Bab 49

Romance Series 185332

Raihana bersandar pada kepala sofa dengan menghembuskan nafas lega . Selesai sahaja dari butik , terus dia pulang dan bawa diri ke bilik air . Siap sahaja bersihkan diri , dia melihat ariel sedang menonton TV di ruang tamu .

Wajah kacak suaminya dipandang dari tepi . Laki aku ni nak tengok TV ke nak main telefon ?

"Saya tengok dahi abang berkerut-kerut macam ada masalah je ?" raihana menegur lembut . Ariel tersentak sedikit , baru dia tersedar dengan kehadiran isterinya . Perlahan-lahan dia renung kembali pandangan raihana .

"Tak ada apa , cuma rasa pelik sikit ." balas ariel . Sekejap dia pandang telefon sekejap dia pandang raihana . Raihana semakin hairan . Apa yang pelik ? Aku pun pelik jugak ni .

"Pelik sebab kenapa ?" kening raihana bercantum rapat .

"About bella ." lambat-lambat ariel membalas . Bibir di kemam seketika . Semakin rapat kening raihana bercantum . Ini kalau mengakibatkan seorang yang bernama 'bella' memang kena soal ni . Raihana dekatkan sedikit kedudukannya .

"Kenapa dengan dia ?" raihana curi-curi pandang ke arah telefon bimbit suaminya . Tapi tak jelas pulak , aduhai !

"Tak apa lah lupakan ajelah . Tak penting pun ." ariel sengih kambing . Rasanya tak penting pun isu yang dia baca sekarang , walaupun memang kedengaran pelik sikit . Ya dulu sewaktu dia bertunang dengan bella , memang kerap gadis itu berlakon dengan seorang selebriti popular yang bernama farhan aidin . Tapi bila dia terbaca artikel mengenai bella menolak tawaran bekerja bersama farhan , buatkan dia terfikir sekejap . Mereka berdua ada masalah besar ke ?

Raihana mencebik geram .

"Ala abang ni , bagitahu jela apa dia . Suka sangat rahsia ." getus bella geram . Dijeling sekilas wajah ariel . Ariel ketawa lepas .

"Sayang , betul abang tak tipu . Benda ni tak penting pun ." ariel cuba memujuk hati isterinya . Dipandang wajah masam raihana ketika ini . Lain macam betul dia punya merajuk tu .

"Tapi ni berkaitan dengan bekas tunang abang . Saya tak nak abang rahsiakan apa-apa pasal dia dari saya . Tu je ." bibirnya memuncung sedepa , seolah-olah masih merajuk dengan suaminya . Ariel tarik pipi raihana lembut .

"Ish abang ni ! Main tarik pipi saya pulak ."

Ariel ketawa lagi . Melihatkan wajah cemberut dari raihana , buatkan ariel dekatkan jaraknya . Lengan sasanya bergantung pada bahu raihana .

"Sayang , abang dah lama tak dengar panggilan 'tenuk' dari mulut awak tu ." ariel sengih sambil berkata perlahan di halwa telinga raihana . Raihana pandang ariel lama .

"Kenapa , rindu ?"

Ariel ketawa halus . Ya ikutkan memang rindu sangat zaman waktu dia aysik bergaduh dengan raihana dulu , ada aje yang tak kena pada mata isterinya . Bila gaduh aje , pasti ayat 'tenuk' akan keluar dari mulut raihana . Haih comel !

Satu keluhan kecil terbit di bibir mungilnya . Wajah raihana dipandang minat lagi .

"Sayang ...." ariel angkat dagu raihana ke atas , anak matanya sudah merenung dalam ke panahan mata isterinya . Raihana angkat kening tanda memberi respon kepada ariel . Dibiarkan sahaja keadaan mereka seperti itu .

"Kalau terjadi sesuatu pada antara kita berdua . Sayang percayakan abang ke atau lebih percaya pada orang lain ?" bicara ariel yang mula mengubah topik perbualan . Raihana memandang ariel dengan dahi yang berlapis-lapis . Apa kena-mengena pulak ni ?

"Mestilah saya percayakan abang . Takkan lah saya nak percayakan orang lain , tak ada motif langsung ." bersahaja raihana membalas . Bibir mencebik , tak puas hati dengan soalan suaminya . Apa dia ingat aku ni tak percayakan dia ke ? Apa guna aku jadi isteri dia ?

"Mana lah tahu tiba-tiba sayang tak nak percayakan abang . Perempuan ni kan complicated ."

Bibir tepi raihana terangkat sedikit .

"Ewah-ewah ! Yang complicated nya perempuan kat luar sana tu , saya tak complicated okay !" balas raihana membela diri . Dipandang mata bulat suaminya .

"Yeye je . Kalau isteri abang yang comel ni tak complicated . Kiss pipi abang sikit ." ariel sengih kambing . Dipandang wajah garang raihana .

"Oh ! Kiss eh ? Ni kiss abang !" terus raihana menggeletek perut  suaminya dengan laju . Ariel terkejut dengan serangan mengejut dari isterinya . Terbahak-bahak ariel ketawa menahan geli di perut sasanya .

"Sayang ! Geli lah !" ariel ketawa lagi . Raihana semakin agresif membuli perut ariel sehingga ke pinggang suaminya jugak disentuhnya . Raihana jugak turut ketawa sambil tangan mengerjakan tubuh tegap ariel .

"Kiss ye . Nah ambik lagi !" lagi dan lagi raihana mengerjakan ariel .

"Sayang !"

"Geli sayang !"

"Sayang enough !"

Raihana ketawa terbahak-bahak melihat ariel yang semakin lemah dikerjakan olehnya . Padan muka ! Nak sangat mengada kan !

******

Naqif membuka peti ais seraya mengambil sebotol air oren . Kemudian dibawa keluar sebelum dituang ke dalam gelas kaca yang baru di ambil . Naqif menarik kerusi lalu dilabuhkan punggung pada permukaan kerusi . Dia mula meneguk minuman air oren yang di ambil tadi , fikirannya mula menerawang jauh memikirkan perkahwinan raihana bersama ariel .

Sesungguhnya dia masih tak boleh percaya dengan berita tersebut . Dia jugak tak sangka yang suami raihana adalah ariel , sepupu gadis itu sendiri dan jugak merangkap kawan sekolahnya . Ya walaupun dulu dia tidak lah serapat mana dengan ariel , tapi kalau dah kenal lama terkejut jugak lah .

Gadis yang dia pilih pun dah jadi milik orang lain . Itulah dinamakan jodoh , mungkin dulu kau hanya dapat menjaga raihana sebagai jodoh orang lain . Tak lebih dan tak kurang . Walaupun dalam hati masih ada sisa-sisa cinta terhadap raihana , tapi kau kena redho dengan takdir . Apa yang jadi semuanya adalah kehendak Allah , itu adalah penting dalam hidup seorang manusia kepada hamba Allah .

Naqif meraup wajah seketika . Nafas di hela perlahan , dipandang gelas kaca yang sudah kosong di tangannya . Apa-apapun , dia harus lenyapkan fikiran-fikiran dia terhadap raihana . Sekarang tak mungkin lagi dia boleh merebut hati wanita itu , mungkin dulu dia pernah bertakhta dalam hati wanita itu . Tapi sekarang tidak lagi , dia hanya mampu melihat dari jauh .

Kemungkinan besar , itulah adalah dugaan untuk aku . Ya dulu aku pernah hancurkan hubungan aku bersama raihana , dan ternyata benar . Aku dan raihana tidak dapat lagi menjadi seperti yang kami janjikan dahulu . Semuanya punah ranah atas keran kesalahan sendiri .

"Naqif ," puan aminah muncul . Matanya dikecilkan sedikit kerana baru sahaja dia terbangun dari tidur . Lepas solat Isyak tadi , dia terlelap pulak dalam bilik . Bila tersedar aje , tekaknya mula dahaga meminta air . Tapi bila dia datang ke ruang dapur , matanya mula terlihat susuk tubuh naqif di dapur . Gaya macam memikirkan sesuatu aje .

Naqif tersentak dengan teguran puan Aminah .

"Ye ibu ?" dipandang wajah puan aminah yang menghampiri ke arahnya . Tak menunggu lama , pun aminah mencapai sebotol air masak sejuk bersama gelas kaca .

"Dah solat Isyak ?" tanya puan aminah . Diteguk rakus air masak yang semulajadi berada di dalam peti ais . Naqif angguk kecil .

"Dah ,"

"Ni kenapa termenung sorang-sorang dekat dapur ?" puan aminah dekati anaknya di meja makan setelah selesai meneguk air . Dia ambil tempat di hadapan  naqif .

"Tak ada apa pun ibu . Naqif cuma pening kepala sikit ." dalihnya . Satu senyuman pahit melorek di bibirnya .

"Kan dah malam ni , buat apa dekat dapur ?"

"Naqif tak boleh tidur ."

Puan aminah menggeleng kepala . Naluri seorang ibu akan faham dengan isi hati anaknya macam mana . Bukannya dia tak tahu yang naqif sedang memikirkan raihana sekarang .

"Naqif .." belakang tapak tangan anaknya disentuh sedikit . Naqif pandang sentuhan puan aminah sebelum dia kembali memandang wajah puan aminah .

"Jodoh itu ditangan Allah . Nak tak nak naqif kena terima , dah tertulis yang raihana dan zalikha bukan untuk naqif . Cuma mereka berbeza , raihana pergi untuk orang lain buat sementara dan manakala zalikha pergi menghadap ilahi buat selama-lamanya . Naqif tak boleh fikirkan tentang raihana sedangkan ada orang lain yang tengah tunggu naqif sekarang ." ujar puan aminah sambil tersenyum nipis . Ingin memberi semangat juang kepada anaknya supaya berhenti memikirkan hati orang lain .

Tanpa disedari , naqif kemaskan pegangan tangannya . Puan aminah tersenyum .

"Ibu , naqif redho . Naqif terima dengan apa yang jadi . Inshaallah , naqif akan buang perasaan ni . Ibu jangan risau , anak ibu takkan buat kerja yang bukan-bukan . Percaya naqif ye ibu ?" naqif lemparkan senyuman manis , walaupun dalam tersenyum manis masih ada nampak kesakitan di situ .

Puan aminah angguk faham sambil tersenyum lebar .

"Ibu masuk tidur dulu ye , assalammualaikum ."

"Walaikumsalam .." senyuman diberi .

******

"Abang , percaya lah cakap saya . Saya dengan dia dah tak ada apa-apa ." raihana mengejar ariel dari belakang . Mereka berdua mula turun dari anak tangga menuju ke bawah .

Gambar-gambar raihana dan naqif yang mula tular di laman instagram , buatkan ariel sedikit menyinga . Manakan tidak , isterinya sesuka hati keluar tanpa diketahuinya . Dengan seorang lelaki pulak tu ! Memang panas jiwa dibuatnya .

Susuk tubuh belakang ariel dipandang dari belakang . Jelas menunjukkan yang lelaki itu benar-benar marah terhadapnya .

"Abang ! Dengar lah dulu ." raihana mengekori ariel dari belakang sehingga lah mereka di ruang tamu . Ariel matikan langkah . Wajah tegangnya memandang raihana yang sudah memandang redup ke arahnya .

"Abang percayalah . Saya tak jumpa dia pun , dia yang datang jumpa saya . Lagipun dia cuma nak mintak maaf je . Tolong lah jangan percaya dengan gambar-gambar mengarut tu !" raihana berkata . Bersungguh-sungguh dia mahu menjelaskan perkara ini kepada ariel .

"Kenapa awak tipu abang ? Kenapa awak tak bagitahu abang yang naqif dah balik KL ?" suara ariel kedengaran tegas . Dia bercekak pinggang dihadapan raihana . Pagi-pagi tadi lagi raihana dah dikejutkan dengan gambar-gambar yang sudah tular di laman instagram .

Dia sendiri pun terkejut dengan gambar-gambar tu . Entah macam mana boleh viral satu dunia . Elok pulak letak statement 'isteri seorang bekas tunang kepada selebriti bella qasandra telah berlaku curang ?'

Hah ! Berlaku curang kepala botol dia ! Ei kalau aku jumpa orang yang viral kan gambar tu memang aku Bakar dia hidup-hidup ! Memang tak kenal betul siapa Sara Raihana kan ! Ei memang panas betul hati aku ni .

Dasar tenuk hidup !

"Sayang memang suka belakangkan abang kan ? Kenapa tak bagitahu abang , kenapa nak rahsiakan ? Abang dah tak penting ke bagi awak ?" sambung ariel tatkala melihat isterinya sekadar diamkan diri . Raihana gigit bibir , amarah yang mengusai diri ariel sekarang benar-benar menakutkan raihana tika ini .

"Saya memang nak bagitahu abang sebelum ni , tapi tak terluah . Takut abang fikir yang bukan-bukan . Tapi percayalah abang , kami berdua tak ada buat apa-apapun . Dia just nak mintak maaf je dekat saya . Memang sebelum ni dia banyak kali jumpa saya , tapi saya banyak mengelak dari dia . Demi Allah abang , saya tak ada keluar pun dengan dia . Percaya lah abang , please ." raihana menjawab pertanyaan suaminya dengan suara penuh dalam . Renungan mata raihana yang menusuk masuk ke dalam biji mata ariel benar-benar buat dia tak dapat nak kawal emosinya .

Bila dia ternampak sahaja gambar-gambar itu , buatkan dia sakit hati . Entahlah , dia kan suami memang sepatutnya dia marah dan rasa cemburu . Lagi pula , dulu naqif pernah jadi tunangan raihana kan , mesti dia akan rasa cemburu .

"Kalau tiba-tiba dia datang nak rebut balik awak macam mana ? Kita tak tahu niat dia macam mana , hati dia macam mana . Tolong lah jangan rahsiakan apa-apa dari abang , kenapa susah sangat nak dengar cakap abang ?"

"Abang cakap , kita kena percaya antara satu sama lain . Tapi kenapa sekarang macam abang yang tak percayakan saya ? Berapa kali saya nak ulang , saya memang tak ada niat nak rahsiakan benda ni dari abang . Lagipun dia datang secara mengejut . Benda dah lepas abang , takkan abang rasa nak marah dengan masalah remeh-temeh ni ?" raihana cuba yakinkan suaminya . Dalam keadaan macam ni , takkan nak diperbesarkan . Lagipun dia dengan naqif memang tak ada buat benda tak senonoh pun ?

"Remeh-temeh awak cakap ?"

Raihana terkedu . Okay , mungkin bagi ariel masalah ni besar , tapi bagi dia masalah ni kecil . Naqif pun dah tahu status sebenar dia , dan naqif pun boleh terima hakikatnya .

"Mulai hari ni , abang tak benarkan dia berjumpa dengan awak . Kalau abang nampak kelibat dia depan awak . Jangan pergi butik lagi !" amaran keras yang keluar dari bibir merah ariel buatkan raihana terkedu .

"Abang pergi kerja dulu . Assalammualaikum .." ariel pantas berlalu pergi tanpa menunggu salam dari isterinya .

Raihana terkedu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience