Bab 47

Romance Series 185331

Bella memandu kereta dalam keadaan marah . Gambar-gambar kemesraan raihana dan ariel masih berlegar-legar dalam benak fikirannya . Tubir matanya sudah berkolam menandakan empangan air bakal pecah .

Hatinya cukup remuk melihat kemesraan ariel bersama isterinya . Kenapa dia harus terima dugaan berat seperti ini ? Salah dia ke kerana memilih ariel sebagai cintanya ?

Kenapa you sanggup pilih perempuan lain ariel ? Kenapa you tak pernah jujur pada i . Kenapa you sanggup putuskan pertunangan kita . Apa jahat sangat ke i pada mata you ?!

Kenapa ariel ?!

Terus bella memberhentikan kereta di bahu jalan . Stereng kereta dihentak tiba-tiba . Terhenjut-henjut bahu bella bermain dengan airmata . Kepalanya disandar pada stereng kereta buat seketika .

Dalam bella sedang bermain dengan kecewa , tiba-tiba tingkap keretanya diketuk seseorang . Bella kaget . Pantas dia angkat kepala dari stereng , dipandang figura tersebut .

Farhan tersenyum nipis tatkala mata dua insan itu bertemu . Bella lantas mengesat airmatanya , nasib baik hari ni dia hanya makeup nipis-nipis . Kalau tak mungkin sekarang mukanya dah hancur disebabkan airmata .

******

Raihana membuka pintu kereta setelah selesai memakir kereta di bahu jalan . Kakinya menyeberang jalan menuju ke butiknya . Pintu butiknya dibuka , tersembul tiga wajah yang serentak memandang ke arahnya .

"Hai rai ," sapa Nurul .

"Hai . Macam mana hari ni ? Okay ke ?" raihana menghampiri Nurul yang sedang menyusun gaun-gaun pengantin di wardrobe .

"Okay je . Kami boleh handle lagi . Kan ?" Nurul toleh ke belakang , memandang dua figura yang dari tadi sibuk dibelakangnya . Fatimah dan iyad senyum nipis . Oh ya , dah empat hari iyad bekerja di butik raihana , dalam empat hari tu jugak lah Nurul terpaksa tahan dengan perangai gatal iyad tu !

"Alhamdulillah , tak ada lah aku rasa risau . Thanks tau Nurul , kau dah banyak tolong aku ." raihana picit-picit lengan Nurul seraya tersengih kambing . Nurul mencebik .

"Eleh , kawan dah bahagia kan . Kena banyak tolong ."

Raihana kerut kening .

"Apa yang kau merepek !"

"Aku kan , suka lah tengok kau dah bahagia dengan ariel . Dulu bukan main kau benci dia kan ? Ada je yang tak kena dekat mata kau , tapi sekarang dah ber-abang-abang ." tiba-tiba Nurul ungkit kisah lama . Tersenyum-senyum dia dihadapan raihana . Raihana jeling manja .

"Tak payah nak ungkit pasal dulu . Dah ! Buat kerja , nanti potong gaji ." balas raihana berbaur ugutan . Nurul ketawa sambil melihat kelibat raihana yang sudah menuju ke bilik gadis itu . Sempat dia melihat iyad yang jugak turut memandang ke arahnya . Satu jelingan maut dilempar ke arah lelaki itu .

Pandang-pandang , ada hutang ?!

******

"Boleh aku masuk ?" Nurul sengih disebalik pintu biliknya . Raihana menggeleng kepala melihat tingkah-laku kawannya .

"Masuk lah Nurul ." balas raihana seraya kembali menghadap komputer riba . Nurul melangkah masuk ke dalam kamar raihana , terkedek-kedek berjalan mendekati raihana . Kerusi ditarik , lalu dilabuhkan punggung pada permukaan kerusi beroda empat .

"Rai , aku sebenarnya nak bagitau kau sesuatu ." Nurul mulakan cerita . Anak mata sudah merenung tepat ke dalam mata raihana .

"Apa dia ?" balas raihana tanpa melihat wajah Nurul ketika ini .

"Kau mesti dah tak ambil tahu pasal lelaki mabuk yang pernah ganggu kau dulu tu kan ?" ujar Nurul , tumpuan raihana terganggu tatkala Nurul bercakap mengenai lelaki yang pernah menganggu ketenteramannya .

"Kenapa ? Dia muncul lagi ke ?" kening raihana sedikit terangkat . Risau jikalau lelaki itu kembali muncul dan buat perkara yang bukan-bukan di butiknya . Wajah Nurul kelihatan redup .

"Dia dah meninggal ."

Raihana terkesima .

"Dah dua minggu rai . Orang sini cakap , dia meninggal sebab langgar lari . Itupun aku curi-curi dengar . Tapi waktu aku terdengar tu kan , terkejut jugak lah . Kesian pun ada ." jelas Nurul dengan wajah sebek . Pada mulanya Nurul ingat yang lelaki itu dah tak berani nak ganggu raihana lagi , tapi rupa-rupanya dah meninggal dua minggu yang lepas .

"Innalillahi wa inna ilahi raji'un ." bibir raihana bergerak menyebut perkataan itu . Dirinya jugak terasa terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Nurul . Dia mati-mati ingat yang lelaki itu sudah hilang tanpa khabar berita , tapi rupa-rupanya sudah menghadap ilahi . Innalillah ..

"Kau nak tahu tak kenapa dia jadi macam tu ." Nurul tiba-tiba beriak serius . Raihana sekali lagi hilang tumpuan , terus dia alihkan komputer ribanya dari pandangannya . Kini Nurul menjadi perhatiannya .

"Kenapa ?" sudah lama dia ingin tahu kenapa lelaki itu menjadi seperti orang tak betul . Kadang-kadang terdetik di hati raihana untuk menanyakan soal ini kepada Nurul , tapi disebabkan dia rasa tak perlu . Jadi dia lupakan sahaja niatnya .

"Dia dah bercerai dengan isteri dia dah dekat setahun , nak jadikan cerita . Parents bekas isteri dia tu cukup benci dengan dia . Sampaikan sanggup culik anak dia supaya berjauhan dari dia . So dari situ , dia jadi tertekan dengan masalah dia . Dia jadi tak betul , dan selalu sebut pasal isteri dan anak dia . Dari situ aku dah dapat teka , yang dia nampak bayang-bayang wajah bekas isteri dia pada wajah kau ." jelas Nurul panjang lebar . Satu senyuman pendek terukir di bibir Nurul . Raihana mengerut kening .

"Muka aku ada bayang-bayang bekas isteri dia ? Kenapa pulak ?" raihana tak faham .

"Ish ! Hari tu kan dia pernah panggil kau sayang . So dari situ dia ingat kau isteri dia ." bagitahu Nurul seraya menjeling sekilas ke arah raihana . Raihana kemam bibir seketika .

"Kenapa ye parents bekas isteri dia sanggup buat macam tu ?" raihana menyoal lambat-lambat .  Nurul mengangkat kedua belah bahu .

"Entah . Mungkin diorang ada kisah silam . Dah lah , kita tak payah ambik tahu sangat . Cukup je apa yang aku bagitahu kau hari ni ."

Raihana angguk mengerti .

"Eh by the way , iyad okay ?" raihana sembunyi senyuman .

"Apa yang okay ? Aku tengok biasa je ." balas nurul acuh tak acuh .

"Eleh , bukannya aku tak tahu yang iyad selalu kacau kau kan ? Lagipun iyad tu macam ..."

"Macam apa ?" pantas nurul memotong . Keningnya sudah terangkat dengan menayang wajah samseng . Raihana bantai gelak .

"Alahai kau ni , gurau sikit tak boleh ."

"Tak boleh !"

Raihana ketawa lagi .

******

Tiga susu segar kotak besar dicapai lalu di taruk ke dalam troli . Raihana berjalan tanpa menghiraukan ariel dibelakang yang sudah menggeleng kepala . Dari tadi tangan isterinya tak duduk diam , ada aje barang yang nak dicapainya .

Kini , coco crunch di capai pulak , kemudian meggi kari dan meggi goreng . Lalu keropok ringan jugak ditariknya , tak lupa jugak pelbagai jenis coklat mahal . Terkejut jugak lah ariel melihat raihana yang tak henti-henti mengambil barang di rak .

Baru sahaja raihana ingin mencapai coklat kinder beuno , tiba-tiba ariel menghalang .

"Eh , yang awak ambil barang banyak-banyak ni kenapa ?" soal ariel pantas . Raihana mencebik .

"Dah saya nak makan . Salah ke ?"

"Masalahnya , barang yang awak ambik semua nya tak berkhasiat . Kalau susu segar tu abang boleh terima lagi tau , tapi ni meggi tau tak ." sepeket meggi kari di angkat ke udara , tepat di wajah raihana . Raihana mengeluh malas .

"Ni lagi satu , sejak bila abang benarkan awak makan coklat ?" ariel tayang wajah garang . Terangkat-angkat kening ariel sambil memandang raihana .

"Kenapa tak boleh ke ?" raihana peluk tubuh .

"Letak . Coklat yang sayang ambil tu boleh rosakkan gigi tau . Lagipun buat apa nak ambik banyak-banyak ? Membazir je !" bantah ariel memberi arahan kepada raihana . Raihana merengus geram .

"Sejak saya kahwin dengan abang , saya dah tak boleh nak sentuh coklat . So mulai hari ni , abang tak boleh larang apa yang saya nak ." raihana senyum ejek sebelum kembali mencapai coklat kinder beuno . Ariel bengang .

"Awak ni pelik lah , beli makanan banyak-banyak buat apa ? Dekat rumah dah bertimbun makanan tau tak ." ujar ariel tak berpuas hati . Bukannya dia larang sangat raihana beli makanan ringan , tapi hari ni dah melampau sangat .

"Saya nak makan , saya lapar ." raihana tak peduli , hanya itu sahaja alasan yang dia ada . Sejak dari butik lagi dia idamkan makanan-makanan ringan . Lagi-lagi coklat kinder beuno yang menjadi idamannya .

Ariel pandang raihana lama .

"Sayang mengandung ke ?"

Wajah tegang raihana hilang . Terkebil-kebil matanya memandang ariel yang tiba-tiba bercakap soal 'mengandung' .

"Abang merepek apa ni ? Demam eh ?" raihana letak belakang tapak tangannya pada dahi licin ariel . Ingin merasa suhu panas pada kulit dahi suaminya .

Ariel berdecit .

"Abang tak merepek , tapi abang cuma nak kepastian . Sejak akhir-akhir ni , awak kuat makan tau . Ada je ajak abang nak pergi tu nak pergi ni . Kadang-kadang , tiap malam awak ajak abang pergi mamak . Apa semua tu sayang ?"

Raihana diam .

"Sayang , kalau awak mengandung jangan rahsiakan boleh ?" sambung ariel lambat-lambat . Raihana gigit dinding pipi sebelum dia ketawa halus .

"Abang jangan nak merepek . Saya tak mengandung pun . Saya cuma nak makan , takkan itu pun abang nak fikir ke lain ? Kalau saya mengandung pun , saya lah orang yang pertama akan bagitahu abang ." pipi kanan ariel dicuit raihana . Gila ke apa , takkan lah dia nak rahsia pasal kandungan dia pada ariel ? Lagipun dia tak mengandung lagi kut ? Ariel ni yang kuat merepek !

Ariel sekadar tersenyum nipis . Harap-harap begitulah ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience