Bab 22

Romance Series 185331

Raihana masuk bilik dan pintu bilik ditutup kemas . Kemudian dia bersandar pada daun pintu sambil menyentuh rantai itu dengan lembut . Dia masih tak dapat mencerna kata-kata ariel . Kenapa loket rantai ni perlu ada huruf nama aku dengan dia ?

Keluhan kecil terbit dibibir merahnya . Aku selalu dapat layanan lembut dari ariel , tapi aku layan dia macam nak tak nak . Dah nama pun kahwin tak rela , siapa je nak ? Haih !

Ketukan pintu dari luar mengejutkan raihana . Jelas sekali suara ariel yang berbunyi dari arah luar . Raihana telan air liur , kenapa perlu nak berdebar ? Rilex la rai ,

Tanpa menunggu lama , raihana membuka daun pintu . Jelas susuk tubuh ariel berada dihadapannya , anak mata mereka berlaga .

"Kenapa ?" tanya ariel seraya melangkah masuk ke dalam bilik . Tangannya mula lincah membuka jam di pergelangan tangannya . Kemudian jam berjenama itu diletak atas meja solek .

"Tak ada apa-apa ." balas raihana seraya memasuki ke dalam kamar mandi . Pintu di katup rapat , lalu dia bersandar pada pintu bilik air . Kenapa dengan aku ni ?

Ariel yang berada di luar bilik air , hanya mampu mengerut kening . Apa kena dengan isteri aku ni ?

******

Bella melabuh punggung di tirai katil dengan wajah sembab . Dirinya sudah tak berdaya lagi untuk mengeluarkan airmata . Tanpa sedar dia lemah dengan diri sendiri , dan dia mula terbitkan semula airmatanya . Bahunya sudah terhenjut .

Kepalanya menunduk sambil menangis , memikirkan hubungan dia bersama ariel . Dia takut kehilangan ariel , dia tak nak ariel jatuh ke tangan orang lain . Tapi tanpa sedar , ariel sudahpun jadi suami kepada orang lain . Dirinya di tindas tanpa disedari .

Pintu yang terbuka sedikit , memberi peluang datin zareena mengintai dari luar bilik . Hati seorang ibu jugak luluh melihat keadaan anak sendiri . Ibu mana yang sanggup melihat anaknya kecewa ?

"Ariel , kenapa you buat i macam ni ?" serak basah suara bella . Cukup terluka hatinya dengan tindakan ariel . Tanpa disedari , tangannya mencengkam gebar dengan kuat . Terbayang-bayang video perkahwinan ariel bersama perempuan lain .

Dia mengetap gigi .

"Aku akan balas apa yang kau buat dekat aku ." kuasa dendam mula mengusai dirinya . Matanya jugak terjegil , seakan-akan memberi makna dengan pandangan itu .

Puan zareena hanya mampu melihat dari jauh .

******

Naqif menghenyak punggung di kerusi empuk bersama secawan kopi . Mug meminum kopi di letak atas meja kecil di hadapannya . Kemudian anak mata naik memandang televisyen , sedaya-upaya cuba untuk lupakan masalahnya .

Tanpa sedar ada keluhan yang keluar dari mulutnya . Perlahan-lahan anak mata kalih ke arah telefon bimbit yang berada di sebelahnya . Mahu sahaja dia membuka mesej semua orang , tapi hati masih lemah untuk lihat semua mesej dari raihana .

Dia kembali memalingkan wajah ke arah televisyen . Entah kenapa hatinya berat untuk terima semua ni . Dia sudah hancurkan dua orang gadis yang berada dalam hatinya . Pertama zalikha  dan kedua raihana . Tanpa sedar dua orang gadis yang dia cintai sudah hilang dimatanya .

Dia mengeluh berat . Rasa bersalah kerana tinggalkan raihana , dan rasa bersalah kerana hancurkan hidup zalikha . Aku memang lelaki yang tak berguna !

Airmata jernih keluar di tubir mata . Hatinya meruntun pilu . Rasa macam nak lari daripada malaysia .

******

Air milo panas yang baru di kacau olehnya , ditiup lembut . Kemudian bibir mungilnya bertemu dengan bibir gelas . Entah mengapa malam-malam begini dia teringin nak minum air milo pulak .

Mug yang baru dipegang , kembali diletak atas meja kaunter . Pemikirannya tiba-tiba melayang teringatkan naqif . Mungkin dia tengah bahagia dengan isteri dia ? Raihana mengeluh . Jauh di sudut hati yang dia masih sayangkan naqif , tapi siapa dia nak menidakkan hak allah ? Dia bukan jodoh kau rai , dia bukan lagi milik kau . Kau hanya jaga jodoh orang je selama ni rai .

Raihana mengeluh panjang . Tiba-tiba dia terasa pinggangnya dicuit dengan sengaja . Raihana tersentak dek geli yang menyengat di pinggangnya . Pantas dia mengalihkan wajahnya ke tepi . Kelihatan ariel sedang tersengih disebelahnya .

Raihana senyum nipis . Wajah ini lah yang sebenarnya jodoh kau rai . Tanpa sedar kau kahwin dengan tunang orang . Dan tanpa sedar orang akan cop kau sebagai perampas .

"Termenung apa ?" tanya ariel dengan selamba menarik gelas raihana dan diteguk sedikit . Raihana geleng kepala perlahan seraya memalingkan wajah ke hadapan .

"Fikirkan naqif lagi ke ?" ariel menyoal setelah selesai meneguk  air milo panas . Anak mata memandang wajah raihana dari tepi .

Raihana kelu lidah . Dia terasa tak ada mood pulak nak bercakap soal naqif . Hatinya masih terkesan dengan perbuatan naqif . Biarlah dia sendiri yang ubatkan lukanya .

"Kenapa awak kahwin dengan saya ?" tiba-tiba soalan itu meniti di bibirnya tanpa membalas pandangan ariel . Ariel setia memandang raihana walaupun gadis itu setia memandang ke hadapan .

Ariel tersenyum kelat . Rasanya sudah tiba masanya dia meluahkan isi hatinya kepada raihana .

"Sebab saya nak tolong awak ." balas ariel tenang . Mendengarkan sahaja jawapan ariel , membuatkan raihana memalingkan wajah ke arahnya .

"Jawapan awak masih tak tepat dan alasan awak tak munasabah . Awak seolah-olah macam tak kisah kahwin dengan saya . Awak buat perkara ni macam main masak-masak . Awak tahu tak yang awak dah sakitkan hati tunang awak . Kalau saya jadi tunang awak , saya pun rasa sakit tau . Takkan awak tak fikir perasaan dia ?" bibir raihana terkumat-kamit melontarkan kata-katanya . Wajahnya jugak redup memandang ariel .

Ariel gigit dinding pipi sambil memandang anak mata raihana . Dia akui itu kesalahan dia , tapi sejak dia berpijak di bumi malaysia , hatinya seakan-akan terpaut dengan raihana . Dia tahu itu adalah kesalahan besar kerana menyukai tunang orang . Tapi dia tak boleh menidakkan perasaannya .

Setiap kali raihana ditempuh masalah , pasti dia akan muncul . Dia tak nak raihana sedih dan kecewa . Dia mahu berada disisi raihana buat selama-lamanya .

"Sekarang saya baru tahu , kenapa saya terima awak dalam hidup saya ." matanya memandang tepat pada anak mata isterinya . Seolah-olah pandangan memberi makna .

"Kenapa ?"

"Sebab saya dah mula jatuh cinta dengan awak ." ariel capai pergelangan tangan isterinya lalu dikucup lembut . Raihana terpempan .

"Saya tahu awak tak cintakan saya . Tapi saya nak awak tahu yang saya akan setia hujung nyawa dengan awak . Memang kelakar kan ? Tiba-tiba je saya jatuh cinta dengan awak ." ariel ketawa kecil . Raihana masih terkesima sambil merenung segala tindak-tanduk ariel .

"Jodoh sebenarnya kita tak nampak walhal dia ada je depan kita . Allah maha mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk . Inshaallah saya akan jaga awak dengan ikhlas . Saya cintakan awak rai ,"

Raihana terkedu . Rasanya pendengaran aku masih stabil kan ? Aku tak salah dengar kan ? Jadi selama ni ariel sukakan aku ?

"Rai , awak dah masuk dalam hati saya . Saya mintak maaf , sebab selama ni saya jatuh cinta dengan tunang orang ." ariel menayang wajah redup . Raihana tarik tangannya dari pegangan tangan ariel .

Dia mula sedar yang dia hampir termenung jauh .

"Awak tak boleh cintakan saya . Awak kena setia pada yang satu . Cinta pertama awak bella kan ? Kenapa mudahnya awak beralih arah ?" ujar raihana , dia menjadi serba-salah . Macam aku pulak yang runtuhkan hubungan orang lain .

"Kalau awak nak tahu , awak lah cinta pertama saya . Zaman sekolah lagi saya dah jatuh cinta dengan awak . Itu sebab dulu saya buli awak , saya cuba alihkan perhatian awak kepada saya . Saya cemburu awak pilih naqif , itu sebab saya ambil keputusan untuk bertunang dengan bella . Dan terus saya sambung belajar di london . Tapi bila saya balik ke malaysia , orang yang pertama saya jumpa adalah awak . Takkan awak dah lupa yang kita pernah jumpa di rumah saya . Awak kalau awak nak tahu , saya cuba halau awak dari ingatan saya . Tapi saya tak boleh , saya kalah dengan awak ." ujar ariel panjang lebar . Dia kembali mencapai pergelangan tangan isterinya .

Raihana terkedu . Tidak bersuara . Jadi selama aku di sekolah , aku tak bertepuk sebelah tangan ?

"Rai , saya nak jaga awak . Tolong bagi peluang untuk saya ?"

Jelas wajah ariel kelihatan redup . Raihana pandang ariel dengan lama . Suaranya terkunci , tidak mampu untuk membalas apa lagi .

******

Raihana tidur membelakangi ariel . Dia tahu tidur membelakangi suami itu adalah dosa bagi seorang isteri . Tapi dia masih belum bersedia untuk menatap wajah suaminya . Hatinya masih keliru dengan kata-kata ariel .

Mata yang belum di pejam memandang lampu kecil yang berada disebelah katil . Memikirkan hubungan dia bersama naqif . Entah kenapa dia belum bersedia untuk menerima ariel sebagai suami yang sebenar-benarnya . Bagi dia , perkahwinan ini hanya mahu menutup aib keluarganya sahaja . Bukan kerana cinta atau sayang .

Raihana mengeluh perlahan . Ariel dibelakang raihana hanya merenung belakang tubuh isterinya . Mahu sahaja dia memeluk pinggang isterinya , namum dia tahu raihana masih belum bersedia .

Perlahan-lahan ariel menarik gebar dan menutup tubuh raihana . Kemudian ariel bangun dari katil dan menapak keluar dari bilik . Dia tahu raihana tak selesa dengannya selepas apa yang terjadi sebentar tadi .

Hilang sahaja kelibat ariel , raihana bukak mata . Dia sedar yang ariel selimutkan tubuhnya tadi . Pelan-pelan raihana bangun dari baring dan bersila di atas katil . Raihana mengeluh buat sekian kalinya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience