Bab 40

Romance Series 185331

Alhamdulillah , kes aku dah diselesaikan . Kini peminat bella tidak lagi menganggu aku dan menghina aku dengan perkataan hina . Cukup-cukup lah kecam aku yang tak bersalah ni , tapi ada jugak lah yang tak percaya dengan sebalik kisah cerita aku dengan ariel . Ah lantak lah , janji ariel dah bersihkan nama aku pun dah cukup .

Pasal cik bella , aku pun tak tahu kemana dia menghilang . Mungkin dia masih simpan dendam dengan aku . Tapi entahlah , malas aku nak fikir . Nak kata salah dia banyak , tak jugak . Nak kata aku betul banyak , tak jugak . Rasanya 50-50 kut ?

"Selamat pagi sara raihana binti zamarul !"

Hampir melatah raihana dibuatnya . Nasib baik senduk periuk tak terbang atas kepala dia . Lain kali sergah lah lagi macam tu , suka sangat buat aku marah !

"Awak ni kan , suka sangat main sergah ." raihana geram . Sejak dah boleh terima ni , macam-macam perangai si suami aku ni .

"Ala , bukannya sampai masuk makhamah pun kalau kena sergah ." ariel menempel di sebelah raihana sambil mencebikkan bibirnya .

"Tengok tu , ada je ayat nak kenakan kita balik ." tajam muncung raihana memarahi suaminya . Ariel sengih kambing , marah-marah ni dah kenapa ? Pregnant ke apa ?

"Sayang saya ni masak apa ?" ariel pandang raihana dengan penuh minat . Tengah masak pun cantik , haih hati gue lagi bergetar ni .

"Sejak bila pulak suami saya ni buta ? Nasi goreng kan takkan tak nampak ?" raihana membalas . Walapun perkataan 'sayang' sudah biasa melekat di bibir ariel , tapi bagi raihana panggilan tu masih malu bagi dia . Haih cair !

Ariel senyum kambing seraya melabuh punggung di kerusi sementara menanti nasi goreng yang dimasak raihana sekarang . Belakang tubuh isterinya dipandang minat .

"Tak sangka kan , kita boleh bahagia ." ariel senyum bangga . Dia masih tak percaya yang dia berkahwin dengan sara raihana . Sepupu dia sendiri !

Raihana di dapur hanya tersenyum membelakangi ariel . Sungguh tak sangka yang dia lah isteri ariel sekarang . Dulu bukan main benci bagai nak rak , sekarang dah sah jadi suami-isteri . Betul lah kata Nurul , tak boleh benci sangat pada orang , takut dia lah jodoh kita yang sebenar .

Si tenuk tu jugak lah suami kau rai .

"Dengan izin Allah , Inshallah kita akan kekal . Semoga tak ada lagi bencana dalam hubungan kita ." raihana membalas seraya mencapai mangkuk plastik . Nasi goreng yang sedang panas itu di cedok perlahan sebelum di masuk ke dalam mangkuk plastik .

Kemudian dibawa ke meja makan .

"Amin ..." ariel mengaminkan doa raihana . Mereka berdua tersenyum serentak . Kemudian raihana mula mencedok nasi goreng ke dalam pinggan ariel . Lalu diserah kepada ariel , cawan kecil di ambil sebelum dia menuang kopi ke dalam cawan kaca .

"Sayang ,"

"Ye ?"

"Saya ada hadiah untuk awak ." ariel tersenyum kambing . Dia ingatkan nak bagi semalam je , tapi disebabkan raihana begitu busy dengan butik , terpaksalah dia tangguh dahulu niatnya .

Raihana mengerut kening mendengar bicara ariel . Hadiah apa pulak dah mamat ni ?

"Hadiah apa ? Hari jadi saya dah lepas ." makin menaik kerutan di dahi raihana . Tak silap dia , hari jadi dia dah lepas . Dan masih ingat lagi hadiah yang dia dapat dari naqif , tak silap dia baju floral dress labuh . Tapi disebabkan tak muat , dia bagi fatimah . Ala , takkan nak buang pulak kan , alang-alang tu bagi lah orang .

Heh ! Macam kejam lah pulak . Tak apa , itu mungkin petanda yang aku tak boleh pegang barangan dari naqif . Lagipun benda tu dah lepas , kita lupakan aje . Tak penting pun .

"Kejap , tunggu sini ." ariel sengih sebelum dia bangkit dari kerusi dan berlalu ke arah ruang tamu . Dia hampiri sofa panjang yang membelakangi raihana . Raihana memerhati tindak-tanduk suaminya .

Seterusnya , ariel sembunyikan barang itu dibelakangnya sambil mendekati raihana di meja makan . Raihana garu hidung dengan anak mata tak lepas dari wajah ariel .

"Apa tu ?" soal raihana pelik . Main sorok-sorok barang pulak dah suami aku ni . Masa bila pulak dah dia pergi beli hadiah tu ?

"Tadaaa .." ariel layangkan senyuman gembira seraya menghulurkan patung sederhana kepada raihana . Bentuk patung itu tampak mahal dan ada love di tengah-tengah patung itu . Raihana memandang pelik ke arah patung berwarna coklat pudar itu .

Patung ?

"Suka tak ?" ariel angkat kening memandang raihana yang masih tampak blur . Macam tak pernah nampak teddy bear aje ?

"Suka , tapi kenapa patung ?"

"Kenapa ? Awak tak suka patung ke ?"

"No , bukan tu maksud saya . Saya cuma pelik je , tiba-tiba awak belikan saya patung ." raihana senyum kelat sebelum tangannya mencapai tubuh patung tersebut . Comel dan gebu aje .

"Actually , saya nak mintak maaf pasal dulu . Saya pernah koyakkan patung pemberian ex tunang awak . So saya nak ganti balik dengan pemberian saya pulak . Kali ni saya yakin , tak ada siapa dah boleh koyakkan patung awak ." ariel tayang wajah bangga . Raihana senyum payah tatkala ariel menyebut hal naqif dihadapannya .

"Terima kasih awak . Inshaallah saya akan jaga patung ni sampai bila-bila ."

"Jaga patung je ke ? Jaga saya tak nak ?" ariel kelipkan biji mata beberapa kali , cuba menayang wajah kecomelannya . Raihana ketawa halus .

"Jangan nak mengada !"

Ketawa ariel makin menjadi-jadi . Selepas itu , ariel tumpukan pada nasi goreng raihana sebelum disuap ke dalam mulut .

"Oh ya , saya terlupa nak bagitahu awak sesuatu ." ariel mula teringatkan sesuatu perkara , mulutnya dipenuhi nasi goreng . Raihana menanti .

"Awak ada bukak instagram tak semalam ?" ariel menyoal , serius . Raihana geleng kepala .

"Tak ada . Kenapa ?" raihana berkerut . Semalam dia tak sempat nak bukak instagram atau twitter sekalipun . Memang terlalu busy sampai tak nak ambil tahu pasal instagram atau aplikasi yang lain-lain . Butik lagi penting guys .

"Saya ada terbaca satu page baru ni . Bella ada rahsia yang dia nak bagitahu pada semua netizen . Saya pelik . Rahsia apa yang dia nak bagitahu ?"

Raut wajah raihana berubah .

"Selama awak dengan dia dulu , takkan awak tak tahu ?"

"Ish ! Dia tu selebriti , saya malas nak ambik tahu . Kalau pasal makan minum dia dulu , boleh lah dikira kisah jugak . Kalau hal peribadi dia , tak kut ." ariel geleng kepala . Raihana diambang kerisauan , takut lah jugak kalau bella nak apa-apakan dia .

"Mungkin rahsia hal lain kut ?" tebak raihana seraya tersenyum payah .

"Saya harap , rahsia yang dia nak bagitahu tu tak membabitkan kita ." ariel senyum sikit sambil menyentuh belakang tapak tangan isterinya . Raihana balas senyuman ariel .

Harap-harap macam tu lah .

******

"Uwekkkkk !! Uwekkk !!" bella memuntahkan segala isi perut ke dalam singki bilik air . Tiba-tiba tekaknya terasa mual ketika bersarapan dengan keluarganya . Mungkin bauan perfume dari tubuh datuk sri khaleed .

Segala makanan di dalam perut , kembali keluar ke dalam singki . Bella terasa penat dek muntah yang tak henti-henti . Pili air dibuka dan terus dia membasuh seluruh wajahnya . Nafas bella tercungap-cungap .

"Bella , okay tak ni ?" datin sri zareena meluru masuk ke dalam kamar mandi anaknya . Cemas dia melihat bella seperti itu . Tak pernah-pernah muntah teruk macam ni . Belakang badan bella digosok datin sri zareena .

"I'm okay mum ." balas bella lemah . Takkan dia nak bagitahu perkara sebenar pada ahli keluarganya ? Tak , mummy and daddy tak boleh tahu pasal ni . Hanya aku dan farhan sahaja yang tahu kisah silam kami .

"Okay apanya kalau dah muntah teruk macam ni ? Muka pun dah nampak pucat tu . Kita pergi klinik aje lah ye ."

"No !" laju bella membalas sambil menggeleng kepala dengan laju . Ini lah antara sebabnya kenapa dia takut . Kalau dia pergi klinik , sah-sah pihak doktor akan bagitahu perkara yang sebenar . Mana aku nak letak muka aku nanti ?!

"Bella , dalam keadaan macam ni . Bella kena pentingkan kesihatan , jangan sibukkan diri dengan kerja aje . Nanti kalau dah sakit teruk , siapa susah ? Mummy and daddy jugak yang risau nanti ." omel datin sri zareena . Berharap sangat bella mengerti dengan bicaranya .

Bella meraup wajah .

"Mummy , bella okay jelah . Mummy jangan lah risau okay . Lagipun bella malas lah nak pergi klinik ." bella cipta alasan seraya keluar dari bilik air . Dia menuju ke tirai katil sebelum punggungnya dilabuh pada situ .

Datin sri zareena berdiri dihadapan anaknya sambil bercekak pinggang .

"Apa salahnya kalau pergi klinik ? Sekurang-kurangnya ada doktor yang boleh periksa perut bella . Mana lah tahu keracunan makanan ke ?" ujar datin sri zareena yang masih bertambah risau .

Bella jeling . Keracunan makanan ? Huh ! Kalau keracunan makanan tak adanya aku tak nak pergi klinik . Ini semua gara-gara farhan ! Dasar jantan tak guna !

"Bella dengar tak apa mummy cakap ni ?"

"Ye mummy , bella dengar ."

"Dahtu , bawak-bawak lah diri tu ke klinik . Tak ada lah mummy risau kalau bella dah pergi sana ." bicara datin sri zareena .

Bella berdecit .

"Mummy , bella okay . Please lah jangan paksa bella ." wajahnya berubah keruh . Baru sahaja datin sri zareena ingin membuka mulut , datuk sri khaleed terlebih dahulu menyampuk .

"Biarlah kalau dia tak nak pergi klinik . Awak pun jangan lah nak paksa anak kita tu . Nanti kalau ada masa dia pergi lah tu ."

Suara dari arah belakang membuat datin sri zareena menjeling . Ini lagi sorang , suka sangat bela anak dia !

"Suka hati lah . Tapi kalau terjadi apa-apa dekat kamu bella , jangan sibuk-sibuk cari mummy ." datin sri zareena merengus perlahan sebelum dia menonong pergi . Bella mengeluh perlahan .

Im so sorry mum ..

******

"Rai tunggu lah dulu ." naqif cuba mengejar raihana sebelum dia dapat menyaingi gadis itu . Wajah keruh raihana dipandang .

"Awak nak apa lagi naqif ? Tolong lah jangan ganggu saya ." raihana meraup wajah . Jelas wajahnya tidak suka dengan cara naqif .

"Saya tahu awak dah tak suka dengan saya . Tapi tolong lah dengar penjelasan saya dulu ." naqif berasa sedih . Sungguh berharap agar raihana mengerti dengan bicaranya .

"Penjelasan apa lagi naqif ? Tak cukup ke awak dah tinggalkan saya dulu ? Apa lagi yang awak nak ? Awak masih tak puas nak sakitkan hati saya lagi ?" bertalu-talu soalan menyerang naqif . Bekas tunangnya ini memang tak faham bahasa ke ? Dia dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat aku dulu ?

Takkan dah lupa anak isteri dekat Sabah sana tu ? Pelik , tiba-tiba cari aku pulak .

"Rai saya mintak maaf . Saya akui tu kesalahan saya . Sebab tu saya nak awak dengar penjelasan saya ."

"Saya tak perlukan penjelasan awak . Saya tahu awak dah berkahwin sebelum kita nikah lagi . Jadi , tolong mulai hari ni saya tak nak awak ganggu hidup saya lagi ." ujar raihana .

"Rai , saya tahu saya dah lukakan hati awak . Saya banyak buat awak terseksa . Tolong lah sekali ni je lagi , bagi saya peluang kedua . Saya nak tebus balik kesilapan saya yang dulu ." rintih naqif bernada kesal . Wajahnya benar-benar tampak merayu .

Raihana mengeluh perlahan .

"Naqif awak dah gila ke ? Awak dah lupa yang awak dah ada anak isteri ? Naqif , kita dah tak ada apa-apa lagi . Jangan jadi tamak ! Awak dah ada hidup sendiri . Kenapa nak cari saya lagi ?" suara raihana separuh geram . Macam dah nak tercabut anak tekak aku ni . Waktu aku dah mula nak bahagia dengan ariel lah dia nak muncul . Macam-macam betul lah dugaan !

Naqif menunduk lemah seketika sebelum dia kembali menatap wajah bekas tunangnya .

"Isteri dan anak saya dah lama meninggal dunia . Sebab tu saya nak awak dengar penjelasan saya . Saya tinggalkan awak dulu bersebab , bukan saja-saja . Zalikha , meninggal waktu lahirkan anak saya . Tapi tak kesampaian bila anak saya tak dapat diselamatkan jugak . Rai percayalah , walaupun saya banyak sakitkan hati awak dulu tapi saya masih cintakan awak ." kata-kata naqif buat raihana terdiam .

Masih cintakan aku ? Dia ni merepek ke apa ? Aku ni bini orang kut ! Kalau ariel tahu yang naqif dah balik KL , mati-mati dia ingat aku masih sayangkan naqif .

"Takziah untuk isteri dan anak awak . Saya mohon jangan jumpa saya lagi , assalammualaikum ." raihana menyeberang jalan menghampiri ke butik pengantinnya , tanpa menghiraukan naqif yang masih berdiri di situ .

Naqif mengeluh berat . Sungguh dia merasa sedih dengan tindakan raihana sekarang . Padan lah muka kau naqif , siapa suruh kau tinggalkan dia dulu . Kalau kau tak explain benda ni dari awal , pasti masalah ni takkan jadi lebih teruk . Hah sekarang kau hadap lah sendiri !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience