Bab 2

Romance Series 185331

Raihana menuju ke arah anak tangga , namun langkahnya terbantut saat puan zaimah memanggil . Berubah wajah raihana ketika itu .

"Rai . Nak pergi mana tu ?" soal puan zaimah . Raihana mengeluh perlahan .

"Nak naik atas lah ma , penat ni ." jawab raihana malas . Sudahlah pagi tadi dia terburu-buru nak ke butik , lepastu makan malam di rumah mak ngah Aisyah pulak memang penat lah dibuatnya .

"Mari sini , mama dengan papa ada nak bincang sikit dengan rai ." ajak puan zaimah . Raihana mengeluh buat sekian kalinya . Ini yang dia malas ni . Ini tak bukan kalau tak bincang pasal kahwin ?

"Esok-esok jelah mama . Rai penat ni ."

"Bila mama suruh datang , dengar ! Jangan degil . " suara puan zaimah sudah bertukar keras . Nak tak nak raihana terpaksa jugak mengikut kehendak mamanya . Dengan perlahan-lahan raihana menapak ke arah puan zaimah dan encik zamarul . Dia menghenyak punggung di kerusi solo . Wajahnya bertukar muram . Muncung sudah sedepa .

Puan zaimah memandang wajah anak daranya sebelum kembali memandang wajah suaminya . Seolah-olah pandangan ada makna .

"Kami nak bincang pasal rai dengan naqif ." suara puan zaimah memecah keadaan suasana mereka . Raihana mengeluh . Ini lah antara sebab kenapa dia tak nak bincang dengan mama dan papanya . Mesti akan disoal tentang naqif ? Ugh ! Rimas !

"Sampai bila rai nak bertunang dengan naqif ? Dah dua tahun ! Bila nak kahwin ?!" puan zaimah bertukar marah . Dipandang wajah anak tunggalnya . Raihana memicit dahi .

"Mama , kan rai dah cakap . Naqif belum bagi kata putus lagi . Boleh tak mama jangan push rai ? Rai penat tau nak pikir . Pasal butik rai lagi , pasal pekerja rai lagi . Pasal naqif lagi . Rai penat ma ." adu raihana dengan wajah serba tak kena . Dia menyandar kepalanya menggunakan tangan . Rasa nak meletup kepala dia tika ini . Mamanya dari dulu lagi tak habis-habis memaksa dia tentang pertunangan dia dengan naqif .

Memang lah tak salah , tapi yang kusutnya sekarang kepala dia . Naqif bukan nak pikir ! Selalu tumpu kepada kerja aje !

"Habis tu rai ingat mama tak penat ke fikir fasal rai dengan naqif ? Mama malu tau tak !  Mama tak tahu nak letak muka mama dekat mana ? Dah dua tahun rai , takkan naqif tak ada langsung nak bincang pasal ni ?" ujar puan zaimah lagi . Raihana menggigit bibir . Akui dengan kesalahannya .

"Orang pun kerja jugak rai . Tapi tak ada lah macam si naqif tu . Ingat sikit dia tu tunang kamu , jangan buat perangai yang tak semenggah ! Jangan ada perempuan lain sudahlah kan ?" sambung puan zaimah dengan nada sarkastik .

Raihana sentap .

"Okay fine ! Rai akan bincang tentang ni dengan naqif bila naqif balik KL . Sekarang dia ada dekat Sabah lagi . Okay ! Rai masuk bilik dulu , good night ." raihana bangkit dari kerusi dan berlalu pergi dengan perasaan bercampur baur . Dia menapak ke arah anak tangga . Puan zaimah dan encik zamarul berpandangan sesama .

"Abang tengok lah anak abang tu . Asyik nak melting je kerja dia ." puan zaimah menjeling sekilas . Memang susah nak bercakap dengan seketul raihana ni .

"Dah , tak payah fikir sangat . Awak tu dah lah ada darah tinggi , nanti kusut kepala awak tu ." encik zamarul membalas . Hanya satu keluhan sahaja yang keluar dari mulut puan zaimah .

Dia berharap naqif dan raihana akan bincang tentang ni awal-awal . Kalau tak ! Aku sendiri yang putuskan hubungan mereka .

******

Ke hulu ke hilir raihana berjalan . Pikirannya sekarang melayang teringatkan naqif yang berada di Sabah itu . Dari tadi dia call naqif tapi tak angkat-angkat . Hatinya menjadi serba tak kena apabila naqif mematikan fonnya .

"Haish ! Aku call bukan nak angkat ! Apa lah dia buat dekat Sabah tu ? Dah lupa ke ada tunang dekat sini ?" raihana mengomel geram . Nurul yang perhati tindak-tanduk raihana hanya mampu menggeleng kepala .

"Tak ada guna nya kau membebel . Bukan dia tahu pun ." celah nurul seraya membelek-belek baju pengantin yang berada di gantungan . Raihana menoleh sekilas ke arah nurul .

"Mananya aku tak membebel . Dia tak angkat fon tau tak ? Aku ni dah lah penat dengan masalah dia , dia boleh pulak tak angkat ?" jawab raihana geram . Nak je dia serang ke sabah . Biar naqif tahu yang dia sedang marah .

"Tula , dulu aku suruh kau terima zaim kau tak nak ! Hah sekarang terima lah padahnya ." sindir nurul selamba . Terbeliak biji mata raihana mendengar jawapan nurul .

Nurul ni gila ke apa ? Dia nak suruh aku terima zaim yang lurus bendul tu ? Ei memang tak lah !

"Zaim yang lurus bendul tu kau nak suruh aku terima ? Kau ni gila ke apa nurul ? Ei tak mau lah aku tanggung penyakit lurus bendul dia tu ." balas raihana seraya mencebik bibir . Manakala nurul sudah ketawa terbahak-bahak .

"Hah gelak-gelak !" raihana menjeling geram . Suka sangat menyakat aku budak ni !

******

"Bel , ada orang nak jumpa you ." lelaki berbadan kurus itu berkata .

Bella kerut kening .

"Who ?"

Pemuda itu mengangkat kedua belah bahunya . Bella menjeling . Ugh ! Rimas betul aku ! Tanpa menunggu lagi , bella mengangkat punggung dan berlalu pergi . Nasib baik dia dah habis shooting .

Sampai sahaja di tempat tersebut , mulut bella molopong luas saat anak matanya memandang susuk tubuh lelaki yang menghadap wajahnya . Lelaki itu sedang memegang bunga sambil tersenyum ke arahnya .

"Oh my god ! Baby !!!!" terus bella berlari ke arah ariel dan mendakap tubuh tunangnya . Ariel membalas pelukan tersebut .

"Baby why you came here ? Kenapa you tak bagitahu nak datang sini ?" soal bella dengan suara menggoda selepas pelukan itu dileraikan .

"Saja , nak bagi you suprise . Well kita kan dah lama tak jumpa ?" jawab ariel . Bella tersenyum malu .

"Bila you balik london ? Tak bagitahu pun kan ?" bella mencebik tak puas hati . Ariel menguntum senyuman sebelum tangannya mencuit hidung bella .

"Sayang , i dah bagitahu you dekat whatsaap . But you tak reply pun ." jawab ariel walaupun hatinya masih terkilan dengan bella . Bella mengukir senyuman dibuat-buat .

"Oh sorry bie . I busy lah . I tak sempat nak bukak whatsaap ." adu bella . Ariel hanya mengumam malas .

"You marah kan i ke ?" tanya bella dengan suara mengendur . Ariel tersenyum nipis .

"No , i tak marah . But i just terkilan dengan you . You terlalu busy sampaikan i pun you tak sempat nak layan ." jujur ariel . Bella mengigit bibir bawah .

"I'm so sorry . I janji malam ni kita dinner okay ?" tangan kanannya di angkat separas bahu .

"Really ?"

"Yes darling . I promise !"

******

Raihana memasuki ke dalam pekarangan rumah banglo-nya . Selesai memakir dia mula keluar dari perut kereta , namun langkahnya terhenti saat anak matanya ternampak sebuah kereta berjenama Range Rover . Kereta siapa tu ?

Tanpa menghiraukan siapa pemilik kereta itu , raihana menyusun langkah ke hadapan . Dan mula melangkah masuk ke dalam perut rumah . Dia menghampiri anak tangga tanpa mempedulikan siapa-siapa . Tetapi langkahnya terbantut apabila dia terasa ada someone yang memerhati kan dia . Dia berpaling ke kiri . Melopong dia saat itu .

What ??! Si tenuk tu ?

"What are you doing here wahai tenuk ?" soal raihana dengan melayangkan wajah menyampah . Patutlah ada  kereta dia depan rumah tadi , aku ingat kereta siapa lah tadi ?

Ariel menghampiri raihana dan berdiri betul-betul di hadapan gadis itu . Wajah cantik raihana dipandang dalam dengan gaya menceluk kocek .

"Tak habis-habis lagi ke dengan ayat 'tenuk' awak tu ?" ariel bersuara . Raihana menjeling .

"Awak memang tenuk pun . Sebab perangai awak dari dulu memang macam tenuk ." raihana melangkah satu tangga , tapi terbantut apabila ariel menarik hujung baju lengan raihana . Dan disebabkan itu raihana terpaksa berpaling semula . Tapi lain pulak jadi apabila pandangan mereka berubah ke arah lain .

Anak mata ariel tunak ke arah mata coklat raihana . Mereka merenung satu sama lain seolah-olah pandangan yang berbeza . Jantung raihana juga tiba-tiba menari-nari mengikut irama . Lama mereka berkeadaan begitu sehingga lah .

"You look pretty ."

Whattt ???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience