Bab 51

Romance Series 185331

Raihana pandang sekeliling kawasan tasik yang nampak sunyi sepi . Seingat raihana , tadi bella ada hantar location padanya . Dan mungkin ini lah tempat dia .

Sebaik sahaja raihana ingin membuka pintu kereta , tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk . Tertera nama 'abang' di kaca telefonnya . Siapa lagi kalau bukan suami terchenta ! Raihana senyum sendiri . Pantas raihana mengangkat panggilan tersebut sebelum di lekatkan pada telinga .

"Assalammualaikum suami ." raihana memberi salam dengan lembut . Sempat dia berseloroh dengan ariel .

"Walaikumsalam . Sibuk sangat ke sampai dah tak boleh nak makan dengan abang ?"

Raihana menjulingkan biji mata ke atas . Sorry abang , saya kena berjumpa dengan bekas tunang abang , and sorry jugak kerana terpaksa tipu .

"Dah baik ke merajuk tu ?" raihana memerli sambil menahan ketawa . Tengok , dapat nasi goreng sotong terus call aku . Bagus jugak ideal si Nurul tu ye .

"Emmm , abang merajuk pun bukannya awak pujuk pun . Last-last abang jugak yang kena call awak ."

Raihana senyum sendiri . Alahai comel betul suami aku ni !

"Sorry tau abang pasal pagi tadi . Saya janji , saya takkan sakitkan hati abang lagi . Kalau abang masih marahkan hal pagi tadi , saya betul-betul mintak maaf . Saya bersumpah , tak ada niat pun nak tipu abang atau belakangkan abang . Maaf tau ?" raihana meminta maaf atas kesalahan dia pagi tadi .

Mendengar sahaja suara maaf dari isterinya , buatkan ariel tersenyum lebar . Memang tak boleh gaduh lama lah aku ni .

"Abang sayang sangat dekat awak . Sebab tu abang marah awak , sorry tau sebab abang tak boleh kawal emosi abang pagi tadi . Dan maafkan sayang ." balas ariel yang turut meminta maaf kepada raihana atas kerana tidak dapat mengawal perasaannya .

Raihana senyum nipis . Kenapa jantung aku berdebar-debar ?

"Abang , nanti saya call abang balik . Sorry sebab saya kena uruskan hal saya dulu , assalammualaikum ."

"Walaikumsalam .."

Raihana menghembus nafas panjang . Kenapa jantung aku berdebar kuat ni ? Raihana sentuh dadanya yang terasa mengepam laju . Sungguh dia rasa pelik tika ini . Tanpa pedulikan perasaanya , raihana mula keluar dari perut kereta . Dia perlu berjumpa dengan bella dengan segera supaya perjumpaan mereka kali ini adalah yang terakhir .

Nun jauh di sana bella sudah menunggu ketibaannya . Dengan perasaan tenang , raihana beranikan diri bersemuka dengan gadis pelakon itu . Perlahan-lahan raihana mendekati bella dan berdiri dibelakang gadis itu .

"Assalammualaikum .." raihana memberi salam dengan tenang . Dipandang susuk tubuh belakang bella yang sedang membelakanginya .

Bella pusingkan tubuh menghadap raihana . Kini empat mata itu berlaga lama sebelum satu senyuman terukir di bibir merah bella . Raihana hanya menanti .

"Walaikumsalam .." balas bella sambil berpeluk tubuh . Wajah cantik bella yang jugak lengkap berpakaian dress sekerat atas lutut dipandang raihana . Cantik ! Memang jauh beza betul dari aku , tapi kenapa eh ariel sanggup pilih aku berbanding bella yang memang sangat-sangat cukup perfect ni !

"Apa khabar raihana ? Dah lama kan kita tak jumpa ?" bella senyum lebar . Dalam senyuman itu terbit satu makna yang cukup dalam bagi bella . Senyuman aku mungkin nampak manis , tapi sebenarnya ada rasa pahitnya .

Raihana senyum nipis . Entah kenapa dia rasakan yang bella sekadar berpura-pura menanyakan soalan itu padanya .

"Baik . Itu lah , masing-masing dah busy kan ? Cik bella sihat ?" raihana beranikan diri membalas pertanyaan bella sambil menyoal kembali kepada bella .

"Sihat . By the way , ariel sihat ?" bella menyoal dengan menayang wajah angkuh . Riak wajah raihana berubah keruh tatkala bella menanya khabar suaminya .

"Alhamdulillah , dia sihat je . Cik bella , nak jumpa saya sebab apa eh ?" raihana angkat kening ke atas . Sebenarnya dia tak nak lama-lama di sini , lagi dia berdepan dengan bella , lagi hati dia bertambah risau .

"Jom , kita berborak dekat situ ." mulut bella memuncung ke arah bangku kayu yang terletak di hadapan tasik . Raihana angguk kecil seraya membuntuti bella dari belakang . Di dalam hati dia berharap semoga tiada apa yang akan berlaku nanti .

Mereka berdua mula berlabuh di situ . Raihana disebelah kiri manakala bella disebelah kanan . Raihana buang pandangan ke arah tasik .

"I panggil you ke sini sebab ada hal penting yang i nak bagitahu you . Mungkin bagi you perkara tu tak penting , tapi bagi i perkara tu sangat penting ." bella mulakan pembicaraan . Tersenyum-senyum dia melihat wajah raihana yang langsung tiada riak ceria . Perlahan-lahan raihana mencari anak mata gadis pelakon itu .

"Apa yang penting tu ?" wajah raihana berubah keruh . Segala organ dalaman sudah memainkan peranan . Berdebar-debar jantungnya . Iyelah , setahu aku , mana pernah ada urusan penting dengan si bella ni . Kalau dulu mungkin sebab ariel , tapi sekarang sebab apa ?

"You tahukan yang i masih sayangkan ariel ?" dengan riak wajah sombong bella pandang raihana . Raihana balas pandangan itu dengan wajah tenang . Walaupun hati dia sakit dengan ayat-ayat yang dilontar bella . Sayang tenuk dia !

"Cik bella , terus-terang saya cakap . Saya memang tak ada masa nak jumpa dengan cik bella , tapi bila saya tengok cik bella macam terdesak sangat nak jumpa saya . Saya paksakan diri saya untuk berdepan dengan cik bella . Jadi sekarang tolong bagitahu saya apa yang penting sangat tu !" raihana tahan rasa . Ya Allah , dia ni memang sengaja menguji kesabaran aku ke ?!

Dia ingat , dia sayang suami aku boleh buat aku suka sampai ke telinga ? Dia tak sedar ke siapa depan dia sekarang ni ?! Aku isteri ariel ! Memang ada rasa sifat cemburu tu ! Ergh !

"Ala rileks la raihana . Anyway , you tak perlu lah nak risau sangat ." dengan gaya bersahaja bella menjawab . Satu ketawa halus keluar di bibir merahnya .

Raihana melopong sedikit . Apa ?! Dia suruh aku rileks ? Rileks tenuk dia ! Sumpah , aku punya tahap kesabaran dah meninggi ni . Karang ada yang aku bergaduh dengan bella nanti !

Okay , calm down rai .. tenang okay ..

"Okay baiklah ." raihana akur , kini suaranya dilembutkan sedikit . Nafas dihembus perlahan-lahan .

"Apa yang penting sangat cik bella ?" sambung raihana .

Bella bangun dari kerusi dan berdiri dihadapan raihana . Matanya tepat memandang wajah bersih raihana . Kini wajahnya mula kelihatan tegang .

"I pregnant . Anak ariel ."

"Hah ?!" wajah raihana berubah keruh . Terbangun dia dari bangku kayu . Sekarang wajah putih bella ditatap penuh dalam , bagaikan helang anak mata raihana merenung tajam ke arah bella .

Nafasnya jadi tak teratur .

"Apa maksud cik bella ?" tanya raihana ingin tahu . Bibir dan rahangnya mula bergetar , jantungnya semakin kuat berdegup . Aku rasa aku tak silap dengar kan ?

"I pregnant raihana . Dah masuk tiga bulan ! Anak ariel ! And i nak hak i supaya ariel boleh bertanggungjawab ke atas diri i ."

Raihana cekak pinggang sambil ketawa dibuat-buat . Oh bertangungjawab ye ?

"Cliche nya ! Sampai macam tu sekali cik bella nakkan ariel ye ? Cik bella dah lupa ke yang cik bella dah putus dengan suami saya . Jadi apa bukti cik bella yang mengatakan cik bella mengandungkan anak suami saya ?" raihana menyinga . Merah padam wajah raihana .

Ketika ini , perasaan dia semakin membuak-buak ingin mengerjakan bella . Dia cakap dia mengandung anak suami aku ? Hello , aku yang isteri ariel pun belum mengandung lagi ! Kurang ajar punya betina !

"Hello , you sedar tak yang you tu perampas ? Sebab you jugak lah i putus dengan ariel tau . Jadi jaga sikit mulut you tu . And kalau you tak percaya , you boleh tengok ni ." bella keluarkan gambar ultrasound scan baby lalu di hulur kepada raihana .

Raihana pandang lama sebelum tangan dia mengambil gambar tersebut . Bergetar tangannya saat memegang benda alah itu .

Tak , ariel takkan buat benda terkutuk ni ! Aku kena percayakan ariel , yes ! Dia suami aku , jadi aku berhak pertahankannya .

Tapi ....

"Buat lah apa sekalipun , saya tetap percayakan suami saya . Saya tahu ariel tak buat semua benda ni . Dan dia takkan sentuh perempuan lain selain isteri dia ." ujar raihana yakin . Sikit pun airmata tidak keluar , walaupun hati wanitanya terguris dengan pengakuan bella .

Isteri mana yang tak sakit hati bila perempuan lain senang-senang mengaku yang dia mengandungkan anak suami kita ?

"Alright ! I don't care , but . Ariel kena kahwin dengan i dalam masa yang terdekat , dan kena ceraikan you . Sebab i tak suka bermadu ." satu senyuman sinis mekar di bibir bella , pantas gambar ultrasound scan di sambar dari tangan raihana .

Raihana gigit dinding pipi . Ceraikan aku dan kahwin dengan dia ? Pergi mampos ! Aku penat-penat belajar cintakan ariel , and then senang-senang dia suruh ariel ceraikan aku ? Dia ni memang tak ada hati perut ke ?

"Sampai bila-bila pun cik bella takkan dapat dia . Buat lah cara apa sekalipun , cik bella takkan berjaya . Sorry , saya ada hal penting yang nak diuruskan . Assalammualaikum ." raihana melangkah setapak , tetapi langkahnya mati tatkala lengan kanannya dicengkam kasar dari bella .

"Aku akan pastikan yang ariel akan ceraikan betina macam kau !" amaran dari bella membuatkan raihana terdiam seketika . Bukan bermaksud takut dengan kata-kata bella , cuma dia rasa bella terlalu obses dengan suaminya .

Bella mengatur langkah meninggalkannya yang masih berdiri tegak . Anak mata raihana menghantar kelibat bella yang sudah menjauh darinya .

"Ya Allah , kau lindungilah suamiku ." buat seketika , raihana memejam mata .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience