Bab 15

Romance Series 185331

"Ariel please jangan buat lawak ! Ariel lupa status ariel ?" mak ngah Aisyah bercekak pinggang sambil berjalan ke hulu ke hilir dihadapan ariel . Ariel yang berdiri di kabinet hanya kemam bibir .

"Mama , ariel tak buat lawak . Ariel nak tolong mak long . Ariel kesian kan raihana ." jawab ariel dengan wajah penuh ikhlas . Pak ngah zaidi mengeluh panjang . Anak dia betul-betul gila !

"Bella ? Bella macam mana ?" langkah mak ngah Aisyah henti dihadapan anaknya . Kini mereka berbincang di dapur , tak mahu lah dilihat keluarga belah naqif dan raihana .

Ariel sedikit buntu . Entah kenapa dia nak sangat tolong raihana . Bila terfikirkan bella , rasa macam masalah makin timbul .

"Masalah tu ariel akan cuba selesaikan . Cuma sekarang , ariel nak tolong raihana , mak long dan pak long ." ariel menjawab .

"Ariel , benda ni bukan boleh buat main-main . Ariel tunang orang , nanti masalah makin banyak . Bella pasti takkan boleh terima . Raihana jugak takkan setuju ." pak ngah zaidi mencelah . Kurang setuju dengan cadangan anaknya .

"Ariel dah buat keputusan . Ariel tetap nak tolong raihana . Mama dengan papa jangan risau , ariel akan cuba bercakap dengan bella . Lagipun sampai bila ariel nak hidup macam ni ? Sampai bila ariel nak tunggu bella ? Mungkin dengan cara ni , dia akan sedar ?"

"Then lepas bella dah sedar , ariel nak tinggalkan raihana pulak ? Jangan jadi lelaki yang tak berguna ariel ." mak ngah Aisyah menjeling .

"Ariel takkan ubah keputusan ariel ." putus ariel muktamad .

"Ariel , pikir masak-masak ." pak ngah zaidi memberi pandangan penuh makna . Ariel membalas pandangan itu dengan lama sebelum dia menghampiri kedua ahli orang tuanya .

"Ariel dah pikir masak-masak . Ariel - ariel sebenarnya dah - dah tak nak bertunang dengan bella . Ariel mintak maaf ." terus langkah ariel dibawa pergi . Mak ngah Aisyah dan pak ngah zaidi kelu .

******

Ariel merapati raihana di gazebo berukiran kayu jati . Perlahan-lahan dia memandang wajah raihana . Raihana angkat anak mata memandang wajah tampan ariel . Lalu tanpa rasa serba-salah , dia menampar pipi kanan ariel .

"Gila !" bidas raihana . Tajam anak matanya memandang wajah bersih ariel . Ariel memegang pipinya yang terasa pijar . Hebat jugak tamparan raihana .

"Saya tahu awak marah . Tampar lah saya sebanyak mana awak nak . Saya buat semua ni sebab nak tolong awak , takkan itu pun salah rai ?"

"Tak payah nak tolong ! Saya dah biasa kena tipu . Awak kena sedar , awak dah ada tunang . Tak malu ke ? Saya betul-betul kecewa dengan jawapan awak . Awak dengan naqif sama ! Buat wanita macam sampah !" bidas raihana lagi . Airmata yang penuh dengan kekecewaan menitis di kulit pipinya . Ariel menuduk seketika kerana terkesan dengan kata-kata raihana . Kemudian dia kembali mengangkat kepala .

Anak mata mencari bebola mata raihana .

"Saya tetap nak tolong awak . Takkan awak nak biarkan macam tu je . Awak nak mak long dengan pak long malu ? Pelamin yang awak angan-angan tu takkan awak nak hancurkan macam tu je ? Saya boleh gantikan tempat naqif . Hal saya dengan tunang saya , akan saya uruskan ." ujar ariel penuh ikhlas . Raihana mengeluh berat .

Buntu . Ya dia sangat buntu .

"Rai ," ariel capai pergelangan tangan raihana . Sedikit tersentak raihana dengan sentuhan ariel . Kini anak mata mereka berlaga lama .

"Saya tahu awak tak cintakan saya . Tapi saya cuma nak ubatkan luka awak . Dan saya cuma nak jadi penyelamat awak . Percayakan saya , akan ada sinar antara kita berdua ." luah ariel memberi kesan kepada raihana . Dia tidak pasti dengan kata-katanya . Dia sendiri pun hairan kenapa ringan sangat dia mahu menolong raihana .

Raihana kelu lidah . Tidak berkelip matanya memandang ariel .

******

Raihana memandang ke arah cermin meja solek dengan wajah yang sudah dihiasi mekap . Dirinya jugak sudah bertukar memakai baju kurung berwarna putih lalu dilekatkan manik-manik kecil . Baju itu jugak dari butik dia sendiri . Raihana buntu dengan diri sendiri .

Dari mak andam mekap wajahnya sampai sekarang dia masih diamkan diri . Ada jugak lah mak andam menghalang untuk tidak bersedih . Memang dari awal wajah raihana tampak pucat . Tapi apakan daya , seorang mak andam hanya mampu melakukan kerja sahaja hahaha !

Jangan jadi makcik bawang sangat !

"Rai , okay tak ?" nurul naik memegang bahu sahabatnya . Dipandang wajah kosong raihana melalui cermin meja solek .

"Aku rasa aku nak batalkan perkahwinan ni . Aku rasa aku tak boleh ." balas raihana lambat-lambat . Ditahan airmata supaya tidak mengalir .

"Aku tahu ni berat untuk kau . Tapi dari riak wajah ariel , dia betul-betul ikhlas nak gantikan naqif . Aku pun tak setuju dengan ariel tapi siapa lagi nak tolong kau ? Mama papa kau dah taruh harapan dekat ariel ." ujar nurul berat hati . Sememangnya dia sudah tahu keadaan sebenar . Terkejut jugaklah dia tahu hal yang sebenar , sanggup naqif berbuat demikian kepada sahabatnya . Memang tak boleh terima dengan kelakuan naqif !

"Tapi ariel dah bertunang . Aku tak nak tunang ariel fikir bukan-bukan . Masalah makin bertambah kalau aku dengan ariel berkahwin ." balas raihana . Ingatannya mula terfikirkan tentang isu pertunangan ariel bersama seorang selebriti . Mampu ke dia tahan semuanya ? Sudah pasti tidak !

"Aku tahu . Kalau aku jadi tunang ariel pun , aku akan marah . But siapa lah aku nak masuk campur hal kau dengan keluarga kau ? Aku mampu bagi semangat je dekat kau . And kau kena percaya , ada hikmah disebalik semua yang terjadi , okay ." tutur nurul penuh ikhlas . Diusap perlahan bahu raihana , ingin memberi semangat kepada kawannya .

Raihana hela nafas berat . Sesekali bibir dikemam , menahan rasa perit di hati . Sampai hati awak naqif , apa erti ucapan cinta awak pada saya hari tu ? Adakah hanya permainan di mulut awak ?

"Kak rai , kak nurul . Diorang dah tunggu ." pintu bilik yang tadi ditutup , dibuka oleh seseorang budak bernama azham iaitu sepupu raihana belah papanya .

Raihana dan nurul kalih memandang wajah lelaki kecil yang berumur dua belas tahun . Terbit rasa takut di hati raihana tatkala arahan sudah diberi .

Perlahan-lahan anak mata raihana naik memandang nurul . Jelas menunjukkan bahawa anak mata raihana benar-benar redup . Nurul gigit bibir sambil tangan masih setia di bahu sahabatnya .

"Kau kena kuat . Anggap ini adalah dugaan kau ." ucap nurul memberi semangat . Raihana tahan air mata . Lalu pelan-pelan kepalanya mengangguk .

Anggap ariel penyelamat kau . Aku berjanji takkan sesekali jatuh cinta pada tunang orang . Percaya diri kau raihana .

******

Raihana menurun tangga dengan perlahan-lahan dan sekali di temani nurul disebelah . Raihana genggam erat tapak tangan nurul supaya memberi cahaya di hatinya yang sudah hilang sinarnya . Mata-mata tetamu sudah terhala ke arah mereka , ada yang berbisik-bisik dan ada jugak mencurahkan wajah sedih . Siapa lagi kalau bukan keluarga dia sendiri .

Raihana pandang pulak ke arah ariel yang sudah siap sedia dihadapan tok kadi . Raihana tahan rasa . Kemudian raihana menghenyak punggung disebelah mamanya , manakala nurul disebelahnya . Ariel pula duduk di hadapan raihana dengan memberi pandangan tepi .

Sempat ariel memerhati wajah gadis itu . Jelas wajah raihana menunjukkan yang dia tidak boleh terima dengan semua ini . Ariel mengeluh perlahan .

"Dah sedia ?" tanya encik zamarul yang kini bergelar wali kepada anaknya , raihana . Ariel angguk . Pantas tangan encik zamarul berjabat tangan bersama ariel .

"Muhammad ariel hamka bin zaidi ." nama penuh ariel meniti dibibir encik zamarul . Ariel langsung tidak berdebar ketika ini . Entah mengapa dia merasa tenang apabila dapat menjadi penyelamat raihana .

"Ye saya ."

"Aku nikahkan dikau dengan anakku sara raihana binti zamarul berwalikan aku dengan mas kahwinnya empat ratus ringgit tunai ." lancar suara encik zamarul melontarkan kata-kata seperti itu . Dalam masa yang sama , dia sangat berharap yang ariel dapat menjaga anaknya meskipun dia tahu harapan dia sangat tipis .

Mana mungkin ariel dapat menjaga raihana sepanjang masa . Dalam keadaan mereka macam tu memang tidak lah raihana terima . Dengan ariel yang masih bertunang , dengan perkahwinan mereka yang terlalu mengejut . Memang terlalu tipis !

"Aku terima nikahnya sara raihana binti zamarul dengan mas kahwinnya empat ratus ringgit tunai ."

Prak ! Hati raihana luluh menyembah lantai . Hari yang sepatutnya dia menjadi isteri kepada naqif telahpun bertukar menjadi isteri kepada ariel . Airmata terus menitis apabila mata dipejam rapat sambil tangan menggengam erat tangan puan zaimah .

"Sah ?"

"Sah !" semua saksi memberi jawapan . Raihana tak mampu untuk membuka mata , berat untuk dia melihat semua yang ada di depan matanya .

"Alhamdulillah ." dan ke semuanya menadah tangan . Membaca surah Al-Fatihah dan bacaan kuat itu dari papa raihana sendiri . Raihana tadah dengan wajah redup . Jelas wajahnya tidak dapat terima semuanya .

Kejap lagi pasti berita ini akan tergempar dengan caption seorang tunangan kepada selebriti telah berkahwin bersama seseorang gadis biasa . Oh my god !

Selepas tamat bacaan doa , ariel mula bangun dari kedudukannya dan mula beralih kepada raihana untuk acara pembatalan air sembahyang . Perlahan-lahan dia duduk dihadapan raihana yang sedang menunduk kepala itu .

Cincin permata diambil lalu jari-jemari runcing raihana dicapai lembut . Kemudian cincin tersebut disarung perlahan ke dalam jari manis raihana . Lalu ariel menongkat dagu raihana ke atas supaya wajah isterinya kini benar-benar menatap wajahnya .

Jelas wajah raihana sudah basah lencun dengan airmata . Ariel sedikit terkesan dengan keadaan raihana . Seterusnya ariel melabuhkan ciuman di dahi isterinya . Raihana memejam mata dengan rapat .

Kemudian ciuman dileraikan , lalu bibir ariel mendekati telinga raihana sebelum berbisik sesuatu disitu .

"Jangan bazirkan airmata awak . Sungguh mahal untuk ditayang ."

Raihana terdiam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience