Bab 6

Romance Series 185331

"Bie , tunggu lah . Bie !!" bella mengejar ariel dari belakang . Sehinggalah mereka memasuki ke dalam perut office milik pak ngah zaidi iaitu abi kepada ariel .

Ariel tetap dengan caranya , berjalan tanpa mempedulikan bella ketika ini . Dia masih malas mahu bersemuka dengan bella . Menyakiti hati dia sahaja !

"Bie ! Tunggulah i ." bella berlari mendapatkan ariel . Terus tangan ariel di sambar olehnya . Cepat-cepat dia berdiri dihadapan ariel dengan wajah tegang .

"Bie !"

"What wrong with you ?! I panggil you , you buat pekak je kan ?" bella mendengus kasar . Anak mata menentang wajah ariel .

"I nak cepatlah , i ada meeting kejap lagi . You nak apa ?" ariel membalas dengan nada malas . Bella ni tak takut ke kalau ada orang viral kan dia ?

Bella pandang kiri kanan yang sudahpun menonton perilakunya di office milik pak ngah zaidi , iaitu tuan zaidi . Boss yang baik tetapi dalam diam mempunyai sikap garang dan tegas .

"You still marah dekat i ke pasal hari tu ? Kalau you still marahkan i pasal hari tu , i'm sorry . I takde niat nak sakitkan hati you ."

Sudah beberapa hari ariel tidak menghubunginya , malah mesej lagi lah tidak . Itu sebab bella datang ke office ariel untuk mengenal pasti sama ada ariel marahkan dia lagi ke atau pun tidak ?

"I dah lupa dah pun pasal semalam ." jawab ariel .

"Bie ." bella tarik tangan ariel . Mata merenung ke dalam anak mata si tunang .

"I betul-betul mintak maaf , i tahu i salah . I .... i promise ... that I will marry with you . But please give me time for us to talk about this ." anak mata merenung anak mata ariel sedalamnya . Tangan masih menggengam jari-jemari ariel .

Ariel sedikit tersentuh . Perlahan-lahan tangan sebelahnya naik membelai rambut tunangnya .

"Sayang ... i tak tahu kenapa you jadi macam ni ? I tak mintak lebih i cuma nak kahwin dengan you itu aje . Kalau you rasa macam you terpaksa , better you forget it . Mungkin i tak penting bagi you ." ujar ariel dengan suara dilembutkan .

"No , you penting bagi i . Please buat masa ni i mintak dengan you tolong faham i ." tangan ariel digenggam sekuatnya . Berharap agar ariel faham dengan kondisinya .

"I nak you pergi sekarang , i tak nak nanti ada orang cuba nak viral kan you . Nanti tak pasal-pasal keluar artikel yang bukan-bukan ." arah ariel , mendatar .

Bella hela nafas panjang .

"I nak you tahu yang i tak nak kehilangan you . That's all ." bella meleraikan pegangan tangan , kemudian dia mengorak langkah meninggalkan pekarangan office milik keluarga ariel .

Ariel membisu sambil menghantar kelibat bella . Dia mengeluh seketika .

"I pun tak nak kehilangan you . But cara you tak betul ." gumam ariel perlahan sebelum dia menyusun langkah ke hadapan , ingin menuju ke bilik kerjanya .

******

Raihana memasuki ke dalam pekarangan rumahnya setelah selesai memakir kereta di hadapan halaman rumah . Kemudian dia mula melangkah keluar dari perut kereta . Saat dia sudah berada di luar kereta , dia mengerut kening apabila anak matanya memerhati sebuah kereta berjenama myvi keluaran baru yang terpakir elok disebelah keretanya .

"Aik ? Ni bukan ke kereta nurul ? Dia buat apa dekat sini ?" raihana berkata sendirian . Namun dia tidak tunggu lama , dia segera mengorak langkah memasuki ke dalam rumah .

Saat dia sudah memijak lantai rumah , dia dikejutkan dengan kelibat nurul yang tiba-tiba menyergahnya .

"Oh rai akhirnya kau dah balik pun !" terus dipeluk tubuh kawannya dengan erat . Raihana rimas .

"Ish apa kau ni , main peluk-peluk ?" raihana tolak tubuh nurul dengan lembut . Nurul sengih kambing .

"Bila kau sampai ?" raihana menyusun langkah ke arah ruang tamu . Lalu berlabuh punggung di situ , manakala nurul mengikut rentak sahabatnya .

Baru sahaja nurul ingin membalas pertanyaan raihana , ada orang terlebih dahulu memberitahu .

"Baru je tadi , nurul datang sini pun sebab nak story mory dengan kamu . Jadi mama jemputlah dia masuk ." celah puan zaimah dengan menatang dulang bersama dua gelas air oren . Lalu diletak di atas meja kecil .

Pasal yang raihana hampir dirogol itu , puan zaimah sudah tahu dari semalam lagi . Hampir gugur jantung dia bila raihana menceritakan kejadian tersebut . Dan pasal tutup butik pun , puan zaimah yang suruh .

"Minum nurul ." arah puan zaimah , baik hati .

Nurul angguk kepala bersama senyuman segan . Mama raihana kalau dah layan orang macam layan anak sendiri !

"Makcik ke dapur dulu . Borak lah apa yang kamu berdua nak borak ."

Raihana dan nurul mengangguk . Sebaik sahaja hilang kelibat puan zaimah . Nurul terus memandang raihana dengan laju .

"Hah cepat cerita !" gesa nurul tak sabar . Dia sudah membaiki kedudukannya menghadap raihana .

"Kau ni datang sini semata-mata nak dengar cerita aku je ke ?" raihana menyoal . Tak menyabar betul !

"Mestilah . Aku ni risau dengan kau tau ."

"Okay fine aku cerita ." raihana mengeluh . Nurul ni memang suka memaksa orang . Semua benda yang aku rahsia semua dia nak tahu .

"Okay cepat ." nurul tersengih-sengih .

"Semalam masa kau balik dari butik , tayar kereta aku pancit . Aku tak tahu nak buat apa ? Then aku cuba lah nak call sesiapa , tapi bateri fon aku dah habis . Aku cemas sangat waktu tu . Dah lah gelap ." raihana memulakan cerita . Terbayang-bayang wajah lelaki gila itu !

"Dan tiba-tiba , ada seorang lelaki ni datang dekat aku . Aku syak dia mabuk sebab cara dia macam orang tak tentu arah . Aku cuba nak masuk dalam kereta tapi dia tarik rambut aku dari arah belakang , aku cuak lah !"

Nurul melopong .

"Pastu , dia macam nak raba aku like nak rogol lah kut ? Aku pun tak pasti , tapi waktu tu aku memang cemas gila . Memang tak tahu nak mintak tolong dengan siapa ?" raihana mengeluh perlahan . Sedih pulak dengar cerita aku ni .

"Scary betul cerita kau ni ." nurul mengemam bibir . Terbayang-bayang pulak kejadian yang menimpa sahabatnya .

"And then yang buat aku curious sekarang ni , dia panggil aku sayang . Lepas tu dia menangis depan aku . Aku pelik lah , dia seolah-olah macam anggap aku ni isteri dia . Ber-abang sayang bagai ." raihana merengus perlahan .

"Dia panggil kau sayang ? Teruk betul mabuk dia ." nurul menggeleng kepala perlahan . Raihana sekadar mengeluh . Tidak tahu ingin balas apa lagi ?

"So hari tu kau ada bagitau aku tentang orang yang dah tolong kau tu . Jadi siapa orangnya ?" nurul mengingatkan raihana , hero yang sudah menolong sahabatnya ketika itu .

Raihana terdiam seketika . Kalau aku bagitahu nurul pasal orang yang dah tolong aku tu agak-agak dia terkejut tak ?

"Rai ," nurul mencuit lengan raihana sedikit . Termenung pulak Minah ni !

"Kau ni aku tanya kau buat diam je kan ?" nurul mencebik bibir .

"Aku dengar lah . Aku cuma terfikir sesuatu ."

"Apa yang kau fikir ?"

"Kalau aku bagitahu orang yang dah tolong aku tu jangan terkejut tau ?" lambat-lambat raihana menjawab . Nurul mengerut dahi .

"O ... kay ." nurul teragak-agak .

"Ariel . Dia lah yang tolong aku ." raihana sengih nipis . Rasa malu pulak dengan diri sendiri . Sudahlah hari tu kata benci bagai , alik-alik orang yang aku benci tu jugak yang selamatkan aku . Haish !

Memang sengaja ariel tu ! Nak kenakan aku lah tu . Mesti dia ingat aku cengeng kan ?

"Hah ariel ?! Kau biar betul ?!" hampir bergema rumah banglo milik encik zamarul dengan jeritan padu dari nurul . Raihana terus menepuk bahu nurul .

"Kau ni suara boleh tak slow sikit ?"

"Tak ada lah , aku macam tak caya je ?" nurul memegang kedua belah pipinya sambil memikir sesuatu . Raihana pandang pelik .

"Tak nak caya sudah !"

"So esok kau bukak tak butik ?" lambat-lambat nurul menyoal . Raihana menghenyotkan bibirnya tanda-tanda sedang berfikir .

"Bukak lah kut . Sebab esok kan datin maria nak ambil tempahan dia . Jadi aku terpaksa bukak , kalau tak butik aku dia bakar ." raihana bantai gelak . Nurul jugak ketawa halus .

"But aku masih terkejut . Ariel dah jadi penyelamat kau dua kali kan ?"

Tawa raihana henti . Bibirnya seakan-akan terkunci dengan soalan nurul .

******

Nurul mengerut dahi di saat ada panggilan masuk di telefon bimbit milik raihana . Dia mencapai telefon tersebut tatkala matanya tajam memerhati nama yang tertera di kaca telefon raihana .

"Naqif ?" bibirnya menyebut segaris nama itu .

"Baru sekarang dia nak call raihana ? Haih ! Rai ! Oh rai ! Tunang kesayangan kau ni call ." nama raihana dipanggil kuat .

"Apa dia ?!" raihana yang berada di dalam bilik kerja menyahut . Sayup-sayup suara nurul di luar bilik .

"Tunang kau call !!!!!" hah ambik pekak sangat kan !

Segera raihana keluar dari biliknya . Buru-buru dia menghampiri nurul yang sedang menulis sesuatu di kaunter .

"Mana ?" raihana hulur tangan .

"Tu ." bibir nurul menjuih ke arah telefon bimbit raihana yang berada di hujung meja kaunter . Lantas itu , raihana terus mencapai telefon bimbitnya dengan segera . Lalu dia berlalu masuk ke dalam bilik kerjanya semula .

Kemudian telefon tersebut dilekat pada gegendang telinganya .

"Assalamualaikum ." suara naqif berbunyi di talian . Terdengar sahaja suara tunang kesayangan , wajah raihana berubah masam .

"Walaikumsalam , baru hari ni awak nak call saya ?" suara raihana mendatar . Kemudian dia berlabuh punggung di atas permukaan kerusi kerja .

"Sorry , saya busy sangat dekat sabah ni . Baru hari ni saya dapat call awak . Sorry okay ."

"Awak tu memang , lebih pentingkan kerja berbanding saya . Kan ?" raihana menjeling .

"Sayang ... awak kena faham saya . Saya kerja pun untuk awak jugak kan ."

Haih bila tunang panggil sayang tersentuh pulak hati ni .

"So bila awak nak balik Kl ?" raihana berpeluk tubuh menggunakan tangan sebelah .

"Ermmm ...."

"Jangan cakap awak tak jadi balik KL eh ." laju raihana memotong percakapan naqif .

Naqif menggaru kepala . Fuyo ! Laju betul dia dapat teka hati aku .

"Ye , ye saya balik . Tapi minggu depan lah ."

"Okay ! Boleh lah sekali kita bincang pasal wedding kita kan ?" tersenyum-senyum raihana apabila mendapat tahu kepulangan tunang tersayang .

"Errr .... emm .."

"Naqif , kalau awak tak bagi kata putus lagi pasal majlis perkahwinan kita . Mama saya akan putuskan pertunangan kita . Itupun kalau awak tak cintakan saya lagi . Bye !" raihana terus matikan telefon dengan wajah geram .

"Kenapa susah sangat dia nak bincang pasal ni eh ? Dia ni cintakan aku ke tak ?!" raihana mendengus kasar . Rasa nak campak je telefon ni ! Ei geram betul !!!

******

"Ops ! Sorry ." raihana menelan air liur saat orang yang dia langgar ini adalah ariel ! Haih time aku nak keluar dari restoran lah ada yang muncul depan mata aku ! Tengok , kan dah basah baju tu . Mencari penyakit betul lah !

"It's okay . " balas ariel tenang walhal bajunya sudah selamat mandikan air coffee . Memang nasibnya malang pun , tak habis-habis terserempak dengan minah comel ni !

"It's okay apanya kalau baju dah basah macam tu ?" raihana menjuih bibir ke arah baju kemeja putih milik ariel . Haish ! Kenapa lah nasib aku selalu terserempak dengan dia ?

"Tak apa boleh basuh balik ." jawab ariel , walaupun tahap panas coffe itu boleh melecurkan sedikit kulitnya .

"Basuh balik ? Merepek apa awak ni ? Awak nak masuk dalam restoran dengan baju awak macam ni ? Haih ! Tunggu kejap , saya rasa saya ada baju lebih lah . Kejap saya pergi tengok ." raihana menghalang ariel dari pergi . Dia terburu-buru pergi ke arah keretanya .

Ariel mengerut dahi . Aik ? Baju lebih ?

Dalam beberapa minit , raihana muncul kembali . Sehelai baju kemeja biru lengan panjang dihulur kepada ariel . Ariel pandang pelik .

"Siapa punya ni ?" ariel menyoal , kesangsian terhadap raihana .

"Actually kemeja ni saya punya . Saya terbeli yang lelaki punya . So saya simpan dalam kereta saya sampai saya lupa nak ambil . Jadi alang-alang baju dah basah macam ni , awak pakai lah . Lagipun salah saya sebab terlanggar awak ." terang raihana . Dia ukir senyuman payah . Haih asal aku tetiba baik sangat ni ? Eh aku memang baik pun ahaks !

"Oh ." kepala ariel terangguk-angguk , mengerti dengan cerita raihana .

"Baju kotor tu awak bagi dekat saya , saya boleh basuh . Awak pergilah salin dekat tandas dulu . Saya tunggu ." raihana tahan riak wajah . Sebenarnya malu , tapi entah kenapa dia rasa kesian dengan nasib malang ariel hari ni . Tak salah kan dia menolong ?

"Really ?" ariel jongket kening .

"Yes ." raihana angguk perlahan .

Lambat-lambat ariel menyusun langkah . Dia pelik jugak dengan raihana hari ni ? Baik semacam je ? Hari tu bukan main lagi cakap benci . Tup-tup hari ni boleh sedekah baju pulak ?

Hilang sahaja kelibat ariel , raihana menghela nafas lega . Asal aku baik sangat dengan dia ? Aduh rai , kau lupa eh apa yang dia dah buat dekat kau dulu ?

Raihana kemam bibir . Sekali sekala menolong orang tak salah . Tak apa kau abaikan kan dulu perasaan benci kau dekat dia .

Okay !

Tak sampai lima minit , ariel muncul semula dihadapan raihana . Dia menghulurkan baju kotor kepada raihana yang disimbah dengan coffe milik raihana . Baju bertukar tangan .

"Nanti dah siap basuh saya bagi balik dekat awak . Saya pergi dulu . Assalammualaikum ." baru sahaja raihana ingin mengorak langkah , tiba-tiba ariel menarik pergelangan tangan raihana .

Raihana kembali menghadap ariel . Hampir terkesima dia seketika .

"Thanks , baju ni nampak cantik ." ariel memuji . Baru perasan yang ariel sudah memakai baju yang dibeli darinya . Alahai rai , cemas sampai kau tak pandang baju yang dia pakai kan ?

Raihana sengih .

"Oh ya ! Sepadan dengan awak ." raihana memerhati .

"Thanks you ." ucap ariel lagi . Raihana angguk kepala .

"Welcome ." balas raihana . Buat seketika , mata mereka bertembung lama .

Sudah lama saya tak bertentang mata dengan awak ariel . Kalau dulu awak tahu yang ......

Ah lupakan lah ! Buang masa je fikir !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience