterinya .

Ariel pandu kereta dengan wajah gelisah . Dari tadi lagi raihana tak henti-henti menangis , ada jugak yang keluar dari mulut raihana mengatakan dia tak mahu lagi pijak di air terjun . Ariel pulak rasa bersalah kerana membuat plan seperti ini .

Ah ! Dah takdir ariel , kenapa pulak kau nak rasa bersalah ? Lagipun dah cukup baik raihana selamat di depan mata kau . Allah itu tak kejam ariel , dia masih nak kau bahagia dengan raihana . Tolong jangan fikir negetif please !

Dalam sejam lebih perjalan , akhirnya mereka mula sampai di rumah keluarga raihana . Oh ya ! Raihana mintak ariel hantar dia ke rumah puan zaimah atas sebab-sebab tertentu . Ariel hanya iyakan sahaja permintaan raihana , lagipun gadis kecil itu masih trauma .

Ariel tarik handbrake sebaik sahaja keretanya selamat memakir di garaj kereta . Wajah isterinya dipandang .

"Sayang ... kita dah sampai ." wajah merah raihana dipandang ariel , jelas raihana masih terkesan dengan kejadian tadi . Airmata raihana pun masih tak henti-henti keluar .

Raihana perlahan-lahan tegakkan tubuh dari bersandar , tanpa pandang wajah ariel raihana segera bukak pintu . Dia mengorak langkah meninggalkan ariel di dalam kereta . Ariel pandang raihana melalui cermin kereta hadapan , dia tahu raihana tak dapat terima kenyataan .

"Hmm ..." keluhan kecil terbit di bibirnya .

"Rai , kenapa basah-basah ni ?" puan zaimah menyoal pelik . Dipandang tubuh anaknya yang masih ada kelihatan basah . Rambut panjang anaknya jugak kelihatan tak terurus .

"Rai pergi mana basah-basah macam ni ?" bahu kiri anaknya dipegang . Bercantum rapat kening puan zaimah melihat raihana yang masih diam bertemankan airmata .

"Mama .." bibir mulutnya menyebut segaris bahasa itu . Terus dipeluk tubuh puan zaimah sambil menangis tersedu-sedu . Puan zaimah semakin diambang kerisauan .

Kemudian , ariel muncul . Gaya ariel seperti raihana , basah dan tak terurus . Tapi hanya seluar sahaja yang kelihatan basah sedikit . Semakin pelik puan zaimah melihat dua pasangan ini .

"Shhh ... jom kita masuk bilik . Tukar pakaian ." puan zaimah menggosok belakang tubuh raihana sebelum diajak naik ke atas . Ariel membatu sendirian memikirkan keadaan raihana yang masih begitu .

******

"Rai , kenapa tak turun makan ?" puan zaimah menyoal lembut anaknya . Sudah tiga minit dia menunggu raihana di ruangan meja bersama yang lain . Jadi dia buat keputusan untuk naik ke atas . Menjenguk anaknya ke dalam bilik .

"Rai tak ada selera ." balas raihana perlahan . Mengingatkan peristiwa pagi tadi , buatkan raihana hilang arah . Sekejap menangis , sekejap termenung , sekejap menjerit . Entahlah , hati dia sungguh menyesal dengan perbuatan dia yang tak mahu mendengar nasihat orang !

"Ariel cakap , rai makan spaghetti je pagi tadi . Tak boleh lah macam tu , perut pun kena diisi ." puan zaimah naik membelai tangan gebu anaknya . Sekarang barulah puan zaimah tahu hal yang sebenar , kalau ariel tak cerita mungkin dari tadi kening dia tak habis-habis berkerut .

Bila halwa telinganya mendengar segala butir bicara menantunya , terasa sedih pulak hati ni . Rupanya raihana lemas dan hampir meragut nyawa , mengucap panjang puan zaimah dibuatnya .

"Rai tak lapar ma , tolong jangan paksa rai ." raihana tetap berkeras . Puan zaimah mengeluh .

"Rai , benda yang dah lepas jangan diingat . Dah takdir untuk rantai itu hilang , rai kena terima hakikat tu ." ujar puan zaimah perlahan . Bebola mata raihana memandang serius ke arah mamanya .

"Rai yang tak pandai jaga ! Rai yang cuai ! Jadi rai tak boleh terima rantai tu hilang ! Mama tahu tak , rantai itu bermakna buat rai ! Rantai tu hadiah dari ariel . Rai kena hargainya ! Kenapa semua susah nak faham hati rai ! Mungkin , pada korang semua nilai rantai tu tak bermakna , tapi pada rai rantai tu cukup tinggi nilai dia ! Jadi kenapa nak suruh rai lupakannya ?" ungkap raihana penuh makna . Tubir matanya sudah berkolam .

Mungkin orang akan cakap yang dia macam budak-budak , tapi jauh di sudut hati yang dia merasa sakit apabila rantai yang diberi hilang sebegitu sahaja . Takkan itupun tak faham hati perempuan ?

"Okay , mama faham . Mama faham perasaan rai , tapi mama tak boleh nak buat apa . Mama bukan tuhan yang boleh undurkan masa tu . Mama kalau boleh , tak nak rai sedih-sedih macam ni . Mana ada hati seorang ibu yang sanggup tengok anak dia menangis dalam keadaan macam ni ." balas puan zaimah yang turut beriak sedih . Mata anak-beranak itu berlaga sesama .

Raihana sedih .

"Rai nak bersendirian , jangan paksa rai makan atau apa pun ." putus raihana dengan memberi amaran kepada puan zaimah . Puan zaimah mengeluh seraya bangun dari katil dan mengorak langkah meninggalkan raihana di dalam bilik .

Hilang sahaja kelibat puan zaimah . Raihana kembali meratapi kehilangan rantainya . Adakah dia dan ariel akan jugak turut berpisah , sepertimana rantai yang berhuruf AR ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience